Monday, January 7, 2013

KLIA2 BERSEDIA UNTUK AIR ASIA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

wahhh Air Asia akan mendapat terminal penerbangan baru tidak lama lagi ... alhamdulillah , selepas nie x perlu dah nak bersesak2 di KLIA sahaja kan ... pengalaman akak menggunakan KLIA tahun lepas memang memeningkan .. nak2 1st time kan ... aduhhhh kalau x pandai harus sesat dalam tu sahaja .. ;)


KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd sudah bersedia bagi perpindahannya tidak lama lagi ke lapangan terbang penerbangan tambang murah, KLIA2, kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Aireen Omar.

Beliau berkata syarikat penerbangan tambang murah itu sudah bersedia dan sedang menunggu kelulusan daripada Malaysia Airports Holdings Bhd untuk menghuni lapangan terbang baharu itu, yang dijadualkan mula beroperasi pada Mei.

Sejak bermulanya pembangunan prasarana lapangan terbang baharu itu, syarikat itu telah mula bersiap-siap untuk berpindah semua bahagiannya termasuk operasi, logistik dan pengendalian darat.

Aireen berkata AirAsia, yang bakal menjadi penyewa terbesar di KLIA2, sedang memantau perkembangan di lapangan terbang itu. "Kami ada pasukan operasi untuk memantau perkembangan. Saya juga dalam pasukan itu dan kami kerap bermesyuarat untuk membincangkan isu-isu berkaitan lapangan terbang baharu itu.

"Bagaimanapun, kami sentiasa memastikan bahawa setiap aspek di KLIA2 seperti landasan dan kemudahan lain sesuai bagi modul perniagaan kos rendah. Untuk itu, kami akan sentiasa berhubungan dengan pengendali lapangan terbang itu (Malaysia Airports)," kata Aireen kepada Bernama.

Beliau juga berkata terminal penerbangan rumah (LCCT) sekarang telah mencapai kapasiti maksimum 15 juta setahun. "Malaysia AirAsia membawa 20 juta penumpang tahun ini. LCCT itu tidak akan menawarkan persekitaran yang sesuai bagi kami dan pelanggan pada masa akan datang," katanya.

petikan : hmetro


lepas nie siapa2 yg ingin melancong ke luar negara melalui Air Asia bolehlah meneroka keindahan bangunan baru KLIA2 nie .. rasanya lebih canggih dan selesa koot ... wah2 ... bilalahhhh dpt naik Air Asia lagi erkk huhuhu .. ada sesiapa nak pi jalan ramai2 tak ??? nak tumpangggggggggg huhuhu ;) kak umialya ! .. kita buat family trip nak kak ??? ( ecehhh ngader2 je aku niekannn huhu )



13 comments:

  1. Klo akk buat family trip, saya nak ikut...hehehe...

    ReplyDelete
  2. pernah sekali je ikut air asia...adoii x memuaskan hati masa tu.sempit, bergoyang dan berdengung.mungkin sbb kapal terbang kecik kot. klu besar mungkin best! hrp ia best lps2 ni.

    ReplyDelete
  3. hrp2 seperti yang diwar2kan lah ye

    ReplyDelete
  4. erm, adakah nak naik AA akan sama keadaanye dengan naik MAS nanti sbb terminal dah lebih kurang sama ngan KLIA yerk..

    ReplyDelete
  5. ishhhhhhhhhh akak tak mampu le nak bawa askar ramai2 naik belon lgpun kt sini mana ada lapangan terbang, kalu melalui jln darat, kira ON jer...

    ReplyDelete
  6. Boleh g jalan2 lepas ni..dah senang sikit..x perlu bersesak2..:)

    Kak idea bg adik? Dia sambung bayo ke kak? Best..besar..cc pon besar…

    ReplyDelete
  7. bagus ler dah nak siap...mesti lebih ramai yang berjalan2 dgn AA lepas nie kan kak...

    ReplyDelete
  8. tak sbr tgu lpgn kapal terbang nih siap...mcm sy nih pnh naik flight...hahahaha

    ReplyDelete
  9. hurmm...menarik ni kak... mulalah sayer terbayang2 dan verangan nak ke mana nih... ^_^

    ReplyDelete
  10. senang sikit pasni nk g jenjalan hihi

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...