Friday, November 30, 2012

MAKANAN WAKTU BERKELAH ANDA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

haaa kadang2 pening bila memikirkan apa yg nak dibawa bekal bila kita berkelah kan .. hurmm nak2 skrg tengah cuti sekolah ... pastinya ramai yg dah plan nak bawa anak2 berkelah dan mandi manda .. akak x plan lagi .. cadang2 nyee nak ke raub , air terjun chekas .. hurmmm harap2 plan menjadi .. so bila baca artikel nie .. yeahhh ! idea ... jom kita baca sama2 .. ;)


Dalam proses penyediaan bekalan untuk dibawa berkelah, amalan pemakanan mengikut Piramid Makanan perlu diteruskan. Makanan yang disediakan mestilah seimbang mengikut piramid pemakanan Malaysia.

Disebabkan anak anda kena makan banyak karbohidrat untuk tenaganya, anda disarankan agar menyediakan makanan yang berasaskan nasi, mi, roti dan pasta. Untuk itu, bolehlah anda sediakan nasi goreng atau mi goreng sebagai hidangan utama. Bagi membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada anak, anda perlulah pastikan mereka makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Oleh itu, bawa bersama buah-buahan seperti epal, limau, anggur dan pir. Bersihkan, masukkan ke dalam bekas makanan. Jika ingin dimakan nanti barulah dibuangkan kulit dan dipotong kecil. Buah-buahan ini lebih sesuai jika dibandingkan dengan buah tembikai atau betik yang mudah berair. Selain buah-buahan, anda boleh juga membawa bersama kekacang, kurma dan kismis. Makanan ini juga berupaya meningkatkan stamina.

Untuk mendapatkan protein, vitamin B dan mineral, berilah anak makan ikan, ayam, daging lembu bersama susu dan hasil tenusu. Terpulanglah kepada anda untuk memberi anak makan makanan ini secara berasingan atau ingin masukkan sekali ke dalam nasi gorengnya atau mi goreng yang anda sediakan.

Dalam menyediakan makanan sihat dan terbaik untuk anak, pastikan anda kurangkan penggunaan garam, gula dan minyak. Kurangkan juga makanan berlemak.

Cadangan menu:
Nasi goreng
Sediakanlah nasi goreng yang kaya khasiat. Selain karbohidrat, pastikan juga nasi goreng itu ada protein, serat dan vitamin. Jangan lupa kurangkan penggunaan minyak dan garam.

Mi goreng
Seperti nasi goreng, menyediakan mi goreng juga perlukan bahan-bahan yang menyihatkan. Anda boleh juga gunakan minyak zaitun atau minyak jagung untuk menggoreng mi. Minyak tersebut baik untuk kesihatan berbanding minyak masak biasa. Jangan lupa masukkan sayur-sayuran hijau agar mi anda lebih menyelerakan.

Sandwic
Sandwic popular  kerana mudah disediakan. Untuk sandwic yang lebih berkhasiat, gunakan roti gandum. Jika memilih untuk sediakan sandwic tuna, daging atau ayam, jangan lupa sayur seperti salad, timun dan tomato.

Burger
Lebih bagus jika dagingnya anda sediakan sendiri. Gunakan daging tanpa lemak. Dagingnya pula elok dibakar berbanding digoreng.

Roti kebab
Untuk menyediakan kebab, dicadangkan agar anda menggunakan roti gandum. Semasa memasak dagingnya pula, jangan lupa masukkan sayur seperti timun dan tomato.

Salad
Gunakanlah sayur-sayuran yang segar dan sediakannya setelah anda tiba di lokasi berkelah dan bukan dari rumah bagi mengelakkan salad .

Buah-buahan
Seperti sayur-sayuran, buah-buahan juga perlu segar. Selain dimakan begitu sahaja, buah-buah pun boleh dibuat salad atau rojak.

Tip:
  • Untuk minum, selain air kosong, anda boleh juga membawa bekal jus buah-buahan.
  • Bagi anak-anak yang gemar makan roti, jangan lupa bawa bersama jem atau mentega.
  • Anda sangat digalakkan membawa makanan segar dan bukan yang sudah ditinkan.
  • Jangan lupa bawa bersama peralatan seperti pinggan, mangkuk, sudu dan garpu dari rumah. Seeloknya gunakan bekas plastik yang boleh diguna semula dan bukan daripada bahan polistirena yang boleh mencemarkan alam sekitar.
Info:

Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana:
  • Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal
  • Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhannya
  • Membantu mengekalkan ketahanan tubuh terhadap jangkitan penyakit


tips yg sangat2 berguna kan .. harap2 semua nie dpt membantu .. tapi kalau akk , selalu bawa bekal nasi lemak @ sandwish .. jarang sangat bawak bekal nasi dan mee goreng sbb anak2 dah biasa makan .. kalau buat nasi lemak .. perut mereka kemas sikit , lepas mandi , makan dah kenyang ... hurmmm sandwish pula biasanya akak dan hubby yg makan .. dia lebih suke makan sandwish dari nasi2 nie .. katanya takut ngantuk lepas mandi .. hahaha ye ke ?? 

macam2 lah kan .. apa2 punn harap info nie dpt beri panduan untuk kita ibu bapa sediakan yg terbaik buat anak2 kita .. insyaallahh semuanya bermula dari rumah ;)



CUTI - CUTI KL : LEPAK DI KLCC

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

ahaaaaaaaa jgn terperanjat , entry cuti2 di KL masih banyak berbaki .. ekekke slow2 kan akak update .. nak buat macam mana .. 5 hari x bersiaran .. mau x terkandas semua entry2 nie dlm draf soo , plan2 lah akan mencari ruang utk di publishkan semua kisah2 cuti kami disana .. alaaaa dah x banyak punn .. pic2 nie semua akan dijadikan kenangan kami dan anak2 nanti .. soo harap2 semua x membosankan anda2 semua yg sudi singgah ke blog akak nie ye .. 

lepas dah ke muzium dan tugu negara , esoknya adik dan BIL akak kerja , soo akak dah plan dengan adik lelaki akak , kita gamble terjah KLCC pakai GPRS adik akak .. haaaaaaa syukur lahh allah permudahkan .. asalnyaa adik akak x yakin .. tapi bila akak cakap akk yg drive , dia tgk GPRS .. barulah dia nak ..hohoho susah juga bila nak baca GPRS nie .. kalau baca dan drive sure lagi payah .. soo dia baca , akak drive .. syukurrr akhirnya kami sampai sekeluarga disini ... ;)) sukee anak2 .. bukan main layieee











asalnya nak bawa anak2 masuk sini .. tapi x jadi ... perjalanan dlm nie selama 2 jam huhuhu .. mak , SIL dan akak macam x daya aje .. muke majuk nina dah terserlah .. hurmm x perlah kakak .. insyaallah ada rejeki kita masuk lain kali @ kakak leh gi dgn rombongan sek , kalau ada lah kan .. sibbb baik kakak paham ;)


alaaaa ayunyaa ibunda ! kekek
akhirnya bawa anak2 ke taman di KLCC nie .. tgk lah wajah kakak .. puas pujuk .. dah lah x dpt mandi kan .. dia sendiri x nak .. segan katanya .. alahaiiiiiiiii x sampai ati tul masa tuu .. tapi tulah .. semua x nak masuk .. bila adik2 dah dpt mandi .. sure lagi x nak masuk .. dah x kan nak biarkan dia masuk sorang2 .. akak mengenangkan 2 jam tuu ... mak aihhhhhhhhhhhh letihhhhhhhhhhhhhhh 


last sekali pic budak bertuah nie .. bagus betul x meragam langsung .. dia kepanatan terus tidur aje ... fuh lega sgt2 mak dan ayahnyeee ... ;)) suke sgt dpt bebass ;))

to be continued !!!


MATI DIDALAM ISLAM

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

renungan di hari jumaat yang indah ... semoga kita terus dapat bernafas dan menghirup suasana kedamaian ini .. aminnn


Allah swt. bersabda, "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam". (A-li' Imraan: 102)

Dari Syaidina Usman r.a. katanya Nabi saw. bersabda; "Sesiapa mati dalam keadaan dia yakin tiada Tuhan selain Allah maka dia akan masuk syurga." (HR Muslim)


Sesiapa yang mati dalam keadaan Islam (beriman), dia dijamin akan dapat masuk Syurga.

Sesiapa yang mati dalam keadaan Islam, ada juga yang akan masuk Neraka untuk pembalasan dosa tetapi dia tidak kekal di Neraka. Setelah selesai hukuman, dia akan dikeluarkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga.

Sesiapa yang mati dalam keadaan BUKAN ISLAM, dia tidak akan dapat masuk Syurga dan akan masuk Neraka dan kekal di Neraka buat selama-lamanya.




Thursday, November 29, 2012

PETUA UNTUK IBU HAMIL !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


salam semua

wahhh bila terbaca artikel nie .. rasa nak mengandung lagi aje .. ekkeke jom baca .. ;)


Hilangkan rasa loya
Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan satu sudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insya-Allah rasa loya akan hilang.
 
Kulit anak bersih
Semasa mengandung, amalkan meminum air kelapa agar kulit bayi dalam kandungan bersih dan halus serta terhindar daripada masalah ruam.
 
Inginkan anak berkulit cerah
Ibu hamil disarankan agar banyak makan sayur-sayuran berwarna hijau terutamanya sayur bayam jika inginkan anak berkulit cerah.
 
Atasi rekahan kulit semasa hamil
Agar kulit sekitar perut dan paha anda tidak merekah semasa hamil, sapukan dengan minyak zaitun setiap kali selepas mandi dan ketika hendak tidur.
 
Mudah bersalin
Ketika kandungan berusia 6 bulan, amalkan memakan satu sudu teh minyak kelapa yang dibuat sendiri sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Setelah berusia sembilan bulan pula, amalkan pengambilan setiap hari.

banyak2 petua diatas , akak ada amalkan rekahan pada kulit dan petua mudah bersalin tuu .. yg lain jarang buat .. hurmm kalaulahh berpeluang mengandung lagi .. sure akak ikut tips2 nie .. menarik kan ;) dan kepada ibu2 yg sedang mengandung .. amalkan lahh .. insyaallahhh ;)

dan kepada yg belum ada tanda2 mengandung .. jgnlah putus asa ye .. berdoa daan berserahlah kepada allah , dia tahu segala apa yg dia rencanakan .. insyaallah dengan kuasa dia .. anda semua akan merasai nikmat menjadi ibu dan melahirkan .. aminnnnnnnnnnnn ... will pray for all of U !!! ;))



NAIRA MIKAYLA NAMA DIBERI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

so swetttttttttttttttttttttttttttttttt bb baru NABIL nie ...... !
gewamm betul tgk !!!




Dalam perkembangan terkini kerjaya Nabil, khabarnya Nabil tidak akan menyambung kontrak sebagai penyampai radio Suria FM. Kemungkinanta besar Nabil mahu meluangkan lebih masa bersama anak tercinta. Abang Nara pasti Nabil sedang excited untuk menjaga anaknya.
petikan : abang NARA

TAHNIAH NABIL & ISTERI ... 

ada wajah iras2 irma tak ?? ouchhhhhh ! sorryyyy ekeke


SPONTAN KHAMIS : TERKEDU, HIBA & SAYU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua



haa betapa dah lamanya akk x masuk FB kan .. memang dah jarang sgt melayan FB skrg nie .. tup2 mlm tadi saje jee nak buka ... jenguk2 wall sendiri kan .. bukan nak update ape2 pun.. sekali terpandang kan post nie di wall akk ... huhuhuhu TERHARU ! ... TERKEDU ! ... semua ada ...
sambil senyum2 baca .... ooorkalloh ! x sangka aku nie dah ada anak dara yg besar , dah pandai tulis macam nie di FB ... huhuhuh terharu dan sebak lakk kejappp ... huwaaaaaaaaaaaaa

rasa benar2 naluri ibu nie ... DIHARGAI .... semoga apa yg diucapkan oleh anakanda nina tercinta dimakbulkan .... dan ibu sentiasa sayangkan anak2 ibu ... ibu x minta lebih selain kejayaan anda semua ... itu sahaja ... dan sayang ibu ayah dunia akhirat ! .... jadi anak yg SOLEHAH dan boleh mendoakan ibu dan ayah di sana nanti ... aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

sob sob sob ................... walaupun ibu tgk ada beberapa salah spelling ! aibbbbb siap dia yeee .. mlm tadi tersipu2 kena tegur ngan akak ekeke .. ;))




TRAGEDI RAJA BUAH : BAYI MAUT DITIMPA DURIAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

aduhhh terperanjat dengan berita pagi2 nie ... huhuhu memang malang x pernah ada baunya ... begitulah jika sudah ketentuan allah .. dimana2 jika ajal dan maut adalah ditanggan allah ... kunfayakun ! ...
semoga bayi malang tenang didalam syurga yang sedang menanti ...

SITU...Samimi menunjukkan tempat durian menimpa dia dan bayinya

NIBONG TEBAL: “Kepalanya berdarah tapi tak banyak, sebaliknya anak saya terus diam dan tidak sedarkan diri,” kata Samimi Kasmin, 29, ibu bayi berusia 38 hari yang mati akibat ditimpa sebiji buah durian yang baru gugur di belakang rumah mereka di Lorong Badak Mati, Sungai Bakap, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa, Muhammad Yusoff Zainal yang cedera di sebelah kiri kepala, disahkan meninggal dunia sejam selepas dimasukkan ke Hospital Sungai Bakap (HSB).

Samimi berkata, durian seberat 2.1 kilogram yang gugur itu terlebih dulu mengenai bahu kirinya sebelum menimpa kepala bayi yang berada dalam dukungannya.

Menurutnya, ketika kejadian dia mahu mengangkat pakaian di ampaian terletak kira-kira enam meter dari pintu belakang rumahnya.

“Pada mulanya, saya mahu tinggalkan anak di dalam rumah tapi ketika saya baru melangkah ke pintu, dia menangis lalu saya mendukungnya dan keluar untuk mengangkat kain di ampaian,” katanya ketika ditemui, semalam.

petikan : hmetro

sekarang nie , musim durian , musim rambutan ... musim tengkujuh .. semua kena lebih berhati2 ... bila berjalan2 di dusun mahupun dibelakang rumah dikampung2 yg memang ada tanam durian tuu , memang kena hati2 ... hubby dan anak2 akk selalu nasihatkan berhati2 , nak2 si zahrien .. xcited nak kutip durian yg jatuh belakang rumah tuk akak , akak ingatkan mereka pakai baldi tutup kepala .. mana tahu .. tgh sebuk2 duk mencari dan meninjau2 sekali durian gugur ... huhuhu kedebukkk siapa yg sangka kann

tapi kalau dah jadi macam kes diatas nie punn siapa sangka kan ... mak nyee nak amik kain jemuran je punnn ... , tup2 durian jatuh menimpa ... huhuh kena pula budak kecik .. sakit tuuuuuuuu , kalau orang dewasa punn dah menjerit .


Wednesday, November 28, 2012

SEMUANYA SYUKUR ALHAMDULILLAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

syukurrr alhamdulillah , yang benar2 akak ingin ungkapkan disini , walau dalam keadaan batuk yg menyiksakan , hati yg ada kalanya gundah gulana dengan pelbagai masalah ... syukur kerana semua dipermudahkan oleh allah dengan izinnya ... yang paling menyeronokkan adalah tekak dah x berapa nak sakit bila balik rumah , akak cuba minum air asam jawa bersama madu pula ... 

haaaaaaa syukur lah .. batuk dah semakin berkurangan dan tidak sakit tekak lagi ... , di pejabat tadi banyak urusan kerja yg tertunda di permudahkan walau pelbagai spekulasi yg mgkin ia mainan minda .. biasalah org dah mc 2 hari kan .. banyak benda2 yg x ditanya2 dapat diperjelaskan dengan sempurna .. , balik rumah pula anak buah akak yg warded dah semakin pulih ... kemungkinan esok dah boleh keluar hsp ... bila buka internet x sangka pula dah boleh online malam nie ... hoyey ! rasa cam nak lompat bintang aje ... ahhaha (padahal baru je mengamuk ngan tm ekekeke)

dan terima kasih juga kepada blogger Mr & Mrs Rongkos atas pemberian penanda buku & kalendar yg sgt2 cantik dan kreatif sbb akak jadi pengomen TEGAR di blog beliau !


v

v

dan yang paling mengembirakan akak adalah ini !!!!!!!!!!
haaaaaaaaa zahrien dah semakin kebah .. demam dah semakin redaaaaa ... fuhhh urut dada akak nie ... TQ so much pada hubby sbb tolong take care kan anakanda pengarang jantung akak nie ... x sangka pula dia boleh cepat kebah ... biasa2 tuu makan dua - tiga hari juga ... syukurrrrrrrrrrrr sgt2 .... 


ekekek tgk tuu zahrien .. kenapa dia macam tu ?? ahahhaha dia menahan nak muntah .. gatal tekak dan batuk masih ada ... lepas tuu dia terus berlari ke singki belakang tu terus muntah .. kuar air je punn .. siap cakap .. " ibu , adik x leh semayang dah nie ... nak muntah aje ! " ahahha baik punye alasan kannnn ;)) anakkk oh anak !


ps ; mlm nie nak pulun BW .. balas dendam siang tadi x dpt nak BW .. nantikan kedatangan akak ... daaaaaaaaaaaaaaaaaaa

KU DISINI WALAU BADAN MASIH LEMAH , BATUK DAN SELSEMA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

alhamdulillah , agak lewat akak bersiaran , macam biasa lah kan .. walau dlm keadaan serba x berdaya , akk gagahkan juga untuk datang kerja hari ini ... demi tuntutan kerja , dalam batuk yang masih teruk (peritnya hanya allah yg tahu) , x ada suara huhuhu ...benar kata org , adakalanya kita harus berkorban , walau badan masih memerlukan rehat kerana kesan demam bukannya boleh segar 1-2 hari ... namun itulah , ada orang boleh paham , ada orang x boleh paham ... 

x perlah .. janji kita ikhlas dengan kerja2 kita itu lebih penting , walau dlm keadaan batuk2 dan macam nak lelah , kerja yang macam biasa memang banyak bila dah MC 2 hari kannn  .. akak kuatkan juga taip entry nie ... semata2 utk mengucapkan terima kasih buat kawan2 , blogger2, kakak2 dan adik2 yang sudi meninggalkan komen di entry akak yang lepas ... sgt2 terharu ... komen2 dan doa2 kalian buat akak untuk cepat sembuh sangat2 akak hargai ... gembira dan berbunga hati walau dalam sakit masih ada teman2 alam maya yg masih sudi berikan tips2 untuk akak segera sembuh ... diantaranya tips2 dari blogger kakak tini umialya , kak kaseh redha dan kak eyenee ... terima kasih banyak2 kakak2 ku sekalian ... ieda love uuu sgt2 .... dan kepada yg akak x sebut nama disini ... terima kasih jugaaaaa ... x tahu nak membalas macam mana doa2 kalian melainkan akak doakan kembali agar allah memberikan kesihatan dan kesejahteraan selamanya buat kaliannn ... aminnnnnnnnnn

ok ye ... nanti akak sambung BW semula ... kalau boleh nanti sambil2 buat kerja sambil2 BW .. aci .... ekekek dah banyak entry2 yg akak dah terlepas nie .. insyaallah akak jejak perlahan2 ...

buat kak tini umialya , thanx kak , seronok berchat dengan akak semalam ekeke , buat saya happy , yelah dlm keadaan demam nie , kadang2 kita perlukan seseorang utk meluahkan perasaan , TQ again sbb akak sudi dgr keluhan saya ... ( keluhan lahh sgtttt kan ekeke )

ps : fikiran masih dirumah teringatkan zahrien yg masih demam , mak dan ayah akak dah ke KL pagi nie bersama BIL , anak saudara akk masuk wad kerana demam yg tinggi .. aduhhh celaru sekali fikiran nie ... harap2 hubby boleh tgkkan zahrien .. balik nie nak terus ke hsp .. harap2 raihan x serius .. aminnn
 

Monday, November 26, 2012

masih demam, berat kepala, lemah badan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


salam semua 

masih lagi demam , huhuhu dah ke klinik dua kali , dr bg antibiotik , harap2 ok lah bdn msih lemah , batuk tok sah cakap lahh , setiap kali batuk , rasa nak terkeluar urat tekak , dan hari nie pula zahrien demam , hubby pun demam huhuhu , mc pun hati risau , nasib baik lah akk duk ngan mak dan ayah , ada mak yg tlg tagkkan makan minum akk yg dah x berdaya nie , nak2 ragam zahrien , huhuu tkasihhh banyak2 buat ibunda tercinta, alhamdulillah sgt2 , bdn masih lemah , update pun pkai tab , komp di rumah , line ada prob lem , katanya satu pekan , selasa baru ok , hurmmm lantaklah malas nak pikir , mood pun dah sama naik ngan demam nie huhu

Sunday, November 25, 2012

TUAN RUMAH DEMAM HUHU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

huhu , akk demam , kena demam urat , bisanya x menahan , bermula dari mlm sabtu dah rasa lain macam , cepat2 ke klinik , tapi sampai hari nie masih berat kepala , huhuhu akk nie jarang demam , 2 tahun sekali pun mujur huhuh , hari nie tadi akk ambil xtive fast , 100 plus , barulah ada rasa peluh , harap2 ok lah , jgn lahhh rasa berat kepala lagi

maaflah ye , memang tak dpt nak bw , nanti bila dah kembali ok , insyaallah akk akan singgah umah uols , doakan akk baik cepat ye , salammm

Friday, November 23, 2012

ENTRY DURIAN CREPE SEDANG MENGANAS !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua 

haaaaaaaa saje2 je tadi buka nuffnang .. yelah sejak dia bagi akak satu BE yg sgt2 berharga bagi akak nie .. kenalah rajin2 tgk nuff nie .. soo pagi tadi gatai2 lahh menelek nyeee ... haaa syukur alhamdulillahh sgt2 bila tgk UV akak macam nie .. minggu ini sahaja UV akak ada mencecah lebih 1000 lebih pengunjung ... syukur sgt2 tau .. kehadiran anda semua membuatkan akak terharu .. yelah blog yg bersahaja dan santai sahaja nie .. kenapa akk terharu sbb akak x pernah dpt UV setinggi ini ... this is the 1st time tau ..... syukurrrrrrrr alhamdulillah ....



mula macam hairan lah jugak kan .. sblm2 nie hanya sehari dua sahaja UV mencecah 1000 lebih nie .. sekali ada 2-3 hari UV naik sehingga paling tinggi 1297 ... haaaaaa bila tgk2 apa yg syok sgt org2 diluar sana skodeng blog akak nie .. rupenya2 ... hurmmmmmmmm mereka mencari ini 


DURIAN CREPE ! .... ahahhahahah senyum lebar akak ... ekekek demam durian crepe memberikan tempias yg baik kepada blog akak rupenya ... alhamdulillahhhh sgt2 ....


dan syukur sekali lagi juga atas BE yg akak terima .. walaupun hanya satu .. tapi hasilnya , sgt2 menerujakan akak .. alhamdulillah sekali lagi .... :) harap2 BE dari Maxis nie lamalahh berlegar2 di blog akak nie ye ...

dan terima kasih banyak2 sgt2 kepada kawan2 .. teman2 ... kakak2 ... adik2 ... blogger2 & silent readers di blog akak yg sudi klik2 iklan nuffnang akak ... terima kasih daun keladi kerana sentiasa sudi .. insyaallah kalau ada rezeki lebih akak teringin nak buat sekali lagi GA ... haaaaaaaa kita sama2 nantikan ok ...

oh yaaaaaaaa .. entry nie bukan tujuan menunjuk2 tau .. x baik cakap macam tuu :) semua nie adalah pemangkin semangat akak utk terus berblog .. dan untuk anda2 semua diluar sana juga .. semangat yg dikongsikan bersama agar kita sentiasa segar didalam dunia blogging nie .. kan kan kan ... insyallahhh kalau niat kita ikhlas semua akan dipermudahkan .. aminnn ;))

ps : lunch nie ada org nak belanja nasi ambang ! ... yehaaaaaaaaaaaaaa ... nasi lagi ! OMG !!! huhuhu

TIPS INGIN CANTIK SENTIASA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua 

salam keindahan jumaat yg tenang .. hujan renyai2 .. syukurrr atas kebesaran allah dan kedamaian yg masih dirasa .. alhamdulillah sgt2 .... terkenangkan keadaan di semenanjung GAZA menginsafkan kita bahawa bila2 masa sahaja allah subhanawataala boleh mendatangkan bala dan musibah .. dengan itu juga kita tidak boleh leka dan terus hanyut .. insyaallahhh sama2 kita berdoa , kita semua sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat dari allah .. aminnnnnnnnn

ok2 ... pagi2 nie nak cerita tentang kecantikan wanita .. lelaki .... semua lah ... ada tips nak akak share kan disini .. jom kita sama2 baca .. ;)



Amat penting untuk kita menjaga kecantikan untuk ALLAH dan gunakanlah kecantikan yang ada pada kita dengan betul. Inilah dia sedikit Tips Cantik yang SEBENAR untuk Anda!
“Sesungguhnya Allah tidak menilai kepada susuk dan rupa badan serta hartamu, tetapi Allah akan menilai hati dan amalanmu..”  
- (HR. Muslim)

TIPS CANTIK SENTIASA:-

1. Selalu sirami hati kita dengan zikir.

2. Suburkan jiwa kita dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an

3. Aktifkan tubuh kita untuk sentiasa beribadat kepadanya

4. Tekadkan hati kita dengan mencintai Allah dan RasulNya

5. Berbuat baiklah kepada orang tua dan orang lain

6. Jadikan sifat jujur sebagai pengharum mulut.

7. Sematkan kesabaran anda pada setiap langkah

8. Taburi benih-benih cinta dan kasih sayang dalam setiap waktu kepada ALLAH.

9. Menjadikan syukur sebagai benteng pertahanan diri.

10. Mengenakan sifat taqwa sebagai pakaian tetap anda setiap hari.


kalau kita mampu mempraktikkan diri, insyaallah kita akan mendapat nilai A++ dalam kecantikan diri kita.  Marilah kita berlumba-lumba untuk mendapatkan kecantikan A++ dari Allah , insyaallahh ;))




Thursday, November 22, 2012

AJOI oh AJOI : KU KATAKAN JANGAN !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


salam semua

ahahha dah nak balik dah nie .. tapi meh kiteee gelak kejap muahhaha

SITUASI 1

Ajoi: Di, kalau nak selamat JANGAN melakukan perkara-perkara camni.

Sumardi: Camner bro? cecite..cecite..

Ajoi: JANGAN meNUNTUT ilmu!!
Sumardi: Naper lak?

Ajoi: Kerana ilmu belum tentu berSALAH, tak payah nak tuntut.

Ajoi: Lagi, JANGAN pula meNIMBA ilmu!!

Sumardi: Naper der?

Ajoi: kerana didalam PERIGI tidak ada ilmu

SITUASI 2
Ajoi: JANGAN memBALAS budi!!

Sumardi: La..pehal pulak?

Ajoi: Kerana BUDI tidak patut di balas.


SITUASI 3

Ajoi: JANGAN memBERI TAHU orang yang bertanya!!

Sumardi: Tak baik bro…

Ajoi: Kerana mungkin, dia lebih suka diberi TEMPE


senggal kan !!!





BUKAN JODOH SAYA : ALIFF AZIZ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

huhuhu sedih lak baca luahan rasa pelakon cute nie .. alololoo .. ciann dia .. sedih dan pilu sbb x dpt meneruskan hubungan dengan anne ... memang dia begitu cintakan anne .. x sangka pula anne pilih yang lain .. huhuh macam dalam filem lak kan



SUBANG JAYA: Penyanyi Aliff Aziz mendedahkan hatinya benar-benar terluka selepas bekas kekasihnya Anne Ngasri membuat keputusan untuk berkahwin dengan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan, 40, yang dijadualkan pada 22 Disember depan.

Lebih memilukan kata Aliff, dia dan Anne pada dasarnya telah bersetuju dengan menetapkan bulan Disember ini untuk diijabkabulkan sebagai suami isteri. "Ketika masih menjalinkan cinta bersama, kami merancang untuk menamatkan hubungan ini dengan sebuah ikatan perkahwinan pada Disember depan.

"Memang perancangan itu menjadi tetapi sayangnya lelaki yang dipilih Anne bukanlah saya tetapi orang lain. "Sebelum ini, Anne pernah berkata bahawa saya adalah cinta terakhirnya dan jika jodoh kami tidak menjadi, dia akan berkahwin dengan sesiapa sahaja mengikut pilihan keluarganya," kata Aliff.

Penyanyi kelahiran Singapura itu ditemui pada majlis pengumuman Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) di Holliday Villa, dekat sini pada Rabu.

Tambah Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 21, dia menyangka Anne, 28, merupakan jodohnya apabila melihat kesempurnaan yang terdapat pada diri wanita itu. Kata Aliff, cintanya terhadap Anne begitu mendalam sehingga menyebabkan hatinya terluka apabila hasrat untuk berumah tangga tidak kesampaian.

Anne Ngasri dan Mohd Sumali akan bernikah pada 22 Disember depan di Pontian, Johor.

"Jujurnya, saya tidak pernah merasai perasaan cinta yang mendalam seperti ini. Apabila hubungan kami tidak menjadi, ia benar-benar membuatkan hati saya terluka. "Sepanjang sebulan lebih saya berehat kerana beberapa masalah kesihatan, saya juga cuba menyembuhkan hati ini.

petikan : mstar

nak buat macam mana dikkk
inilah yang dinamakan tiada jodoh ... tetapi semua ini adalah ketentuan allah ..
manalaaaaaaaaah tahu kan .. dah last2 minute sok2 anne berubah fikiran .. haaaaaaaaa siapa tahu kan .. allah yg menentukan semua .. kita berdoa sahaja kan ;) akk suke je kowang berdua .. ahhaha (terlebey sudaaa) .....

ps : kowang jgn mara aaaa baru nak BW nie huhuhu

Wednesday, November 21, 2012

SUAMI YANG TAMPAN AKHLAKNYA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

sedar atau tidak suami kita adalah yg terbaik dijodohkan buat kita , walau ada ketika kita mengeluh kerana dia tidak seperti yg kita inginkan .. hakikatnya kita hanya insan lemah , isteri yg banyak kekhilafannya ... manakan kita sempurna dan mengharapkan suami yg sempurna .. kerana ketidaksempurnaan itulah mengajar kita erti kasih sayang yang sebenarnya tidak ternilai ..walau pahit , kita telan .. kerana pahit yg kita rasa sudah pastinya sama seperti apa yg suami kita rasakan ...

saling memahami dan mengerti tunjang segalanya .. namun setiap detik kita sentiasa di duga, adakah kita kuat untuk menerima badai yg sentiasa mendatang ... insyaallahh sama2 kita berdoa ...


KAYA lelaki kerana AKHLAKnya. TAMPAN lelaki kerana KEJERNIHAN wajah. MANIS lelaki kerana SENYUMAN indah dengan niat sedekah. TINGGI lelaki kerana KESEDERHANAAN. HEBAT lelaki kerana KESABARAN. Dan MULIA lelaki kerana KEIMANAN yang TEGUH.

Jangan mencari calon suami yang tampan wajahnya.

Jangan mencari calon suami yang banyak hartanya.

Jangan pula mencari calon suami yang selalu diperebutkan para wanita.

 

Akan tetapi carilah seorang calon suami yang betul-betul  halus tutur katanya.

Yang begitu mulia budi pekerti dan tampan akhlaknya.

Yang memuliakan kaum wanita.

Yang boleh dijadikan pemimpin hidupmu

 

Yang dapat membimbingmu untuk semakin dekat kepadaNya.

Yang dapat memimpin ke jalan yang diredhaiNya.

Yang akan sentiasa mengingatkanmu ketika engkau telah lalai dalam melaksanakan dan menjalankan kewajibanNya.

 

Yang boleh menyedarkanmu ketika engkau dalam kelalalaian,

Yang memperbetulkan kesalahanmu dengan penuh kelembutan.

Yang boleh menegurmu ketika engkau telah berpaling pada tanggung jawab dan kewajibanmu sebagai seorang isteri yang wajib taat pada suami dan Allah

Yang sedia memaafkanmu dengan penuh keikhlasan sepanjang menjadi suri dihatinya.

InsyaAllah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa’: 34)

LUNCH TREAT @ MS GARDEN : SEMOGA SEMUA BERJAYA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

ini kisah 2 minggu lepas tau .. kami di fakulti kejururawatan buat makan2 lunch di MS GARDEN hotel , bersempena rakan2 pensyarah yang akan berhenti kerja , sedih rasa hati .. walau kami x berapa mesra , tapi kami tetap kenal sesama kami ... yelah ada diantara mereka nie dah lama juga berkhidmat dengan UCSA .. soo moh je layan pic makan2 kami tghari tu .. ;))


me with rakan sekerja .. rosni ... sama2 exec nursing , cuma dia exec utk program homegrown .. dan akak adalah exec utk program nursing UiTM ... ;) 

 

dan menu2 kami tgh aritu adalah dari CHINESE COURSE !


 




 



 I makan nie okehh ! ... ;) yummy ! ....

 


 last sekali macam biasa .. desert ! 



ini adalah diantara staff yg nak berhenti .. sebelah kiri adalah hamlizah .. dan pic di sebelah kanan adalah kak Bib ... semoga anda berdua terus success ... dan ramai lagi sebenarnya .. kami meraikan 8 orang yg akan berhenti pada tghari tu , separuh darinya adalah Clinical Instructor .. semoga mereka semua success dimana jua mereka akan pergi selepas ini .... jasa uolss sentiasa menjadi kenangan kami di UCSA ... ariossssssssss !







Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...