Monday, December 24, 2012

ZUL ARIFFIN MENGAKU MENYINTAI GAYATHRI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

fuh ... fuh .... hari nie christmas eve kan ?? ... akak yg bercuti nie punnn kesibukan ngalahkan orang yg bekerja ... yelah .. macam2 perlu dilakukan , membasuh , menyidai ... kalau sidai baju punn kena susun elok2 .. sbbnya ampaian dah penuh .. ujan sahaja .. bila masa kain nak kering kan .. huhuhu itu hakikat bila cuaca macam nie .. kena selalu bersedia ...

lepas dah siap kemas2 pagi .. akak kuar ngan hubby ke bandar , ada beberapa urusan perlu selesai walau dlm hujan ... syukur .. bila balik siap2 pula bersilat di dapur utk masak makan tengahari ... lauk macam biasa simple2 sahaja , ikan tengiri masak berlada utk hubby , masak lemak rebung utk anak2 ... ( hubby x makan rebung ) ... dan sayur goreng campur ... dah .... simple kan .. ;)) 

ok2 ... dah lari tajuk nie .... nie haaaaaaaaaaa akak baru baca berita pasal bekas kekasih hati abby abadi nie ... rupenya sdgn sebuk bercinta dengan pengarah Tayangan Unggul , Gayathri Su - Lin Pillai ... hurmmm macam pernah dgr kan ... ok2 ... malas nak cerita panjang , jom baca !


KUALA LUMPUR: Teka teki mengenai hubungan cinta antara pelakon Zul Ariffin dan penerbit filem Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai akhirnya menemui jawapan apabila lelaki itu mengesahkan tentang perhubungan tersebut.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 26, berkata, perhubungan cinta itu sudah tujuh bulan dijalinkan dan ia masih lagi di peringkat awal dalam mengenali antara satu sama lain.

"Benar saya dan dia (Gayatri) bercinta. Kami mula rapat sejak penggambaran filem Penanggal sekitar bulan Mei lalu.

"Seperti semua tahu, dia seorang yang sangat disenangi ramai dan antara tarikan lain membuatkan saya jatuh hati kepadanya ialah perseonalitinya yang lemah lembut.


"Kami lebih rapat apabila masing-masing sangat serasi dalam membincangkan sesuatu perkara. Malah saya sangat selesa apabila berada disisinya," katanya.
Beberapa bulan lalu, gosip Zul yang dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan Gayatri tersebar namun Zul mahupun penerbit filem itu enggan memberikan sebarang komen tentang hubungan tersebut.

Walaupun tiada sebarang pengesahan daripada kedua-dua mereka, hUbungan cinta yang dijalinkan itu tetap dipersoalkan.

Zul dikatakan mempunyai citarasa ke arah wanita yang lebih matang memandangkan sebelum ini dia juga pernah bercinta dengan Abby Abadi lebih kurang selama dua tahun.

petikan : mstar

hurmmmm perempuan nie memang berusia dari dia ... macam abby dulu ... tapi akak rasa sweet lagi abby dari gayathri nie .. dan satu lagi ... dia nie islam ke ????

25 comments:

Pn Kartini said...

Salam dear;)

Akak tak pernah dgr nama tu,Gayatri Su-Lin Pillai ??..bila tgk gambar ..cam pernah tgk..tapi di manaa yaaaaa..hehe

♥cikmOt♥ said...

Hurm...org sekarang kak...dia bukan kira...

Syazana Zainn said...

gayathiri ni tak salah kite mix cindian (cina+india)

dan bukan islam.

tp kite rasa zul ni kapel dgn gayathiri ni mcm ada sebab jek -_-

yela dulu dgn abby --> dia dikenali yusuf haslam

skrg lak dgn org besar tayangan unggul --> mestilah lg pemes nnt belakon filem.

wallahuallam

manusia ni kadang2 depan org baik, belakng kita tak tahu.

umialya said...

Ntah le zul..

gadisBunga™ said...

kalau betul tu jodoh dia, kita doakan yg terbaik dan moga cepat2 gayathri masuk islam. :)

nik ros said...

cepat2 la kwen yea
berusia pun tak apa la.yg penting kena ikhlas....hehe

Zura@Iwan said...

dh suka kut kan...hehe...abby mmg lg sweet la kan..

Fiza Rahman said...

Muda lagi zul ni yer.

Tihara said...

kalau dia boleh membimbing gayathri bagus lah kan..dunya artis :)

Zura Zue said...

ape pun sy xminat dia...hehehe

ejulz said...

x kenal pun.. hehe

maszmadi said...

erm..... no komenlah.. mana tau zul bleh bawak dia ni masuk islam kan...

Cikgu Ma said...

x kenal plak pompuan ni...hehe

diana said...

dulu nak jadi menapak jadi artis,kawan dengan abby..sekarang nak dapat tawaran jadi hero kot..lepas dapat nanti yang ni pulak di tinggal..
muahahahha...
jahat nya saya!

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Lily baru tau ni..sebelum ni tak kenal pun perempuan ni..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

doakan jer la yg terbaik tuk dorang ni

zila norazila said...

akk lbh suka dia n abby lg..x der jodoh kan :)

ALoNa CintamaniszLite said...

penerbit filem tu......

azieazah said...

Dulu masa Hans Isaac bercinta dgn Ella pun, saya musykil Hans tu Islam ker? So saya melihat hubungan itu tidak la serious mana pun.

Nampak gaya macam Zul ni pandai cari pasangan yang pandai cari duit. Gayathri tu producer filem yang boleh tahan juga kaya.

ahsfantasy24 said...

mana-mana je lah dzul,
asalkan mudah dibimbing :)

man said...

Rezeki dia lah itu..hehehe

izan mama mia said...

ish..lain betol selera zul nih...hensem tapi sll pilih yg tak sepadan dgn dia..

Si Matatajam said...

Zul ni suka wanita yg lebih matang kot..

Aisy Nasiha said...

Mcm2 artis ni... Kita tunggu n tengok kesudahsnnya nanti..

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam kak..
huhu..retis..klu dah jodoh diorg..kite doakan mereka bahagia..

amin...

Labels

Suke (832) Makan - makan (392) Renungan (370) Hiburan (287) macam - macam (267) family (256) anak-anakku (230) Dunia (214) Wanita (195) artis (183) Tentang Aku (165) Familly (138) sedih (120) Syukur (105) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (63) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (53) Holiday (51) Tahniah (42) Contest (41) sedap (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (38) Lawak (37) anak saudara (34) putra muhd saiful zahrien (32) puasa (30) Bday (27) Herbalife (26) nuffnang (25) lelaki (24) Teladan (23) Pelik (22) suami isteri (22) Raya (20) blog (19) Award (17) hari raya aidilfitri (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) Rintihan (15) By Hubby (14) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) nur amni adriana (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) awana kijal terengganu (8) perkahwinan (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) kasih sayang (7) kehidupan (7) putri nur fatin amanina (7) tragedi (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) hari raya aji (6) kelebihan puasa (6) pekerjaan (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) berpuasa (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2) biskut raya (1)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...