Saturday, December 29, 2012

TANAH RUNTUH DI BUKIT SETIAWANGSA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

BUNGLO MEWAH TERPERANGKAP


KUALA LUMPUR: Ratusan penduduk Bukit Setiawangsa dikejutkan dengan bencana tanah runtuh yang mengakibatkan sebahagian besar benteng konkrit yang dibina pada lereng bukit terbabit runtuh, semalam.

Benteng konkrit setinggi kira-kira bangunan 25 tingkat itu dilaporkan tiba-tiba jatuh dan menimbus satu-satunya jalan keluar masuk ke Taman Puncak Setiawangsa, kira-kira pukul 10 malam tadi.
Malah, sehingga lewat malam tadi, pergerakan tanah di situ masih berlaku dan situasi difahamkan kritikal hingga memaksa sekurang-kurangnya penghuni di empat banglo mewah di puncak bukit berkenaan di arahkan keluar.

Difahamkan antara penghuni yang terlibat adalah keluarga Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique; keluarga Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis serta seorang warga asing bernama Maulana.




 

Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa, Fauziah Jamaluddin, berkata hanya penghuni di perumahan Jalan Puncak 2 yang terlibat dalam kejadian itu dan mereka telah diarahkan keluar segera.


"Sekurang-kurangnya ada 15 rumah mewah di jalan berkenaan dan mereka yang terjejas akibat tanah runtuh di benteng terbabit.

"Lebih kurang 200 rumah lagi di sini tidak terbabit tetapi satu-satunya jalan yang menghubungkan Taman Puncak Perdana tertimbus dan setakat ini kami masih belum dimaklumkan keadaan sebenar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Difahamkan, rumah milik individu bernama Maulana paling terjejas teruk kerana terletak paling tepi dan berdekatan dengan lereng tersebut.

petikan : hmetro


aduhhh hai takut rasanya .. yelah kebetulan skrg nie baru je lepas hujan lebat dan banjir , memang tanah x stabil .... kebarangkalian terjadinya tanah runtuh sangat tinggi ... hurmm sape2 yg buat rumahd an duduk di tempat2 tinggi nie kenalah berwaspada .. sejauh mana bagusnya konkrit yg dibina x akan setanding dengan kuasa allah ... tu baru sikit gegarnya ... kalau banyak ! subhanallahhhhh ....

harap2 x ada lah yg melibatkan jiwa .. kalau akak lah kan .. x der nyee nak duduk rumah diatas bukit atau di lereng2 bukit nie ... dah tahu risiko dia lebih tinggi berbanding duduk di rumah teres atau biasa2 sahaja ... sooo kena lah fikir .. dah bagi akal fikiran kan huhuh




13 comments:

  1. takutnya...
    tapi kak, pemaju skrg mmg suka buat rumah kat lereng2 bukit..biasnya rumah banglo yang mewah2 tu lah.

    ReplyDelete
  2. sana sini tanah runtuh.. kat Terengganu tanah runtuh mengorbankan 8 buah kereta.. di Sg Petani Kedah, tanah rutuh mengorbankan dua orang pekerja.. huhu

    ReplyDelete
  3. kalau rumah orang miskin dan anak yatim yg terlibat lagi sayu hati ni... btw ambiklah ikitibar jgn dibuat rumah atas bukit...

    ReplyDelete
  4. musim hujankan.. bahaya berumah dikaki bukit dan sewaktu dgnnya.. semoga penghuni sana dilindungi olehNya

    ReplyDelete
  5. Setiawangsa ...berhampiran dengan Bengkel. Jahit Couture Classics (M) sdn Bhd.....Berhati hari lah buat mereka yang tinggal di lereng lereng bukit...Maklumlah sekarang ni musim hujan,,,,Tanah. Pun jadi lembut,,,,,,,,Dan Jika tidak stabil ...senang lah kejadian yang tidak diingini terjadi....apa apa pun semua kejadian itu adalah.....Dari ALLAH....untuk mengingatkan

    ReplyDelete
  6. Takutnye..Sekarang ni musim hujan..bahaya rumah lereng² bukit..

    ReplyDelete
  7. tak payah la ddk tmpt tggi2 sgt kan...

    ReplyDelete
  8. bhayanya..sma ngn d ranau :)

    ReplyDelete
  9. salam kak..
    cma baru tau td lps tgk post2 kat fb..

    sehingga pagi ni dicatatkan tanah masih ade pergerakan.. moga2 xde tnh runtuh lagi.. huhuh

    ReplyDelete
  10. tgk dalam paper pun naik takut nengok..teruk juga kan

    ReplyDelete
  11. tgk dalam paper pun naik takut nengok..teruk juga kan

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...