Tuesday, January 15, 2013

KERAP HAMIL JEJAS TULANG BELAKANG


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

rasanya semua ibu2 di luar sana tahu akan risiko2 yang akan kita tempuhi sekiranya kita kerap mengandung dan mengandung dalam waktu yang terlalu dekat dengan kehamilan terdahulu ..mana2 rasanya ,dah ramai orang memperkatakan tentang jarak kehamilan , merancang dan ikhtiar agar kehamilan tidak terjadi dlm masa yg terlalu pantas ..

kalau ke klinik punn , sure dah banyak klinik2 kerajaan yang memberikan panduan bagi merancang kehamilan masing2 .. rasanya semuanya bagus dan boleh diambil kira , yelah tugas ibu bukan setakat MENGANDUNG sahaja ..kalau dah ada banyak risiko dan penyakit yang akan menyinggah , bagaimana nak menjaga anak2 sedangkan badan sendiri x sihat ! .. selalu sakit , lengguh sana lengguh sini kan ... 

salah satu risiko ibu2 yang kerap mengandung tanpa merancang adalah seperti dibawah .. uishh takut lak akak nie baca ..yelah kesihatan nie kena jaga sendiri bukan dari orang lain .. nak sihat kena atas usaha sendiri ! 
   
jom kita baca !

MEMILIKI zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.

Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.

Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.

Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.

Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.

Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.

Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.

“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.
Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.

Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.
Berpantang

Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.

Sambil merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh mengandung sehingga melepasi waktu bersalin.
“Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal.

“Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma kelahiran,” katanya.

Seseorang ibu bukan sahaja memerlukan tempoh pantang sebelum kembali mengandung bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya.

Sambil menyebut saranan Islam supaya wanita menjarakkan kehamilan selama dua tahun, Ismail menasihati pasangan agar merancang kehamilan dengan pelbagai kaedah.

“Terdapat banyak cara untuk mengelakkan kehamilan berlaku. Ini termasuk mengambil hormon dan pil selain menggunakan kondom atau IUCD iaitu alat pencegahan kehamilan dalam rahim,” katanya.

sumber : gugle

merancang kehamilan nie banyak caranya , kalau dulu akak memang mengamalkan 'rancang sendiri' , berbincang dengan suami .. alhamdulillah suami sgt2 memahami masa tu ... paham kan dia risiko, keselesaan dan kepayahan kalau beranak terlalu rapat ... akhirnya dptlah kami jarakkan kehamilan . Dan yang pastinya kita merancang utk kesenangan kita juga , bila anak2 dah besar , rasa sgt2 selesa dan bolehlah kita berehat ... banyak kelebihannya .. 

kalau uols nak tahu akak melalui proses ceaser bagi ketiga2 anak akak... sampai sekarang masih tidak dibenarkan mengangkat berat (bimbang sakit belakang) walau amanina dah pun berusia 11 tahun .. bayangkan penangan operation dan beranak nie ... bukan calang2 situasi ... itupun akak ok lagi sbb selalu amalkan makan ubat2 kampung , nutrisi sihat dan amalan minum air masak lebih dari 3 liter sehari .. alhamdulillah itu memang akak sentiasa jaga .. ;) ................

TAPI memang kaum wanita specially ibu2 nie , 
kena jaga semua nie kan .....

25 comments:

  1. Memang betul tu kena ada perangcangan dlm membina keluarga bahagia.

    ReplyDelete
  2. aku pun merancang kak wlu pun tak de amik pepe hormon ... takut

    ReplyDelete
  3. ada kakak kat office ni pulak kak... even anak dah umur 5 tahun, baru2 ni dia ada angkat berat2... dia menjalankan process kelahiran secara caesar...

    pegi Ampang Puteri cek balik, doktor kata jahitan kat belah dalam tu bengkak balik...

    hurmm...memang jadi orang perempuan ni bukan jaga luaran jer kan kak? dalam pun nak kena jaga... siapa cakap mudah jadi perempuan? ^_^

    ReplyDelete
  4. kaum wanita ni banyak pantang larangnya

    ReplyDelete
  5. ya ker??? info berguna ni....

    ReplyDelete
  6. PM dan wife merancang juga...sampai masa insya-Allah ada lah Mifz adik...:)

    ReplyDelete
  7. oo gitu ekk...

    jom sertai blog saya

    http://yatdhamid.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. org pompuan ni sume benda kena jaga n ambil berat

    ReplyDelete
  9. mmg kena jaga betul2..pompuan mmg byk pantang larang pun kan..deqla lom ada anak..teringin nk anak..xtau la camne nnti..huhu

    ReplyDelete
  10. Ai yg x plan ni pun x dapat2 pun for 2nd
    Doa kan ai yer kaka (⌒▽⌒)

    ReplyDelete
  11. kalau rapat sangat memang bahaya tapi kalau jarak sangat umur tua lagi bahaya nak mengandung kak..

    ReplyDelete
  12. Saya pun kak....anak 3, semua jarak 2 tahun...rancang sendiri (^_^)

    ReplyDelete
  13. munna tgh merancang nak menambah satu lagi ni kak....

    ReplyDelete
  14. akk 3x csec? sara sekali pon mcm dh serik, alhamdulillah 2nd dpt normal..hrp pas2 ni nk normal.. tq share info ni kak :)

    ReplyDelete
  15. betol tu kak kena juga merancang untuk jaga kesihatan, janganlah diabaikan kesihtan kita takut nanti diri sendiri yg merana..

    ReplyDelete
  16. Thanks for sharing kak. Tapi org dulu2 ok jer kan anak rapat2 ☺☺

    ReplyDelete
  17. kawan ema rapat-rapat..selalu dgr dia cakap kali ini (kali -3) preggy badannya sgt letih...

    ReplyDelete
  18. owh..thnks bkongsi..bole sy bgtau kt kwn2 yg da kawin ni...& utk sy juga d ms akn dtg..hehe

    ReplyDelete
  19. alamak sy yg tak jerap beranak ni pun sakit je belakang, kekuranfan kalsium kah saya.

    ReplyDelete
  20. salam kak ida..
    huhuh..tenkiu for sharing..yg selang setahun ni pun dah cukup meletihkan.. kene plan betul2 lps ni :)

    tulang kene jaga.... :)

    ReplyDelete
  21. nice sharing kak..wahh gerun plak nk branak kejap.hihii

    ReplyDelete
  22. betul tue kak...saya jarak anak 2 tahun gan 3 tahun...info yg menarik..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...