Tuesday, July 31, 2012

REZEKI ADA DI MANA - MANA ~ BANYAKKAN BERSABAR YE ABBY

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

akk sgt2 salute kat abby abadi nie .. apa yg dia lakukan adalah yg terbaik bagi diri dia .. bukan kita utk mempersoalkan .. masuk mana2 parti atau mengkikut mana2 parti juga adalah HAK masing2 .. tiada istilah paksaaan .. harap kita semua menyokong dia dalam apa jua yg dia lakukan .. nak2 dia skrg adalah ibu tunggal .. banyak cabaran dan tekanan yg akk rasakan dia terpaksa hadapi . Semoga dia lebih tenang utk menghadapi semua ini .. dugaan dan ujian dari allah jelas dan nyata lebih hebat bila kita lebih mahu mendekatkan diri kepadanya ...


KL, 31 JULAI 2012: Murai Batu tak tahu nak cakap macam mana bila dapat tahu bahawa kontrak pelakon Abby Abadi sebagai duta tudung syarikat Al-Humaira Comtemporary telah dibatalkan secara rasmi sejak 4 Julai lalu.

Pembatalan itu khabarnya telah dibuat sendiri pengasas Al-Humaira Contemporary, Hani Elia menerusi kenyataan yang dibuat menerusi akaun twitter peribadi milik Abby Abadi: "Sy terkilan, Sy berbisnes akak. Penglibatan akak dlm politik sedikit sebyk effect bisnes saya - @hanieliarousli (Al-Humaira Contemporary)".


Tapi, sekurang-kurangnya ia menjelaskan bahawa penglibatan Abby Abadi dalam bidang politik sememangnya ada memberikan sedikit kesan kepada bisnes Al-Humaira Contemporary.


Dari sudut apa? Adakah disebabkan dia ahli Pakatan Rakyat khususnya Pas? Murai Batu rasa tidak. Sebab Hani Elia langsung tidak menyebut pun tentang hal itu. Malah, rasa Murai Batulah yang sebenar-benarnya orang bukan marah pun Abby Abadi ni masuk Pas atau apa pun parti pembangkang yang lain.

petikan : murai 

akk suke dengan kata2 murai nie ... semoga menjadi renungan buat kita .. biarlah dia dgn hidup dia .. dia pilih pasti ada sebab dan pasti dia tahu dan sedar akan risikonya .. soo kita sebagai peminat jgnlah cepat melatah atas tindakan dia .. berilah sokongan sekurang2nya menyokong dia sebagai seorang IBU yg mencari nafkah buat anak2nyaaaaaa


Tak payah hendak gaduh atau hendak tunjuk siapa salah siapa betul. Sebenarnya tidak ada satu pun parti politik yang betul di muka bumi Tuhan ini. Tiada satu pun pemimpin yang betul. Rasulullah sendiri pun terpaksa memohon bantuan meminta petunjuk dan hidayah daripada Allah Swt bila berada di dalam keraguan. Jadi kita fikir-fikirlah. Apapun Murai Batu rasa gembira bila melihat Abby Abadi amat tenang berhadapan dengan dugaan yang melanda dirinya itu. Seperti yang ditulisnya dalam akaun peribadinya:

"Tentang kontrak 'Duta tudung' tu, takpe Sahabat2ku, rezeki dmana2. Sy trima itu mmg bkn rezeki Sy. Insyallah, ada je rezeki lain nnti".

Kemudian ada seseorang bernama Yusry menghantar tweet di akaun Abby Abadi.

@abby_abadi112 keep up Abby. If u interested I can offer you Muslimah Wedding Dress Photo Shooting Contract for my boutique. Will support U. Retweeted by abby abadi

petikan : murai 

SHOPING TERAKHIR UTK RAYA ~ anak oh anak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

haaa nie kisah last week .. alhamdulillah settle sopink raya akk .. kasut anak2 .. kasut hubby dan keperluan ayah .. syukurrrrrrrr ... bukan ape .. ramai cakap kena buat awal semua persiapan nie kan .. nie pun kami kira lambat .. orang lain sebelum puasa dah settle .. nie kira saki baki lah kan .. kebetulan hubby dpt konon2 bonusss ahahah  .. so ape layie .. x tunggu dah .. ummi dan ayah punn nak menyopink sama .. beli suar dan tshirt buat ayah .. so kami pergi bersama .. 

sib baik anak2 x kesah .. cool aje ..cuma zahrien lahh .. x habis2 nak makan .. akak pun masa tu kuar lewat sikit sbb dah decide nak berbuka di luar aje .. mana sempat nak balik kan .. jadi anak2 memang x sempat lah nak melepek keletihan


 ayah pilih .. ummi bayar .. ekekekek aci !!! ... duit ayah duit ummi jugak kan ;))

 kami sopink moping di parkson ajooo ;) pilihan terbaik ! punn banyak jenama di sini kan .. kira puas hati lah .. ada sale .. ada macam2 lahh ekke ;)


 yaaa tudia .. anak dara punya kasut akk yg pilih .. anak teruna , ayah lah kan ;)) kalau melayan si zahrien nie ... x pernah habis .. dah berapa kedai pergi dia tetap x berkenan .. bila tunjuk kat ayah .. ayah suh tunjuk kat ibu ! .. adehhh sampai bila2 punn x habis .. last2 akk diam aje .. malas nak campur ..

anak teruna nie baru 4 tahun uuuuuuuuu dah banyak songgeh ! ... lum umur belasan tahun .. agaknya masa tuu dia diammm aje kooot .. ikuttt aje kooot ! .. ahhahaha siap cakap .. ' ibu , macam mana kasut adik ?? cantik tak ?? ... kita nak kasut ayah macam kita jugak tau ! ... " adehhhhhhhh bertuah punye anak ..

lepas dari sini kami ke TERMINAL SATAY ZUL .. berbuka disana .. sib baikk akk dah tempah awal .. kalau tidak x merasa lah kan .. sentiasa penuh .. pic ?? none adooo sbb dah kelaparan kan .. ekkeke .. lepas tuu kami terus sembahyang di masjid besar KTN , terus ke Ktn Prade .. cari kasut hubby lakk .. alhamdulillahh sebijik kasut anak kesayangan dia .. ahahhahaha geli hati lak ... hurmmmmmmmmm ;)


ps : fuhh penatnyaaa .. baru balik dari kuar ada hal .. nie baru nak BW .. sorry sgt2 kat uolsss .. tadi dah call tmnet di pekan , settle masalah miss communicate ayah dan org tm ... hurmmm harap2 malam nie bolehlah berinternet ... ;))

PERSOALAN HATI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

oleh kerana mood hari nie ada sedikit baikk .. maka layan aje lahhh kata2 indah dari akk buat semua .. harap2 hari nie kite semua ok dan mood tidaklah seteruk semalam .. ahhha cayuk2 ieda ...
( dlm atii lebih sakit sbb internet di rumah x der .. sbb konon akk x bayar tm .. adehhh rupe2nya bila cek ayah akk terbayar ke acc internet yg lain ! .. huwaaa )



Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang
Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata -katamu itu meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak peduli berapa kali kamu meminta maaf, luka itu akan tetap ada. Dan, luka kerana kata - kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah.

Jangan pernah harapkan kembali yang telah tiada, namun jangan pernah lupakan kenangan yang pernah ada

nukilan : adriesa cinta


sowi lahh smlm malam akk x dpt nak BW .. masalah internet di rumah nie dah berlarutan selama 4 hari termasuk hari nie .. pagi nie insyaallah ayah akk akan pergi buat bayaran .. harap2 malam nie bolehlah BW kan .. seronok BW malam2 nie .. sejukk aje .. nak2 lepas balik terawihh segar semacam lak .. ;)


Monday, July 30, 2012

MEE KARI RAMADHAN KE 7 ~ SETAHUN X BUAT !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

huhuhu dah lama x buat mee kari nie ... alhamdulillahh rasanya setahun jugak lah x buat .. haaa amik .. bukan ape , sbb x ingat nak buat .. selalu tu bila tekak rasa nak makan barulah terus buat .. nie kebetulan pula ada dgr teman sepejabat bercerita .. haaa terus call mak akk suh sediakan bahan .. memang kebetulan lagi bila semua bahan dah ada .. senang kan .. terus suh ummi akk prepare semua .. akk balik tinggal campak2 dan tumis semua .. taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

sila jamu mata yeeeeeeeeeeeeee .. ku kejam kan !!!!

 nie akk punye .. akk suke campur .. mee & meehun kari !


alamakkk .. adehhhhhhhhhhhhhhhh akk lak yg terliurrr ... kes berat nie !!! ekekkeke ..
harap adalah idea uols nak masak ape ptg nie ... akk ?? haaaaaaaaa arinie dpt call dari ummi akk , dia nak akk masak quehtiaw kungfuu .. wokeh ummi !!! kita berkungfuuuu petang nieee

yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dah nak balik ! ... ;))
( sowiii aar mood akk memang ke lauttt ari nie .. bertambah ngan ngantuk .. huh )




DUIT RAYAAAAAAAAA ~ Felda RM43.2 Juta

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


salam semua

wahhhhhhhhhhh TAHNIAH2 ... 2-3 hari nie akk duk dgr & baca dari berita pasal duit raya org2 felda nie .. wahhhhhh dasat !!!! .. sakan lahh orang2 felda beraya yeee .. haaa nak pi cari umah orang2 felda lahhh .. hurmmmmmm apa2 punn dah rejeki nak dapatkann .. x kan nak tolak kan .. sooo syukur atas pemberiaan allah nie ..


pic google

SIK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengumumkan pemberian wang Hari Raya berjumlah RM43.2 juta kepada kesemua peneroka Felda. Najib berkata pemberian ini sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda dan membantu perbelanjaan persiapan Hari Raya mereka.

Beliau berkata kadar ini terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda. Katanya 103,597 peneroka atau 91.9 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM41.4 juta manakala 9,038 orang atau 8.02 peratus peneroka yang tidak bersama Felda masing-masing menerima RM200 melibatkan peruntukan berjumlah RM1.8 juta.

Najib berkata demikian pada majlis perasmian Program Rahmat Ramadan peringkat Kebangsaan di padang Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya di sini. Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003. Bayaran pada tahun ini bertambah RM0.6 juta atau 1.39 peratus berbanding bayaran tahun 2011 iaitu RM42.6 juta.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan sagu hati kepada jawatankuasa masjid di semua Felda berjumlah RM792,500, peruntukan untuk Program Ihya Ramadan sebanyak RM951,000 dan Program Ihya Ramadan kawasan Parlimen Felda RM540,000.

"Semua janji kita tunaikan... itu pun (selaras dengan ajaran) Islam. Walaupun Felda dah disenarai (di Bursa Malaysia) bantuan yang sebelum ini diberi kita teruskan. Jadi duit raya tetap kita beri kepada peneroka," katanya.

selanjutnya  : mstar


 dari mana kerajaan dpt duit tuu ?? ahahhaa entohhh ... walau dari mana jua kerajaan perolehi duit utk insentif kepada rakyat ..kita hanya mampu bersyukur diatas pemberian itu .. biar kerajaan jawab ... ahahha kita nak jawab macam mana kann ..
apa2 punnnnnnnnnnn akk nak cakap ini aje pada orang2 FELDA .. tapi janji jangan marah TAU !!!!!

v


v


v


v


v












v

BOLEH LAHHHHHHHHHHHHHHHH !!! ;))



MOOD MONDAY YG ENTAH KE MANA ~ TQ ADIK GEE

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

huhuhuh malasssssssssssnyee hari nie .. kemanalahhh mood ku .. OH its MONDAY yeee .. patutlahhh ada rasa sikit2 bluesss tuu huhuhu .. seyess memang x der mood .. sbb apa ?? ahahhaha sbb smlm sampai rumah pun dah lewat .. seronok berbelanja bersama ibu dan ayah .. anak2 semua happy ..settle semua yg tertunggak .. kasut hubby & anak2 ... baju hubby & keperluan ayah serta ummi ... akk ?? huhuhu macam biasa baju kurung aje .. kasut dan beg tangan x sopink layie .. rasanya x perlu koot ... pakai yg tahun lepas sudah .. lagipun .. kasut & beg tangan tuuu x tunggu raya pun kalau nak tukar baru kan kan kan ;))

oh yaaaa haaa nie nak ucapkan terima kasih banyak2 adik blogger GEE ini ... cantik ... cute ... comel .. , Gee dah selamat sampai ke akk dik .. last week hari rabu ke khamis , x ingat dahh ekeke .. tapi alhamdulillah selamat sampai dik ... TQ soo much !!!

 siap anak2 akk cakap .. eh ibu nie dpt mainan ke ??? ahahhaha mainan ko kate ... ekekke yelahhh dia tgk key chain tuu .. zahrien lahhh .. sape layie ...



TQ Gee ... sgt2 terharu sbb sudi bagi akk cenderahati nie sbb menjadi pengomen TEGAR di blog Gee .. ekekke .. memang punn suke ke teratak Gee .. sbb akk suke tgk deco2 rumah Gee yg ala2 english style tuu walau akk nie bukan lah peminat tegar .. sekadar suke melihat aje huhuh ;))

ape yg akk cakap punn akak x tahu .. ahhahaha nie semua sebab ke mood yg entah ke mana2 hari nie .. adehhhhhhhhhhhh tulunnnnnnnn !!!


 ps : cepatlahhhhhhhhhhh 4.30 ahahha

Sunday, July 29, 2012

PUSING MATA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua 

kejam celik dah 9 hari kita berpuasa kan , syukurrr alhamdulillah dpt kita semua menjalani puasa dengan penuh kesabaran dan ketakwaan , smlm petang akk kena pusing mata , huhuhu panik juga , sbb x pernah lagi akk kena masa puasa nie , nak2 masa tuu baru pukuln12 tghari ..... sib baikk cuti kan , kalau kena masa keja lagilah hau kan , ummi akk lahh yg urutkan kepala ... mcm lahhh , bila pejam mata rasa rumah nie berpusing2 ...

sampai ke jam 2 petang , alhamdulillah dah semakin ok , akk bawak tidooo huhuh sib baikk x berlarutan , kalau tidakk harus agaknya akk buka puasa ambil ubat pusing mata .... syukur sgt2 bila tidoo tuu ada rasa lega ... fuh dugaan betul 

semalam uolss berbuka apa ? akk dlm lepas sakit kepala tuu masih boleh plan2 nak masak apa dgn ummi akk , ahhahaha nak buat macam mana kan , sbb ramai yg nak makan , kalau akk sorang harus je dlm x larat tuu beli je kan , sooo sema ,h by lam akk buat nasi grg cina , alhamdulillah smpai ke berbuka pusing mata dahh tak der , siap boleh berterawihh lagi , seronok dann syukur sgt2 ...... 

hari nie , nak ke ktn , kali nie ummi dan ayah akan ikut kami , nak cari keperluan raya ayah dan hubby , kasut raya anak2 , seronoknyaaa , harap2 anak2 xletih lah kan , hurmmm plan nak berbuka di luar ajelah kan 

Friday, July 27, 2012

MAMAT SEPAH PERLU LEBIH BERHATI - HATI ~ zed zaidi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

akk suke dengan cara ZZ nie menegur artis .. dia memang bagus lahh terserlah kematangan dia ..  cayuk2 semoga SENIMAN lebih berjaya selepas ini .. adoyaiiiiiiii terlebey sudaaaaaaaaaa eekkeke


“Jangan salahkan Mamat. Bagi Zed dia adalah mangsa keadaan,” ujar pelakon serta Presiden Seniman, Zed Zaidi mengulas mengenai kontroversi  pelawak Mamat Sepah yang ditemplak ramai gara-gara menyebarkan foto kemalangan Zed Zaidi di laman sosial miliknya, baru-baru ini.

“Kesian dia, kita tak boleh nak salahkan dia. Bagi Zed, dia seorang yang prihatin. Zed sendiri tak rasa ralat sangat sebab benda ini dah banyak kali berlaku. Perkara ini bukan berlaku pada Zed saja malah sebelum ini pun arwah Bob Kuman, arwah Osman Kering, Dato’ Aziz Sattar dan Remy Ishak juga pernah menjadi mangsa zaman media baru ini.

“Cuma, di sini Zed ingin menegaskan, apa saja yang berlaku, tidak kira sama ada kemalangan, kematian atau sakit, kita perlulah dapatkan pengesahan yang sah dulu sebelum keluarkan sebarang kenyataan. Kalau boleh, hubungi Seniman terlebih dahulu untuk mendapatkan sebarang pengesahan,” ujar Zed ketika dihubungi sebentar tadi.

Ditanya mengenai tindakan Mamat memaki serta mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan di Twitter miliknya, Zed memberitahu, “Saya rasa apa yang berlaku menjadi satu tekanan untuk dia dan mungkin sebab itu dia bertindak sedemikian. Saya harap dia lebih bijak berkomunikasi dan lebih profesional selepas ini kerana sebagai artis, setiap gerak geri kita akan diperhatikan.”

Mengulas mengenai penutupan akaun laman sosial Mamat, Zed menjawab, “Itu terpulang kepada dia untuk menutup akaun kerana ia adalah hak masing-masing. Cuma nasihat saya, selepas ini, jika ada komen yang menyakitkan hati kita, jangan layan sebab nanti kita yang sakit hati.

“Nasihat saya, selepas ini kita kena lebih berhati-hati untuk bercakap dan bertanggungjawab dengan apa yang kita dah lakukan. Perkara ini bukan untuk Mamat saja tapi untuk semua orang,” ujar Zed mengakhiri perbualan.

petikan : gua


SELAMAT BERBUKA SEMUA

berbuka ape hari nie .. akk plan nak buat MEE KARI .. jom berbuka !!



ROTI SARDIN , KERABU PERUT EPAL & ASAM PEDAS IKAN PARANG

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

jangan maraaaaaaaaaaa na .. walau tahu menayang menu makanan adalah makruh tapi sekurang2nya akk dah bagi idea kat uols nak masak apa kan berbuka nie .. soo menu x leh lah disiarkan hari2 kan .. soo sesekali boleh .. kira .. dlm sebulan berpuasa nie kena hadkan tayang menu makan sebanyakkkk hurmmmmmmmmmmm 5-10 kali cukup .. ok kann ekekekke .. 

layan aje lah menu akk dua hari lepas .. menu selepas2 nyaaa ada amik tapi x leh tayang lahh ekekke ;)

 hari tuu terasa nak buat sardin rolls nie .. maka terjadilah roti gulung berintikan sardin & ikan .. kebetulan ada lebih ikan grg berlada .. jadi akk tumbuk dan campurkan sekali ngan sardin .. alhamdulillahhh dptlahh buat lebih dan diagih2kan pada jiran2 .. ;))

 hari tuu sbb dah buats sardin akk beli bubur dua jenis tuu aje 
di PABO selain air soya .. ;)

 kerabu perut bersama epal .. hidangan kegemaran ummi dan akak .. ;))

 asam pedas ikan parang permintaan ayah dan hubby .. ;))
 sayur air petola permintaan anak2 .. macam biasa mereka memang suke masak air macam nie .. ada soohun kann .. memang suke taruk banyak2 ;)

 alhamdulillahhhh .. rejeki yg allah berikan , mee hun tuu pemberian dari jiran .... syukurr .... adakalanya berlebih2 .. ;)
anggah yg dah berjaya puasa setakat nie .. alhamdulillahh dia dan kakak sama sahaja .. setakat nie puasa penuh .. x pernah runggut2 penat .. syukurrr .. hurmmmmmmm berapa pula nak beri duit raya tahun nie erkk ?? ekekeke .. macam tahun lepas sorang dpt rm20 .. hurmmmm kena tambah lah koot .. adehhh kalau ada 
BONUS leh lahhh ekekke ;))





KOMIK ~ PUASA YG DIHAYATI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua
salam jumaat penghulu segala hari , semoga kita semua mendapat keberkatan dan kemuliaan serta dilimpahkan rahmat oleh allah subhanawattaala ... 

Lukisan ini dari seorang insan yang menggelarkan dirinya, Pakcik Rosdin Hj Saidin.

 



 semoga sama2 kita dapat memperbaiki diri bersempena bulan yg mulia ini .. aminnnnnnnnnnnnn


Thursday, July 26, 2012

LISA & YUSRY HIASI MUKA DEPAN MINGGUAN WANITA ~ speechless

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

x terkata .. cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaa lisa ..
handsomenyaaaaaaaaaaa yusry !



selamat berbuka puasa yee adik2 .. kakak2 .. 
kawan2 sekalian !!!

BEKALKAN ANAK-ANAK TENAGA DIKALA BERPUASA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


salam semua


sekejap je masa berlalu kan .. hari nie dah pun 6 Ramadhan kan .. haa mcam mana puasa uolss ?? akk .. alhamdulillahhh .. setakat hari nie akk dah berjaya puasa selama 2 hari .. yeayyyyyyyyyyy ... harap2 dptlah menghantar puasa dan menyambut raya nanti .. aminnnnnnnnn ;) ok .. kalau cerita pasal berpuasa nie , kebanyakan dari kita memang teruja bila anak2 berjaya puasa kan .. akk pula setakat hari nie memang sabriena & amanina dah berjaya puasa selama 6 hari .. insyaallahh tekad mereka adalah nak berjaya puasa sehingga ke hari raya .. syukur sgt2 bila dgr anak2 ada perasaan macam tu kan .. sbb kalau amanina dan 3 tahun penuh dan sabriena dah 2 tahun penuh ... syukur ! ...

pada akk lah waktu yg mencabar bagi anak2 berpuasa nie adalah di waktu sahur mereka .. liatt nak bagun x yah cakap lah kan .. agak2nyaaa zaman kita dulu macam tuu ke ?? ekekke akk x pernah tanye ... dan kalau mereka dah bangun tuu cabaran nak bagi mereka makan memang lah .. ekkek payah kan ... haaa mereka makan selepas dlm 5-10 minit duk termenung ekeke .. tul tak ??? kalau akk pula bila mereka dah bangun , makan .. akk akan make sure mereka makan buah kurma sebiji dua .. haaa utk pastikan perut mereka lebih kuat dan x terasa lapar .. 

rasanya tips2 dibawah banyak membantu .. moh kita lihat 

Kurma
Kurma sememangnya terkenal sebagai buah-buahan yang tinggi kandungan gula dan mudah ditukarkan menjadi tenaga segera. Jadi, ia sangat baik untuk diambil setiap hari agar mampu membekalkan tenaga mencukupi sepanjang hari. Malah amalan sunnah Rasulullah SAW turut menganjurkan kita untuk berbuka puasa dengan kurma terlebih dahulu sebelum menjamah makanan yang lainnya.

Selain daripada tenaga segera yang dihasilkan, kurma juga mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, vitamin B, riboflavin, tiamin, zat besi dan serat yang ternyata baik dalam mengekalkan keperluan zat pemakanan sepanjang bulan puasa.

Minum air kosong
Kanak-kanak amat mudah mengalami dehidrasi berbanding golongan dewasa. Oleh kerana itulah, selain daripada memberinya makanan berkhasiat, anda perlu menggalakkan dia untuk minum lebih air kosong berbanding minuman-minuman yang lainnya. Pengambilan air kosong dalam jumlah yang mencukupi turut membantu dirinya menyingkirkan toksin yang terhasil di dalam tubuh.

Jangan Makan Terlalu Banyak
Panduan ini sangat penting! Elakkan dirinya untuk makan dalam jumlah yang terlalu banyak hanya kerana mahu memastikan diri kekal kenyang untuk tempoh seharian berpuasa. Perbuatan sebegini tidak membawa apa-apa erti kerana ia sama sekali tidak dapat membantu anak anda kenyang dan terus bertenaga sepanjang hari.


 Ketika Bersahur
1. Pastikan makanan yang diambil anak adalah seimbang seperti yang disarankan Piramid Pemakanan.
2. Jangan biarkan anak minum terlalu banyak air. Ini bagi mengelakkan perutnya menjadi tidak selesa dan perlu kerap berulang-alik ke tandas.
3. Pastikan anak bersahur lewat agar dia tidak cepat rasa lapar dan letih.

Waktu Berbuka Puasa
1. Didik anak berbuka puasa dengan kurma, buah-buahan atau air terlebih dahulu mengikut sunnah Rasulullah SAW.
2. Sebaik-baiknya berbuka dengan minuman tanpa ais untuk mengelakkan rasa lesu selepas berbuka.
3. Jangan makan dalam jumlah yang terlalu banyak ketika berbuka.
4. Kurangkan pengambilan makanan berminyak, berempah dan pedas.

anak dara akk yg makan penuh pinggan :)

kalau waktu berbuka x yah cakaplah kan .. x suh makan punn dah terconggok duk depan meja ... ahahhaha yg x pose punnn macam org berpuasa lagaknyeee ...
x perlah janji mereka happy .. bila mereka xcited tuu bukan ape .. mereka suke sbb dah berjaya puasa seharian utk hari tersebut ... ;) kita kena support .. belikan apa yg mereka rasa nak makan .. tapi akk tidaklah akan penuhi semua .. sikit2 dan bukan kahhh puasa selama sebulan .. soo apa yg mereka nak makan akk tunaikan hari demi hari ... ;)



SPONTAN KHAMIS ~ KALAU DIA TENGAH RAJIN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

di suatu petang sblm berbuka puasa  ..... lallalallalallalalla






tak leh tergur2 masa nie .. ekekkeke .. alhamdulillahhhhh ;))
ingat x sayang motor tadi .. bila tgh rajin , x yah disuruh2 punn ...



Wednesday, July 25, 2012

KAWIN DI USIA MUDA ~ ADA BURUK & BAIKNYA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

Ramai kalangan anak muda sekarang yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas menemui insan yang dirasakan sesuai untuk dijadikan pasangan . Zaman akk dulu bila sebut nak kawin rasa macam x percaya sahaja .. haa sbb ape ?? sbb ummi akk akan tanye .. sape calon ??? kerja ape ?? duk mana ?? asal mana ?? hahahah soklan x leh blah kan .. masa tuu duk tertanye2 .. adehhh susah nyeee .. ke aku belum matang utk kawin @ aku belum layak nak kawin dlm usia ini .. huhuhu macam2 persoalan yg kuar .. 


yelahh masa tuu umur akk baru 24 tahun .. dan hubby akk masa tuu pun sama usia .. hurmm nak2 hubby akk bukan kerja dengan kerajaan .. memang banyak persoalan yg timbul .. tapi akk relaxx aje masa tuu .. dah puas semayang dan dah buat solat istiharah , soo alhamdulillahh allah beri petunjuk .. nak2 akk pernah putus tunang .. jadi pengalaman memang mengajar akk .. 

 
Apakah Kebaikan Berkahwin Muda?
Mungkin ramai yang tidak menyedari kahwin awal mampu memelihara maruah wanita serta keluarganya dari fitnah dan zina. Lebih-lebih lagi ketika berada di pusat pengajian yang sama. Sudah pasti bila ada masa terluang janji temu akan diatur bagi melepas kerinduan. Sekali dua mungkin boleh bertahan tetapi masuk ketiga dan seterusnya, adakah keadaannya masih sama? Ditambah pula jika ‘berdua’ sudah pasti ada yang ketiga iaitu ‘syaitan’. Dengan berkahwin, segala-galanya terjaga.

Perlukah Berkahwin Di Awal Usia?
Tidak dinafi kan, pelajar-pelajar universiti ini ada yang menjalin hubungan lebih dari dua tahun, malah hingga enam tahun. Jadi, dalam tempoh yang begitu lama, agak rugi sekiranya menghabiskan masa bertemu kerana ingin melepaskan rindu tetapi dalam masa yang sama menambah dosa apabila melakukan ‘adegan tambahan’.
Jalan paling baik adalah bertanya secara jujur kepada pasangan sama ada dia bersedia untuk mendirikan rumah tangga atau sebaliknya. Sekiranya dia bersetuju maka usahakan ke jalan kebaikan tetapi jika dia berdolak-dalih dan gagal berikan alasan yang munasabah sebaiknya lakukan solat istikharah.

Mampukah Bahagia ?
Sebenarnya, usia, tempoh perkahwinan malah apa sahaja bukanlah jaminan untuk mencapai bahagia. Semuanya tergantung kepada pasangan itu sendiri untuk berusaha ke arahnya. Sekalipun ada di antaranya terpaksa berjauhan kerana masing-masing menginap di asrama yang berlainan tetapi itulah yang mengajar erti kerinduan, erti kasih sayang yang sebenar. Berselisih faham itu biasa. Kata orang lumrah dalam rumah tangga tetapi cuba cepat-cepat selesaikannya. Menariknya lagi masing-masing mengetahui tentang tujuan di masa hadapan. Sudah mengetahui diri terikat dengan lafaz ijab dan kabul maka berakhirlah istilah mencari calon yang meletihkan.

 Cara Bahagi Masa Antara Belajar Dengan Rumah Tangga?
Mudah sahaja kalau tahu cara asasnya. Waktu belajar berikan tumpuan sepenuhnya, jangan main-main dan berusahalah untuk berjaya. Tetapi bila dengan suami, tugas sebagai pelajar itu dilupakan seketika. Laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk melayannya sebaik mungkin. Tidak bermakna sepanjang masa perhatian harus dialihkan padanya. Apabila dia keluar atau tidur maka buatlah aktiviti yang anda suka. Senang cerita, kehidupan tak banyak yang berbeza dan usah sekali-sekali anggap ia sebagai bebanan.



insyaallahhh .. akak selalu pegang kata2 nenek akk .. jodoh dan pertemuan memang ditangan tuhan , tapi kita kena sedar , usaha utk mengekalkan , menyuburkan , menambahkan kasih sayang sesama kita adalah ditangan kita .. kita berdoa .. berharap dan yg PENTING jangan tergesa2 membuat keputusan .. minta pandangan ibu & ayah .. itu yg TERBAIK .. 

kawin muda @ tua x menjadi masalah , hubungan dengan restu mereka insyaallahh dengan izin allah akan membawa bahagia ... pssssssst akk kawin dulu pun mak ayah x berapa suke .. sbb hubby akk dua pupu akk .. tapi berkat doa siang dan malam , alhamdulillahhh walau pelbagai dugaan .. akk terima sbb tahu dugaan ini allah beri utk akk beringat selalu , apa yg kita pinta pasti ada hikmah disebaliknyaaa ... ;)



TQ TO ALL MY READERS !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

sejak akk berblog nie .. dah 2-3 kali akk menerima kehadiran uols semua seramai ini dalam satu masa .. syukur sgt2 .. walau ada dikalangan anda semua hanya silent readers tanpa meninggalkan jejak .. akk TETAP hargai sgt2 tauuu .. x per .. x menjadi masalah bagi akk .. akk tetap berterima kasihhh banyak2 kerana uolss tetap sudi menyinggah & membaca entry akk yang tidak seberapa selama nie ....


masa nie akk publish tajuk dibawah nie .. hurmm betul2 mendapat perhatian ramai
alhamdulillahhh 


sblm2 nie ada juga beberapa entry akk yg mendapat kunjungan melebihi 35 orang , cuma akk x sempat nak print skrin .. x sangka dan syukur kerana akk menerima kunjungan kalian semua ... disebabkan uols yg sudi singgah dan bacalah yg membuatkan akk x pernah bosan utk menulis disini ... insyallahhh blogging dah menjadi peneman setia akk sekarang ini .... ;))


JOHAN TWITT CINTA BUAT NABILA HUDA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

huuhu semalam memang x der mood nak update .. entah lahhh bukan malas .. tapi banyak situasi x kena semalam di pejabat .. letih , lesu , x bermaya .. macam2 lagilah .. sooo akk tinggalkan blog dengan entry catriona tuu sbb suke tgk bb dia .. dan dia yg semakin cantik tuu ..

semalam malam punn lepas balik terawih .. mood konon2 nak tgk blog lah kan .. sekali internet umah akk buat hal lah pulak .. semua bahagian x leh nak respons .. semua kuar server not found ! .. perghhhhhhh menguji betul ... last2 tutup komp .. senang citer .. sakit ati pun ye jugak kannn ..

ok2 .. malas nak cerita pasal mood semalam .. pagi nie .. mood is getting better !!! .. nak2 baca kisah ABIL & BOTAK nie .. waaaaaaaaaaa mereka bercinta ye ... alhamdulillah .. x da kata nak dikatakan oleh akk .. semoga perhubungan mereka ini baik2 sahaja .. dan yg penting harap2 kedatangan ramadhan ini memberikan keberkatan buat mereka berdua .. dannnn harap2 ABIL akan berubah dan akan menjadi lebih matang dan kalau boleh janganlahhhh CEKCI-CEKCI sgt kan kan kan ;))


PETALING JAYA: Pelakon Johan As'ari menjelaskan luahan hati yang dibuat dalam Twitter miliknya pada 20 Julai lalu adalah sememangnya ditujukan kepada aktres Nabila Huda.

Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As'ari, 26, berkata, luahan yang mempunyai unsur-unsur cinta dan sayang itu adalah menggambarkan hubungan akrabnya dengan wanita berkenaan buat masa ini.

"Apa yang diluahkan dalam Twitter adalah gambaran perasaan saya terhadap Nabila. Kami saling menyayangi dan menghargai antara satu sama lain."Bagaimanapun, status hubungan ini hanyalah teman baik dan enggan menjadikannya secara formal sebagai sepasang kekasih.

"Ya, kami semakin akrab dan intim serta mengharapkan doa yang baik buat hubungan ini. Apabila sampai di tahap seterusnya, saya tidak akan segan untuk memberitahu kepada umum," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, petang Selasa.



Tambah Johan, dia meletakkan ungkapan cinta itu sebagai satu perasaan yang besar untuk dilalui bagi sesebuah pasangan dan lebih suka sekiranya perasaan cinta antaranya dan Nabila mula terbit apabila kedua-dua mereka berkahwin.

"Berdasarkan pengalaman yang lepas, kami tidak mahu lagi melabel perhubungan ini sebagai pasangan bercinta kerana belum tentu kekasih yang dicintai itu adalah jodoh kita kelak."Pada saya, cinta itu satu perasaan yang maha agung di mana ia akan muncul selepas akad nikah.

"Apa-apa pun, siapa yang menjadi suami Nabila, dia adalah orang yang paling beruntung," tuturnya yang meletakkan sasaran untuk berkahwin sebelum usia 28 tahun.
Dalam pada itu, walaupun ramai yang mempersoalkan keberaniannya meletakkan entri tersebut, Johan tidak pernah menyesal dengan tindakannya itu kerana ia adalah salah satu tanda penghargaan kepada Nabila yang sentiasa menjadi tulang belakangnya.

sumber : mstar

kira romantik jugak si johan nie .. siap twitt2 ayat cinta lagi di twitter .. hurmmm x takut hilang peminat wanita ke ?? .. harap2 peminat dpt menerima kenyataan ekekek .. sbb dia dulu pernah ceritakan ciri2 wanita pilihan dia pada pemberita ... haaaa agaknya abil nie adalah salah seorang wanita pilihan yang menepati citarasa dia dokkkk  ;)) apa2 punnn semoga berbahagia ... 


Tuesday, July 24, 2012

CATRIONA SELAMAT MELAHIRKAN ANAK KEDUA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

Tahniah diucapkan buat Catriona Ross serta suaminya kerana selamat melahirkan anak kedua pada 16 Julai yang lalu di Naluri Medical Centre pada pukul 6.16 petang. Turut difahamkan anak kedua ini merupakan bayi lelaki yang diberi nama Jammal Raess Ross-Iddin. Sebelum ini, mereka berdua telah dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang bernama Sephia Rania Ross-Iddin. – Gambar milik @Catriona_Ross



kejapp je dia dah ada anak dua kan ... rasa macam dia baru je berkahwin ! .. ;))

aduhh mood hari nie x berapa nak adoo lahh .. mgkin sbb 1st day puasa di pejabat koot .. huhuhu letihh dan lesu semacam aje akk rasa nie ... nak ngadap blog nie punnn lemahhh huhuhu


JALAN - JALAN CARI MAKAN ~ akhirnya RASA MAS JADI PILIHAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

ok .. nak sambung lagi kisah kami pi cari motor untuk ayah kan ...
lepas kami penat di kedai motor tuu .. terus kami decided nak pi cari makan .. huhuh lapoor lah kan .. dari pagi ronda2 cari kedai motor tuu , akhirnya berjumpa .. surelah perut sgt2 lapoor .. akhirnya destinasi kami ke ECM MALL ktn , alhamdulillahhh

mula nak makan sini ... x jadi pulak ! 


ronda2 sempat layie ummi akk melayan jiwa wanita dengan singgah ke POH KONG nie .. ingat nak tukar .. tapi x jadi .. emas 916 masa nie 165.00

candid pic .. amni & ayahanda dia .. cute kan .. suke pic nie .. tgk betapa sukenya amni

amni & ibu ayah ....


geram tgk pic nie ... ! .. sape comel !




ahaaaaaaaaaaa suke pic nie ... akk dan amni sama2 senyum kan .. 

& this pic ... LIKE banyak2 ...

akhirnya kami makan disini .... adik akk nie suke sgt makan disini .. punye banyak pilihan di ECM nie .. rasamassss jugak yg dia berkenan .. kenalah ikut .. sbb dia yg nak bayooor ekeke


macam biasa kami amik family set .. ;))


ayam dia agak mengecewakan .. ayah akk x leh nak makan sbb dia cakap macam x masak .. ayam rasamas nie kebanyakannya memang dia stim dulu kan , lepas tuu baru dia grg .. grg punnn x garing tuu tekak org tua2 nie x moo jalan .. ciann ayah makan sikit je .. sib baikk ada sop bebola tuu

paling sedap .. tapi manis !!! .. mak pula x leh makan .. tapi akk paksa ummi akk makan .. ekke bukan selalu kan .. ;))




hari nie akk dah mula bekerja lepas bercuti selama 4 hari .. syukurrr rasa sgt2 segar .. dan hari nie insyaallahh boleh berpuasa koot .. harap2 lahhh ;))


Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) blog (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...