Saturday, January 5, 2013

TABUNG PENDIDIKAN MENERUSI PELAN TAKAFUL

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

aduhhh bila baca artikel nie teringat yg anak2 akak x lagi dilindungi oleh insurans huhuhu , macam mana nie .. memang dah budget tahun nie nak buatkan anak2 insurans , amanina pun dah darjah 5 .. kira dah baguslah kan .. tetapi kena tgk juga budget kewangan tahun nie .. dengan suami akak yg macam tuu .. ( business x berapa nak masukk ) .... akak yg menanggung semuanya .. susah juga .. kena kira baik2 ...

skrg punya plan insuran not bad .. sekurang2nya 100++ sorang .. kalau bertiga harusnya kena ada dlm 600 kann ... hurmmm semua kena fikir dan conggak betul2 .. apa2 punn pilihan Tabung Pendidikan Pelan Takaful nie bagus rasanya ... ia ada pelan pendidikan dan insuran sekaligus ! ... menarik kan .. ;)
 


Umumnya, terdapat banyak cara untuk menabung. Antaranya ialah membuat simpanan di bank, membeli saham amanah, menabung melalui skim kerajaan seperti SSPN atau ASB dan  mengambil pelan insurans/takaful. Simpanan yang dibuat itu pula perlulah mengikut kemampuan supaya konsisten dan mendapat manfaat yang dijanjikan.

Peningkatan yuran pendidikan bukan hanya tertakluk kepada Institusi Pengajian Tinggi malah, yuran tadika dan taska pun semakin meningkat. Yuran bulanan sahaja sudah mencecah antara RM200 hingga RM300. Itu belum termasuk yuran pendaftaran yang biasanya sekitar RM500 hingga RM1500.

Tidak kira institusi pendidikan tinggi awam atau swasta, yurannya sahaja boleh menjadi beban jika ibu bapa tidak membuat perancangan rapi. Apatah lagi kos pembelajaran di luar negara. Inilah sebabnya ibu bapa perlu bertindak cepat kerana bukan semua akan mendapat tajaan atau pinjaman pendidikan untuk melanjutkan pelajaran. Menabunglah sejak awal agar tidak terbeban apabila tiba masanya nanti

Ada beberapa cara untuk ibu bapa menyimpan :
 
•Akaun Simpanan Biasa
Akaun simpanan membolehkan anda menyimpan atau memasukkan wang dan menerima faedah tanpa tempoh matang tertentu. Pastikan simpanan yang dibuat adalah konsisten dan tidak membuat pengeluaran sewenang-wenangnya.

•Akaun Tetap
Ia sejenis pelaburan yang menjamin kadar pulangan tetap pada tarikh matang. Selalunya amaun pelaburan bermula dari RM1,000.

•Unit Amanah (Unit Trust)
Unit amanah adalah antara alternatif pelaburan bagi kegunaan jangka masa sederhana (tiga ke lima tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun). Bagaimanapun, pulangannya tertakluk kepada prestasi dana yang terikat dengan pelan tersebut.

•Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
Ia merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Selain menjanjikan pulangan dividen tahunan, SSPN turut menyediakan insentif kewangan khas dalam bentuk Geran Sepadan khusus kepada pendeposit yang berpendapatan rendah tertakluk kepada syarat peraturan yang ditetapkan.

•Pelan Takaful
Apakah itu takaful? Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang tertentu. 

Antara kelebihan mengambil pelan pendidikan takaful ialah:
  • Menyediakan perlindungan nyawa untuk anak anda di samping membina dana atau simpanan pendidikan.
  • Menyediakan perlindungan nyawa dan kewangan terhadap ibu bapa agar anak anda terus mendapat manfaat simpanan jika ibu bapa mengalami hilang upaya atau kehilangan nyawa.
  • Pilihan untuk mendapatkan perlindungan perubatan.
  • Ganjaran untuk kecemerlangan akademik.
  • Pilihan pengeluaran dana atau simpanan untuk menampung kos pendidikan.
Merancang Dengan Pelan Yang Bijak

Jika belum ada perancangan, anda boleh mengambil pelan PruBSN SmartLink . Melalui pelan bijak ini, anda boleh menarik nafas lega. PruBSN SmartLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak anda.

Pelan ini juga menganugerahkan kecemerlangan akademik anak anda melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart. Dengan sumbangan minimum berjumlah RM50 sebulan, pelan yang berpatutan ini disediakan untuk anak anda seawal usia 14 hari selepas lahir. PruBSN SmartLink juga fleksibel di mana anda boleh memilih sama ada pelan tersebut matang apabila anak anda mencapai umur 25 tahun atau anda boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun. Di samping itu, pelan ini juga memberikan ganjaran Bonus Loyalti sekiranya anda membuat bayaran secara konsisten.

Maklumat lanjut mengenai pelan ini boleh didapati customer@prubsn.com.my untuk sebarang pertanyaan.

sumber : pama

16 comments:

  1. Alhamdulillah dah pun menyertai pelan ini. Thanks sharing:)

    ReplyDelete
  2. @teratai

    bagus juga pelan ni, insyaAllah boleh la enroll kalau ada rezeki lebih

    ReplyDelete
  3. js pun dh start msk insuran..insyaallah dpt membantu wp sedikit shj time kecemasan nti...^^

    ReplyDelete
  4. sy amik takaful untuk alya sebaik dia lahir...tabungan untuk dia belajar bila dh besar nnti...

    ReplyDelete
  5. akak ambik AM Insurans..

    ReplyDelete
  6. owh...pening kepala...haha,tak pandai saya bab2 simpanan kewangan ni Kak,tau simpan pakau akaun biasa tu je...insurans2 mak ayah yg tolong buatkan...

    kena fahamkan ni,lepas ni utk anak bini saya pulak...aceceh...haha...

    ReplyDelete
  7. betul tu salah menyimpan mmg xcukup u bulanan.

    ayu masukkan dlm takaful ikhlas jer. not bad. dr thun 2007

    ReplyDelete
  8. betul. skrg mmg semua mesti ada insurans.

    ReplyDelete
  9. banyak mende dah meningkat angka,
    jadi kalau gaji naik tu memang satu keperluan..

    ReplyDelete
  10. Bab bab insurans ni tak berapa nak pandai. Tapi memang ianya penting pun!

    ReplyDelete
  11. salam kak ida..
    tq for sharing..

    mmg dlm perancangan nk insuranskan anak2 ni...

    ReplyDelete
  12. Tq for this Good info akak..

    ReplyDelete
  13. sy menyimpan dlm tbung aji je kak

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah wani pun dh insuranskan qalief hihi

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...