Friday, December 21, 2012

GUNDIK SELAMA 11 TAHUN : 4 KALI GUGUR KANDUNGAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

aduhhh macam2 zaman skrg nie .. ape lah nak jadi .. betapa jahilnya ummat2 manusia skrg tentang dosan dan pahala ... aduhhh akak baca berita nie meremang bulu roma ... 11 tahun bergelumang dengan dosa .. dosa besar ! .... subhannallahhhhh


SHAH ALAM: Tidak mahu terus bergelumang dengan dosa, seorang ibu tunggal tiga anak yang menjadi wanita simpanan seorang pegawai kerajaan selama hampir 11 tahun, rela berdepan hukuman apabila menyerah diri di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), di sini, kelmarin. 

Wanita berusia 40-an itu mengaku sudah empat kali menggugurkan kandungan hasil hubungan haram itu, namun kini insaf selepas menyedari kekasih gelapnya itu hanya menjadikannya alat pemuas nafsu.

Malah, dia yang mahu dikenali sebagai Ros berkata, lelaki itu sering memukulnya hingga hidungnya patah akibat dipijak dan wangnya juga dikikis sehingga puluhan ribu ringgit termasuk untuk membeli kereta.

Menurut Ros, penyesalannya semakin mendalam selepas anak lelaki yang berusia 10 tahun mengetahui perhubungan terlarangnya itu dan menasihatkannya meninggalkan lelaki terbabit.

“Tambahan pula, kini lelaki itu sudah meninggalkan saya dan menjalin hubungan dengan perempuan lain. Jadi, terbukti dia bukan mahu menjadikan saya isteri keduanya seperti dijanjikan.


petikan : hmetro



syukur alhamdulillah akak nie dah sedar dari lena yg panjang ! ... semoga segala perbuatan daif dia ini diampunkan allah .. dan seterusnya mendapat hidayah kejalan yg benar dari allah yg maha besar ... , dan semoga semua ini menjadi renungan kita semua .. bahawa bila kita alpa dengan tugas dan amanah kita kepada allah , maka syaitan ituuu sudah bersedia mengotakan janji mereka ... dan pabila kita terus sesat ... maka bergembiralah syaitan kerana segala cita2 nya tercapai ! ...

 allahhh huakbar ...

37 comments:

Aisy Nasiha said...

Masya Allah..macam2 yang berlaku.. setuju dengan kata akak..kita jgn alpa dengan tugas yang Allah amanahkan kepada kita... ikut hati mati....ikut rasa binasa..

ZWAN SABRI said...

Alhamdulillah dia dah sedar.. huhu

Kakcik Nur said...

Tersedar bila ditinggalkan?

Semoga wanita itu bertaubat nasuha...

lieyalatif said...

erm....nape laa amik mase yg lame nak sedar...sedih la ngan nasib perempuan2 mcm ni yg senang diperbodohkan....

harap die insaf kan kak...

nik ros said...

baguslah dah sedar. mcm2 hal la.
sedih la tengok wanita mcm ni.di perbodohkan oleh lelaki yg ikut nafsu jea.

mama maman aka yana said...

ya allah.. minta diampunkan dosa dan kekhilafan beliau..

minta simpang kat anak2 kita dan seluruh umat islam.. huhuhu

Lynn Hamzah said...

kesiannya dia ditipu hidup2...syukur dia dah sedar...

Mooniqueen said...

Maybe bile lelaki dah menjanjikan kate2 manis, sesetengah perempuan cepat leka n lalai... Bile dh kene kikis n sepak terajang, baru nak tersedar...
Wallahualam... Hanya dia lebih tau ape yg berlaku

Tina Othman said...

alhamdulilah

Allah bagi dia peluang untuk bertaubat

Rinna said...

Moga menjadi iktibar pada org lain..

intanfirdaus247 said...

Ya Allah takutnya...naseb la dia dah sedar kan kak ieda

gadisBunga™ said...

allah maha pengampun,...

ALoNa CintamaniszLite said...

mintak dijauhkan dari anak cucu....

Semoga hidup ini terus beriman..

Kakzakie said...

Allah hu robbi... anak yg 10 tahun pun lebih bijak dan boleh menasihati macam mana usia dah 40an masih tak tahu dosa. Na'uzubillah...

man said...

bgslah klu dah sedar..klu nak senang keje lah apa2..janji halal..hehe

ariana said...

Syukurlah sbb dia sedar jg akhirnya, moga Allah menerima taubatnya..

izan mama mia said...

akhirnya dia sedar juga yaa..mg Allah ampunkan dia

maszmadi said...

alhamdulillah dia dah sedar kan kak, walau di kira lambat tapi lebih baik dari x sedar langsung...

Nur-nba said...

Mujurlah terbuka hatinya untuk bertaubat.

mamalieyna said...

Moga ramai lg yg insaf n kembali ke pangkal jln..amin..

deq's qienz said...

Ya Allah..minta kite dijauhkan ya. salam jumaat kak :)

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam kak..
huhu.. nk mrh pun dh x guna..
alhamdulillah dia dah tersedar dr kesilapan..mudah2an kita dijauhkan dari maksiat :)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

hidup hanyalah sementara
manusia selalu tertipu ngan helah manusia berhati binatang
alhamdulliah moga kaka ni insaf dan IA Allah ituew maha pengampun.

ibh_sue said...

Sue pun baru ja terbaca tadi. Terkejut juga. Ada juga org yg boleh hidup mcm tu. Dah sah2 laki tu tak da niat pun nak buat dia wife..Sanggup lagi tu tunggu sampai 11 tahun baru nak sedar. huhuhu

norhidana miswan said...

cinta kalu berlandaskan nafsu mmg mcm ni, lupe segala yg lain...

LiLy @ MaMaQiStInA said...

alhamdulillah dia dah sedar juga akhirnye..

Aisyah Husaini said...

x pe kak asalkan orang yang melakukan kesalahan itu bertaubat kan : ) x pe Allah maha besar kadang2 orang yang bertaubat lebih putih bersih kan

Chic Na said...

camne la boleh sampai mcm tu. harap2 terus insaf.

Ema Blog said...

Alhamdulillah, kakak ni sedar juga kesilapan selepas anak berumur 10 tahun menasihatinya...moga pegawai kerajaan itu ke muka pengadilan..

Kesuma Angsana said...

syukurlah belum terlambat utk bertaubat

Tihara said...

Alhamdulillah dia dah sedar, Allah Maha Pengampun Maha Penyayang..

kak nora said...

Alhamdulillah..dia dah pun sedar..

Ibu Lala said...

Untung la ada anak yang boleh menyedarkan maknye.

Si Matatajam said...

Astaghfirullah...sedihnya...

umialya said...

akak tak nmpkpn penyesalannya setulus hati melainkan demdam yg membara sbb jantan tu dah tinggalkannya..

"jahatnya mulut ku..."

umialya said...

**dendam** tersilap taip..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Alhamdulillah dia dh sedar n insaf

Labels

Suke (833) Makan - makan (393) Renungan (370) Hiburan (287) macam - macam (267) family (256) anak-anakku (230) Dunia (214) Wanita (195) artis (184) Tentang Aku (165) Familly (138) sedih (120) Syukur (105) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (63) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (54) Holiday (51) Tahniah (42) Contest (41) sedap (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (38) Lawak (37) anak saudara (34) putra muhd saiful zahrien (32) puasa (30) Bday (27) Herbalife (26) nuffnang (25) lelaki (24) Teladan (23) Pelik (22) suami isteri (22) Raya (20) blog (19) Award (17) hari raya aidilfitri (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) Rintihan (15) By Hubby (14) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) nur amni adriana (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) awana kijal terengganu (8) perkahwinan (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) kasih sayang (7) kehidupan (7) putri nur fatin amanina (7) tragedi (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) hari raya aji (6) kelebihan puasa (6) pekerjaan (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) berpuasa (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2) biskut raya (1)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...