Thursday, December 6, 2012

Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dilancarkan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

haa nie akak baru baca tadi .. wah bagus nie .. permulaannya di buka di P.Pinang .. soo semua rakyat pulau pinang akan ada peluang ini .. adik akak pun ada btahu pasal program nie .. hurmmm sama2 kita baca ...



PETALING JAYA: Pendaftaran dalam talian untuk 80,000 rumah mampu milik yang akan dibina di 50 bandar dan pekan di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dilancarkan secara rasmi di Pulau Pinang pada Sabtu.

Pemohon yang layak akan dapat mengambil bahagian dalam pengundian rumah berkenaan yang akan dibina pada kos kira-kira RM10 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang. "Rakyat di Pulau Pinang akan menjadi yang pertama untuk mendaftar dan mendapat manfaat daripada program perumahan mampu milik bandar oelh Kerajaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Berhad Datuk Mutalib Alias ​​pada satu taklimat media, Rabu.

Beliau berkata kerja-kerja pembinaan projek PR1MA Seremban dijangka bermula awal tahun depan manakala bidang tanah di kawasan bandar di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak telah dikenal pasti untuk projek itu.

"PR1MA akan membangunkan 50,000 buah rumah manakala tambahan 30,000 unit rumah akan dibina melalui kerjasama dengan pemaju swasta. "Kami akan menyediakan unit yang berpatutan untuk memenuhi keperluan penduduk bandar," katanya.

Mutalib berkata individu dan pasangan suami isteri dengan pendapatan isi rumah bulanan kolektif antara RM2,500 dan RM7,500 sebulan layak untuk mendaftar untuk rumah PR1MA. Hartanah bertingkat dan di atas tanah berharga antara RM100,000 dan RM400,000.

Katanya PR1MA menggunakan definisi fleksibel untuk pendapatan isi rumah yang layak bagi membolehkan ahli keluarga yang layak juga boleh mendaftar secara individu. Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang berumur 21 ke atas dan yang tidak memiliki lebih daripada satu rumah dan bekerja atau tinggal di kawasan di mana projek itu sedang dibangunkan.

Mutalib berkata pemohon boleh menyenaraikan lima lokasi pilihan, sambil menambah mereka akan dimaklumkan tentang pengundian projek PR1MA akan datang melalui e-mel atau SMS.

"Satu sistem pendaftaran terbuka akan digunakan PR1MA di mana sesiapa yang layak boleh memohon. Pengundian akan diaudit secara bebas dan dilakukan secara telus. Beliau berkata Akta PR1MA 2012 mula berkuat kuasa pada 1 Januari yang akan memastikan pelaksanaan projek perumahan PR1MA berada pada landasan sepatutnya.

Akta ini akan membuka jalan terhadap penubuhan Majlis Penasihat PR1MA yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri manakala Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan akan mengurangkan kerenah birokrasi.

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan pada tahun 2009, lebih daripada 850,000 orang dengan pendapatan antara RM2,500 dan RM7,500 sebulan tidak membeli rumah sendiri. Kira-kira 60 peratus daripada permintaan untuk rumah mampu milik adalah dari Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang, Pahang, Sabah dan Sarawak.

petikan : mstaronline

bagus kan .. hurmm boleh lah kita cuba mohon .. mana tahu ada rejeki masing2 kan ..
webnya dah ada .. cubalah tgk cara2 permohonannya ... katanya akan ada application online bermula sabtu ini disini LINK




22 comments:

  1. erm, x pernah lagi mohon pape yang kerajaan punyer projek ni, coz tengok syarat jerk asik terkeluar senarai jerk... huhu

    untung mereka yang layak...

    ReplyDelete
  2. Mohon BRIM jer thru online ari tu...rumah x yah la kot..dah ada dah...

    ReplyDelete
  3. owh dh ada dkt penang, sy nak apply jugak!!!! tq kak utk info nie, sgt membantu

    ReplyDelete
  4. nisah kat langkawi je..
    tak dpt la kot PR1MA ni, lagipun, dh ade rumah hehehe :)
    bukan rezeki..



    >> akak, minta maaf ye, smp hari ini Kristina dr nRelate tu x bg respon ape2 kat nisah. nnti bile nisah dpt respon dr dia nisah akn betulkan ye :) KIV hehe

    ReplyDelete
  5. akak, kalau tak kawen lg bleh apply ke?

    ReplyDelete
  6. Nak cuba apply la, mana tau ada rezeki kan :D

    ReplyDelete
  7. nk pancing undi lah tue...buat kat penang...hahaha...

    pape pun ape kerajaan bg kena grab...

    ReplyDelete
  8. Ni untuk org gomen jer ker kak? Utk bukan gomen bley mohon tak.

    ReplyDelete
  9. ramai la yang layak mohon sebab pendapatan isi rumah antara 2500 sampai 7500..orang biasa2 mcm kita ni antara tu la gaji nya..
    kot kalau bos besar2 tu mau sepuluh ribu lebih..kan??jadi jangan la belum mohon dah kata tak layak..kan??ke saja nak bagi tau gaji depA lebih 10k??heheh

    ReplyDelete
  10. wow!! gud info ni kak...

    tengs sharing...

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah...sape2 yg layak, sila la mohon ;)

    ReplyDelete
  12. sara pon tgh fikir2 nak beli rumah ni :)

    ReplyDelete
  13. harga umah sekarang ni mahal le...bagus gak wat camni...

    ReplyDelete
  14. mcm x mampu je nak beli rmh skang ni.. :(

    ReplyDelete
  15. byk
    kemudahan disediakan untuk rakyat, moga ia dimanfaatkan sebaiknya

    ReplyDelete
  16. orang nak bagi amik je..mmg kita berhak pun kan...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...