Saturday, November 17, 2012

TERGAMAM , PELIK @ SUKA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

hurmmm dia nie pelakon erkk ?? memang pernah tgk dia berlakon .. tapi hurmmmmmmmm ..
 

 Tergamam digelar ‘Pamela Anderson Malaysia’

DIALAH antara artis paling seksi di Malaysia. Sekalipun hanya berkemeja-T, ia sudah cukup membuatkan mata lelaki berpaling ke arahnya kerana gaya nakal dan susuk tubuh yang menggiurkan. Begitulah pelakon yang pernah digelar ‘Pamela Anderson Malaysia’.

“Ada orang cakap saya perasan, menggelarkan diri sebagai ‘Pamela Anderson Malaysia’. Walhal gelaran itu dicetuskan oleh kawan-kawan wartawan hiburan yang menulis cerita saya sebelum ini.

“Cuma saya tidak pernah marah kerana faham pemilihan sesuatu tajuk yang menangkap sebagai strategi pemasaran. Apa yang pasti, gelaran itu bukan kerana saya ghairah atau berangan hendak jadi macam bintang Playboy itu.

“Walaupun saya tidak nampak di mana persamaan saya dengan Pamela itu, secara logiknya saya faham ‘bahagian mana’ pada diri saya yang menyebabkan gelaran itu diberikan orang. Memang saya tidak boleh menghalang tanggapan dan pandangan orang terhadap diri saya meskipun saya akui apabila kerap kali orang membicarakan soal ‘bahagian itu’, saya jadi rimas! Muak!

“Mana tidaknya, apabila sebut saja nama Lana Nodin, orang bercakap pasal aset tubuh saya dan bukannya bakat,” katanya yang mempamerkan lakonan yang mantap dalam filem Chow Kit yang turut bertanding dalam Anugerah Skrin 2012 (ASK2012), baru-baru ini.

 
  
KENANGAN...Lana ketika bersama Taboo (tengah) di Opera Sydney House.


adakah ini contoh , ciri dan nilai terbaik wanita MUSLIM di negara kita .. ye memang ramai lagi di luar sana yg lebih teruk dan dasyat ... namun ini adalah sebahagian dan diantara mereka yg memberikan contoh tidak baik kepada remaja kita skrg .. kita renungkan bersama agar artis2 macam nie sedar dan supaya tindakan mereka tidak mudah mempengaruhi minda anak2 gadis kita di luar sana ..

bukan nak cakap apa lahh .. bukan juga nak memburukkan mereka .. namun mgkin dengan cara macam nie menyedarkan kita bahawa kita adalah MUSLIMAH islam yg SEPATUTNYA menjaga maruah dan nama islam itu sendiri ... sewaktu akak di KL aritu .. banyak situasi yg membuatkan akak geleng kepala dan mengeluh ... sayang .... namun akak sedar bukan setakat di KL sahaja .. di merata2 sebenarnya .. cuma menceritakan apa yg berlaku di depan mata ...

aduhhh .. minta dijauhkan lahh dari anak2 kita semua .. biarlah sewaktu itu nilai2 islam di perjuangkan dan di tingkatkan .. dan biarlah sewaktu itu kemuliaan wanita muslimah terserlah bukan kerana menjual wajah dan tubuh badan sahaja ... insyaallahhh .. sama2 kita renungkan dan sama2 kita berdoa ... aminnnn


24 comments:

  1. mmg saja cari publisiti murahan...nauzubillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah .. ramai je artis macam nie di luar sana kan akk
      bilelahh mereka nak sedar ..
      dunia hanya sementara .. bila @ sempat kah utk bertaubat huhuh
      sayanggggggggg

      Delete
  2. susah nak cakap, sebb sesetengah artis ni hipokrik kan kak...tak ada apa yg nak dibanggakan pada mereka yg macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka bangga sbb allah dah kurniakan aset yg rasa mereka rugi kalau tidak di perlihatkan huhuh

      Delete
  3. baju tgh tu cantik daa tp sikit jer lg nak nmpak pusat, t*t*k udahpun dedahkn pd umum, bangga kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak .. mereka bangga
      harap sgt2 mereka sedar ..
      sayang , wajah allah dah bagi cantik dan sempurna huhuh

      Delete
  4. risau kak ieda,..pompuan sekarang sk sangat nak tunjuk aset dia...huh..geli tengok....risau juga sbb kita pun ada anak dara kan kak ieda...minta dijauhkan anasir tidak sihat itu..jauh-jauh...sungguh memalukan...mengaku wanita muslim..kalau berpakaian sebegitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye izan ..
      kita sama2 doakan anak2 kita x akan terikut dgn gejala macam nie
      dan semoga mereka semua di lindungi allah
      kalau mereka nie sedar bahawa betapa berat dosa seorang wanita
      mereka x akan macam nie koot huhuh

      Delete
  5. Suka tang badan dia yg kurus!

    ReplyDelete
  6. takde benda pun nak dibanggakan. Akak pun risau tgk org skrang ni. Jauhkan lah dari keluarga kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak .. insyaallah kak ..
      mohon anak2 kita dilindungi allah dari tempias hasutan syaitan .. aminn

      Delete
  7. Gambar pertama ok lg lah..
    Gambar kedua erkkkkk!!
    Msk yg ketiga alahai..
    Apapun rasa pernah sekali je tgk lakonan dia dlm drama x silap..
    Pastu x ingat dh tgk dimana..
    Hik3!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye dik
      mgkin kalau x pakai tudung ok lagi kan
      tapi paling sedih bila dia menonjolkan itu !
      huhuhu sedih dikk
      sedih kerana kita juga wanita sesama islam ..

      Delete
  8. ieda..patutnya kalau dah tau..ditutup/dilindungi dari pandangan ramai kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak ..
      sepatutnya begitulah
      harap2 semua masyarakat leh renungkan
      bukan sekadar melihat sedap di mata sahaja ..
      kerana mata juga membinasakan ..

      Delete
  9. ish ish malu tengoknya, muda lagi bolehlah kan, eloknya bertaubat sebelum terlambat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye dik
      maluuuu sgt2 ..
      sbb ape malu .. bukan dia sedara mara kita
      tapi malu kerana dia adalah seagama dan semuslimah kita huhuh

      Delete
  10. Skarg mmg teruk sngat..bkn kt kl je..kt johor yg bkn bandar sngat ni pun lagi teruk gayanya..mcm2..mmg geleng kepala tengok..mintak djauhkan la dr anak2 nnti jd camtu..

    ReplyDelete
  11. Memang seksi die ni.. Rasanya ramai tertarik bhagian dahi dia yg licin n rambut beralun dia

    By: djdanchef (djdanchef.blogspot.com)

    ReplyDelete
  12. pening kepala, tapi kagum degan sesetengah artis yang ramai jugak dah mula berubah :)

    ReplyDelete
  13. halahhh...
    dia nk bebuat heran n cam pelik pulakk..
    walhal dah kecoh dok perkatakan perihal dia sendiri yg mengubah bentuk aset dia tu daripada yg asal..
    Dah sendiri yg nk tayang2, jgn dok buat heran ler kalau org lebih kenai dia dgn trademark sebegitu kann..
    Apapong, moga dia sedor2 ler diri tu nnti dan berubah kearah yg lebih positif...

    ReplyDelete
  14. memang lana nie seksi orangnya...tak minat sangat dia..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...