Sunday, December 2, 2012

BILA SUAMI PUJI WANITA LAIN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua


“Sayang, tadi abang nampak perempuan cantik tau.” Si suami yang baru pulang ke rumah bercerita kepada isterinya.

“Oh. Di mana?” Dengan selamba si isteri menjawab. Namun dalam hati, perasaan cemburu telah meningkat dengan mendadak sekali. Maruahnya sebagai isteri seakan-akan dicabar, namun dia hanya bersabar.

“Di Pavillion tadi. Muka dia, sebijik macam Fasha Shandha tau. Cantik sangat.” Jelas si suami sambil bercerita dengan lebih lanjut kepada isterinya.

“Oh…” Hati si isteri seperti tercalar bila suaminya memuji wanita lain selain dirinya. Namun dia cuba mengawal diri agar tidak terlalu ketara perasaan yang sedang dibendung ketika itu. Si suami pula masih lagi berminat untuk bercerita dengan isterinya.

“Sayang nak tau lagi tak? Ada perempuan lain yang laaaaagii cantik dari perempuan first. Rasa macam nak cubit pipi dia je tau.” Kata si suami. Si isteri hanya mampu mendengar sahaja perkataan yang keluar daripada mulut suaminya itu.

Akhirnya, air mata wanitanya jatuh juga ke pipi. Dia menangis teresak-esak kerana berasa suaminya tidak sayang kepadanya lagi. Si suami melihat isterinya kemudian tersenyum. Dia mengelap air mata yang mengalir di pipi isterinya.

“Kalau sayang nak tau, perempuan yang laaaaaagiii cantik tu sebenarnya isteri abang la.” Jelas si suami sambil mencubit pipi isterinya yang masih menangis teresak-esak.

* * * * * * * * * * * * * * * 
Hati perempuan sememangnya lembut. Malah tidak salah sekiranya Pakar Cinta mengatakan yang hati perempuan juga sangat rapuh.
Sekuat mana pun seorang perempuan, sekiranya satu-satunya lelaki yang mereka sayang mula mengagungkan perempuan lain selain dirinya, hatinya tetap tidak akan dapat lari daripada perasaan cemburu.
Di saat itu, hanya kasih sayang yang sejati menjadi pemangkin untuk mereka terus setia kepada lelaki yang mereka sayang.
" Oleh itu, kepada mana-mana lelaki yang mempunyai isteri atau pun tunang atau pun yang sewaktu dengannya, jagalah hati wanita mereka dengan seromantik mungkin.
Jangan sesekali menyakitkan hati seorang perempuan, kerana sesungguhnya perempuan memerlukan kasih sayang yang sebanyak mungkin daripada insan yang bergelar lelaki. "

35 comments:

  1. Suami buat usikan mcm ni, mesralah rumah tgga.... Patutnya semua suami mcm tu.

    ReplyDelete
  2. Puji wanita lain...??
    memang tak sesuwaiiiiii..
    (ops!emosilah pulak..huhu..)
    ;)

    ReplyDelete
  3. Hahaha kesian. Macam terkena jer kan?

    ReplyDelete
  4. pandai dia ambilhati semula.. :-)

    ReplyDelete
  5. so sweet lah..
    hehe teringat kat hubby nisah. die selalu ckp
    "bdn awk macam belon"

    grrrrrrrr

    ReplyDelete
  6. jeles2 tapi kawal lagi..hehe

    ReplyDelete
  7. husband sy pn suka brgurau tp blm prnah bgurau mcm ni...klau dia buat mau sy meraung jgk ,ahahah!!

    ReplyDelete
  8. bergurau yer..hik hik...control!

    ReplyDelete
  9. naseb la isteri dia tetap cantik di hati suami...kalo x, remuk redam si isteri =)

    ReplyDelete
  10. hmmm sib bek suami dia memahami kan kalau tak pangggg!!!! hihi

    ReplyDelete
  11. hihihi...nasib baik suami saya tak pernah puji perempuan lain kikiki...

    Akak pasal pesanan akak tue...."kalau akak tukar background lain kat blog akak..background yg kat home tue...tak auto tukar...akak kena tukar sekali jugak.."

    ReplyDelete
  12. hehehe.. so sweet.. :)

    ReplyDelete
  13. aduhhhhh

    klu En Zalie kata gitu.
    tidoo luo

    ReplyDelete
  14. Betul kak tp ai tak kisah ekekeke boleh gitu?

    ReplyDelete
  15. hehhe pandai suami dia amik hati blk ;)

    ReplyDelete
  16. sesekali apa salahnya, sekadar menduga

    ReplyDelete
  17. so sweet..suami saja mengusik tu.. :)

    ReplyDelete
  18. yela kak, sy sendiri kuat cemburu orgnya.. dia tgk pempuan lain lelama pun sy dh naik angin.. tp xsuke la mrh²..

    ReplyDelete
  19. As salam Kak Ieda,

    Suami saya jarang memuji saya apatah lagi org lain... tp kalau dia tetiba puji9 org lain) mmg sentap jugaklah! hehehe

    ReplyDelete
  20. Kita kena sentiasa cantik di mata suami dari perempuan lain di luar supaya suami tak cari yang lain.. :)

    ReplyDelete
  21. cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog bg komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog..chat blog tidak dikira nie,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

    ReplyDelete
  22. Kalau kakcik, kakcik iyakan je. :)

    ReplyDelete
  23. memang perempuan cepat tersentuh kan kak..

    ReplyDelete
  24. so sweet suami dia.....

    ReplyDelete
  25. kak, antara saya dan suami, saya yg suker puji lelaki lain... beriya lak tu... hahaha

    ReplyDelete
  26. sekarang ni saya dah kurang jeles. yey!

    ReplyDelete
  27. pndi yer..da puji pmpuan lain pjuk lak istri tu...hihi...tp mmg suweet jer :)

    ReplyDelete
  28. kadang kadang suami nie mmg pandai sakat kite , hahha , kalau fara kena , fara sakat dye balik , hihihiihih

    ReplyDelete
  29. kena contohi suami dia nih...:)

    ReplyDelete
  30. pandai dia ambil hati balik kalau tak mmg takde dinner la nanti huhuhu

    ReplyDelete
  31. jeles tau suami puji pmpn lain lg cntik...
    tp dialog kat atas nih romantik

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...