Tuesday, January 8, 2013

AIR ASIA TAWARKAN FREE SEATS UTK KE SABAH/SARAWAK BERMULA ESOK

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

10,000 Tempat Duduk AirAsia Percuma Antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak Mulai Rabu Ini

SEPANG: Sebanyak 10,000 tiket AirAsia pergi dan balik secara percuma antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak boleh ditempah bermula Rabu ini bagi penerbangan antara 14 Januari dan 4 Februari.

Bagaimanapun, cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan. Kadar bagasi, hidangan dalam pesawat, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan tambah nilai yang lain turut tidak termasuk dalam tempat duduk percuma.

Tempat duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, AirAsia berkata, tawaran itu merupakan sebahagian daripada Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas.

“Kami mempunyai sejumlah 417 penerbangan setiap minggu antara Semenanjung dan Malaysia Timur, dan 62 penerbangan harian yang berlepas dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke lapan destinasi di Sabah dan Sarawak.

“Ini merupakan cara kami untuk menghargai sokongan rakyat, dan ia akan menjadi yang pertama bagi lebih banyak lagi inisiatif daripada AirAsia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar.

Tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan untuk penerbangan domestik antara Semenanjung atau antara Malaysia Timur. Pesawat khas dengan ‘livery’ 1Malaysia telah dilancarkan pada Sabtu lepas bagi memperingati ‘Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia’.

sumber ;hmetro


sooo apa lagi !.... kepada yang nak sangat ke SABAH & SARAWAK buat lah segera tempahan FREE SEATS yang akan bermula jam 12.01tgh malam ini . Jangan lepaskan peluang nie .... akak x koot ... tahun ini dan tahun depan semua cuti2 OVER THE SEA terpaksa di tunda selepas amanina menduduki peperiksaan UPSR .... tumpuan harus diberikan lebih kepada dia ... insyaallahhh ... walau bagaimana sekalipun , kalau cuti sekolah setakat dalam negeri nie ok lagi kannn .. lagipunn dlm malaysia sahaja x habis lagi akak terokai ! ... ;))

sooo yuk kita cuti2 malaysia .... TAHNIAH kepada AIR ASIA kerana banyak memberikan insentif kepada rakyat yang berpendapatan rendah untuk melancong ke luar dengan Free Seats dan tambang murah ! .... 

now with AIR ASIA ... EVERYBODY CAN FLY !!!!!!!!!!!!!


ps: pagi nie akak EL... ada sesuatu yg terpaksa di buat dengan kadar segera , berkeputusan mlm tadi .. doa2 kan semua dipermudahkan .. aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn



16 comments:

  1. Mesti line sesak i ni kak. Sebab free kan.

    Smoga urusan akk di permudahkan olehNYA.

    ReplyDelete
  2. ish..boleh dapat ke ni kak.mesti jem nnti website AA

    ReplyDelete
  3. saya dgr mcm start khamis ni, silap ya..

    saya mmg nak try, nak amik ke sabah/sarawak.

    ReplyDelete
  4. wow...thanks kak...kene cepat2 rebut nie...kalo betul tiket murah leh la pergi lagi....lieya penah sampai sabah sekali jek.....best sebab sejuk kat kundasanggggg...

    ReplyDelete
  5. KALAU KE SABAH PUN OK NI..
    BOLEH PI UMAH ADIK SAYA NUN..HHEH

    ReplyDelete
  6. wah..syiok tu..free...suke bnde2 free ni..hihi

    ReplyDelete
  7. akak baru jer nak ajak eida 'terbang'..

    ReplyDelete
  8. cnfrm ssh nk masuk..hurmmm

    ReplyDelete
  9. Ok, nak booking terbang ke Sabah :D

    ReplyDelete
  10. saya nak cuba cuba cuba!!!

    *akak, harap2 semuanya ok di pihak akak ye..

    ReplyDelete
  11. x dpt nk booklah ni line sure sesak

    ReplyDelete
  12. tu la..tgk news gk smlm...tp x dpt la nk p..sbb dia kasi masa sigkt sgt...

    ujung bln 1 ni dh nk pergi trip gak..hehe

    ReplyDelete
  13. salam kak..
    hihi..cma x pernah 'terbang' lagi...
    mesti crowded terminal :)

    ReplyDelete
  14. adik munna dah bengang bila baca berita ni kak.... dia baru je balik sabah bulan 12 lepas ... klu tahu ada offer ni.... baik dia balik masa ada offer ni

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...