Tuesday, January 22, 2013

BERHIJAB : TUNTUTAN @ TREND ?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

hurmm nak kata trend pun ye jugak , kalau ke mana2 pasar borong , tani @ pasar malam ... memang pelbagai jenis tudung yang kita boleh lihat .. aduhhh macam2 jenis .. kadang2 dah naik rimas lak .. yelah .. bila tgk banyak nyee skrg nie jenis selendang ! haaaa selendang memerlukan proses membelit2 kan .. haaa susahh tuuuu ( bagi akak lah kooot ) ngehx3 ....


tapi apa yg kita sendiri x sedar adalah , adakah betul cara pemakaian kita tu ? ... adakah mengikut syarat2 didalam menutup aurat ! ... 

hurmmm mari kita renungkan disini ...

Pemakaian tudung mencetus satu fenomena tersendiri apabila ramai golongan kaum hawa kini mula menyedari akan kewajipan dituntut agama. Ledakan itu turut tempias kepada cabang bisnes dan rekaan kreatif tudung.

Bagaimanapun timbul persoalan terhadap pemakaian itu selepas ia ditransformasikan dengan pelbagai fesyen sehingga ‘hilang’ tujuan sebenar seperti disyariatkan dalam Islam.


Mungkin kerana pengaruh ramai selebriti yang bertudung dan difikirkan sebagai satu fesyen. Visualnya, mereka (selebriti) lebih tampak cantik dan berseri.

Menutup aurat adalah perkara wajib, tapi kalau setakat bertudung, hanya menutup kepala, tidak mengambil berat isu jenis kain dan saiz bidang, apakah pemakaian tudung itu tuntutan atau sebaliknya? 

Fesyen memang dibolehkan, Islam tidak melarang untuk berfesyen. Dalam al-Quran tercatat: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara keaibannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumur (jilbab)nya ke dadanya”. (QS. An-Nur : 30-31)

Kalau dilihat, fesyen bertudung kebanyakan pendek di bahagian dada, tapi labuh di bahagian belakang. Tapi Allah, memerintahkan ‘labuh di bahagian dada’.

Perkara ini, dilihat sebagai perbezaan wanita Islam dan wanita rahib, takut-takut melalui fesyen itu, menjadikan kita termasuk dalam kalangan yang tidak sepatutnya, seperti mana hadis Nabi: “Barang siapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka.”

Rata-rata gadis kini menggayakan pelbagai fesyen, daripada tudung bawal ke selendang dan terbaru, turban yang menampakkan bentuk leher. Kadang-kadang jika berbalik dari sudut agama, jelas lari daripada konsep sebenar.

Adakah ia satu fesyen atau pengaruh sekeliling yang membuatkan gadis bertudung mengetepikan hukum dan mengambil kira soal perubahan fesyen yang tidak menepati syarak.

Terkenang kata-kata Ustaz Don Daniel, yang menyatakan:
“Lilitlah tudung apa yang kamu nak pakai, asal tutup bawah paras dada, pakailah baju berjenama apa pun, asal longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh badan kerana Islam itu memelihara kaum wanita.”

sumber : SINI

yang pastinya disini akak memang x suke jenis belit2 tuuu .. rasa payah dan rimas .. mgkin kerana faktor usia .. erhhhh ekeke ;) ... apa2 punn dalam bertudung nie bila istilah menutup aurat kenalah ikut betul2 .. bukan sekadar ingin berfesyen ,belit lah nak lagu mana punn ,  kerana dlm islam x salah nak mengikut fesyen , janji betul2 ikut lunas menutup aurat itu sendiri .. kan kan kan ;

31 comments:

  1. singgah baca & follow sin ye untie

    ReplyDelete
  2. teringin jugak nak berselendang bagai tapi... dah asalnya dari kampung, tak reti2 nak berfesyen...

    ReplyDelete
  3. saya x jumpa lagi cara yang sesuai nak pakai selendang...ekekeke... sebab muka bulat...nanti nampak penuh jer... ^_^...

    ReplyDelete
  4. sy yg belit belit ni skali skala jer kak... tgk mood... tp yg berawning tu mmg xblh pakai lgsg...rs xsesuai sgt nga muka...sy setia nga bawal jer...=)

    ReplyDelete
  5. x suka tgk bla ade prmpuan yg ska pakai tudung tonggek2 blkng tu..

    ReplyDelete
  6. samalah dengan saya tak reti nak belit2 mungkin faktor umur gak.

    ReplyDelete
  7. lilit2 mmg kadang2 jer..ikut mood ikut rajin..hehehe...gie opis pakai syria sbb pg2 xsmpt nak gosok tudung..hahaah

    ReplyDelete
  8. tutuplah aurat mengikut tuntutan syariat .... betul tak ...

    ReplyDelete
  9. saya ikut mood kadang rajin...mulala nak melilit tapi kalo malas sarung jer...hehe

    akak macam lawa jer gambar dierang pakai tudung turkey tu

    ReplyDelete
  10. suka jgk belit2 nie kak..tp sekali bila nak solat, jenuh nak membelit pulak lps tue hehehehehe...

    ReplyDelete
  11. sekarang ni ada jugak yang belit2 tapi tutup dada dan leher.saya selalu jugak pakai shawl belit2 tiru kat youtube..banyak yang tutup dada..

    ReplyDelete
  12. saya kalau keluar la berselendang kak , tapi kalau keje haa sarung jew la senang ,

    ReplyDelete
  13. Saya ni simple. Yg penting biarlah sempurna jika bergaya pun. Menepati tuntutan agama.

    ReplyDelete
  14. betul2 kak skrg fesyen tdung pelik2 sgt..yg bersanggul unta pon bykkkk

    ReplyDelete
  15. kalo belit2...mmg tak sempat..skrg ni sarung jerk

    ReplyDelete
  16. saya pun x pandai nak belit2 ni kak... x sesuai kot ngan saya...hehe...pakai yg saukk jerrr...

    ReplyDelete
  17. act tak salah kalau nak bergaya kan... asalkan tak lari dari syariat.. kene tutup dada.. lately ni suka tengok haliza af, wardina, walaupun depa bertudung, still bergaya dan menutup dada.. saya pun tak pandai belit2 tudung. suka pakai sarung je senang. heheh

    salam kenal

    ReplyDelete
  18. saya ikut mood tp kalau lilit pun mst tutup dadalah.. :D

    ReplyDelete
  19. tak pandai pakai shawl. tak reti belit2 pastu muka tak sesuai pun. bulat seperti bola hehe

    ReplyDelete
  20. nampak org pakai berbelit2 nie memang cantik, tapi sendiri pakai...huhuhu,faham2 je la..=)

    ReplyDelete
  21. ema baru nak belajar pakai selendang..tapi tak ada sampai nak belit-belit habis..kan tak pasal tercekik diri sendiri..

    ReplyDelete
  22. salam kak..
    hehe..cma suka pakai yg lilit2 ni..nmpk muda! :p

    pakailah dlm bentuk apepun,,janji MENUTUP AURAT dan tiada BONGGOL UNTA :)

    ReplyDelete
  23. Tak berapa berkenan dgn tudung yg nmpk bentuk rambut di sanggul tu...hehe

    ReplyDelete
  24. alahaiiiii,kak..sy plak tak pandai jgk nk belit2 ni...pkai tdung pun yg murah2 je :(

    ReplyDelete
  25. setuju dengan komen puan mimi. belit la nak belit mcm mana pun asalkan x langgar syariat yg sepatutnya kita ikut. bertudung bukan untuk fesyen tapi sebab tuntutan agama. certain org sy tengok dy jadikan pemakaian tudung untuk femeskan diri & cari publisiti.

    ReplyDelete
  26. wani xdan nak melilit skang ni kak hihihi

    ReplyDelete
  27. Betul tue kak...sekarang nie pakai tudung macam Trend jer huhuhu

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...