Monday, December 10, 2012

PIALA AFF SUZUKI : THAILAND IKAT MALAYSIA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

wahh x sangka pula perlawanan semalam terikat 1-1 ye ... hurmmmm apa2 punnn semoga perlawanan penentu di Bangkok nanti , malaysia berjayalah kan .... macam x sangka pula ... akak x tgk .. ekeke tgk masa awal2 sahaja ... sebuk anak2 nak tgk Walimatul urus Farid & Diana di astro ceria ... sooo beralah lah dengan mereka .. ekkeke

 JARINGAN PERTAMA...Norshahrul Idlan Talaha menanduk masuk jaringan pertama pasukan Harimau Malaya ketika menentang Thailand pada perlawanan separuh akhir pertama diantara Malaysia menentang Thailand pada Kejohanan Piala Suzuki AFF 2012.

KUALA LUMPUR: Keputusan seri 1-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ahad bakal menyaksikan saingan kedua di Bangkok nanti sebagai perlawanan 'hidup mati' skuad negara.

Aksi bertenaga anak buah Datuk K Rajagobal pada separuh masa pertama gagal mencuri sebarang gol walaupun mereka dilihat lebih menguasai permainan.

Harimau Malaya memulakan aksi garang di depan hampir 70,000 penonton yang hadir dengan meletakkan Norshahrul Idlan Talaha sebagai penyerang tunggal perlawanan.

Manakala pasukan Thailand yang dibimbing jurulatih dari Jerman, Winfried Schafer mempamerkan aksi berhati-hati memandangkan keadaan padang yang sedikit licin.

Turun selaku juara Kumpulan A, pasukan Gajah Putih itu telah melakukan serangan di luar kotak penalti dengan percubaan berbahaya daripada Asul Lonso pada minit ke-11, namun berjaya diselamatkan penjaga gol negara, Farizal Marlias.

Bersambung pada separuh masa kedua, skuad Harimau Malaysia bangkit dengan corak permainan yang lebih agresif mencari gol dan hantaran Mahali Jasuli ke depan pintu gol berjaya ditanduk sempurna Norshahrul pada minit ke-48 sekali gus mendahului satu jaringan.

SERI... Pemain Thailand gembira setelah berjaya menjaringankan gol penyamaan pada perlawanan separuh akhir pertama di antara Malaysia menentang Thailand pada Kejohanan Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam Ahad. -fotoBERNAMA


di harap pasukan kita dapat perfome dengan baiknya .. seterusnya berjaya mengharumkan nama MALAYSIA .. insyaallahh sama2 kita doakan .. ;)






13 comments:

  1. sokong harimau malaya
    moga diorg akan buat yg terbaik nnt :)

    ReplyDelete
  2. smuge Harimau Malaya berjaya harumkn nama negara nnti...

    ReplyDelete
  3. bimbang..
    huuu harimau selalu buat kita tak senang duduk :D

    ReplyDelete
  4. memang best perlawanan semalam...;d

    ReplyDelete
  5. kalau tengok cara depa main semalam rasanya malaysia boleh kalahkan thai land nanti..

    ReplyDelete
  6. hop nnt dpt jaringan lebih kat bangkok :)

    ReplyDelete
  7. seri ke..aduh hope m'sia boleh score kt thai nnti

    ReplyDelete
  8. Rajagopal ape ko buat ???

    ReplyDelete
  9. salam kak..ingat sy lagi tak>>> hehe lame tak terjah cni...:p

    malam tadi pun beriya sy tgk bola ni..byk peluang malaysia nk dpt gol kan tp xde rezki..nk wat camne..hrp2 separuh akhir kedua nanti, kemenangan milik harimau malaya la... ameen

    ReplyDelete
  10. Harap rimau terus mengaum ke final..

    ReplyDelete
  11. seri pulak..hope malaysia buat yg terbaik timbal balik ni tuk mara ke final

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...