Thursday, February 28, 2013

PEACE @ SEKEJAP : MACAM - MACAM AMNI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

dah dapat ! .... ahhahahahha ... nak buat ape ngan hp mama ieda tuu ??? habis lahhhhhhhhhh ... dah 2x hp tuu jatuh dia pegang ! .. kira kalau sekali lagi jatuh , konperm akak minta papa dia gantikan ! ... nak samsung ! muhahaha



 tudiaaaaaaaaaaaa dah dpt dahhh hp cap ayam mama ieda dia jugaaaaaaa yg dia minat ... mama papa dia punye hp dia x hirau kan ... alahhhh dah selalu skodeng kan sayang .... kali nie mama ieda punye lah pulaaaa yang jadi mangsanya ... adehhh macam2  budak tecik sorang nie !



 

haaaaaaaaaaaa peace youuuuuuuuuu ! .... ke ape nie ?? banyak versi dah nie ... payah gak nak paham ekek .. tapi bila cakap peace dia tunjuk macam nie .. bila cakap mama ieda nak hp , dia tunjuk macam nie jugak ... haaaaaa dah macam mana ???

bila adik amni balik , macam2 yang zahrien buat utk melayan adik dia sorang nie ekkeke ... ape lahhh yg dia buat tuu ... nak ukur ape ???



anak dara yang dah semakin keletah !

PELAJAR PULANG WANG RM37,500

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

alhamdulillah , bagus pelajar nie .. dah lama x dengar berita pasal budak sekolah yang berkelakuan baik .. skrg nie baru ada .. kalau tidak kita selalu dihidangkan dengan pelbagai jenis dan ragam pelajar2 sekolah yang sangat2 menyakitkan hati ... tapi hari ini bila baca berita pasal pelajar sek menengah nie .. 

ya allahhhh sgt2 terharu ! ..... semoga kelakuan dan tindakan pelajar ini mendapat perhatian dan di jadikan contoh serta teladan kepada pelajar2 lain dan khususnya kepada masyarakat skrg .... bukan mudah .. dugaan kepada pelajar ini  , mata mungkin dikaburi dengan wang yg begitu banyak .. tetapi kejujuran dia mengatasi segalanya ... sgt2 kagum dengan adik ini ..............


Batu Pahat: Usianya baru 13 tahun namun kejujuran dan kemurnian hati Amir Azizan Hashim mungkin jauh mengatasi orang dewasa apabila dia memulangkan semula beg tangan berisi RM37,500 (SG$15,000) milik seorang wanita warga Singapura yang tercicir.

“Saya mengayuh basikal selaju mungkin mengejar kereta dinaiki wanita itu bagi mengembalikan beg tangannya,” katanya mengimbas kejadian itu yang berlaku berhampiran sebuah pasar raya di Taman Soga, di sini, awal Januari lalu.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, di sini, ditemui selepas menerima sijil penghargaan atas kelakuan terpujinya itu daripada pihak sekolah, semalam.

Sijil penghargaan itu disampaikan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato’ Syed Esa, Mohd Taat Kasran.

Amir Azizan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 pagi, awal Januari lalu ketika dia ke pasar raya berkenaan untuk membeli akhbar.

petikan :hmetro


kalau orang dewasa pun belum tentu nak pulangkan .. kan kan .. dugaan zaman skrg yg payah nak dpt duit nie .. ada masanya semua itu mengatasi segalanya .. bila bab duit banyak yg rambang mata , buta hati dan minda .. x boleh nak fikir rasioanal .. itulah hakikatnya ... bila da kes macam pelajar ini , benar2 membuka mata kita .. bahawa wang jika bukan milik kita , akan tetap bukan milik kita , dia bertaruh nyawa dalam usaha untuk mengembalikan wang tersebut ... ....

semoga adik ini berjaya kelak ... sejukkk perut ibu mengandungkannya ...



Wednesday, February 27, 2013

PELAKON ROSNAH MAT NOOR TERLANTAR DI HSP

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

dah lama x dgr cerita pasal pelakon ini kan .. kenal tak ?? lain banr wajah dia skrg .. terbaru dia sedang terlantar sakit di HSP kerana komplikasi pelbagai penyakit .. aduhh sedih pula , sedar2 dah sakit aje .. semoga beliau cepat2 sembuh .. katanya tulang pahanya patah ...


PETALING JAYA: Pelakon popular tahun 1980-an, Rosnah Mohd Noor dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser yang dihadapinya sebelum ini.

Rosnah, 54, berkata, dia dimasukkan ke HKL pada 18 Februari lalu selepas mengalami kesakitan yang amat sangat sehingga tidak mampu bergerak.

“Semasa kejadian saya terpaksa menghubungi ambulans untuk mengambil saya di Taman Melati (Kuala Lumpur) kerana pada ketika itu saya sudah tidak boleh berjalan.
“Apabila melalui beberapa proses imbasan oleh pihak HKL, saya dimaklumkan ada kesan patah pada bahagian paha saya yang menyebabkan sakit luar biasa sehingga ke pinggul,” katanya kepada mStar Online di sini pada Selasa.

Jelas Rosnah lagi, pada Khamis lalu doktor telah melakukan pembedahan memasukkan besi pada bahagian pahanya dan ketika ini dia tidak boleh berjalan sementara menanti penyakit itu sembuh.
  
rosnah ketika muda

Kata Rosnah, dia pada mulanya mahu melakukan imbasan pada tiga bulan lalu tetapi sengaja menangguhkannya kerana masih lagi boleh berjalan dengan bantuan tongkat sehinggalah keadaan menjadi semakin serius.

“Buat masa ini saya masih lagi ditahan di wad dan keadaan saya sudah stabil. Saya menggunakan kerusi roda untuk bergerak dengan bantuan dua orang anak yang menjaga saya secara bergilir-gilir,” katanya yang juga terpaksa memakai lampin buat sementara waktu.

sumber :mstar online


Teringat akan lakonan lama2 dulu dia .. sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, pelakon Rosnah ini telah berlakon beberapa buah filem antaranya Hantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982).
Haa kalau esok untuk siapa tuu , memang akak selalu tgk .. suke tgk dia masa nie .. cantik .. yelah masih muda lagi masa tuu ;)
semoga dia cepat2 sembuh ... 

KAKAK OH KAKAK

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

kakak oh kakak .. ekke kejadian petang semalam  .. dia sebernarnya sedang  menyampuk perbualan akak dan ummi akak .. sedar2 bila akak toleh ke dia , haaaaaaaaaa dah macam nie ! ... ekekek adohaiiii anak ! ;))


siap ada pen dalam mulut .. akak x berani nak amik .. risau dia tertomos ke dalam mulut dia .. ahahha x menahan tgk anak dara akak sorang nie .. dulu zahrien pernah tido dgn pelbagai lagak nie .. skrg kakak lak .. boleh lak tidoo macam nie erkkk ! ...

aduhaiiiiiiiiiiiiiiiiiiii .. lepas dia bangun semalam .. akak letak dlm komp dan tunjuk pada dia , dia gelak macam nak sakit perut ekekek .. akak cakap lahh .. ibu letak dlm blog nie .. dia ok aje ekeke ;))




RABU TANPA KATA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua


sumber : FB




Tuesday, February 26, 2013

KALAULAH ABANG DAPAT LIHAT

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua



 *********************************
Anak Itu Kupu kupu Syurga 
Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.
Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas
tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat
syurga.

Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung
kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanakkanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan
kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya
mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama .
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung
tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan
anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku
cium.

" Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya
dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah
untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. 




CIK TA CONFIRM NIKAH ZAIN SAIDIN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

wahhh akhirnya kan .. cik TA buka mulut juga dgn segala spekulasi dan gosip mengenai mereka berdua .. ahahhaa dah nak nikah punnn .. bulan Julai nie .. sure ramai yg ternanti2 .. wanita 40 tahun yg akan bernikah dengan lelaki bujang trang tang tang berusia 29 tahun ... wow ! sure meriah dan mendapat liputan meluas ! ... yehaaaaaaaaaaaaaaaa .. x sabar lak ekeke ;))

  
Kuala Lumpur: Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 42, akhirnya membuka ‘mulut’ mengenai perancangan untuk berkahwin dengan buah hatinya, pelakon muda, Zain Saidin, 29, malah mengakui sudah memilih hujung Julai ini untuk bersatu.

“Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada bulan berkenaan,” kata Rozita ketika dihubungi, semalam.

Dia juga memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana menganggapnya tidak perlu memandangkan mereka sudah mengenali hati budi masing-masing.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengakui kisah cintanya dengan jejaka wajah Pan Asia itu bukan rahsia lagi, lalu mereka sepakat dan bersedia menamatkan kontroversi cinta yang selama ini hangat diperkatakan menerusi media dan peminat.


“Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya,” katanya.

sumber : hmetro

eh uolss jgn lupa tgk PRIMADONA minggu nie hari jumaat tau ! .. ada tetamu istimewa .. Zain Saidin akan hadir siap bagi bunga lagi pada cik TA .. haaa .. seyess teruja ekeke .. tgk wajah cik TA yg berseri2 .. kebetulan topik .. WANITA BERUSIA YG BERKAHWIN DENGAN LELAKI MUDA ...
perghhh sure naik ranting rancangan tuu ari JUMAAT nie ..
haaa jgn lupeee ;))

ps : alhamdulillah AUDIT KUALITI selesai dengan jayanya .. dan nampak gayanyee panel2 semua berpuas hati dan tiada apa2 yg mencacatkan laporan .. syukur sgt2 .. alhamdulillah berbaloi dengan segala penat lelah kami berminggu2 penyediaan .. debar lak tunggu laporan GRED AUDIT KUALITI nie huhuhu ;)

DATANGNYA DARI GUANGZHAO

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

pemberian dari teman pejabat , adik dilla ke china baru2 nie .. baru sekarang dapat nak update pasal pemberian dia nie .. sgt2 terharu dik .. TQ so much ! ;)



cincin dan FM yg sgt2 cantik ..
TQ dear kerana mengigati akak nie .. terharu dan happy sgt2 .. cincin tuu x berani nak pakai sangat sayang lahh pulokkkkkkkkkkkk ;))





Monday, February 25, 2013

10 INDIVIDU TERKAYA DI MALAYSIA : FEB 2013

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

huhuhu renung2kan lahhhh ..


Berikut adalah wajah 10 orang terkaya di Malaysia menurut Malaysian Business, majalah perniagaan perdana Malaysia dalam terbitan 16 Februari.

1. Robert Kuok Kuok Group RM46.1 bilion

ananda krishnan
2. Ananda Krishnan Usaha Tegas Sdn Bhd RM32.90 bilion

3. Tan Sri Teh Hong Piow Public Bank RM13.73 bilion

4. Tan Sri Quek Leng Chan Hong Leong Group dan Guoco Group RM11.09 bilion

mukhtar
5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary Yayasan al-Bukhary RM10.60 bilion

6. Tan Sri Lee Shin Cheng IOI Group RM10.56 bilion

7. Tan Sri Lim Kok Thay Genting Group RM8.12 bilion

8. Puan Sri Lee Kim Hua Genting Group RM7.23 bilion

9. Tan Sri Tiong Hiew King Rimbunan Hijau Sdn Bhd RM6.35 bilion

10. Ong Beng Seng Hotel Properties Ltd RM4.02 bilion

Malaysian Business berkata satu hakikat menarik ialah sejak 2002, seramai 81 tikun telah menyertai senarai 40 Orang Terkaya Malaysia dan daripada jumlah itu, 15 berjaya terus kekal dalam senarai.

Keseluruhannya, peningkatan kukuh kekayaan hartawan-hartawan ini boleh dikaitkan dengan prestasi pasaran saham dan inflasi harga, memandangkan sebahagian besar kekayaan mereka adalah berdasarkan pegangan saham masing-masing.

Seperti pada tahun-tahun lepas, kekayaan 40 individu dalam senarai itu dinilai berdasarkan pegangan kepentingan masing-masing dalam syarikat-syarikat tersenarai pada 18 Januari.

sumber : DISINI

sorang je orang melayu kita kan ... sampai bila kita akan berkeadaan begini ... sebenarnya kita nie berada di bumi MELAYU atau tidak ??
(sambil kerut2 dahi .. hakikatnyee ?? )


TOSEI TELUR SATU !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua

pic makan2 akak dengan hubby last 2 week huhuhu .. winduu ngan hubby ... dah dekat 2 minggu dia x balik ... x dpt cuti katanya .. bila call dgr suara dia macam x sihat .. batuk dan selsema ... tetiba je mengalir air mata akak nie bila bercakap dengannya .. huhuhu sedih , sbb selama nie dia x pernah sakit jauh2 dari akak , selalu akak lah yg uruskan segalanya .. bila cakap .. " abang jaga diri baik2 .. makan ubat " dia mulalahh senyap dan dgr suara dia tengelam sedih ! .. huwaaaaaaaaaa lagilah x dpt nak cakap banyak ...

ok2 lah x mo citer .. tu kisah 4 hari lepas , akak call dia disana .. nie pic akak makan dengan abang di rest di bandar , dia terasa nak makan tosei telur katanya .. dah lama x makan berdua ... mlm pertama akak makan dengan nya .. malam kedua ... ummi dan ayah ajak makan sekali .. anak2 x der masa nie .. mereka semua dah tidur .. keletihan ..

mana2 makan memang akan amik teh tarik .. hubby punye .. 
akak x minum ;)


tosei telur kegemaran akak , abang , ummi dan ayah .. ;) 
sedap giler kalau mamak yg buat !
hari kedua makan .. ummi dan ayah nak ikut ekeke ....

pic mengada2 abang dan akak ... ekkeke .. selalu tgk pic nie sblm tidoooo huhuh ... x per2 .. next week mungkin hubby boleh ambil cuti untuk balik .. insyaallah ... kalau ikutkan x nak dia balik layie sbb yelah , bila nak berkempen dn mengundi esok2 dia akan balik pula , risau kaunselor sana x izinkan amik cuti selalu .. selagi kursu x habis .. huhuh ;)

tapi winduuuuuuuuuuu punya pasal .. akak nak paksa dia balik .. aci ! muahhahaha 
( anak2 dah mula tanye , bila ayah nak balik ibu ?? .. huhu macam mana nak jawab .. nak2 zahrien .. dah 2-3 mlm nie dia duk ngigau kan ayahnyee aje huhu )


THE MOMENTS HAVE BEGIN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua


ITS AUDIT KUALITI DAY !


semoga di permudahkan ! .....aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn



Sunday, February 24, 2013

YE KE KERANA KASIH BUKAN KERANA HARTA ?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua

bukan mudah skrg nie seorang wanita yg nak kawin , jaga dan belai lelaki yg dah tua , x mampu , serba kekurangan jika lelaki tersebut tiada harta .. hurmmm memang payah nak terima kalau2 ada .. yelah wanita skrg nak2 kalau yg masih muda dan masih 'galak' org tua2 cakap .. hurmm manakan logik nak jaga lelaki yg dah tua menjadi 'suami' huhuh kalau ada memang 1000 ada satu aje lah kan ..


Kuala Lumpur: Dia masih muda, ‘bergetah’ dan bergaya, tetapi wanita berusia 23 tahun ini sanggup menjadi calon isteri pelakon radio popular 1970-an hingga 1980-an, Ibrahim Othman, 83, yang kini terlantar di Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia (Fikrah), Sungai Sekamat, Kajang, dekat sini.

Bagi Shaliana Mohd Misnan, dia bukan mengejar harta dan wang, sebaliknya yakin mampu memenuhi kriteria calon isteri warga emas itu kerana pernah menguruskan arwah suaminya yang menderita akibat barah, beberapa tahun lalu.

Tambahan pula, jarak usianya dengan arwah suami hampir 30 tahun. Mereka berkahwin selama empat tahun.

Ibu tunggal yang mempunyai seorang anak ini berkata, pengalaman menjaga arwah suaminya yang sakit membentuk sifat penyabar biarpun jodoh mereka tidak panjang apabila arwah menghembuskan nafas terakhir di sisinya, dua tahun lalu.

SHALIANA (kanan) ada pengalaman menguruskan arwah suami yang menghidap barah. Dia bersama bapanya, Mohd Misnan ketika ditemui wartawan Metro Ahad.

sumber ; hmetro

hurm entah lah .. macam2 kisah hidup skrg nie ... semakin pelik dan semakin tidak logik , adakalanya bila baca nak gelak pun ada .. x tahu samaada boleh terima atau tidak .. macam kes wanita nie kawin dengan ex DJ radio nie .. mak dan ayah dia x bantah ke .. yelah , anak masih muda .. nak berbakti pada lelaki yg dah tua ...

 yelah secara logik nyeee wanita masih muda nie , nak macam2 ... nak suke , nak sedap , nak ke hulu ke hilir .. dari segi nagsu pula macam mana .. nafkah batin ! huuhu ... kalaulah wanita nie x kesah .. memang besar ujian allah utk kita lihat dan renungkan kan ..... wallahualam ...

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...