Thursday, November 1, 2012

SAMSUNG DENGAN PC PINTARNYA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

wahh dunia semakin canggih , bersama2 itu juga teknologi IT juga berkembang .. nak2 bab2 produk telefon , komputer dan internet nie .. fuh ! .. macam2 yg kuar kat pasaran .. x cukup yg canggih manggih antara APPLE & SAMSUNG .. skrg samsung sekali lagi mengeluarkan PC pintar pula ! .... huhuhu semakin canggih semakin bergeligalahhhh otak anak2 kitee ye dokkk .. tu punn kalau di berikan pendedahan ..

INOVATIF...Kwon (kiri) pada pelancaran komputer peribadi pintar Samsung

SAMSUNG Malaysia Electronics (Samsung), pemain utama global dalam digital media dan teknologi mencipta revolusi baru untuk konsumer apabila memperkenalkan komputer peribadi (PC) pintarnya, Samsung ATIV Smart PC dan Samsung ATIV Smart PC Pro.
Pengarah Urusannya, Kwon Jae Hoon berkata, produk terbaru PC pintar Samsung itu direka khas bagi meningkatkan produktiviti dan mobiliti selain memberi pengalaman berbeza kepada pengguna.

“Siri Samsung ATIV Smart PC adalah inovasi dinamik daripada rakan kongsi kami iaitu Microsoft yang meliputi kajian mendalam mengenai apa yang diperlukan pengguna.
“Kami juga percaya ini alat yang menjanjikan kelebihan prestasi mobiliti serta membawa peningkatan produktiviti kepada pengguna secara konsisten dan pantas,” katanya pada majlis pelancaran PC pintar Samsung di Kuala Lumpur, semalam.

Model baru itu didatangkan dengan ciri ditambah baik iaitu mempunyai skrin pelbagai sentuh, putaran imej, Windows 8 OS, paparan penuh definisi tinggi (HD) LCD dan sistem pemproses Intel Atom.

Samsung ATIV Smart PC dijual pada harga runcit dari RM2,499 dan lebih menarik paparannya boleh diasingkan daripada papan kunci serta berfungsi sebagai tablet, manakala Samsung ATIV Smart PC Pro bermula RM3,599 dan boleh didapati di semua pengedar rasmi Samsung di seluruh negara.

anak2 akk kenal pc biasa2 aje .. janji jgn buta IT langsung huhu

17 comments:


  1. Uhuhu!!!xtrkejar rasanya cerita gadget2 nikn...ape yg ada jela,ehehehe!

    ReplyDelete
  2. Makin berkembang samsung ni...hampir semua alatan elektronik dia nk jual.. Bagus tul stategi bisness dia.

    ReplyDelete
  3. mmg canggih ye kak, smpi tak terkejar nk beli gadjet baru, iphone 4 masih dihatiku

    ReplyDelete
  4. tuuu dierrr.....anak2 kiter jugak yg untung kannnn...kiter dulu...kenal pc punnn lepas abess skul...huhuhu

    ReplyDelete
  5. ala, yg penting celik IT..haha..

    ReplyDelete
  6. tak terikut ngan gadget nie dah.. asyik kuar baru jer hehehe

    ReplyDelete
  7. tak mampu nak ikut semua benda2 canggih ni

    ReplyDelete
  8. tak terkejar oleh kite kan...^^

    ReplyDelete
  9. tak terkejar oleh kite kan...^^

    ReplyDelete
  10. sy dlu dh hbis spm bru dpt pgg komputer...anak2 skrg untung..kcik2 dh pndai IT..

    ReplyDelete
  11. Wahh macam bestt je..beribu raban lg harganya..tak mampu nk beli.huhuu

    ReplyDelete
  12. canggih.. x mampu nak beli.. hehehe

    ReplyDelete
  13. makin pening mak mak zaman sekarang nehh..adesss

    ReplyDelete
  14. tu arr tgk news smlm kt tv,,,canggih betui PC samsung tu.hehe

    ReplyDelete
  15. xmampu nk beli kak...tp canggih la hehe

    ReplyDelete
  16. memang canggih tak sempat nak kejar dan tak mampu nak beli...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...