Saturday, December 22, 2012

BILA DUDA BERTEMU JANDA : ACHONG SWEETCHILD NIKAH PEMINAT

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua



Tahniah diucapkan pada Achong atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Manat yang telah pun sah menjadi suami kepada Marya Zuraida pada hari Sabtu lepas (15 Disember).

Berkenalan ketika sesi promosi album Sweet Child sekitar tahun 1998, pasangan ini kemudian bertemu semula di laman Facebook pada tahun 2010 dan Acong telah meluahkan hasratnya kepada Marya pada Disember yang lepas.

“Kami kenal ketika saya berusia 17 tahun pada 1998 di Kuantan, Pahang. Pada waktu itu, saya dan rakan-rakan membantu Acong dan kumpulan Sweet Child menjual album ketika mereka mengadakan promosi di sana.” – isteri Achong, Maria.

Vokalis kumpulan Sweet Child ini mengaku dia mengambil keputusan untuk mengahwini Marya kerana selesa dengannya dan menganggap diri sudah terlalu lama menduda.



Pasangan itu diijabkabulkan di rumah pengantin perempuan pada Sabtu lalu, kira-kira pukul 11 pagi di Masjid Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah dengan sekali lafaz.

Acong menghantar tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan sementara mas kahwin pula sebanyak RM2,000.

Bagaimanapun, kedua-dua mempelai enggan mendedahkan jumlah wang hantaran.Majlis pernikahan di kampung halaman Marya yang juga seorang pelakon tambahan dan krew produksi itu mendapat tajaan Azie De’ Touch dan dihadiri lebih 400 tetamu.

 “Saya ambil keputusan untuk berkahwin kerana keinginan untuk berumah tangga semakin memuncak apabila melihat rakan-rakan saya sedang bahagia dengan anak-anak dan keluarga mereka sedangkan saya masih hidup seorang selepas 10 tahun menduda.”



semoga mereka kekal bahagia .. pasangan nie sama cantik dan sama padan kan .. senyuman mereka berdua nie seakan sama sahaja .. kan kan kan .. ;)

pic & sumber ;hmetro

16 comments:

  1. Tahniah..Moga kekal hingga ke Jannah..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. tahniah.. suke tgk acong kat maharajalawak dgn jambu dulu.. sakit perut gelak..

    ReplyDelete
  3. xtau pulak dia ni duda rupanya..

    ReplyDelete
  4. suka tengok pic mereka berdua..

    Nota: hubby dah antar guna skynet, mgkn lewat sikit sampai kot sbb cuti..

    isnin nnt takut x smpt nak pos - cadangnya esok nak bawa famili bercuti.. (tmpat2 biasa jer..)

    ReplyDelete
  5. Tahniah! Semoga Ahcong dan isteri kekal bahagia dunia dan akhirat. :)

    ReplyDelete
  6. semoga jodoh mereka kekal hingga ke syurga...amin...

    ReplyDelete
  7. Selamat berbahagia untuk Achong dan isteri.

    ReplyDelete
  8. Bkn along..tp achong..hihi..selmt pengantin baru buat mereka..achong ni skng dah jd pelawak plak... ;-)

    ReplyDelete
  9. sama cantik sama padan depa dua n

    ReplyDelete
  10. hrp dia dpt mbimbing isteri dia dijalan Allah

    ReplyDelete
  11. kuat jodoh diorang kan. ;)

    ReplyDelete
  12. salam kak..

    alhamdulillah..jodoh diorg..
    tahniah & semoga berkekalan hingga kejannah :)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...