Friday, January 18, 2013

DARI ALLAH DATANG SEMUANYA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

salam jumaat yang indah , penghulu segala hari .. semoga kita terus mendapat keberkatan didalm kehidupan kita .. aminn ... jom sama2 hayati kisah ini .. sangat2 terkesan dihati ini .....


Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.

Dia menyambung semula kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.

“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.
  Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.

Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.


Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

*******************************************************

Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.

Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

petikan renungan : permatakata

19 comments:

  1. menarik cite tu kak....betul kan kak...bile kesenangan depan mate kite rakus nak mengautnyer..tanpa kite sedar disebalik tu byk lagi onak dan liku menanti....

    ReplyDelete
  2. Betul tu..setuju dengan akak.. Perkongsian cerita yg menarik dari akak... byk maksud tersirat. Tq sharing kak..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak,perkongsian yang menarik hari jumaat ni moga kita semua tersedar.

    ReplyDelete
  4. Suka sangat....mcm den ni hah...dah domam...baru teringat kepada yg ESA...jahat giler den ni hah....

    ReplyDelete
  5. betul tu kak,mmg sesuai citer tu dgn fitrah manusia skang..

    kak ida,nens pon duk kuantan gak..batu 5,dekat ngn masjid KIPSAS..keje kt kompleks ikan tanah putih..kalo IM selalu nens g tamn bandar..hehe,akak keje mana situ?

    ReplyDelete
  6. tersirat makna yg dlm dlm kejadian nie..

    ReplyDelete
  7. bila susah, baru nak angkat tgn menadah doa..bila senang lalai dgn seme tue, tq kak utk entry nie..

    ReplyDelete
  8. memang terkesan di hati...

    tq sharing

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing kak. Kita selalu lupa padaNYA. Tapi bila ditimpa musibah, DIA juga tempat kita mengadu. Peringatan buat kita semua.

    ReplyDelete
  10. Manusia mmg mudah alpa...

    Thanks 4 sharing kak!

    ReplyDelete
  11. mmg menarik kisah tu..mmbuat kita bfikir sjenak dgn kelakuan kita slama ni..mmg kita slalu lupa pada-Nya tatkala nikmat & rezki diberikn...kmudian, dtgnya ujian, brulah kite igt dan kmbli ke jln-Nya

    ReplyDelete
  12. ^_^ terbaikkkkk kak... thanks for sharing and very good entry... love it...

    ReplyDelete
  13. menarik citer ni kak... kita mmg sering terlupa nak ucap syukur...tq for sharing kak....

    ReplyDelete
  14. Lazimnya sebagai manusia memang begitu ieda. Bila dah sesak baru tersedar, masa senang lupa semuanya.

    ReplyDelete
  15. pada awalnya.. nisah kurang faham cerita ni kak..
    bila nak masuk ending.. baru nisah sedar. itulah sikap kita .... terima kasih share kak..

    ReplyDelete
  16. salam kak ida..tq for sharing.. xdan nk habiskan baca.. nnti cma sambung semula :)

    ReplyDelete
  17. mmg betul kak kita ni bila dah sesak baru tersedar..waktu senang lupa habis semua

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...