Sunday, January 6, 2013

LAGI BAYI BARU DILAHIRKAN DITEMUI MATI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

baru je semalam kita bercerita kisah yang belikan insuran buat anak2 kita ... saham kita diakhirat kelak ... pagi2 nie dah baca kisah bayi di buang di dalam tong sampah .. oh ... sedih sungguh ! ... bilalah benda2 nie semua nak berakhir .... meruntun jiwa betul .. adakalanya semua ini menjadikan kita tidak tenang .... banyak yg perlu kita renungkan ... apa tindakan kita sebagai masyarakat nak bendung semua nie ?? adakah kita hanya mendiamkan diri ... membaca saban hari kisah2 macam nie ... aduhhhh



Oleh MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN

Sungguh zalim apabila seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui mati dalam tong sampah yang dipenuhi longgokan sisa tulang ayam, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam, bayi perempuan terbabit disumbatkan ke dalam beg berwarna biru sebelum dicampakkan di belakang sebuah restoran makanan segera di Jalan Onn Jaafar, di sini.

Lebih mengerikan apabila mayat bayi terbabit yang masih berdarah dan bertali pusat turut dimasukkan ke dalam beg itu bersama urinya.


Sumber polis berkata, bayi perempuan itu yang dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh beberapa jam ditemui seorang pengutip sampah yang mencari barangan terpakai di kawasan itu.

Menurutnya, pengutip sampah yang mengais tong sampah milik Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) itu dikatakan menemui beg itu sebelum membukanya.

“Bagaimanapun, dia terkejut sebelum menjerit ketakutan dan berlari dari lokasi mayat bayi itu ditemui. Tindakan lelaki itu menarik perhatian orang ramai yang menghubungi polis.

“Anggota polis forensik yang bergegas ke lokasi kejadian kemudian menemui mayat bayi berlumuran darah itu di dalam tong sampah,” katanya.

Bagaimanapun, polis belum dalam memastikan sama ada bayi itu mati akibat dibuang ke dalam tong sampah atau ketika dia dilahirkan.

petikan : hmetro

ternyata minda orang skrg sudah ramai yang tidak tahu membezakan darah 
daging sendiri @ bahan buangan !

12 comments:

  1. Ya Allah... kenapa lah sanggup buat macam ni. Setiap hari ada je dengar tentang perlakuan kejam terhadap bayi yang baru dilahirkan.. memang tak ada perasaan...

    ReplyDelete
  2. stiap hari baca psl buang baby..kcian la

    ReplyDelete
  3. Kejam betul diorang ni, huhu..
    Serius? Boleh kakak, nanti kita cuba belikan domain untuk akak.. jom friend di FB https://www.facebook.com/ahsfantasy24 :)

    ReplyDelete
  4. sampai bilelah fenomena begini akan berakhir..

    ReplyDelete
  5. bagi akak, kedua2nya kesian, si ibu & bayi baru lahir, mereka adalah mangsa keadaan.

    BAPA bayi itu lari ke mana? dia yg sepatutnya dihukum berat seberatnya..

    ReplyDelete
  6. salam kak ida..
    allahurabbi..kesian bby tu.. :(

    ReplyDelete
  7. kesiannya, baby tak salah pun. tak berperikemanusiaan langsung.

    ReplyDelete
  8. Sedih sgt bila baca kes2 buang baby ni..kejam betoi la depa yg buang tu

    ReplyDelete
  9. ni kes buat berani tapi tanggungjawab tak mahu.

    ReplyDelete
  10. sedihnye hati sy dengar berita nih kak

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...