Monday, December 31, 2012

ROGOL BAWAH UMUR : KERAJAAN PINDA SEKSYEN 376 KESIKSAAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

bagus lah kalau hukuman di pinda demi membela nasib gadis2 yang terlibat dengan kes rogol nie .. kalau tidak xtahu nak cakap ape dah .. bila di pinda harap2 , hukuman kepada pesalah lebih berat dan akan menyedarkan masyarakat bahawa kerjaan tidak pandang remeh atas perkara2 macam nie .. jadi kuranglah sikit kerisauan anak2 gadis sekarang ..

dan jangan pula menggangap bila undang2 ini di pinda , kita x perlu berhati2 .. silap tuu .. harap anak2 gadis di luar sana lebih peka , keluar rumah tidak berseorangan lagi dan tidak mudah mempercayai orang luar .. manusia nie x semuanya baik , adakalanya mereka tewas dengan dugaan syaitan ... 
  

KUALA LUMPUR: Keputusan dua kes rogol gadis bawah umur yang menyaksikan tertuduh tidak dikenakan hukuman penjara, menjadi isu hangat yang 'dibicarakan' orang ramai sehingga menyebabkan kerajaan membuat keputusan untuk meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Kes pertama membabitkan bekas pemain boling kebangsaan Noor Afizal Azizan, 19, yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dan bon jaminan RM25,000 selepas mengaku merogol seorang gadis berusia 13 tahun di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka pada 5 Julai, 2009.

Dalam kes kedua, Mahkamah Sesyen Pulau Pinang membebaskan seorang juruelektrik, Chuah Guan Jiu, 22, dengan perintah berkelakuan baik selama tiga tahun dan bon jaminan RM25,000 selepas mengaku merogol teman wanitanya yang berusia 12 tahun di rumah tertuduh di Ayer Hitam pada bulan Julai 2011.

Ini antara kes mahkamah yang mendapat liputan meluas dan dikritik hebat sepanjang tahun ini.

Pindaan Kanun Keseksaan itu bakal menyaksikan mereka yang didapati bersalah merogol gadis bawah umur akan dijatuhi hukuman penjara mandatori dan tidak boleh merujuk seksyen di bawah akta lain bagi meringankan hukuman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyatakan beliau mencadangkan pindaan itu untuk mengekalkan hukuman penjara mandatori mengikut Seksyen 376, dan agar hakim tidak boleh mengguna pakai Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah bagi menjatuhkan hukuman mengikut budi bicara mereka.

Beliau juga berkata pindaan itu dicadang berikutan jumlah kes rogol yang membabitkan gadis bawah umur adalah tinggi, selain melindungi mereka daripada terdedah kepada jenayah tersebut.

Rogol statutori ditakrifkan sebagai kes di mana seorang lelaki melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di bawah umur 16 tahun, dengan atau tanpa izinnya, yang membawa hukuman minimum penjara lima tahun maksimum 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

petikan : mstar

sekarang nie semakin takut dengan gejala semua nie .. anak2 kita semakin membesar , nak2 yg ada anak dara macam akak , selalu ingatkan anak2 bila balik sekolah make sure ada org lain bersama2 .. jgn bawa basikal sorang2 atau berdua sahaja .. risau .. tapi insyaallahh harap2 semua perkara x baik dpt dielakkan ... harap2 begitulah kan ... aminnnnnnnnnnn



13 comments:

abah khalisha said...

Langkah yang baik!

ash said...

Bagus.. Tapi anak2 dara pun kena lebih berhati-hatilah.. Ibu bapa juga perlu awasi anak2 mereka.

By: djdanchef.blogspot.com

Mimie said...

bagus nih kak...sy sokong

Daddy Ziyyad said...

Memang bagus sangat pindaan akta tu...Memang risau sgt la tgk keadaan semasa ni...

-Sara- said...

setuju! hukuman biar setimpal! :)

Aisy Nasiha said...

Harapnya lebih ketat undang2 masyarakat kita akan makin selamat...

Kakzakie said...

Sebaiknya ikut hukum hudud baru boleh dibenteras.

izan mama mia said...

mg gejala ini dapat dibendung

lia said...

ngeri bler cter2 rogol tersiar...

♥ Cmª shIemª ♥ said...

Salam kak ida..
huhu.. mmg bagus dipinda semula...
jgn diberi muka kat perogol ni..

baru2 ni baca kes perempuan india kene rogol tu.. kejamnya... :'(

Ratu Hatiku said...

Setuju sgt2....
Selamat tahun baru kak :D

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

setuju sgt...satu langkah yg baik ni

umialya said...

takutnya..

Labels

Suke (845) Makan - makan (410) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (282) family (272) anak-anakku (236) Dunia (218) artis (203) Wanita (195) Tentang Aku (177) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (64) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) Pelik (22) blog (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) kehidupan (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...