Tuesday, January 31, 2012

zahrien & BOBOY


salam semua

dah lama x cerita kisah anak2 akak nie .. skrg nie zahrien dah ada binatang kesayangan dia tau .. haaa jgn terperanjat , dia selalu ikut hubby akak memberi makan .. hurmm sayang sgt zahrien pada binatang pelihaaan dia .. dulu akak pernah cakap hubby ada menyimpan ikan dlm aquarium kan .. still ada aquarium nyee cuma dah duk dekat bengkel hubby skrg nie .. soo zahrien jaranglah tgk ..

skrg dia dah ada teman baru .. tiap2 petang rajin memanggil utk diberikan makanan .. hurmmm kalau nak tahu apa binatang peliharaan zahrien .. jom kita layannnnnnnnnnnn


setia menemani ayah tiap2 petang ...

tgk tuuu nak dekat dia takut .. pegang tali je ekekekek

haa inilah dia


v


v



tapi ini bukan BOBOY yg dimaksudkan .. ini ibu dia .. 

BOBOY zahrien adalah ini


ha nielah dia BOBOY zahrien .. setiap kali dia panggil BOBOY musti menoleh .. macam pahamm je ;)



3 beradik !! .. semua ada nama .. tapi akak x hafal ahahahha tahu BOBOY aje


apalahhhh yg di gelakkan 4 beranak nie ... lucu benar tuu , kakak2 yg takut nak pegang dan usap .. risau lembu2 nie melenting .. tapi lembu2 nie sgt2 baik dan jinak ..


dah agak lama hubby akak pelihara .. dari kecil .. bertukar2 ayah dan ibu ( sbb kena sembelih ) skrg nie kami ada 8 ekor semuanya .. bolehlahhhh lagi 4 ekor di kebun akak di sebelah darat .. alhamdulillah , masa ke semasa lembu2 nie beranak pinak membesar dengan sihatnyee dan gebu2 ahahhaha .. bolehlahhhh setiap lembu membawa rejeki kepada kami .. bekalan buat anak2 , mana tahu akan dtg sesak2 boleh jual kann .. ;) 

yang lagi 4 ekor tuu saje kami letak di kebun akak .. dari tanah dibiarkan , biar lembu2 itu membiak di sana .. x lah kosongg je kebun tuu kan ;) hubby lah yg rajin menjaga .. kalau ikut akak .. huhuh geliiii .. tgk dari jauh bolehlahhh ... skrg nie zahrien dah macam pandai dah .. setiap kali hubby cakap nak bagi makan lembuu dia dah xcited duk tarik tali idung BOBOY .. ekkeke


TIPS putus hubungan dengan KEKASIH !


salam semua

susah kan nak putuskan hubungan dengan kekasih kita .. hanya allah sahaja yg tahu bagaimana perasaan kita diketika itu .. tapi ianya harus diteruskan sekiranya sudah tiada pilihan lain .. kalau hati terus disakiti , itu bermakna kita memang x der jodoh dengan dia .. soo kena fikir betul2 dan buat keputusan yg tepat

tapi kan .. akak masa putus dulu , x pernah lak guna tips2 nie ekekek hanya satu je .. akak susun ayat baik2 agar dia x terperanjat .. dan sebelum nak putus tuu akak jauhkan diri dari dia .. itu aje .. lebih2 lagi masa tuu akak nak putus tunangg uuu lagilahhh .. tapi sebelum tuu dah semayang istigharah dahhh .. alhamdulillah allah akan tunjukkan jalan .. ;)

jom akak share tips nie .. 




1) KATAKAN DENGAN TEGAS & JELAS - susun ayat dengan ringkas dan jangan berjela2 , ia akan membuatkan teman anda itu pening dan mgkin x paham

2) LAKUKAN SENDIRI - jangan suruh orang lain beritahu , ini akan membuatkan si dia rasa tidak dihargai

3) JANGAN MEMBERI HARAPAN - jangan menyuarakan harapan cthnya ; awak sebenarnya adalah yg terbaik . Ini akan mengkaburkan tujuan asal anda .. x pasal2 dia ingat anda masih menaruh harapan padanya

4) DENGAN SOPAN - pilih perkataan dan susun ayat2 yg baik ., Memutuskan perhubungan bukan bererti kita boleh memalukan dia . Tetap perlakukan dia dengan cara terbaik

5) JANGAN MENGHUBUNGI SI DIA - x perlu call @ sms bagaimana keadaan dia lepas putus dengan kita . Anda juga perlukan waktu utk bangkit dan melepaskan bayang2 kekasih anda itu

6) MENJAGA JARAK - jarakkan perhubungan anda denga kekasih anda itu sebelum jumpa utk break up , beri waktu utk anda dan pasangan anda . Dan yg penting dia tidak merasa sakit hati bila tahu akan ditinggalkan ..


sumber : pengalaman akak dan dari pembacaan 

seronok dapat menghadiri ceramah agama " Suci Dalam Debu " pengisian minda dan persada hati sebentar tadi , salah seorang panel adalah Ustaz Don Danial Don Biyajid ( Penceramah Tv Al Hijrah / Pensyarah Fakulti Al-Quran KUIS ) di audi UCSA  .. banyak pengisian hati dan minda yg akak dapat .. insyaallah semoga menjadi titik tolak kearah kebaikan ..

pic : google 
Dr Don Danial Don Biyajid


KETAWA .. KETAWA


salam semua

untuk renungan bersama kerana adakalanya kita lupa dan tidak sedar akan keburukannya .. 


JANGAN BANYAK KETAWA

kerana 

Rasulullah saw. bersabda, “Janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati.” (HR At-Tirmizi dan Ibnu Majah)




Monday, January 30, 2012

siapa mencipta ALLAH ??


salam semua

persoalan nie adakalanya ditanya oleh anak2 kita .. akak x nafikan anak akak masa kecik dulu ada bertanyakan soalan ini .. haaa macam mana nak jawab kan .. hurmm lama juga akak bertenang dlm menyusun ayat .. walau cuba berkata benar .. tapi anak kecil x mungkin paham .. yg dpt dijelaskan adalah allah itu bersifat WUJUD .. dan kewujudannya tidak boleh dipertikaikan .. dan bla .. bla lahh .. nasib baik anak2 x tanye dah .. wujud macam mana ke ?? huhuh kalau tidak aduhhh garuk kepala jugalahhh, 

agaknya akak masa kecik2 dan uols juga ada bertanye kan soalan yg sama dengan mak ayah uolss kan .. ekkeke
skrg bila mereka dah besar sikit nie , x der dah soalan yg pelik2 .. agaknya bila mereka dah belajar fardhu ain dan kelas agama mereka dah tahukan .. soo semua persoalan dah terjawab ...


Bersendirian selalu mendatangkan pelbagai persoalan dalam diri kita.
Di antara sedar dan tidak sedar kita terfikir siapa yang menciptakan alam ini.
Siapa yang menciptakan manusia, siapa yang menciptakan bumi, bintang, langit, dan apa yang ada disekeliling kita. Perasaan itu datang kerana sifat manusia yang ingin tahu. Seterusnya fikiran melayang jauh sehingga tidak sedar kita bertanya dengan diri kita SIAPA YANG MENCIPTA ALLAH!!

Awas!! ini adalah bisikan dari syaitan! syaitan yang dilaknat!

Dari Aisyah, Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya syaitan akan datang kepada seseorang diantara kamu lalu ia berkata: "Siapa yang menciptakan kamu?" Lalu dia menjawab: 'Allah', kemudian syaitan akan bertanya lagi: Siapakah yang mencipta Allah?" Apabila seorang di antara kamu mendapati hal semacam itu, maka hendaklah dia berkata aman tu billahi wa rasulih” (aku beriman kepada Allah dan RasulNya) dan dengan ucapan itu syaitan itu akan pergi dari dirinya." 
(Hadis riwayat Ahmad dengan sanad hassan)


ps : ayah dah selamat kuar wad .. alhamdulillah sgt2 .. skrg tgh tidur kerana keletihan ., akak yg uruskan proses kuar dari wad .. dan terus bawa ayah balik ...  TERIMA KASIH buat kawan2 alam maya yg selama ini mendoakan buat ayah akak , nak sebut nama terlalu ramai .. uolsss memang terbaik dan hanya allah sahaja yg dpt membalas doa2 kalian itu .. akak sgt2 hargai .. tiada apa yg dpt dibalas melaikan akak berdoa agar kalian beroleh kesejahteraan oleh allah .. aminnnnnnnnnnn


asam rebus dan kari ikan tongkol KAMI


salam semua

yuk jamu mata ngan menu akak minggu lepas .. ini sahaja sempat masak .. maklumlahh waktu banyak terkeja2 utk ke hsp .. walaupun ada adik beradik yg lain , akak tetap akan jengguk ayah di hsp macam biasa .. lauk2 nie masak utk anak2 dan hubby dirumah .. ok lahh simple2 ajee .. ;)





dalam kul 11 tadi dpt call dari ummi , ayah akak dah boleh kuar hospitallll .. syukurrr alhamdulillah , DR cakap dia perlu berehat dirumah .. kemungkinan lagi 2 minggu kena dtg hsp utk proses tembak @ operate batu karang dia .. syukurr sgt2 ... x sabar nak amik ayah di hsp sekejap layie ...
oh ya buah pinggang ayah juga ada perubahan positif .. dah semakin mengecut dari awal2 dulu .. syukur sgt2 ... ;))

siapa BINATANG siapa ORANG ??


salam semua

sungguh menyayat hati .. ingatkan x ada layie manusia berhati binatang macam nie .. bayi dibuang bagaikan bangkai dan sampah ! .. apa nak jadi dengan otak2 masyarakat sekarang ini ... sungguh zalim ! ... banyak perkara dan perkataan yg bermain diminda , nak diluahkan x ada gunanya lagi .. renungkanlahh

BAYI TANPA KEPALA DITEMUI

sumber : sinar

AMPANG - Mayat bayi mengerikan tanpa kepala dan putus sebelah kakinya ditemui seorang lelaki ketika menjala ikan di sebatang sungai, di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 1 petang berhampiran kawasan perumahan­ di Kuala Ampang.
 
“Bayi itu ditemui tersangkut pada celah-celah batu di tebing sungai berhampiran dengan kilang elektronik, ketika ditemui, mayat bayi tanpa pakaian itu dalam keadaan tertiarap dan telah hampir reput,” katanya.
 
Setakat ini, beliau berkata, jantina bayi itu masih belum dikenal pasti, pemeriksaan unit forensik polis mendapati, mangsa tidak berkepala dan kaki kanannya juga tiada.
 
“Mangsa dipercayai dibuang di lokasi lain dan dihanyutkan arus sungai sebelum dijumpai, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat,” katanya.


berikut adalah petikan2 dari pembaca yg sempat akak copy dan kongsikan bersama .. sesungguhnya apa yg diperkatakan adalah BENAR ..

Ahmad Suazli Mohamed · UNITAR

yg pasti mencegah lebih baik dri menghukum..jgn tengok pada hukuman saja...didikan awal dri keluarga tu amat2 penting...kalau kita asyik hanya fikir hukuman semata-mata dpt mencegah segala permasalahan itu tidak tepat...Islam ini sungguh cantik dan sempurna..dalam Al-quran plbagai kisah diceritakan brkenaan prmasalahan spt zina namun pelbagai pendekatan terbaik dilakukan Rasulullah s.a.w dan bukannya hukum secara total...kita kena tengok dimana permulaan masalah itu dan bukannya pengakhiran permasalahan itu...jangan pk ape yg kita tak ada tp gunakan keupayaan yg kita ada...sekadar pandangan dri insan lemah..kalau salah mohon perbetulkan...
Amirul Farhan · Works at AEON JUSCO MALAYSIA

Usah dilihat kepada pelakunya...usah dilihat kepada kesannya...tetapi terlebih dahulu, lihatlah punca terjadinya perkara ini...bukannya menyediakan rumah perlindungan bayi terbuang, menyediakan kondom, itu adalah 'short term'...tetapi sekatlah dahulu punca, insyaAllah berkesan untuk jangka masa panjang...
Qaseh Rihan · Works at Kementerian Pelajaran Malaysia

Kenapa perlu salahkan politik juga dlm Hal sebegini??andai ank tidak mahu solat salah org lain ke atau salah tu terpalit pada ayah dan ibu sendiri..
Norhisyam Bin Mohamad Zainudin · Top Commenter · Kolej poly-tech mara kuantan
 
Qaseh Rihan : ye, salah orang lain juga ... sebenarnye, ramai yang bodoh x tahu hal ni ... hal ni termasuk lah menjaga aurat ... hal menjaga aurat bukan hal peribadi ye, ini hal masyarakat ... sedangkan nabi Muhammad sendiri nak bakar rumah siape yang solat sendirian di rumah, apetah lagi yang x solat ... ape kau ingat isu solat ni remeh? adakah suruhan Allah itu perkara remeh?

mari kita lihat ayat Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 13
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).



Sunday, January 29, 2012

tahniah buat AWAN NANO ~ juara lagu ke 26


salam semua

alhamdulillah , lagu yg akak jangkakan dari awal .. walau akak ingatkan yuna ekekke , akhirnya Anugerah Juara Lagu milik AWAN NANO ..

TAHNIAH buat HAFIZ & M.NASIR

seyess cakap lirik dan melodi lagu nie memang menarik dan bermakna .. sebutan yg menarik dan yg pasti ia diiktiraf bila hafiz juga berjaya memenangi 
VOKAL TERBAIK pada malam ini !..


TAHNIAH BUAT MEREKA BERDUA !!


ps : baru nak tidooo .. hurmmmmmmmmmmmmm sok anak2 sekolahhhh , bermulalahh rutin bagun pagi2 .. selamat malam semua !! ...


oh UNTA


salam semua

Pertanyaan Ikhlas Anak Unta


Seekor unta kecil bertanya kpd ibunya, “Ibu kenapa tapak kakiku besar & hanya terdiri dari tiga jari?”

Ibu unta menjawab, “Kita kan unta, kaki seperti itu bagus utk merentasi gurun agar kaki tidak tenggelam dalam pasir.”

“Lagi kenapa bulu mataku panjang?” tanya anak unta lagi.

“Jika kita berjalan di gurun, pasir-pasir selalu beterbangan. Bulu mata yg panjang akan melindungi matamu dari dimasuki pasir,” jawab ibunya.

“Di belakang aku ada bonggol. Itu utk apa?” tanya anak unta lagi.

“Itu utk menyimpan air. Jadi kalau kita berjalan melintasi gurun yg susah nak cari air, kita boleh bertahan walaupun tidak minum berhari-hari,” jawab ibunya dengan sabar.

Setelah sekian lama terdiam, anak unta berkata lagi, “Jadi kita punya tapak kaki lebar, bulu mata panjang & bonggol di belakang adalah utk hidup di gurun…”

“Benar sayang,” jawab induknya.

“So, naper kita ada dalam Zoo Johor ni…?”


MORAL : Begitu juga dengan manusia, kenkadang kita ada kelebihan dan bakat yang lain tapi bekerja/tinggal di kawasan yang berbeza yang tidak menggunakan kelebihan yang sedia ada. Apa pun rezeki, jodoh ajal dan maut itu adalah hanya Allah yang Maha Mengetahui.



Saturday, January 28, 2012

xtvt BADMINTON nina


salam semua

skrg nie xtvt baru nina adalah bermain badminton .. hurmm ok lah kan .. siap kecek beli badminton baru layie utk dia .. x perlah janji kakak nak bermain dan yg penting kuar peluh .. nasib baik halaman rumah akak besar .. ada pula sepupu dia yg dia ajak bermain bersama .. 

adakalanya akak lah yg melayan dia .. ok lahhh , dah rasa janggal sebenarnya bila nak main badminton nie .. bukan ape .. dah berumur nie rasa lain lak nak terlompat2 nie ekekeke .. kalau tidak , zaman belajar dulu salah satu xtvt petang adalah badminton lahh ;)

aksi kena lebeyyy ... lom main layie .. x daya main ngan nina nie .. dia x berapa pandai main .. duk ashik amik bola aje .. huhuhuh lenguh badan ekekke

nie anak2 sepupu akak sebelah rumah .. budak lelaki ligatlah main .. ada gaya pro pun ye .. hurmmm kalau main ngan mereka nie .. sokmoo lah akak 
pancittt ekekek


ps : baru balik dari tgk ayah .. khabar baik dari DR , ayah punya buah pinggang ada perkembangan positif .. alhamdulillah .. dari bacaan 500++ bacaaan menurun ke 300++ ... syukur .. kalau bertambah baik ayah boleh balik dan rehat dirumah seminggu .. selepas itu baru buat appoitment utk operate buang batu karang dia ... hurmmm harap2 ok lahhh .. 


SIAPA orang JOHOR ~ mari belajoor


salam semua

haaa siapa orang johor .. sila angkat keyboard !! ahhahaha akak pun same jugak .. asal orang johor sebelah ayah dan orang pahang / kelantan sebelah mak .. sob banyak leer campur nye

teringat masa mula2 pindah ke pahang .. longhat johor tu masih pekat .. bila ke sekolah ada masa2 cikgu menegur akak kekekek , rasa lucu lak bila teringat kisah2 lama nie .. haa nie mehh nak kongsikan bahasa dan loghat2 orang johor .. siapa orang johor sure tahu nie kan kan kan .. ;)


Bahasa orang Johor tidak banyak loghat yang sukar difahami. Ini kerana bahasa dari kebangsaan Johor- Riau ni lebih kurang dengan Bahasa Malaysia. Bahasa yang biasa di gunakan di TV. Namun begitu banyak juga bahasa orang ‘pure Johor’. 

Tapi ada juga loghat daerah yang lebih halus lagi seperti dari daerah Muar, Segamat, Batu Pahat, Sg Rengit, Kuala Sedeli yang mempunyai loghatnya tersendiri. Ini tidak termasuk darei loghat dari bangsa seperti Jawa, Banjar, Bugis dan sebagainya

Lapor – Lapar
Kejor – Kejar
Segor – segar
Selipor – selipar
Gebor – selimut
Grobok – Almari
Besor – Besar
Muor – Muar
Engko – Engkau
Calor – calar

Cador – cadar
Kosi – kerusi
Gambor – Gambar
Tampor – tampar
Pasor – pasar
Lawo – cantik
Sokkabor – Surat Khabar
Hantor – hantar
Belajor – belajar
Bandor – Bandar
Tikor – tikar
Esbok – Peti Sejuk
Sogame – sekolah agama
pestol – pistol
Hangen – angin
Ngeteh – Minum air di kedai
Air Tawo – Air Tawar
Jajan – Makanan Ringan
Pasor Lambak – Pasar Malam


banyak tanda tanya dan kata2
cuma pejam mata dan senyum sahaja ;)


ps : hari nie dah ramai kat rumah .. adik2 semua ada .. tapi semua nak balik esok dah .. lepas tg ayah pagi2 nie .. ada yg nak tidur tunggu ayah di hsp .. alhamdulillah , semoga dengan kehadiran semua hati ayah akan sedikit tenang dan gembira , akak pula macam biasa .. bila jadi tuan rumah , banyak yg nak dikemaskan , masak dan membasuh .. tapi semua dah settle awal2 pagi layie .. nie nak bersiap utk tgk ayah di hsp .. dah siap masak utk anak2 .. sehingga bersiaran kembali .. nanti akak BW , tapi petang2 lahh kan ...

Friday, January 27, 2012

FRIES , KARIPAP panas kegemaran AYAH


salam semua

bila tgk menu2 nie .. teringat kat ayahanda akak .. dia memang suke makan kalau akak yg masak , x kiralah masak utk bfast , tghari atau malam .. dia akan makan .. siap tanye , siapa masak .. adakalanya pertanyaan dia mengundang senyum dari akak .. dan bangga ekekek sbb ayah nak makan kan .. dan adakalanya pertanyaan ayah itu membuatkan ummi berkerut dahi .. 

ayah cukup suke berebut makan fries yg akak grg dengan zahrien .. memang ayah lahh yg suke menyakat anak teruna akak sorang tuu .. sayu pula melihatkan pic bfast akak last week ini ..  pic 2 nie akak ambil sblm kami semua bfast pagi ahad lalu ..


 burger yg ayah beli malam tuu .. dia x makan pun .. tapi bila pagi tuu akak panaskan dia makan banyak juga .. masa tuu dah rasa pelik sgt2 .. huhuh

 karipap panas 

 mee hun sop yg akak buat .. ayah makan , tapi dia makan sikit sahaja .. dia cakap " makan sikit je nie .. jamah anak ayah masak " huhuhu padahal bukan dia x biasa makan masakan akak .. sayu pula bila akak teringat kata2 ayah .. 


 dan inilah anak teruna akak yg sejak dari semalam bertanyakan tuk ayah nyeee .. " ibuuu , tuk ayah kat mana ?? , duk hospital ke ibu ?? kenapa tuk ayah x balik ibu ?? ... aduhh sayu je ati .. akak cakap lahh tuk ayah sakit .. nanti dia balik lah bila dah sihat .. ;(

makan penuh perasaan kann .. huhuhu

dah 2 hari ayah di wad .. ketiadaan dia di rumah memang terkesan dengan anak2 akak .. mereka duk tanyee aje .. macam mana keadaan tuk ayah mereka .. sbb ayah x pernah masuk hospital .. jadi memang janggal bagi kami sebenarnya .. semoga ayah cepat2 sembuh .. x sabar nak masakkan ayah makanan kegemaran dia .. 
ayah suke makan asam pedas johor ... huhuhu

penangan FACEBOOK huh !!


salam semua

hahahahah sib baik akak dah jarang layan FB .. macam2 skrg kan .. ;)  
tepuk dada tanye selera ..

  
Makan Facebook, Tidur Facebook

Kekuatan Facebook yang semakin hari sekian kuat membuatkan ramai yang membuat sesuatu berdasarkan logo laman sosial tersebut. Kali ini, katil Facebook muncul.

Seperti dari SlashGear, Tomislav Zvonaric membuat sebuah konsep katil dengan workstation (meja kerja) yang akan memuaskan pengguna maniak Facebook.

Katil Facebook bernama ‘FBed’ ini berbentuk huruf F dari logo Facebook dengan posisi tertidur. Di bahagian meja kerja FBed, pengguna boleh dan mengadap monitor CP. “FBed merupakan tempat tidur multipraktis konseptual yang membuat pengguna boleh terus update dengan Facebook, malah semasa sedang tidur sekalipun. Juga sudah letih, pengguna boleh terus tidur,” ujar Zvonaric.
Namun begitu, masih belum pasti bila FBed akan dipasarkan.


 


sumber : email

ps : tgh ari nie nak pi tgk ayahanda di wad .. pagi tadi ada proses BYPASS .. huhuh x dan nak tanye ayah perkembangan dia .. harap2 ok lahh .. huhuh doa2kan ye kawan2 ..


Nur dari ISLAM ~ Liam Neeson pertimbang peluk islam


salam semua

syukurr bila baca berita macam nie .. harap2 jadi kenyataan .. akak x berapa kenal artis hollywood nie .. tapi pernah tgk dia berlakon .. semoga dia mendapat cahaya nur dari allah subhanawataala ... aminnnnnnnn


Bintang filem Hollywood, Liam Neeson berkata dia sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan kepercayaan Roman Katolik yang dianutinya untuk memeluk agama Islam. Pelakon itu yang kini berusia 59 tahun mengakui yang Azan “telah meresap ke dalam jiwanya” semasa menjalani penggambaran sebuah filem di Istanbul, lapor Herald Sun.


Ada 5 kali panggilan untuk bersembahyang setiap hari, dan untuk minggu yang pertama, ia membuat saya terganggu. Kemudian ia meresap ke dalam jiwa dan pada masa itu, ia adalah sesuatu yang sangat, sangat indah.
Ada 4000 masjid di bandar ini. Ada yang binaannya begitu mengagumkan, dan ia benar-benar membuat saya berfikir untuk menjadi seorang muslim.
Neeson telah dibesarkan di kawasan utara Ireland dan merupakan seorang penganut Roman Katolik dan dia dinamakan bersempena nama seorang paderi tempatan.
Tetapi bintang itu, yang isterinya, Natasha Richardson telah meninggal dunia pada usia 45 tahun pada 2008 dalam satu kemalangan luncur salji, telah memberitahu tentang keraguan pada kepercayaannya.
Saya dibesarkan sebagai seorang Katolik, tetapi saya fikir setiap hari kita bertanya tanpa sedar, apakah yang kita lakukan di planet ini? Semua ini tentang apa? Saya berterusan membaca buku-buku tentang tuhan, ketidakwujudan tuhan dan ateisme.
Filem terbarunya The Grey, ialah mengenai satu pasukan pencarigali minyak yang terperangkap di kawasan sejuk beku Alaska, dijadualkan untuk tayangan 16 Februari.


bangsa lain nak masuk islam .. tapi ada orang kita , orang islam nak MURTAD ! , macam mana tu huhuhuh selisih !!! 


Thursday, January 26, 2012

TERIMA KASIH atas semua DOA itu


salam semua

dengan linangngan air mata akak membaca komen2 doa dan kata2 semangat oleh teman2 dialam maya  .. diri akak sgt2 bertuah kerana mempunyai teman alam maya yg sgt2 menghargai , kata2 semangat dan doa dari kawan2 sepejabat , kak salmiha , zie , along , zai , hamlizah , adik dilla , juga sgt2 akak hargai dan terima kasih kepada kalian semua , semoga kprihatinan kalian dibalas kebaikan oleh allah yg maha esa .. 

buat teman2 alam maya akak yg memberikan kata2 semangat dan menghulurkan doa , ku sambut doa dengan penuh harapan agar keadaan ayah ketika ini semakin baik , dengan doa juga akak panjatkan agar kprihatinan kalian dibalas dengan sejuta kebaikan olehnya .. aminnnn 

namun baru sebentar akak menelefon ummi di hsp , menyatakan ayah masih seperti semalam .. air dah masuk 4 botol .. namun ayah tidak memberikan apa2 tindak balas , malah DR tidak menyatakan apa2 .. adakah ayah sudah boleh di bedah esok ?? , adakah buah pinggang ayah semakin ok ?? semuanya masih samar sehingga kini ..

namun kami semua x putus harap , jauh sekali mengalah untuk terus berdoa  .. 

bagi amanina pula keadaan dia semakin baik .. dia tidak lagi muntah seperti dua hari lepas .. cuma selera dia sedikit kurang .. mgkin tekak yg masih pahit .. akak menghela nafas lega dan syukur  kepada mu tuhan ..

terima kasih semua .. semoga doa2 kalian dimakbulkan .. aminnnnnnnn


ps : tangan menaip menyiapkan kerja .. hati penuh persoalan memikirkan ayah di hsp .. huhuh , dah lambat menaip entry , curi2 masa sedikit , insyaallah nanti malam akak balas semua kunjungan kalian .. jgn berkecil hati ye .. 


Wednesday, January 25, 2012

mohon DOAKAN buat AYAHANDA AKAK


salam semua

bagaimana utk memulakan bicara , bila hati didalam penuh dengan pelbagai rasa .. yg pasti hiba dan sedih melanda bertimpa2 ... dalam keheninggan mlm ini , hanya doa ku panjatkan buat ayahanda akak yg sedang terlantar di hospital hari ini .. ayahanda akak di tahan wad siang tadi  .. 

pada awal pagi niat akak , hanyalah nak membawa anakanda nina ke klinik susulan muntah2 yg berterusan selepas demam .. tapi ummi akak mengajak akak ke hsp kerana khuatir ayah x leh memandu seorang sbb keadaan ayah yg memang x memuaskan hati sejak kebelakangan ini ..

akak akur dan mengikut ummi dan ayah memandu ke hsp seawal jam 8.00 pagi .. akak drop kan umi dan ayah utk ke bhagian diagnosis utk proses XRAY .. akak meneruskan perjalanan , dalam hati sementara ayah menjalani check up , akak bolehlah buat beberapa urusan di bank .. 

setelah selesai , akak kembali ke hsp pada jam 11.00 bermulalah episod2 yg menyedihkan bila banyak persoalan terjawab dengan ujian2 yg telah dijalankan oleh DR terhadap ayahanda .. yg paling pedih bila dikhabarkan oleh DR ayahanda akak mengalami bengkak kedua buah pinggangnya akibat dari batu karang , ayah pernah mengalami batu karang ini 15 tahun dahulu , dan ketika itu ia sudah di keluarkan . Ya allah , bagai tidak percaya ayah yg memang kelihatan kurus dan tidak bermaya itu mempunyai masalah sebegini rupa .. memang sejak akhir2 ini , ayah ada mengadu sakit di pinggang , makan tidak berselera .. kami membawa dia utk pemeriksaan dengan DR di klinik sehinggalah di rujuk ke hsp ..

dan akhirnya , ayah ditahan wad pada jam 2.45 ptg ... ayah tidak dibenarkan pulang kerana DR khuatir keadaan buah pinggang ayah akan semakin teruk .. akak dan ummi redha .. memandang wajah ayah yg kelihatan sedih dan sugul hati ini terasa pedih , tidak mahu akak perlihatkan betapa susahnya hati , macam2 bermain di fikiran akak dan ummi di waktu itu .. setiap urusan dari awal sehingga ayah di wadkan , akak dan ummi lalui dengan tenang .. hati berdebar bertambah dengan kesedihan dan kerisauan terhadap keadaan nina dirumah bermain di fikiran ..

dalam menunggu penempatan ayah di wad , akak menelefon suami , mendengarkan kata2 nina , hati bertambah hiba kerana keadaan dia tidak berubah .. rupanya hubby tidak lagi membawa nina ke klinik  .. sedih dan marah bercampur baur .. x tahu nak cakap ape lagi .. dalam keadaan akak yg letih dan tidak bermaya kerana kepenatan turun dan naik hsp , hanya allah sahaja yg memahaminya ..

selesai menempatkan ayahanda di wad .. akak dan ummi meninggalkan ayah dlm keadaan sendu , mohon maaf dari akak dan ummi membuatkan hati ayah pilu dan berlinangan air mata .. dapat dirasakan gengaman tangan ummi  tidak mahu dilepaskan oleh ayah .. ku kuatkan dengan kata2 " ayah jgn lah risau ... insyaallah ayahh , x akan apa2 .., banyakkan berdoa ye ayah  " .. mengalir air mata ayah 

akak sebak kerana sedar ayah tidak pernah ditinggalkan kesorangan di hsp .. walau berat kaki melangakah , akak teruskan jua demi mengenangkan anakanda nina di rumah , bagaimanakah pula keadaannye .

akhirnya , pada malam ini akak membawa nina ke klinik ..  , dia di periksa , kerana dia ada mengadu sakit disebelah kiri perutnya , sekali lagi hati disentap , hiba bertambah bila DR mengatakan kemungkinan nina mendapat gastrik .. aduhhhh pedihnya tatkala akak memandang wajah anakanda nina .. 

ya allahh , bertimpa2 dugaan yg kau berikan buat hamba mu ini , akak memejam mata menguatkan hati .. nina diberikan ubat , kata dr , tgk macam mana keadaan dia sehingga esok .. sekiranya berlarutan nina harus dirujuk ke hsp ..  sekali lagi ku renung jauh kedalam mata anakanda kuu .. jelas ada perasaan sedih dan x menentu , dpt dirasai oleh akak sebagai ibunya .. apalah daya ibu ini oh anakku ..

ku panjatkan doa , agar kedua2 insan yg kucintai ini di berikan perlindungan oleh mu ya allah .. hanya dirimu yg mengerti dan memahami keadaan dan perasaan daku sekarang .. sekiranya diberikan peluang , ingin aku bersama kedua2 dalam apa jua keadaan .. sesungguhnya dikau yg maha besar dan maha mengetahui apa jua percaturan di dalam kehidupan ku ini ..


KUATKAN HATI KU INI , TABAHKAN HATI IBU KU ITU 



Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...