Thursday, January 3, 2013

BILA SI KECIL MULA BERTANYA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

syukurr ... akak kena lupakan semua yg pahit2 tuu kan ... kan kan .. soo kena mulakan kembali mood dengan bismillah .. kita sama2 doakan semua yg pahit itu berlalu pergi ... insyaallahhh ... :)

ok2 akak nak share sesuatu disini ...xceli entry nie dah lama didalam draft .. maklum lahh banyak perkara yg terjadi so akak simpan dulu ....

ok ,  topik atas sgt hangat kan ... ada diantara anda yg tentunya pening kan nak jawab macam mana kalau anak2 kita dah mula bertanya itu dan ini .. paling x tahan bila tanye soalan2 yg dianggap opsss sensitif ! .. haaaaaa macam mana nak jawab .. macam akak lahh .. sib baik akak x pernah dpt soalan pelik2 macam ... ermm macam mana adik terjadi ?? ahahha kalau ada soalan macam tuu .. macam mana nak jawab ??? 




Ye , anda semua jangan panik tau kalau tiba-tiba anak2 kecil anda tanyakan hal-hal yang agak sensitif dan sukar diberikan jawapannya. Sebaliknya, kena belajar bagaimana untuk menjawab soalan mereka dengan bahasa yang senang mereka fahami.

Sememangnya bukan mudah bercakap dengan anak tentang hal-hal yang berkaitan tentang bayi dan hubungan kelamin nie . Pertanyaan mengenai dari mana bayi datang merupakan suatu pertanyaan yang sangat biasa kan , hampir semua kanak-kanak akan mempersoalkan hal ini. Lebih-lebih lagi jika ibu mereka sedang mengandung. Soalan “Bayi datang dari mana?” ini walaupun ringkas, aduhh pening juga , bagaimana nak menjawabnyee ...

Tapi, hendak atau tidak, anda kena jawab juga . Kalau tidak, si kecil anda akan terus menyoal sampai puas hati. Ini bermakna, semakin cepat anda memberikan jawapan terhadap soalan-soalan anak, lebih mudah. Menjawab soalan anak yang masih kecil tidak memerlukan anda sampai duduk semeja berbincang dengannya. Terus sahaja jawab setiap kali dia bertanya. Atau paling senang untuk mendapatkan jawapan yang boleh diterima kanak-kanak, cuba rujuk pada buku-buku kanak-kanak yang ada menceritakan tentang hal ini.

dan dibawah ini , akak nak kongsikan bersama tips2 menjawab soalan mengikut usia anak2 kecil anda .. ini semua akak ambil dari pembacaan akak ... jom kita tgk 

2 hingga 4 tahun

Soalan:

Bayi datang dari mana?

Jawapan:

Bayi datang dari satu tempat istimewa dalam perut mama.

 

Soalan:

Macam mana keadaan dalam perut mama?

Jawapan:

Keadaan dalam perut mama cantik dan sangat selesa. Sebab itu, ‘baby’ suka sangat tinggal dalam perut mama.

 

Soalan:

Adik ada ‘bunga’. Abang ada tak ‘bunga’ macam Adik?

Jawapan:

Tak. Abang ada ‘burung’.

 

4 hingga 6 tahun

Soalan:

Macam mana nak buat ‘baby’?

Jawapan:

‘Baby’ dibuat daripada benih istimewa yang ada dalam badan papa bersama telur yang memang sudah ada dalam perut mama. Apabila benih papa jumpa dengan telur mama, terbentuklah ‘baby’ yang kecil. ‘Baby’ ini akan membesar dalam perut mama sampailah dilahirkan.

 

Soalan:

Macam mana telur boleh ada dalam perut mama?

Jawapan:

Semua orang perempuan memang sudah ada telur dalam perut mereka sejak dilahirkan. Tapi, telur hanya boleh jadi ‘baby’ kalau perempuan tu dah besar macam mama.

 

Soalan:

Macam mana ‘baby’ boleh hidup dalam perut mama?

Jawapan:

‘Baby’ tinggal dalam satu tempat istimewa dalam perut mama yang sangat selesa. ‘Baby’ dapat makanan daripada mama. Setiap makanan yang mama makan, ‘baby’ pun makan. Selain makan, ‘baby’ pun boleh bergerak-gerak, tidur dan berehat dalam perut mama.

 

Soalan:

Macam mana ‘baby’ keluar dari perut mama?

Jawapan:

‘Baby’ boleh keluar dari 2 tempat. Satu daripada ‘bunga’ dan satu lagi dari perut.

 

6 hingga 8 tahun

Soalan:

Dari mana datangnya benih dan telur?

Jawapan:

Benih papa biasanya dipanggil sperma. Sperma dalam badan papa dan telur pula memang sudah ada dalam perut mama. Apabila papa beri sperma pada mama, sperma tu terus cari telur dalam perut mama. Bila dah jumpa, sperma tu terus melekat pada telur dan tidak lama kemudian, jadilah ‘baby’ kecil.

 

Soalan:

Macam mana ‘baby’ keluar dari perut mama?

Jawapan:

Apabila ‘baby’ sudah besar, dia dah tak muat lagi untuk tinggal dalam perut mama. Jadi, ‘baby’ tu akan keluar dari perut mama ikut saluran yang memang sudah ada dalam badan mama. Saluran tu pula bersambung dengan ‘bunga’ mama. Di situlah ‘baby’ akan keluar nanti. Sebenarnya memang susah ‘baby’ nak keluar sebab ‘baby’ besar dan ‘bunga’ mama kecil. Jadi, kalau ‘baby’ tak dapat nak keluar sebab sempit, doktor akan tolong buat lubang pada perut mama dan keluarkan ‘baby’. 

see ... boleh diguna pakai kan jawapan2 diatas .. kadang2 tuu x terfikir nak jawab soalan2 tuu dengan proper .. mgkin sbb akak x pernah dpt soalan2 macam nie ... nie dah baca , insyaallah kalau zahrien ada tanye atau kakak2 dia tanye ekeke .. jawab macam diatas lah koot ;)


27 comments:

  1. Mekasih kak. Kena print ni. Anak bujang saya tu suka bertanya. Sampai tak terjawab di buatnya. Baru2 ni dia tanya 'ibu, macam mana kita nak jadi ayah'...adoiiii...

    ReplyDelete
  2. Thanx for sharing kak...
    Qis skrg ni belum pandai bertanya lagi..cakap pun masih pelat..tapi kena bersedialah dari skrgkan dengan soalan² cepu emas dari dia nanti.. :)

    ReplyDelete
  3. salam kenal dari fifi..

    tekun fifi bace entry ni.. tak lame lagi ufairah nak masuk setahun.. takut jugak di hujani dengan soklan2 macam ni..

    ReplyDelete
  4. Kena pandai jawab persoalan si kecik bila dah mula bertanya supaya mereka faham dan jelas:D

    ReplyDelete
  5. tq kak ieda for sharing this...walaupun intan x ada anak, tapi kena standbya juga kot2 anak2 buah tanya kan,..,hehe

    ReplyDelete
  6. ssh gak bila anak² dh mula bertanya ni kan..kena pandai bg jawapan..

    ReplyDelete
  7. ish..malu pon iye kak.jgnlah anak sy tanya..hiks

    ReplyDelete
  8. wah...jawapan sains tu... sperma... hahaha... kalau saya jawab senang je kak...

    untuk soalan macamana baby boleh jadi:

    saya tunjuk terus video yang ada kejadian baby macam kat blog saya tu haa... selesai.. bebudak duduk tengok dengan kagum je la...hahaha...

    ReplyDelete
  9. thanks for sharing kak...

    kena prepare gak ni..nnti Irfan dah bsr...sure suka bertanya kan..

    ReplyDelete
  10. anak kazen saya penah cakap, baby beli kat JJ eh?


    fitam!

    ReplyDelete
  11. anak buah sy pernah tnya kak... makcik mengandung nie perut makin besar, xsakit ke hehehehehehe blur kejap nk jwb

    ReplyDelete
  12. Soklan alya pg2..
    Naper abah tak nak basuh keta? abis kotor baju adik..
    camner tu?

    ReplyDelete
  13. hihi..tu la kn..budak2 nih kdg2 suke tnye soalan d luar jangkaun kita..huhu

    ReplyDelete
  14. kalau sy pun terkedu nak jawab..hehe

    ReplyDelete
  15. Bagus juga tips macam ni...jadi kita sebagai parents dah well prepared untuk menjawab soalan cepumas mereka..hihihih..

    PS: ada jual Herbalife ya? Saya nak beli la...boleh ke jual dgn harga discount tu..ekekekekeke...

    ReplyDelete
  16. woo..bagus ni kak..nnt kalo die ty leh jwb dengan bangganyer..haha..tp yg x tahan bila soklan berangkai..ade jek soklan die nk bg..suke sbb ibu melayan..haha

    ReplyDelete
  17. bagus soalan2 dan jawapan yang di berikan, pasni amy kena ingat kalau2 ada anak nanti , buatnya di tanya soalan2 gitu, x de la mengelabah...

    ReplyDelete
  18. kene bersedsia utk ms akn dtg ni.. hihii alisha skrg lum pandai bertanya lg...

    ReplyDelete
  19. betul kak. anak buah saya pun mcm tu. kdg2 sampai tak tau nak jawab ape dah. hihi..

    ReplyDelete
  20. jawapan yang bagus dan agak telus... he he he..baguslah...anak2 kecik ni perasaan ingin tahu mereka memang tinggi... better bagi tahu kan so that they know what's actually happening...

    gud sharing and nice entry kak...

    ReplyDelete
  21. okay2... noted!!! hehehe...

    ReplyDelete
  22. sy pernah kena serangan bertubi dr anak pasal mcm mana dia wujud... xreti da jawab last2 sy bg tgk youtube, trus dia dtg pelok sy nanges2 sbb kata 'kecian ibu sakit keluarkan Amsyar' he3

    ReplyDelete
  23. belum alaminya lagi...tp tak tahulah bila dia belajar sek keb ni...

    ReplyDelete
  24. salam kak ida..
    hihi..xterjawab rasenye klu tetiba anak2 bertanya soal ni... :p

    ReplyDelete
  25. aha btul tu..jgn la bg jwpn yg membuatkan anak2 fkir hehe..apapun thnks for sharing :)

    ReplyDelete
  26. anak2 bujang saya pun dh suka menanya..

    ReplyDelete
  27. boleh standby kot qalief tanya nanti hihihihi

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...