Monday, December 3, 2012

KESIBUKAN YANG TERLAMPAU !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

aduh x tahu nak cakap macam mana dah , dah malam2 nie macam2 yg akak fikirkan .. x tahu nak mulakan dari mana .. letih , lesu dan macam2 lagi .. rasa x nak kerja dah esok .. rasa nak letak resign letter ! ... rasa nak cuti tanpa gaji ! .. dan macam2 lagi .. huhuhu .. kenapa ?? 

ya bermulanya tadi rutin harian akk bertambah , bertambah kenapa ?? kerana pihak UiTM akan mengadakan Audit Kualiti bagi program - program UiTM , iaitu program dibawah akak .. walau ada bos2 program , big bos .. namun perasaan nie bermacam2 rasanya .. rasa sedih , lesu dan menyampah pun ada ..bukannya apa bila ada program macam nie .. macam2 perasaaan dan perangai org kita boleh lihat ... ada yg paham situasi , dia sorang sahaja yg banyak kerja .. kita ?? duk tengok aje ke ?? huhuhu fuhhh memang perlu2 sabar ...

semua benda nak cepat .. nak kena tgk itu dan ini ... audit dah dekat , 19-20hb nie .. bayangkan hanya tinggal 15 hari sahaja lagi .. banyak doc yg perlu disiapkan .. memang akak x perlu fikirkan apa2 tapi yg buat dan merialisasikannya adalah akk kan .. soo mana lebih pening ?? huuhu peningggg dan termanggu kejap .. yang mana satu nak dimulakan dulu .. semua kena cepat , semua penting ...  bertambah dengan keadaan akk yg bukan boleh berada didalam tahap tertekan nie .. mulalah lupa sana lupa sini .. adakah faktor usia ?? huhuhu dah lama kerja agaknya .. dah perlu pencen ke ?? huwaaaaaaaaaaa

bila dah macam nie .. baca pula artikel nie .. huuhu semoga ia memberikan motivasi buat akak .. akak perlukan sesuatu macam nie .. sesuatu yg boleh berikan akak semangat agar x down disaat2 kritikal macam nie .. semuanya kena buat dgn perlahan2 dan IKHLAS dan SABAR .. yeee ! sabar !!!   


*************************************

Sesungguhnya orang yang ikhlas berkerja kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala, mereka akan menerima tanggungjawab dengan penuh keredhaan dan akan sentiasa bersungguh-sungguh bagi menghasilkan prestasi kerja yang terbaik.  Dengan melakukan kerja dengan keikhlasan akan membuahkan keberkatan dalam kehidupan. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari Umar bin al-Khattab Radhiallahu ‘anhu ia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
 
إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى

“Sesungguhnya pekerjaan itu bergantung kepada niat dan sesungguhnya setiap orang akan memperolehi hasil sesuai dengan niatnya itu”

Di samping berkhidmat secara ikhlas dan menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah, setiap pekerja juga dituntut supaya mentaati  ketua atau majikannya yang juga merupakan Ulil Amri kepada mereka. 
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala  dalam surah an-Nisa ayat 59 tafsirnya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ...... (59) 
Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu”.

Selain itu, sifat sabar juga perlu ada bagi setiap orang. Ini kerana orang yang bersifat sabar akan mempunya ketahanan hati dan perasaan dalam menghadapi sebarang tekanan, desakan sekeliling atau menerima sebarang kesusahan. Serta tidak cepat melenting apabila menerima kritikan dan tidak cepat marah di dalam apa jua perkara. Malahan perlu kita amalkan ialah sentiasa tenang dan bersifat pemaaf.

Tidak kira samada ketua ataupun orang bawahan, hendaklah sama-sama memikul tanggungjawap yang telah diberikan kerana agama Islam menuntut umatnya untuk memikul dan melaksanakan tanggungjawap itu yang merupakan suatu amanah dari Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagaimana dalam firmannya dalam surah al-Anfaal ayat 27 tafsirnya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ(27)

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah (yang diamanahkan kepada) kamu, sedang kamu mengetahui”.

petikan : minda islam

bila baca semua nie .. agak lega disitu .. hari nie aje x dpt nak release tension ... dengan x dpt buka internet sbb down .. dah petang , barulahh boleh tgk blog .. winduuu .. disaat2 getir macam nie .. memang perlukan ketenangan dengan membuka blog .. huhuhu tempat nak release tension kan .. soo bila x boleh nak buka tuu agak tertekan disitu huhuhu ... dan esok .. sehinggalah ke 19hb nanti .. entah dpt online selalu atau tidak .. andai blog akk nie sunyi , harap2 semua teman2 paham akan situasi ... 

insyaallahh agaknya bila dah settle lawatan dari uitm nanti barulah lebih rasa lega .. harap2 begitulah .. aminnnnnnnnnnnnnnnnn .. oklah .. nak pi BW kejap .. seharian x dpt nak BW huuhu maaf ye semua ..

ps: luahan nie x der kena mengena @ tuju kpd sesiapa .. hanya sekadar luahan perasaan .. bila dah luah rasa lega sikit .. tapi x nak kerjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa huhuhu ... ada siapa2 nak bagi akk duit tak .. huhuh

15 comments:

  1. Assalamualaikum Ieda

    moga Allah permudahkan segala urusan Ieda serta disihatkan tubuh badan

    ReplyDelete
  2. samalah akak.. sepatutnya hari ni kena odit tp tunggu punya tunggu tak kunjung tiba.. mgkn sok kot..

    byk bersabar ya.. kita keja sekurang2nya ada duit poket sndiri...

    ReplyDelete
  3. Take it easy kak...cheer up! Everything will turn good :)

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Ieda.. jangan stress2 ye.. Kami doakan semoga semua urusan Kak Ieda dipermudahkan..

    ReplyDelete
  5. banyakkan bersabar ye kak.. smoga dipermudahkan segala urusan.. :)

    ReplyDelete
  6. Dah terbayang sibuknya camne..

    Moga semuanya lancar & dipermudahkan-Nya.

    ReplyDelete
  7. selagi xlepas msti xbest je rasa...moga urusan kak dipermudahkan...insyallah...:)

    ReplyDelete
  8. dah hujung tahun, audit pon masuk ye kak, takpe tumpukan pd kerja dulu lepas tu baru bw ;)

    ReplyDelete
  9. audit eh kak? audit ni yg penat. lecturer sy salu merungut kalau kena audit2 ni. hihi.

    ReplyDelete
  10. sian ieda..semoga dipermudahkan segala urasan ya..relax!

    ReplyDelete
  11. semoga dipermudahkan segala urusan.. insyAllah.. amin..

    ReplyDelete
  12. Sabaq bebanyak. Pasni boleh amik bonus. hehehe

    ReplyDelete
  13. alaaaa..kesian kak ieda..sabar kayh akak..hugssss...;)

    ReplyDelete
  14. sabar bebanyak yer kak...moga semuanya dipermudahkan

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...