Wednesday, December 12, 2012

WANITA MENANGIS KERANA LEMAH ?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

Duhai wanita, menangis lah,


Jika hatimu rindu, menangislah,


Jika hatimu sedih, menangislah,


Jika hatimu terluka, menangislah,


Jika hatimu kecewa, juga menangislah,


Dan jika hatimu bahagia, menangis jugalah, kerana sesungguhnya erti setiap titis airmatamu, kelak tak akan pernah sia-sia. Bahkan dengan menangis segala beban yang kau rasakan akan terlepas, tidak mengendap dan mengeraskan hatimu.

Sudah fitrah-Nya atasmu dengan kepekaan rasa dan kelembutan hati, dan airmata pun akan semakin melembutkan hatimu.

Lelaki,

Fikirkanlah tentang hal itu, jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,dan semuanya kerana dirimu.

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya. Jaga dan cintailah dia sewaktu dia takut dan menyendiri , hapuslah air matanya ketika dia merintih dan menangis. Buatlah dia tersenyum, di saat dia bersedih dan kecewa.

Rasakanlah kesedihannya, ketika dia berduka dan janganlah kau membuat hatinya hancur dan terluka, kerana pada suatu saat nanti engkau akan sedar, betapa pentingnya dia saat dia telah pergi dari hatimu untuk selamanya…..


ps ; baru sempat nak BW ... huhuhu macam biasa .. kesibukan selagi AUDIT x bermula ... harap2 rakan2 semua bersabar ye .. insyaallah akak cuba kunjung balas semua kunjungan anda ... terharu sgt2 kerana anda semua memahami keadaan ini ............. :(

15 comments:

  1. perempuan menangis bukan kerana lemah...:) tapi macam apa yg kak ieda cakap tu la.hehe

    ReplyDelete
  2. Ahad lepas saya nangis di klinik masa naim meraung2 kena jahit di dagu.....sedih tgk anak tanggung sakit.

    ReplyDelete
  3. menangis utk mencari kekuatan kot. ;)

    ReplyDelete
  4. Wahai lelaki, menangislah jugak.. Hehe

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. minggu lepas tiap malam menangis.. sebabkan mulut org..diputar belitkan..di tokok tambahkan..jadilah cerita yg mmbuat sebuah family bergaduh..sedih..kecewa..marah..

    ReplyDelete
  7. menangis adalah penawarnya.

    ReplyDelete
  8. menangis, sebuah terapi yang baik untuk nisah dan semua wanita di dunia ni. hakikat !! :)

    ReplyDelete
  9. hubby ckp...sy nie ratu ari mata lol huhuhuhu

    ReplyDelete
  10. indah betul madah nie,,,

    ReplyDelete
  11. kdg2 dengan menangis kita rasa lega dapat melepaskan segala rasa sedih

    ReplyDelete
  12. Memang menangis satu terapi yg baik untuk ketenangan jiwa kita ni

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...