Friday, August 31, 2012

ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI & KANGKUNG CELUR KUAH KACANG

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

asam pedas nie memang kegemaran akk ... terutama kalau ummi akk yang masak .. tapi kali nie , akk yg masak .. amacam terliur tak ?? ekkee .. asam pedas ikan tenggiri bersama lobak jeruk .. hurmmm memang favorite akk sekeluarga lah , lepas tuu ada pula kuah kacang untuk dicicah dengan celur kangkung nie .. mak aihh .. x leh cakap lahh .. duk menaip nie punn terbayang dan terliuq2 dah .. ini menu akk semalam ..




asam pedas tuu kalau di panas2kan semakin bertambah sedap tau .. kalau x percaya uols cuba lah buat .. haa hari nie tadi asam pedas tuu masih berbaki .. mak aihhh memang menambah2 lahh akk nie makan muhahaha .. nak buat macam mana .. siap akk cakap ngan ummi .. len kali x nak masak asam pedas dah .. sbb tahu akk memang x leh tahan utk makan kalau ada asam pedas nie .. huhuh

hari nie tadi , akk masak lemak udang dan ikan patin goreng berlada utk suami .. kebetulan dia dpt ikan patin dari kawan dia .. gi memancing katanya .. tu akk up entry esok yee ! .. ;)

ps : mlm nie ada jamuan makan 'tulang' majlis kawin sedara di kampung nie .. uishh dah lama x makan nie .. uhuhu hilanglahh diet haku ! ... ( ummi dan ayah x der .. mereka ke putrajaya hadiri majlis kawin sedara kak long .. huhu sunyi kejap umah .. )

WALAU MERDEKA NAMUN MASIH ADA MANUSIA YG TIDAK MERDEKA !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

rata2 semua orang memperkatakan tentang betapa bersyukurnya kita menjadi rakyat malaysia yg dah MERDEKA selama 55 tahun .. memang seronok , terharu , teruja dan macam2 lagi perasaan ini .. akk pun sama .. kalau sebut pasal merdeka .. syukur kita dah boleh hidup bebas , maju dan berjaya skrg ini ..

NAMUN

apa yg dikesalkan skrg ini .. masih ada MANUSIA yg berhati binatang ! .. lebih tepat lagi SYAITAN .. x pernah merdeka !! .. sanggup berbunuhan sesama manusia .. apa yg manusia macam ini fikirkan .. setiap perbuatan x ada landasan .. tegahan dan kesedaran ... hanya tahu membiarkan syaitan menguasai minda dan jiwa .. akhirnyaaaaaa manusia hanyut .. rosak dan binasa ... sedihh .. sedih dan sedihhhh walau apa jua sekalipun bangsa @ agama seseorang ituu .. tidak seharusnya di perlakukan sedemikian rupa ..

POTONG & BAKAR

CARI BUKTI...anggota Unit Forensik menjalankan siasatan di tempat kejadian.

NIBONG TEBAL: Kepulan asap di sebuah lorong kecil berhampiran ladang kelapa sawit membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki terbakar dalam keadaan tanpa kepala, kedua-dua tangan dikerat pada paras siku dan kaki dipotong di bahagian paha.
Mayat lelaki dipercayai mangsa pembunuhan kejam itu ditemui orang awam yang curiga selepas melihat kepulan asap dekat ladang kelapa sawit di Jalan Sungai Kechil, di sini, jam 9.45 pagi, semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mat Nasir Salleh berkata, ketika ditemui sebahagian mayat masih terbakar itu dan mangsa hanya berseluar dalam.

Menurutnya, siasatan anggota forensik yang bergegas ke tempat kejadian gagal menemui dokumen pengenalan diri pada mayat terbabit dan menganggarkan usia mangsa dalam 30-an.

USUNG...anggota polis mengangkat mayat mangsa.

kredit ; hmetro

dalam sebuk kita laungkan MERDEKA .. MERDEKA & MERDEKA !!! .. canang sana sini tentang erti & kesedaran MERDEKA .. tetapi hakikatnyaaa hanya kita-kita sahaja yg merdeka di hati dan jiwa .. TETAPI ... pada mereka - mereka ini merdeka hanyalah satu laungan sahaja x lebih dari itu ... huhuhuh ... sampai bila ????????

DEMAM AARON KEMBALI ~ OST ADAM & HAWA ' MUARA HATI '

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

haiii semua .. uols kemana2 ke merdeka nie ?? akk ?? macam biasa stay umah sahaja .. lepak2 layan TV .. huhu , lepas ke kubur arwah MIl & FIL , kami anak beranak layan roti telur di bandar .. alhamdulillah , bila balik leh lah lepak2 di depan TV ..

so masa tgh layan2 tadi .. orang duk sebuk2 cerita pasal kehebatan drama nie  .. kelmarin sempatlah akk layan sekejap .. hurmm NOT bad .. tapi bila duk fikir dan nilai2 .. aaron nie macam lebih sesuai dengan maya karin kan kan kan .. ekke sbb bukan ape nadiya nissa tu macam terlalu muda utk watak aaron yg matang tuu .. kalau maya nie nampak macam sesuaii aje .. ekekek yelah .. kita dah sinonim dengan OMBAK RINDU kan .. gandingan mereka dianggap terbaik



memang terbaik lah lakonan AARON AZIZ nie .. watak adam mukhriz memang membuat hati2 wanita meruntun .. mihahahah ayat gatai dah kuar dahhh ..
yelahhh .. x caya ! cubalah layan citer nie ..;))

dan tadi juga akk berkesempatan layan OST ADAM & HAWA nie .. mak aihhhhh terbaik lahhh MUARA HATI' dendangan Dato Ct & Hafiz .. leka sekejap ! ...



hurmmm hakikatnya pada akk cerita2 yg di adaptasi dari novel nie kalau diangkat ke layar perak , kena ngan pelakon2nya .. insyaallahh akan meletop dan pelakon2 nya akan terkenal lahh .. macam OR kan .. x semena2 menjadi fenomena .. dan untuk A&H nie so far akk bagi 3 over 5 ... sbb lom tgk habis ahahha ..

x tahulahhhhhhhh boleh layan sampai habis @ tidak .. uhhuhu

Thursday, August 30, 2012

DAGING RUSA BLACK PEPPER ~ salam MERDEKA !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

alhamdulillah .. dpt juga merasa daging rusa masak black pepper nie .. haa memang dari dulu akk x makan daging rusa .. x pernah cuba ! .. kenapa ?? sbb entah lahh .. mgkin sbb akk x pernah makan dan jumpe .. kalau hubby memang dia suke makan sbb dah banyak kali dia merasa daging rusa nie ..

haa kali nie kebetulan ada kawan yg offer daging rusa fresh sehari sblm cuti raya aritu .. soo akk ambil utk buat black pepper nie .. akhirnya akk memaksakan diri utk memakannya .. x sangka sedap dan lembut aje daging nya .. berbeza dengan daging lembu dan kerbau ! .. ;))




lembut dan manisssssssss je rasanya .. sblm akk goreng , akk perap kan daging rusa nie dengan halia , bawang putih , black pepper dan sidikit gula .. lepas 1/2 jam .. akk grg kan dia bersama air , dah kering akk letakkan garam , cili sos , tomato sos dan sekali lagi black pepper .. gaulkan dengan minyak dan hirisan bawang besar .. makan dengan nasi panas2 .. perghhhhhhhhhh PENGSAN !

oh ya , akhir kata  .. selamat menyambut HARI MERDEKA kepada semua kawan2 dan kenalan2 di alam maya nie .. dan selamat bercuti yaaaaaaaa .. jgn lupe jaga makan minum .. cuti2 nie banyak OH dan majlis kawin .. ;))


HELIZA & DIANA AMIR DALAMI ILMU AGAMA DISAMPING MENCARI REZEKI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

sejuk mata memandang kan ... suke sgt2 ngan diana amir dan heliza nie .. aduhhh siapalah jejaka bertuah yg dapat memiliki hati nurani mereka berdua nie .. kalau akk ada anak bujangan .. nak je ku kenen2kan ekekke ... ha dah terbukti kan artis yg berhijrah dan berhijab nie masih diterima dlm duni seni tanahair .. cuma mereka kena lebih slektif lah kan .. surelahh x kan nak main terima aje tawaran yg x sesuai dengan mereka ..

semoga mereka terus dpt menjaga nama baik dan tatasusila muslimah sejati dan seterusnya menjadi IDOLA kepada masyarakat skrg khasnya golongan remaja .. aminnnnnnnnnnnnn


SEKALIPUN bergiat aktif sebagai anak seni, namun tuntutan agama tidak dilupakan. Memilih tampil dengan imej bertudung, nyata bukan satu halangan untuk dua gadis manis ini terus mendapat perhatian. Itulah nikmat rezeki diperoleh Diana Amir dan bintang Akademi Fantasia 5 (AF5), Heliza Helmi.



Yakin dengan ketentuan Yang Maha Esa, Diana atau nama sebenarnya, Nurdiyana Amir Ha�shim, 26, me�ngakui dia kini lebih bersikap memilih skrip yang diterima. Ujar pelakon filem 7 Petala Cinta itu, bukan dia ‘demand’ tetapi sekadar memastikan watak ditawarkan pada�nya bersesuaian dengan imej yang kini berhijab.

Diana berkata, apabila sudah berhijab, menjadi kemestian untuk dia bersikap selektif. Jelasnya, dia tidak mahu main ambil saja watak termasuk antagonis bertudung. Menurut gadis kelahiran Birmingham, England itu, menjadi tanggung�jawabnya menjaga imej sebagai aktres yang kini mengenakan tudung.

“Saya percaya dengan rezeki Allah. Justeru, sekarang saya hanya akan terima tawaran yang difikirkan sesuai saja. Saya juga takkan menerima watak antagonis bertudung. Bagi saya, apa yang dicari kini adalah keredaan Allah dan atas sebab itu jugalah,
saya membuat keputusan untuk berhijrah dengan memakai hijab.

“Malah, saya juga selesa melakonkan watak yang terhad. Oleh itu, setiap skrip diterima lebih dulu akan diteliti dan jika tidak sesuai, ia bukan rezeki saya. Biarpun lakonan bidang diminati, tetapi tuntutan agama lebih penting. Jadi, karakter yang dilakonkan mestilah sesuai dengan imej saya ketika ini,” katanya.

Masih mempunyai kontrak setahun lagi sebagai residen artis Metrowealth Movies Production Sdn Bhd, Diana menjelaskan, dia masih belum lagi memikirkan sama ada mahu menyambung kontrak baru atau tidak. Bagaimanapun, katanya, dia selesa sepanjang berada di bawah pengurusan artis syarikat itu walaupun kini bertudung.

Bakal muncul dengan filem Salam Cinta di pawagam pada 6 September ini, Diana yang bergandingan dengan Kamal Adli memaklumkan filem itu adalah penampilan pertamanya bertudung.


Tiada saingan bagi Heliza

BAGI Heliza atau nama sebenarnya, Nur Heliza Helmi pula, dia amat bersyukur tatkala melihat semakin ramai artis muda wanita tanah air kini sudah bertudung. Katanya, perubahan imej berlaku itu tidak pernah diang�gap sebagai satu saingan kepada artis yang sudah bertudung seperti dirinya. 

Ia hidayah Allah.

“Saya suka melihat semakin ramai artis wanita tanah air sudah bertudung. Bagi saya, ia perkara yang bagus memandangkan Malaysia sebuah negara Islam. Oleh itu, tak pernah pula saya fikirkan soal persaingan kerana sedar semuanya perancangan Allah. Hanya Dia (Allah) mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.

“Lagi pun, kini setiap hujung minggu kami akan berkumpul mengikuti kelas agama dianjurkan. Justeru, secara tidak langsung ia mengeratkan hubungan silaturahim antara kami. Malah, kelas agama yang terbuka kepada rakan artis dan media ini membuka peluang untuk sama-sama belajar mendalami ilmu agama.

“Pembelajaran agama diajar meliputi aspek pembacaan al-Quran, akidah serta motivasi diri. Kini, seramai 40 rakan artis termasuk saya dan Diana mengikuti kelas agama ini. Malah, kami dibimbing tenaga pengajar bertauliah. Justeru, kepada rakan artis sama ada bertudung atau tidak, boleh turut serta dalam kelas ini,” katanya.

Menurut Heliza, majlis ilmu apatah lagi berkaitan agama memang seronok disertai jika membabitkan ramai orang. Menurut pengacara program Rasa Halal Antarabangsa itu, walaupun sibuk dengan urusan dunia, persediaan akhirat juga harus diambil kira.

Katanya, mempelajari ilmu agama penting untuk kerohanian manusia.

petikan : hmetro

CARA AMERIKA HORMATI SAMBUTAN AIDILFITRI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

macam x percaya .. tapi itu hakikatnya .. harap2 ini bukan cara orang2 kafir nak mengkaburi mata orang2 islam .. insyaallahhhhhhhhhhhh


Amerika Syarikat sering dianggap bersikap buruk terhadap penganut agama Islam. Namun negara itu tetap menghormati sambutan Aidilfitri dengan menyalakan lampu hijau pada bangunan Empire State selama 3 hari bersempena perayaan itu. Malah laman sosial facebook Empire State Building turut membuat pengumuman rasmi berkenaan sambutan tersebut.

Lebih mengagumkan apabila sebuah gereja St. Peter Episcopal Church dari North Carolina turut bertoleransi dengan mengucapkan Eid! Mubarak pada papan kenyataan gereja itu.





hurmmmm kenapa dia pasang lampun warna hijau erkk ?? kenapa x kuning .. merah @ warna2 lain ?? ada sesiapa boleh jawab ??? ;))

BUKAN SENANG NAK DPT MOMENT NIE ! ~ BERSALAM2AN SUATU KEMESTIAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

ok .. nie bab paling hebat dan hanggat setiap pagi syawal .. rasanya semua pun sama .. sesi bergambar dan bersalam2an adalah moment indah yg payah kita nak jumpe bila2 kan .. hanya hari raya sahaja dpt kita lihat .. macam2 ragam , kerenah .. x campur yg jadi jurufoto tuu .. ahhaha akk lah tuu dan adik akk .. bila 2 DSLR bertembung .. macam2 moment yg dpt di capture .. rajin x rajin aje ... 

haaa nie x rajin lah nie .. selected sahaja .. kalau letak semua .. mauu letih uolsss scroll sampai bawah utk komen kan ,.. ekekek ecehhhhhhhhh macam tahu2 aje .. ahahha ... ok2 .. lepas akk dan anak2 bergediks2 berphotoshoot , baliklahhh mereka2 dari sembahyang raya .. soo bermulalah sesi bergambar beramai2 dan bersalam2an ...


family kecil kami .. inipun adik perempuan akk x ada .. tahun nie dia beraya sebelah hubby dia .. huhu bukan senang nak berkumpul macam nie .. saat nie .. sgt2 berharga ..
 sbb budak2 nie leh duk diam2 ekekek ..

ayahanda & bonda tercinta ...

my small family !

kak long family ...

adik Su family ... tgk ! bagus betul amni kan .. ekeke diamm aje ..


yaa bermula dengan anak2 akk , anak2 kak long dan anak adik .. bersalam2an ngan tok ummi , ayah dan nyang mereka .. ;))

adik akk paling bongsu ..


huhuhu sob .. sob .. masa nie drama ngan hubby lak .. sblm tuu ngan ummi & ayah .. banyak dosaa nie ekekek .. ampunn kan ieda ye bang .. ( jgn risau ieda pun ampunkan abang gak muahahah ) ...

the gurls ! ... without my sister .. kalau ada cukuplah kami berenam .. ;)

bonda with the only one nenda yang masih ada .. huhuh cayunk both of U !!!

haaaaaa tudia .. moment menembak dah mula kan ..
nielah dia photographer kami pagi tuu .. pun bergilir2 ngan akk .. ahahha macam2 aksi .. kamera dia sahaja dekat 100 keping pic .. entah ape2 yg dia tembak .. tu yang bila campur kamera akk adalah dekat 200 ++ pic .. amekkk kooo .. paling banyak bergambar tahun nie lah ! .. ahhaha 
lepas tuuu fenin nak pilih gambar untuk masuk dlm FB dan BLOG ahhaha.. ;))

ps : alhamdulillah hari ke 4 puasa sunnat syawal .. syukur sgt2 .. hari nie mood ke tempat kerja ada ceria .. sbb apa?? sbb sok COTI ! .. yehaaaaaaaaaaaaaaaaa selonokkk nyeeeeeeeeeeeee ;)) ...

Wednesday, August 29, 2012

BERBUKA HARI KE 2 DGN MEE KARI & SOSEJ ROLLS ~ KAD RAYA KE 2

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

alhamdulillah .. haa ini menu berbuka semalam tau .. syukur sgt2 .. niat hati nak berbuka dengan mee kari terlaksana .. bukan ape .. bosan dah makan nasi kan .. yelah lepas seminggu raya .. kebanyakan rumah semua makan nasi impit dan pelbagai jenis nasi layie kan .. soo bila puasa 6 nie nak lah lain sikit ... mee kari kali nie akk buat sendiri .. x der pemantauan dari ummi pun .. sekali menjadi daaaaaaaaa ... mihahahah lawak kann .. padahal mee kari lahh masakan paling simple .. semua org main campak2 aje masak .. 

yeeee .. bukan ape .. selalu tuu umi akk akan pantau .. x cukup itu dan ini .. kali nie akk buat sendiri sbb masa akk masak nie ummi akk x der di rumah .. soo mengasah bakat lah .. kalau tidak .. ada aje yg x kena di mata dia kan .. ekkekeke .. sesekali layan tekak dan tangan sendiri ok gak .. sekali jadi .. SODAP lak tuuu .. mak aihhhhhhhhhhhhh .. bukan akk puji sendiri .. TAPI ayah akk sendiri yg puji ... ha bukan senang nak org tua tuu puji masakan nie .. kalau hubby lak .. 2-3 kali cakap mee kari nie kuah dia sedappp .. pandai ibu masak ! .. muahahhahaha alhamdulillahhh ;) .. senyum sampai telingaaa ngehx3 ...


 sosej rolls permintaan anak2 .. 1st time buat .. x banyak kan ... sekali x cukup uuuu .. so hari nie tadi berbuka akk buat layie .. 


 haaaaaaaaa nie lah dia hasil tangan akk .. ahahah hasil campak2 yg menjadi MANTOPS ... muahhaha
puji diri sendiri ajelah ieda wehhhhhhhhh .. haa ada yg nak jadi jiran sebelah akk kan ?? .. meh2 silakan .. ari2 akk masakkan campak2 nie .. gemuk lah uolsss ekekek


v


v


v


dan baru hari nie nak masuk enterpreme kad raya pemberian blogger kak tini umialya nie .. dah lama dpt .. tapi x sempat2 nak mencelah masuk dlm post ... terharu sgt2 .. walau akk hanya dpt 2 kad raya sahaja .. jadilahhh , nak membalas dah x sempat .. x per2 tahun depan akk try balas semua kad2 yg diterima .. 
apa2 punnn terima kasih x terhingga atas ingatan uols pada akk .. sgt2 terharu tau ... sukeeeeeeeeee dan LOVE kak tini dan ayu ketat2 .. ;))



kad raya yang cantik .. terima kasih akk !!!


COMELNYA RYQAL RAMLI ~ NORA & JEJAI TAK PERNAH ABAI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


salam semua

apalah daya anak yg kecil mahu memahami situasi ibu dan ayah kan .. nak2 kalau ibu dan ayah bercerai berai nie ... suke tgk anak nora danish nie .. ryqal yg sgt2 comel , wajah memang persis ibu dia .. cute !


Hubungan Nora Danish dan bekas suaminya Jejai dikatakan masih baik dan rapat demi anak tunggal lelaki mereka.. Walaupun Jejai sudah berkahwin dengan Fasha Sandha, Jejai tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada Putra Rayqal Ramli, malah jejai menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.
  
“Tiada apa-apa masalah antara kami kerana apa yang penting Rayqal mendapat kasih sayang yang cukup daripada kedua ibu-bapanya,”

 “Bekas ibu dan bapa mertua tidak pernah berkira untuk menjaga Rayqal ketika ketiadaan saya dan sebab itu saya juga tidak kisah jika mereka mahu Rayqal berhari raya di rumah mereka.”

“Malah Rayqal sangat rapat dan manja dengan datuknya iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib,” (mstar)

Tambah Nora Danish lagi, walaupun dia bukan lagi menjadi ahli keluarga Jejai, Kehadiranya disambut baik oleh bekas keluarga mertuanya, ini semua demi mengeratkan lagi hubungan anaknya dengan datuk dan neneknya


kalau ibu dan ayah berpisah , selalu anak2 akan jadi mangsa .. sedih .. x dpt nak bayangkan .. x mo bayangkan ..tindakan nora dan jejai nie boleh dijadikan tauladan semua pasangan yg berpisah .. jgn lah bergaduh setelah berpisah ... berbaik2 lah demi anak ... kasihanilah mereka yg x mengenal apa itu erti perpisahan ...

ps : hari nie nak berbuka apee erkk ?? any idea ??? .. mata ngantukk sgt2 skrg nie .. nak tidur dlm surau boleh ! ekekek lepas semayang lelap sekejap .. aci ! ...

HUKUM BERPUASA SUNAT BAGI ISTERI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua


alhamdulillahh komp dah ok .. senyum sikitttttttttttt ( sampai ke telinga suke ati muhahaha) ... haa hari nie dah 3 hari akk puasa qada dan sunat syawal .. syukur allah bagi peluang sekali lagi .. insyaallahhh nak cukupkan 8 hari .. soo lagi 5 hari .. ;) sblm tuu akk nak share artikel nie ..
mari kita sama2 renungkan, bagi yg belum memulakan puasa sunat syawal & qada puasa ramadhan harap lepas nie , dpt lah kita ilmu dengan artikel di bawah nie ye .. akk dpt dari email seorang kawan .. 


Kenapa perlu izin suami ?

Dua hadis sahih sebagai nas:


1. HR Bukhari, Muslim dan Abu Daud: Seorang isteri tidak boleh berpuasa selagi suaminya ada di rumah, kecuali atas keizinannya.


2. HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah: Janganlah seorang wanita itu berpuasa walau satu haripun jika suaminya berada di rumah tanpa izinnya, kecuali puasa Ramadhan.


Di sini ada khilaf ulamak.


Pertama: Kebanyakan ulamak berpendapat keizinan suami hanya terbatas kepada puasa sunat, manakala puasa nazar, puasa qadha’ dan puasa Ramadhan tidak perlu izin suami. Imam Nawawi menjelaskan dalam kitabnya Syarah Sahih Muslim Jld 7 pg 115.


Kedua: Sebahagian ulamak berpendapat wanita perlu meminta izin utk berpuasa selain puasa ramadhan. Ini bermakna jika puasa itu selain puasa Ramadhan, dia perlu mendapat izin suami. Sayyid Sabiq berpendapat demikian.


Ketiga: Isteri tidak perlu mendapat keizinan suaminya utk berpuasa apabila suaminya musafir, atau sakit atau uzur yang mana dia tidak mampu mengadakan hubungan seks. Ini adalah pandangan majoriti ulamak berdasarkan hadis dalil di atas. Ini juga pandangan Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah)


Rasional kenapa perlu mendapat keizinan suami sebelum berpuasa.


Imam Nawawi menjelaskan: suami berhak mengajak isterinya jima’ bila-bila masa dan pada hari apa sahaja, dan haknya itu wajib dipenuhi oleh isterinya ketika itu juga, dan tidak boleh ditangguhkan oleh kerana amalan sunat.


al Imam al Hafidz dalam kitab al Fath: hak suami ke atas isterinya lebih kuat daripada amalan sunat dan kebajikan yang lain. Kerana itu hak suami wajib dipenuhi, maka kewajipan harus didahulukan daripada hal-hal sunat.


Komentar Syaikh Muhammad Ali Qutb (Tuhfatul ‘Aris wal ‘Arus): Islam memberi perhatian yang serius terhadap hubungan seks antara suami-isteri, lantas Islam melarang isteri menentukan sendiri kegiatan yang dapat menghalang keinginan seksual suaminya sekalipun kegiatan itu berupa ibadah sunat. Maka Islam mewajibkan para isteri mendahului hubungan sek yang diminta suami daripada ibadat sunat.


Sebagai balasan atas hak yang diberikan kepada suami, Islam memberi hak kepada isteri yang wajib dipenuhi oleh suaminya, iaitu suami tidak boleh melakukan kegiatan yang sangat meletihkan atau menyebabkan kelemahan pada jasmaninya kerana dengan keletihan itu si isteri telah kehilangan hak untuk menikmati hubungan seks dengan suaminya.


Sumber: http://darululumonline.wordpress.com/2011/08/29/hukum-isteri-minta-izin-suami-untuk-ibadat


dalam apa jua situasi , kita perlu minta izin kan .. kalau dulu kita minta izin dari mak dan ayah .. skrg bila dah berkahwin , pastinya minta izin dari suami .. kalau dia x beri , pujuk lahhh .. insyaalllahhh rasanya apa yg baik selalu mendapat persetujuan dari suami dan dia x akan membantah kan kan kan .. ;) disamping kita mencari pahala nie kita juga mendapat keredhaan dari suami kita juga ..

RABU TANPA KATA ~ rajinnya anak dara

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua




cer teka sabriena tgh buat ape ????

ps : lambat sikit akk bersiaran hari nie .. komp akk masuk bengkel hhuh .. ada prob word .. sedeyy , bila x der komp nie menumpang komp kawan2 lah ekek .. blogger tegar kan .. soo nanti bila komp dah ok akk sambung BW ye ..

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) blog (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...