Thursday, December 27, 2012

SEDIH & SIMPATI DENGAN NASIB RADI KERDIL

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

kenal @ camkah anda semua dengan artis dibawah nie ... kesiannnnnnnn bila melihatkan wajah beliau ..

 Pelakon Radi menunjukkan bahagian perutnya yang terpaksa ditebuk untuk
 mengeluarkan nasjis.
 
SELAMA (Perak): Pelakon kerdil yang popular sekitar tahun 80-an, Radi merayu bantuan pelbagai pihak selepas daging pada kedua-dua belah punggungnya terpaksa dipotong berpunca daripada masalah saraf yang dialaminya sejak empat tahun lalu.

Radi atau nama sebenarnya Matrazhid Isa, 50, berkata, lebih malang lagi dia tidak dapat buang air besar secara normal kerana kesan penyakit berkenaan menyebabkan pihak hospital terpaksa menyalurkan usus pada bahagian perut yang ditebuk bagi mengeluarkan najis.

“Sejak empat tahun lalu hidup saya amat derita kerana penyakit ini sehingga membuatkan saya terpaksa meminta bantuan pelbagai pihak bagi meringankan beban yang saya tanggung,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui di hospital daerah di sini.

Radi berkata, segala-galanya berpunca ketika dia mengambil kesempatan untuk pulang ke kampungnya di Bagan Baharu di sini dari Kuala Lumpur pada tahun 2008 dengan hanya menaiki motosikal kapcai beroda empat untuk orang kelainan upaya (OKU).

Katanya, ketika tiba di kampung yang mengambil masa selama sembilan jam itu, dia tiba-tiba jatuh sakit yang menyebabkan seluruh tubuhnya menjadi kebas.

“Ketika itu saya ingatkan masalah ini tidak serius sehinggalah saya melakukan rawatan secara tradisional iaitu dengan membakar batu bagi tujuan memanaskan bahagian punggung saya untuk menghilangkan rasa kebas.


Dalam bidang seni, Radi yang mula berlakon di pentas-pentas Felda pada tahun 1974 pernah membintangi beberapa buah filem antaranya Tuan Badul, Panglima Badul dan filem Hongkong iaitu Angle Two pada awal 1980-an.

Rakan-rakan seangkatannya adalah Amran Kerdil, Kamal Kerdil, Param, AR Badul, Zami Ismail dan juga Ahmad B.

Dia juga pernah diberi penganugerahan Bapa Wiraku oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun 2006 serta anugerah kerana menjadi Pengasas Pertubuhan Orang-Orang Kerdil Malaysia.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Radi bolehlah menyalurkan sumbangan menerusi Maybank Islamic miliknya menerusi nombor akaun 1583-0533-5259.

petikan : mstar

aduhh sedihnyaa dengan penderitaan Radi Kerdil nie .. akak memang suke dgn pelakon macam nie .. zaman akak anak dara dulu , cerita macam Tuan Badul , Panglima Badul tuu semua menjadi kegemaran kami .. 

x sangka pula dia kena penyakit macam nie ... yelah siapa lagi yg harus bersimpati dengan dia kalau bukan kita artis2 malaysia dan masyarakat setempat . So dimana perginya SENIMAN ... lepas nie harap2 adalah yg sudi membantu meringgankan beban yg ditanggung oleh Radi ...

15 comments:

  1. kesian, moga beliau cepat sembuh...

    ReplyDelete
  2. kesian..kite kena ambil iktibar sbb sakit tu tanpa dijangka..die sbb naik motor lama pun boleh jadi sakit.. maknanya perkara yg nmpk remeh sbnrnya boleh memudaratkan.

    ReplyDelete
  3. tak berapakenal..tapi kesian nya tengok..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Ieda

    saya doakan agar dia cepat sembuh

    ReplyDelete
  5. kesiannya dia kak....moga ada yang bantu...

    ReplyDelete
  6. Semoga ada yang sudi membela nasibnya...

    ReplyDelete
  7. salam kak ida..
    huhuh.. simpati dgn keadaan beliau..
    semoga ada yg mmbantu..

    ReplyDelete
  8. lama x tgk dia berlakon kan..rupanya menderita sakit...

    semoga Radi cepat sembuh...

    ReplyDelete
  9. kesian... moga ada yang tampil ke depan menghulurkan bantuan dan juga moga beliau cepat sembuh

    ReplyDelete
  10. dugaan buat dia..moga cepat sembuh..simpati

    ReplyDelete
  11. satu lagi ujian buat beliau .. semoga diberi kekuatan untuk menempuhnya ..

    ReplyDelete
  12. edih rasa baca ni...moga cepat sembuh dan diberikan kesihatan yg baik

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...