Thursday, January 10, 2013

PENYAKIT WAS - WAS

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua


Kisah Abi Al-Wafa’ menyedarkan seorang yang was-was.

Abu Al-Faraj Bin Al-Jauzi mengisahkan dari Abi Al-Wafa’ Bin ‘Uqail: Bahwa seorang lelaki berkata kepadanya: Aku telah menyelam dalam air beberapa kali tetapi aku masih was-was atau ragu, adakah mandi wajib aku sah atau tidak ? Bagaimana pendapat tuan syeikh dalam perkara ini? Lalu syeikh menjawab: Beredarlah kamu, sesungguhnya engkau tidak wajib solat. Lelaki tersebut bertanya: Mengapa demikian? Jawab syeikh: Kerana Nabi (sallallahu alaihi wasalam) telah bersabda: “Tidak diberi dosa tiga golongan manusia: Orang gila sehingga dia siuman, orang tidur sehingga dia sedar dan kanak-kanak sehingga dia baligh”. Orang yang menyelam di dalam air beberapa kali tetapi dia masih ragu, adakah air sampai ke tubuhnya atau tidak, maka dia adalah orang gila.


Was-was atau keraguan adalah berpunca dari hasutan syaitan.


Firman Allah SWT : “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekelian manusia, yang menguasai sekelian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". (An-Nas : 1-6)


Antara usaha untuk mengatasi was-was ialah membaca isti'azah (memohon perlindungan kepada Allah) agar dilindungi dari hasutan syaitan. Di antara isti'azah yang biasa ialah ta'awwuz iaitu lafaz "A'uzubillahi minasy syaitonir rajiim" (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).


Wallahu 'alam.

malam nie rasa sgt2 letih tau , sbb di pejabat siang tadi akak mengemas fail2 yg lama utk di expose ! huhuhu .... x habis lagi tau ! ... esok lak sambung  .. sampai2 rumah je dah flat huhuh ... keletihan ya amat , sampai lepas solat magrib tertidur ... ok lah selamat malam semua , jgn lupa solat !

akk nak BW jap ! .. siang tadi x sempat huhu



21 comments:

  1. betul tu kak, kadg time solat pun dia leh masuk daun dan kaco kan.. apatah lagi time kita tak solat... tapi mmg kna bykkn zikir .. tu je ubatnya... nice sharing...

    ReplyDelete
  2. Mmg pun,time solat ler dia plg suka kacau....thanks kak atas perkongsian ni

    ReplyDelete
  3. sampai jatuh hukum tak wajib solat..kire berat kes godaan syaitan nih!

    ReplyDelete
  4. tk atas pengkongsian ini

    ReplyDelete
  5. bahaya jugak rasa was-was ni rupanya...

    ReplyDelete
  6. Was was ni, keraguan. Means, syubhah! Jika tak pasti, kena tanya pada yang arif.

    ReplyDelete
  7. Kemaskan fail2x eiqa boleh dop.?? ehhehee :P

    ReplyDelete
  8. nasib baik js yg last year dh siap buat 5s...thn ni dh mood baru..tp kan bila nk cari dh xjumpa...kihkih

    ReplyDelete
  9. sy selalu was-was klau nak balik kg... risau kalau lupa kunci pintu umah..

    ReplyDelete
  10. takut dengan penyakit was-was ni kan..mintak dijaukan mainan syaitan tu

    ReplyDelete
  11. betul tu..perasaan was2 mainan syaitan..huhu

    ReplyDelete
  12. selalu jgk ada perasaan was2 nie..

    ReplyDelete
  13. susah nak hindarkan penyakit was2 ni kan. syaitan yg suka hasut ni supaya was2 kita ni terutaman dlm hal2 beribadah...

    ReplyDelete
  14. akak.. waswas selalu datang time tengah solat.. Allah.. susah betul nak kusyu' dalam solat..

    ReplyDelete
  15. Thanks for sharing kak. Saya pon slalu rasa was², especially dlm solat.

    ReplyDelete
  16. tuhla kan kak...kdg2 time solat pun kite leh was2

    ReplyDelete
  17. Yalah selalu jugak was2 nie..

    ReplyDelete
  18. Penyakit ni paling M x suka..hi hi

    ReplyDelete
  19. salam kak..
    tenkiu for sharing..

    cma pun ada penyakit was2 ni..selalu was2 samada dah kunci kete @ belum..
    parahhh

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...