Tuesday, January 8, 2013

MENGAPA AKU TERUS DIUJI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

banyak sungguh yang terjadi pada diriku hari ini ... benar2 menguji ketabahan hati dan jiwa ini .. sesungguhnya allah maha besar , didatangkan kesusahan jiwa ini agar aku tidak terus leka , tkasih allah ... tkasih kerana kau berikan aku kesempatan utk menilai diriku ini ......... 

aku menyintainya ... menyintainya walau setelah sekian lama aku rasakan ia terlalu payah ... namun dengan izinmu .. aku redha atas segala ketentuan dari mu ... aku ikhlas menerimanya ... jika ini yang engkau inginkan .... aku menerima dengan penuh rendah diri ................ membayangkan demi suatu kebahagiaan pastinya ada pengorbanan ... dan sekiranya ini yang telah tertulis buat ku  ... aku pasrah menunggu ..........


Setiap ujian yang Allah timpakan ada maksud tersirat dari Tuhan yang ramai manusia tidak tahu akan hikmah di sebalik ujian tersebut.


Ujian; sama ada ujian sakit, ujian miskin, ujian isteri atau suami meragam, ujian anak-anak, kena fitnah, kena hina dan sebagainya semuanya dalam kuasa Tuhan. Hakikatnya Tuhanlah yang mendatangkan ujian itu.
Untuk peningkatan darjat.

Allah berikan ujian adalah kerana hendak naikkan darjat seseorang di sisi-Nya di Akhirat kelak. Ketinggian darjat di sisi Tuhan ini adalah untuk orang-orang yang taat dengan Tuhan ketika di dunia lagi.

Di dunia dia banyak berbuat amal soleh, amal kebajikan tapi masih lagi Allah beri ujian yang berat kepadanya. Ini tidak lain tidak bukan ialah untuk meninggikan darjatnya di Akhirat kerana ketabahannya dan kesabarannya menghadapi ujian.


Untuk penghapusan dosa dan didikan langsung dari Tuhan. Ujian yang diberi untuk orang-orang Islam yang berdosa. Semua orang ada membuat dosa tidak kira dosa besar atau kecil.

Ini adalah kerana manusia biasa bukannya maksum iaitu terpelihara dari dosa seperti para rasul. Jika kita merasakan diri kita tidak berdosa, itu juga merupakan satu dosa.

Manusia lazimnya akan mudah sedar dari kesilapannya apabila ia diuji. Terutama apabila ujian itu benar-benar memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupannya. Manusia yang telah Allah sedarkan ini akan mudah insaf dan akan sentiasa membaiki diri daripada kesalahan lalu dari masa ke semasa.

Suci Tuhan yang amat kasih akan hamba-Nya, walaupun telah banyak berbuat dosa tapi Allah masih beri jalan untuk menghapuskan dosa-dosa tersebut dengan cara diuji. Tetapi kita mesti faham benar akan maksud Tuhan itu. Supaya dengan itu kita dapat tabah dan redha dengan ujian Tuhan.

Jika terasa berat ujian yang ditanggung, kita faham ujian itu memang sesuai dengan kita kerana telah banyak buat kesalahan dengan Tuhan atau sesama manusia. Oleh itu jika kita sedar maka kita akan berkata,

“Terima kasih Tuhan kerana sesungguhnya Engkau masih sayang lagi kepadaku. Semoga dengan ujian ini Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku yang lalu.”

Tujuan didatangkan ujian di dunia ialah kerana Tuhan hendak hukum dia di dunia lagi sebelum di Akhirat.
 
Jika ujian yang Allah berikan di dunia itu dapat menyedarkannya, maka selamatlah dia di Akhirat kelak. Itu pun jika dia faham akan hikmah yang tersirat dalam ujian itu.

walau ia pahit ... ku telan jua ... demi sebuah kebahagiaan kerana aku percaya dengan apa yg telah kau rencanakan pastinya ada kebaikan yg menantiku kelak , berikan aku kekuatan untuk meneruskannya .... aminnnnnnnnnnnn

29 comments:

  1. Allah takkan uji hambaNya di luar kemampuan hambanya sendiri kan kak

    ReplyDelete
  2. Ameen. InshaAllah kak. ;)

    ReplyDelete
  3. suka lya baca entri ni..bgitu dekat di hati.... sesungguhnya setiap ujian allah itu adalah nda kasih dariNya

    ReplyDelete
  4. kak, sayangnya Allah pada akak. Sabar ye..

    ReplyDelete
  5. Saba geng...harap hati hang kuat....IsyaALLAH

    ReplyDelete
  6. Sabar adalah ubat yg paling mujarab

    ReplyDelete
  7. salam sis, i've been in your shoes before. cuma mungkin situasi kita berbeza. memang susah, memang payah. apatah lagi bila diujki dgn ujian yg tak pernah kita sangka akan go through in life. but trust me, you'll be thank Him for dat. akan ada hikmah yg tidak disangka2 will be granted to you when you keep on praying and asking all da help you could get in da world from Him~the almighty. sesungguhnya, dia mmg suka kita selalu merintih, meminta ampun dan request walau apa pun daripada Dia. dan hanya Dia shj yg akan sudi mendengar sgl isi hati kita tanpa jemu bahkan dgn penuh kasih syg yg tak berbelah bagi kepada makhluknya. walahualam.

    ReplyDelete
  8. Amin... mudah2ah masih ada sinar cahaya di hadapan

    ReplyDelete
  9. semoga semua ujian yg diberikan Nya dpt akan hadapi ngn sabar

    ReplyDelete
  10. In Sha Allah.. Amin..

    bunyinya serius kak, apapun ia, hrp akak bertabahlah... Allah sentiasa di sisi..

    ReplyDelete
  11. yakin akk. Allah berikan apa2 jua pada kte bukan sekadar sia2.. segalanya pnyai hikmah yg tersendiri. sama ada cpt mhupn lambat kte tahu ianya. nmun terus mendktkn diri pd-Nya sbg kekuatan. Allah Maha Mengetahui dan Maha Mendengar :')

    ReplyDelete
  12. be strong kak, allah sayangkan kita sebab itu diberi ujian kpada kita utk menguji tahap keimanan

    ReplyDelete
  13. Saya yakin akak seorang yg tabah. Allah tahu kemampuan akak. Semoga kesudahannya rahmat yg besar dari Allah. Insyaallah.

    ReplyDelete
  14. sapa2 pun kalau terjadi pada kita..kita mmg xmampu nak menghadapinya..dan sllu menyalahkan itu dan ini..berbalik kita pada Allah..apa2 sj kalu terjadi pada kita Dia yang merancang tuk melihat sejauh mana kesabaran dan ketabahan kita...kita patut sentiasa mendekatiNYA berdoa padanya itu yang Dia mahukan..in sha Allah akk semua akan dipermudahkan harap akk kuat yea..sedih pulak bc n3 ni huhuhu..

    ReplyDelete
  15. Betul tu stp ujian yg Allah berikan pada hambanya krn dia SYG kita..mcm kami..diberi ujian lmbt dpt anak..bykkn berdoa dan bersabar adalah ubat yg plg mujarab ;)

    ReplyDelete
  16. Semoga terus tabah dan sabar hadapi segalanya...

    ReplyDelete
  17. insya ALLLAH ada jalan nya..

    ReplyDelete
  18. kuatkan semangat kak yeak...ape2 pun akak kene ingat kite ade Allah tuk bantu kite...

    senyum sikit kak...takmo tgk akak sedih2 nieh....tak comey nanti...

    ReplyDelete
  19. sabar be strong and doakan yg terbaik for u ye

    ReplyDelete
  20. Salam Kak Ida..
    Huhuh.. 'broken heart' baca ni...

    ape2 pun semua yg berlaku pasti ada hkmah disebaliknya kan?
    kita sbgi hambanya hanya mmpu bertawakkal .. :)

    ReplyDelete
  21. insyaAllah kak ieda mesti bole menghadapinya...kuatkan semangat yer kak ieda

    ReplyDelete
  22. Setiap ujian yang diberi adalah untuk menguji hambanya..

    Semoga kita semua tabah dan redha dengan ujian tersebut

    ReplyDelete
  23. salam ieda
    baca juga N3 ieda tentang perasaan ni.
    dalam satu pelayaran hidup ni,
    kadang2 diuji pd awal pelayaran, ada juga yg di uji pd petengahan dan ada juga pada penghujung, namum ada juga yg langsung tidak uji atau ujian datang sepanjang hidup ..
    klu hendak sama2 sampai destinasi, kita kena bijak dalam menerima ujian hidup ..setiasa tengok pd big picture, wajar ke bila ditimpa ujian sikit kita kaburkan big picture tu ..
    usia perkahwinan masuk ke 26 thn ..
    pergolakan pernah dilalui juga ..
    insyallah dgn kesabaran .. masa akan menenangkan kita kembali ..

    ReplyDelete
  24. aminn...moga akak terus bertahan dgn ujian..insyaAllah

    ReplyDelete
  25. kita diuji tandanya DIA sayangkan kita

    ReplyDelete
  26. hang in there akak..sedih falsya baca entry nie..

    ReplyDelete
  27. Dia syg kita..nak uji la kak..hope akak tng ya :)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...