Sunday, September 30, 2012

PASAL MAKAN , MACAM-MACAM ALASAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


salam semua

budak sorang nie kan , zahrien .. x pernah lahh kalau makan dia cakap x sedap , yg syok nyee .. bila dia lapar dia akan cakap macam2 .. alasan paling best adalah ., kita x makan lagi , kita dah sgt2 lapar nie & paling x menahan bila dia cakap .. ibu x sayangkan kita ke ?? x bagi kita makan hahahahah

kebetulan hari nie tadi akk masak kari ikan dan ayam goreng madu .. rambang mata dia nak makan yang mana satu .. dlm kuali lagi dah cakap lapar dan nak makan banyak2 .. adehhhhhh ;)) bila dah mula makan .. tgk lauk aje dah pandai cakap .. wahhh sedap nyeee ibu masak ! ... aikk x makan layie tuu :))


adehhh dah semakin besar nie semakin ligat idea dia .. haa nie pic semalam , balik dari jamuan raya tadika dia .. bukan main suke dpt hadiah buku dari cikgu dia .. siap cakap .. adik dpt buku , nanti adik buat banyak2 ... ibu pula belikan yg baru .. adik kan nak jadi gud boy ! ...
adoyaiiiiiiiiii ... macam2 lah kan ;))

ALIF AZIZ DIKEJARKAN KE HOSPITAL ~ SAKIT DADA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

haa nie baru baca info terkini mengenai artis Aliff Aziz nie .. aduh kesiann nyee dia .. muda2 layie dah kena sakit dada , kenapalah agaknyee kan .. harap2 dia ok dan tidak mendatangkan mudarat ..
sedih bila kenangkan kisah dia dan anne yang dah putus di tengah jalan tuu ... huhuhu dah x der jodoh kan , hanya allah sahaja yg maha mengetahui ..



PETALING JAYA: Hasrat Aliff Aziz untuk mengadakan persembahan bersempena PJ Half Marathon 2012 yang dianjurkan oleh Star Publication pada pagi Ahad tidak kesampaian apabila penyanyi kelahiran Singapura itu dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada.

Pengurusnya, Adlina ketika dihubungi mStar Online berkata, Aliff disahkan mengalami sesak nafas yang menyebabkan kesakitan pada bahagian dada ketika dibawa ke Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) di sini sebelum dirujuk ke Hospital Serdang.

"Pihak KJMC mengesahkan dia mengalami sesak nafas namun diarahkan untuk merujuk kepada pakar kardiologi di Hospital Serdang supaya dapat membuat pemeriksaan lanjut terhadap kesakitan yang dialaminya.

"Alhamdulilah keadaannya kini stabil dan masih menunggu di bilik kecemasan hospital," katanya. Dalam pada itu, Adlina memberitahu dia tidak pasti sama ada Aliff akan ditahan di hospital atau pun sebaliknya dan ia bergantung kepada pemeriksaan pakar nanti.

"Harap-harap tiada apa yang serius menimpa dirinya dan berharap semua peminatnya dapat mendoakan kesihatan Aliff," katanya. Sementara itu, Ekskutif Acara Star Publication, Juliana Kristini memberitahu, Aliff yang tiba di Stadium Kelana Jaya pada pukul 7.20 pagi sepatutnya mengadakan persembahan selepas berakhirnya acara itu kira-kira 8 pagi.

Bagaimanapun kata Juliana, Aliff mengadu sakit dada sebelum pihaknya memanggil pasukan bantuan perubatan yang disediakan untuk melihat kondisi penyanyi lagu Jangan Ganggu Pacarku itu.

"Dia baru sahaja tiba di lokasi dan tiba-tiba mengadu sakit pada bahagian dadanya dan apabila pasukan perubatan merawatnya mereka mengarahkan Aliff dibawa ke hospital kerana mereka mengesyaki dia mengalami serangan jantung," ujarnya.

terkini : mstar online


aduhaiii macam2 skrg nie .. muda2 layiee dah ada suspek sakit jantung , pemakanan sekarang bukannya elok sgt .. selalu terdedah dengan pelbagai jenis penyakit .. huhuhu kena selalu jaga diri dan pilih pemakanan .. jgn main makann aje .. ( nasihat utk diri sendiri jugaaaaaaa huhuh )

APEX & LEUNEY BUKAN KAWAN BIASA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

hurmmmmmmmmm x tahu nak komen apa layiee ..kebetulan tgk apex beraksi malam tadi utk liga malaysia , kelantan lawan aper erkk .. x ingat dahhh .. tup2 pagi2 nie ada dah kisah sensasi dia .. konon2 nyaaaaa bercinta dengan leuniey nie ... ikut lahhh .. janji ko bahagia dikk !!.. yg penting aksi ko dan tanggunjawab ko kepada sukan negara x terjejas .. lagipun Apex nie muda layieee .. apa salahnya kann .. ngehx3

MESRA... Apek dan Leuniey.

KOTA BHARU: Teka-teki mengenai status hubungan model jelita, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau Leuniey dengan penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, akhirnya terjawab apabila Leuniey mengaku hubungan mereka kini lebih daripada sekadar kawan biasa.

Menurut Leuniey, sebelum ini dia tidak mahu mengulas lanjut hubungannya dengan Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek kerana berasakan tidak perlu berbuat demikian berikutan hubungan mereka sekadar biasa.

“Bagaimanapun, saya akui kini kami dalam fasa mengenali antara satu sama lain. Selepas ini saya harap tidak timbul lagi gosip tidak benar seperti kami kononnya sudah bertunang.

“Yang penting, kami kini bukan sekadar kawan biasa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

sumber : metro

pagi2 nie mood baik sikit .. ari nie nak BW banyak2 ... 
ahahhahah mood sudahhh mariiiiiiii :))



Saturday, September 29, 2012

LEMPENG KELAPA SAHAJA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

alhamdulillahhh .. kenyang petang tadi masih ada layie .. anak2 semua akak jamukan makan lempeng kelapa biasa2 nie sahaja .. cukuplahhh menahan lapar kat anak2 kan .. dah kenyang masing2 makan di jamuan raya tadika zahrien , soo makan petang kami pun dah agak lewat .. soo anak2 ulang makan nie aje .. sib baik akk buat banyak .. jadi selebihnya mereka makan mlm nie tadi

 lempeng kelapa makan bersama air kopi .. jadi lahhhhhhh ;))



simple2 sahaja .. janji anak2 suke .. bukan ape , malas lah pulak nak bagi mereka makan berat2 .. walau bagaimanapun .. akak tetap masak lauk kari ikan untuk suami akak .. dia bukan boleh makan lempeng sahaja kan .. nak jugak makan nasi .. tekak orang kampung lah katakan ekeke ;))

mlm nie macam x der mood nak bukak blog , nie pun sbb nak update, update laju2 ... entah lah badan rasa lemah semacam aje .. x tahulah kenapa , rasa nak tidoo aje huhuhu


SHAM KAMIKAZE , ISTERI SAH BERCERAI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

lambat juga akk bersiaran hari ini , keletihan ... kebetulan pagi nie tadi akak hadiri majlis tahlil , penyampaian hadiah dan jamuan raya zahrien di tadikanya .. balik rumah , badan dah rasa lain macam .. letih semacam .. soo tidur dulu .. bangun2 nie akak masak dan terus hadap komp ekekke ..

aduhh sedih pula bila dpt tahu kes pencerian dan perpisahan artis2 kita nie , nak2 artis Sham Kamikaze nie .. sbb dia pernah dtg ke UCSA dahulu .. tgk kan dia rasa sejukk hati , ingatkan kehidupan orang2 macam nie akan sentiasa bahagia .. sementalah dia baru sahaja menerima cahaya dari allah .. yelahh pasang surut berumahtangga hanya allah sahaja yg mengetahuinya .. bila hati dan perasaan sudah tiada lagi .. payah untuk meneruskan sesebuah hubungan .. atas kehendak dan izin allah semua ini berlaku pasti ada hikmahnya ..


SHAH ALAM: Hasrat isteri kepada komposer dan pendakwah bebas Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar yang ingin menuntut cerai daripada suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis menjadi sebaliknya apabila pasangan tersebut sebenarnya disahkan bukan lagi suami isteri sejak 1 September tahun lalu.

Ia disebabkan tindakan rujuk yang dilakukan oleh pasangan tersebut secara perbuatan selepas 15 hari lafaz cerai dibuat adalah tidak sah mengikut mazhab Syafie.

Mereka juga telah melakukan perbuatan “muasyarah” iaitu yakin hidup sebagai suami isteri tanpa menyedari pernikahan mereka sudah terbatal.

Malah pasangan berkenaan juga tidak melaporkan lafaz cerai berkenaan kepada pihak mahkamah. Hakim Syarie, Atras Mohammad Zin memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pasangan tersebut dalam sebutan kes mereka di sini pada Khamis.
 
Atras berkata, perbuatan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, (defendan) yang tidak melaporkan lafaz cerai dan kembali rujuk itu menyalahi undang-undang syariah negeri itu selain bercanggah dengan hukum syarak yang telah ditetapkan.

"Walaupun rujuk secara perbuatan itu tidak salah dari segi hukum tetapi defendan harus melihat ia mengikut konteks undang-undang dan mazhab yang diguna pakai di negara ini."Defendan sepatutnya merujuk perkara berkenaan kepada mahkamah syariah untuk memutuskan perkara itu sebagai sah atau pun tidak," ujarnya.

petikan : mstar online


Sabda Rasullullah SAW: mana mana perempuan yang menuntut cerai dari suaminya 
tanpa sebab yang munasabah , maka haramlah ia mencium bau syurga.

Friday, September 28, 2012

SABARNYA SEORANG YANG BERGELAR ISTERI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua



“Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia – si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”

Menjadi seorang isteri….kepada insan yang disayangi…..idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku.

 “Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu.”

Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Ku hiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata-mata.

Makan minumnya ku jaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali, aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki.

Namun, aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga.

Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri. Berilah kesedaran kepada suamiku , betapa diri ini menyintai dirinya sepenuh jiwa , mendambakan dia agar berubah dan terus memperbaiki diri demi ikatan yang utuh ini .

Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan itu Ya Allah.
 

GAMBAR PERKAHWINAN PEMAIN BADMINTON NO 1 DUNIA ~ LIN DAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

1st time nie tgk isteri Lin Dan .. comel ! rupanya dia pemain badminton dunia juga .. wahhh pandai mereka nie yee .. cari pasangan yg sama minat , sama lah ngan Dato Lee Chong Wei kita kan ;))


Majlis perkahwinan pemain badminton Lin Dan telah berlangsung dengan penuh meriah di Beijing, China baru-baru ni. Isterinya, Xie Xingfang juga adalah seorang pemain badminton dan mempunyai minat yang sama terhadap acara badminton.Pemain badminton lain seperti, Datuk Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat juga mendapat jemputan tetapi mereka tidak dapat menghadirinya kerana tarikh perkahwinannya bertembung dengan kejohanan Japan Open 2012 yang lalu.







Semoga perkahwinan Lin Dan dan  Xie Xingfang berpanjangan dan melahirkan zuriat pemain badminton yang sehebat kedua ibu bapanya.

LEMAH LONGLAI , MONYOK .. RUPENYAAA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

waktu akk balik dari kerja petang semalam, akak dah nampak zahrien lain macam sahaja  .. " ibuuuuu , kita batuk2 nie .. kita rasa kita nak demam ... cuba ibu rasa , panaskan kita " ( sambil pegang tangan akk utk rasa dahi dia )  ... aloorrrrrrr ciannnyeee terharu pula rasanya  .. dengan sloww motionn aje dia merapati akak , aduhh anak oh anak ..... ibu pula rasa nak nangis ...


zahrien memang kerap demam berbanding kakak2nya .. tu yg akak pelik .,. dan kalau dia demam , dia akan panas malam .. huhuhu risau tuhan sahaja yg tahu .. BUTS akk dah biasa .. oleh kerana dia dah biasa demam panas diwaktu malam , soo akak memang akan aware dia lebih diwaktu malam .. dari petang akak dah rasa badan dia dedar , akk biarkan dahulu .. tgk dia melepek sahaja .. minta susu dan baring2 .. bila dia mengadu sekali lagi dia sakit tekak dan batuk2 , barulah akk bagi dia makan ubat .

kebetulan demam dia kali nie banyak kahak .. kesiann lakk .. bila batuk ada rasa kahak dia x pandai buang lagi .. nampak siksa disitu .. semalam petang akk bagi dia makan ubat yg dah memang ada stok dirumah , tetapi habis dimuntahkan disebabkan gatal tekak tu lah .. kesiann pula .. budak nie kalau demam memang nampak lain kan .. mlm tadi sebelum tidur akak bagi lagi .. jam 3.30pg akk bangun dan rasa badan dia .. alhamdulillah dah dedar ... rasanya pagi nie dia dah boleh ke tadika ..

akak pula x dpt call cakap ngan hubby , x angkat phone pula .. hurmmmm dlm hati harap my only one teruna will be OK ;))




AKLAQ YG MULIA & INDAHNYA KESABARAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua


Tidaklah sesuatu menimpa pada kita kecuali telah Allah takdirkan. Allah swt berfirman: 

“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. Orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya berlaku bakhil, (akan mendapat balasan yang menghina); dan sesiapa yang berpaling (dari mematuhi hukum Allah maka padahnya tertimpa atas dirinya sendiri), kerana Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” 
(al-Hadid: 22-24) 

Berdo’alah Ketika Bersedih 

Jika kita merasa sedih karena sesuatu menimpa kita seperti kehilangan harta, kesulitan mencari pekerjaan, kematian salah seorang keluarga kita, tidak mendapatkan sesuatu yang kita idam-idamkan, jodoh tidak kunjung datang ataupun yang lainnya, maka ucapkanlah do’a berikut yang diajarkan oleh Rasulullah saw : 

“Tidaklah seseorang ditimpa suatu kegundahan maupun kesedihan lalu dia berdo’a: “Ya Allah, sesungguhnya saya adalah hamba-Mu, putera hamba lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan Mu, , ubun-ubunku ada di Tangan-Mu, telah berlalu padaku hukum-Mu, adil pada ketentuan-Mu. Aku meminta kepada-Mu dengan seluruh Nama yang Engkau miliki, yang Engkau menamakannya untuk Diri-Mu atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu. 

Jadikanlah Al-Qur`an sebagai musim bunga (penyejuk) hatiku dan cahaya dadaku, pengusir kesedihanku serta penghilang kegundahanku.” melainkan akan Allah hilangkan kegundahan dan kesedihannya dan akan diganti dengan diberikan jalan keluar dan kegembiraan.” Tiba-tiba ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tidakkah kami ajarkan do’a ini (kepada orang lain)? Maka Rasulullah saw menjawab: “Bahkan selayaknya bagi siapa saja yang mendengarnya agar mengajarkannya (kepada yang lain).” 
(HR. Ahmad no.3712 dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albaniy, Sheikh Syuaib al-Arnaouth menyatakan Isnadnya Dhaif)


Semoga Allah swt menjadikan kita sebagai orang-orang yang sabar dan istiqamah dalam menjalankan syari’at-Nya, aamiin.
 

Thursday, September 27, 2012

AMNI & MAMA IEDA ~ YEAH .. BUDAK NIE NAK BALIK ESOK !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


salam semua

yeayyyyyyyyy anak dara niee nak balik esok ... adehhh x sabar nak cium2 , peluk2 anak dara sorang nie ! .. dah semakin keletah .. pic2 nie sewaktu kami ke indera sempurna resort last 2 weeks .. alaaaa sewaktu sabriena luka kena slide di situuu erghhhhhhhhh , ingat kann  ;))





macam2 wajah bila dia dgn mama ieda dia .. masa nie baru lepas mandi manda .. suke noo .. tapi wajah nampak letih kan .. ciannnnnn dia ;))

amni dan papanyaaaaaaaaaa .. eiii geram tgk pic dia dan papa dia niee .. selambee je kann macam orang besar ! .. ;))

semalam ada zahrien bertanya pada akak  .. " IBU , BILA LAHHH AMNI NAK BALIK IBU ?? , KITE X SABAR NAK JUMPE AMNI .. TU KEKASIH KITEE TAU IBU ! .." hoh .... tepuk dahi akak nie ekekke ;))

pic taken by galaxi 7.0






ADUH RAMBUT GUGUR ~ TELUR BOLEH MEMBANTU YE ?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

huhuhu lately nie selalu ada masalah rambut gugur nie .. pelik kan .. ke sebab pakai tudung ?? sebab rambut pendek ?? sebab rambut memang x sihat .. huhuhu memang x suke .. tapi apa yang akak perasan sekarang sejak akk potong rambut pendek nie , rambut gugur dah semakin berkurangan .. uols ada alami masalah macam akak tak ??
kadang2 tu jeless tgk rambut kawan2 yg lebat walaupun mereka pakai tudung ..

hurmm bukan ape , kalau pakai tudung memang x selesa nak berambut panjang nie .. nak basuh pun bercinta , nak2 kena pakai tudung di rumah lagi .. soo mana nak kering cepat kalau kering kan huhuh .. jadi memang kena selalu berambut pendek .. ini akak masih x sempat nak potong pendek layie .. dah boleh ikat lak rambut nie ;)

bawah nie ada info pasal kegunaan telur bagi melebatkan rambut .. adehhh sayang lah pulak nak guna kan .. hurmmmm

 pic google

TELUR ayam banyak digunakan dalam pembuatan kek, pastri dan kuih-muih. Tahukah anda kandungan protein yang tinggi juga mampu digunakan untuk tujuan kecantikan kulit dan rambut yang lembut serta menawan tanpa perlu mengeluarkan belanja besar?

Bahan semula jadi itu yang kadangkala disalah anggap sebagai menggemukkan badan, kaya dengan vitamin B12 serta mengandungi 11 vitamin dan mineral. Bahan kecantikan semula jadi yang digunakan sejak zaman-berzaman ini memberi kesan cepat biarpun baru pertama kali mencubanya.

Siapa yang tidak inginkan rambut yang lebat, lembut dan kuat, apatah lagi wanita. Justeru, telur adalah antara bahan semula jadi yang bukan saja murah dan mudah diperoleh, ma-lah berkesan membantu seseorang mencapai impian memiliki rambut yang cantik menawan. 

 pic google

Rambut kering juga boleh mendapat faedah yang sama daripada telur. Caranya dengan mencampurkan minyak kelapa, madu dan kuning telur. Kacau sehingga sebati dan sapukan pada kulit kepala dan rambut serta dibiarkan sehingga 30 minit sebelum dicuci dengan syampu dan dibilas seperti biasa.

Telur juga boleh dicampurkan bersama susu dan dikacau sebati sebelum digosok lembut pada kulit kepala dan disapu pada rambut. Biarkan selama 10 minit sebelum dicuci dengan air suam.

Cara lain yang boleh digunakan untuk mendapatkan rambut yang cantik adalah dengan mencampurkan telur dan jus limau nipis, kemudian ia disapu ke kulit kepala serta dibiarkan selama 30 minit. Kesan penggunaan bahan semula jadi terbabit pada rambut dapat dilihat dalam masa singkat.

info : google

ps : syukur lahh , rata2 kawan2 blog cakap blog akk nie ok utk loading .. mungkin pada blogger yg ada problem loading disebabkan certain2 page dari internet uolss ada problem .. macam internet slow ke .. its always happend to me juga ;)

SPONTAN KHAMIS ~ AJAIB TAK ?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua




apa kata anda ????

ps : mood ... x der mood ari nie .. huhuhu macam2 dlm kepala nak fikir ... haaa uolss ada masalah tak nak load blog akk nie .. sbb ada sorang dua blogger yg komen nak load blog akk nie slow ... ye ke ??? huhu x tahu nak buat macam mana , sbb kalau uols perasan , akak dah banyak kurangkan widgets di blog akk nie .. hurmmmmmmmmmmm :)



Wednesday, September 26, 2012

HERBALIFE DAY ~ ITS FUN !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

dah lama x cerita pasal xtvt akk dengan herbalife kan ... ohhh memang seronok berjalan dengan lancar .. dan semoga allah permudahkan apa yg akak minat ini disamping membantu kawan2 dalam menguruskan kesihatan dan berat badan mereka .. alhamdulillah baru2 nie akak berkesempatan menghadiri HOM ini , bertempat di vistana hotel kuantan , dah lama nak hadiri , ada sahaja masalahnyaaa .. tapi hari tuu dlm hujan2 ku turutkan sahaja .. :)


bersama coach akk dlm herbalife .. aziera .. alhamdulillah dan thanx alots sbb banyak bantu akk .. dia dah berjaya menjadi independent distibutor yg berjaya dan sekarang dah x bekerja , dia concentrate dengan business herbalife .. memang seronok bila dpt bantu orang yg nak sihat dengan cara yg selamat ;)


anakanda yg sentiasa memberikan sokongan , kali nie sabriena yg menemani akk , next time amanina pula .. dah janji gilir2 menemani ibu .. syukur anak2 paham minat ibu ! ... ;))




banyak yg akak pelajari dan ketahui dengan HOM ini .. sgt2 berguna , dan rasanya x rugi bila ada kesempatan macam nie menghadirkan diri .. insyaallahhh akan cuba hadirkan diri lagi ..  Di pertemuan ini banyak pengalaman2 yg berguna mereka yg dah berjaya dengan herbalife .. menceritakan pengalaman menggunakan herbalife dan bagaimana cara membantu mereka2 yang nak sihat dengan herbalife .. wahhhhhhhh memang hebat .. terkasima kejap ;))

akak harap sgt , kalau suatu hari nanti akk dah bersedia untuk sepenuh masanya menumpukan perhatian dengan business didalam herbalife nie , akak akan berjaya dan mendapat sokongan anda semua di luar sana .. walau semua ini masih baru bagi akak .. tapi akak seronok kerana akk dah hampir berjaya menjadi coach yg sgt2 membantu didalam pengurusan berat badan ini ..

Berbaloikah dengan Herbalife ? Yes ! for me I've lost 23kg ,dah hilang lenguh2 lutut dan kaki ,dah gain my very own side income. Alhamdulillah masih tak percaya dengan Herbalife ? Meh jumpa akak kita sembang2  panjang2 pasal Herbalife ! .. ;))

Anybody interested to lose weight, gain weight, maintain health, atau gain extra income ? ahaaaaaaaa  .... Just a simply text me at ieda0106@yahoo.com , jgn malu2 .. or else jenggah je blog HERBALIFE akak ini .................
Let's be healthy together , insyaallahhh ;))

MASAK LEMAK KERISI & SAYUR CAMPUR SOS TIRAM

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

hurmm nak ceritakan menu tgh ari kelmarin , akk el kan .. soo memang dah budget nak makan nasi lemak bfast pagi sampai tghari .. jadi dlm kul 2 petang tuu akk masak simple2 aje utk anak2 dan suami makan petang tuu .. so x payah makan malam dah .. yelahh anak2 akk nie bukan nyee boleh makan banyak kali .. sbb bila dah makan tuu .. memang makan sekenyang2nyaaa lah kan ;)

akak masak masak lemak ikan kerisi bersama kacang panjang dan sayur campur bersos tiram .. ok lahhh simple2 aje .. janji lauknyee kena dan anak2 suke ... tu yg penting .. tapii anak2 akk x der menu yang mereka x suke .. ekekeke

masak lemak ikan kerisi bersama kacang panjang .. kalau dpt ikan fresh2 tuu lagi sedapp .. manisss jadi kuah nyee wooooooooo ;))
 

  sayur campur bersos tiram .. campurkan juga dengan telur yeee .. baru ada umph ! .. adoyaiiiiii lapoor lah pulakk ekkee ;))


inilah menu simple kami anak beranak .. alhamdulillahh allah bagi peluang lagi menjamah makanan2 nie .. sedap di tekak punn dah syukur .. ;))

uolss makan ape tghari nie
akk sedikit sebuk hari nie .. dpt boss baru untuk program nursing , kesiann pula , dia dah biasa buat kerja2 manualy .. bila kena buat kerja2 guna komputer nie ..terkial2 lah kan .. soo kenalah bantu dia .. aduhhhhhh ;)) nie ingat nak BW .. waktu rehat .. nanti2 akk jalan yeee ..

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...