Tuesday, November 6, 2012

Yusry Tak Halang Lisa Berlakon Aksi Romantik

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua


KUALA LUMPUR : Pelakon dan pengarah lelaki, Yusry Abdul Alim tidak kisah sekiranya isteri kesayangannya, Lisa Surihani melakonkan watak yang mempunyai aksi romantik dalam watak-watak yang dibawakan Lisa. Bagi Yusry, dia amat memahami pembawakan watak oleh Lisa memandangkan dia adalah seorang pengarah filem.

Justeru, dia menganggap watak romantik yang dilakonkan Lisa hanya berada di dalam lokasi sahaja dan tidak dibawa hingga ke luar set pengambaran. Malah, Yusry sendiri meluahkan dia tidak mahu menghalang perjalanan karier seni lakonan isterinya kerana Lisa amat meminati dunia lakonan.

“Saya tidak mempunyai masalah sekiranya Lisa terlibat dengan adegan-adegan romantik kerana saya tahu itu hanya di set penggambaran sahaja dan tiada apa yang berlaku di sebaliknya. “Sejujurnya, saya juga tidak mahu menghalang perkembangan karier lakonan isteri saya kerana bidang ini merupakan bidang yang kami sama-sama minati,” kata Yusry yang dipetik dari Utusan Online.

Menyokong kata-kata suaminya, Lisa berkata, dia perlu pandai untuk membawa watak dalam dunia lakonan. Dia mahukan semua memahami watak-watak lakonannya hanyalah dalam drama atau filem sahaja dan tidak akan digarapkan dalam kehidupannya yang sebenar.

“Dalam bidang ini, saya perlu pandai membezakan antara realiti dan juga lakonan, kerana apa yang penonton lihat di kaca televisyen mahupun layar perak tidak lebih sekadar daripada lakonan sahaja. “Walaupun kadangkala wujud perasaan segan untuk melakonkan babak-babak romantik, tetapi saya perlu menolak perasaan itu. Tugas sebagai pelakon memerlukan saya membawakan watak sedemikian,” kata Lisa. – MyNewsHub


huhuhu pada akak lahh .. x payahlahhh berlakon aksi romantik2 niee bila dah berkahwin .. manalah tahuu dugaan allah dtg bila2 ..godaan syaitan sentiasa ada .. takut jika yusry dan lisa tersalah langkah , ikatan perkahwinan menjadi taruhan .. x risau kah ??? sayanggg , skrg nie boleh lah cakap x per .. x kesah .. esok lusa , macam mana ?? kalau x ditegah macam mana .. 

bukankah hukum allah dah beritahu , jgn bila dah terjadi sesuatu kita menyalahkan takdir , konon DAH JODOH x panjang ! hoh .. salahkan jodoh pula .. kita sebagai manusia x usaha utk elakkan dan jauhkan perkara2 yg boleh berikan peluang kepada syaitan utk menyesatkan tu macam mana ??

hhohoohoh tepuk dada tanye selera .. jaga hubungan sebaik mungkin ,sayang kalau rumahtangga goyah dek kerana kita yg leka dan lalai .. huhuhu .. ;)

22 comments:

  1. tula kan kak..sy tak sgup tgk laki sy belakon dgn pompuan lain..

    nak2 tengok citer aku trima nikahnya..geli yg amat rasenya..kalau sy jd bini adi putra sy rase dh mengamuk giler..hehe

    ReplyDelete
  2. kalo sy bersuamikan pelakon pulak, sy yg tlg haramkan suami sy berlakon..blh tk kak? ekekke.. tk sggup denn nk tgk suami berpelukan ngn org lain..

    ReplyDelete
  3. betol tu kak....walaupun lakonan tp xsggp la kot..

    ReplyDelete
  4. alahai...baik berhenti berlakon jer lisa...yusri mampu tanggung semua....

    dayus seorang suami membenarkan isterinya sebegitu.....mg Allah bg hidayah pada kita semua...

    ReplyDelete
  5. agree..!!
    slam kak..sye nak BW akk..
    kasi terjah..!!

    ReplyDelete
  6. Uiksssss!!
    Susah nak ckp kan kak Ieda..
    Ikut lah pada individu sendiri nak mcm mana..
    Apapun segala dosa pahala si isteri ditanggung sama oleh suami.. ;)
    Kak Ieda, jgn sedih2 ke blog Ina..
    Hakikatnya hati ina pun terusik tiap kali pandang picca2 tu semua diiringi alunan lagu yg mendayu tu..
    Sobsssssssssssssssssss!!

    ReplyDelete
  7. kalau lisa ta berlakon rindu pulak nk tgk dye

    ReplyDelete
  8. Betullah ieda.. dah Lisa tu bukan tak boleh cari kerjaya yg lebih baik. Suami pun bukan tak mampu tak payahlah berlakon. Kalau jadi yg tak baik menyesal pun tak guna.

    ReplyDelete
  9. kalu saya mesti dah jeles.. hihi

    ReplyDelete
  10. kalau saya tak sanggup kot...
    sory la.... hehehe...

    ReplyDelete
  11. kalau nani plak.. biar diorang tanggung sendiri.. hehehe.. bukan budak kecik kita nak ngingatkan.. nak kata tak pandai.. tapi berpelajaran.. hmmmmm sendiri mau ingat lah.. kan.. :P kejam tak?

    ReplyDelete
  12. klu nmunna pun tak sanggup .... sebab tu tak jadi pelakon hehehe

    ReplyDelete
  13. NASIB BAIK HUBBY BUI BUKAN PELAKON,KALAU X ARI2 MAKAN HATI..ADOYAIII

    ReplyDelete
  14. as salam

    saya doakan moga mereka jadi pasangan soleh dan solehah satu hari nanti..sweet :)

    ReplyDelete
  15. hikhik kalo saya la, mau berperang sbb gini..hikhik

    ReplyDelete
  16. Dalam hal nie suami sepatutnya yg kena tegas.

    ReplyDelete
  17. no komen..sebb life retis cm tu kot.
    jnis tk kisah

    ReplyDelete
  18. suka tengok pasangan ini..

    ReplyDelete
  19. suka dorang ni..

    tak sanggup tengok pasangan berlakon romantik2 dgn org lain

    ReplyDelete
  20. kalau saya say no jer..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...