Monday, November 19, 2012

MOHON MAAF CIUM TANGAN SHARNAAZ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua

haaa molek sgt lah tuu ..dah minta maaf , lepas nie jgn buat layie tau ! ... ramai peminat yg sayang kan shila nak2 dengan penampilan baru bertudung nie .. so memang kena jaga batas2 dan perilaku .. seiring dengan penghijrahan itu ... :) apa2 pun bak kata dia .. dia adalah manusia biasa , adakalanya dia x sedar .. namun selepas ini di harap jgn diulangi , nanti kecil hati semua peminat2 awak , salah seorang dia akak lahh ekkeek .. (wahh fans ke ??? ) ......



PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah memohon maaf kepada peminat kerana tindakan spontannya mencium tangan kekasihnya pelakon Sharnaaz Ahmad ketika namanya diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menerusi Patah Seribu pada Anugerah IndustriMuzik (AIM) ke-19, malam Sabtu lalu.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 22, berkata, tindakan itu dilakukan secara tidak sengaja lebih-lebih lagi pada ketika itu dia berada di samping orang yang disayanginya apabila pengumuman dibuat.

"Saya ingin meminta maaf atas kekhilafan saya itu. Ketika itu saya terlalu teruja dan pengumuman itu dibuat ketika saya berda di samping orang yanh saya sayang.

"Ia merupakan satu pengajaran buat saya dan saya bukanlah seorang yang sempurna," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Pada AIM19 yang diadakan secara langsung di Stadium Malawati, Shah Alam itu, aksi Shila mencium tangan Sharnaaz selepas diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menimbulkan perasaan kurang senang pada khalayak.

Peminat Shila melahirkan rasa kekecewaan di Facebook dan Twitter kerana perbuatan itu dianggap telah melanggar batasan sebagai wanita Muslim yang bertudung.

Patah Seribu yang juga merupakan pemenang bagi kategori Lagu Pop Terbaik telah menewaskan 5 lagu lain iaitu Counting Days (Jaclyn Victor), Aku Maafkan Kamu (Malique & Jamal Abdillah), Idola (Azlan & The Typewritter), Doa (Nora) dan Kuasa Cinta (Noraniza Idris).

petikan : mstar

kalau peminat x sayang , peminat x akan tegur kan .. so anggap sahaja teguran peminat2 itu adalah untuk kebaikan shila dan sharnaaz ... dan bilelahhh uola berdua nie nak kawin ! ... kawin cepat2 dikkk .. elakkan sebarang tohmahan dan anasir2 yg x baik dari pelbagai pihak terutama sekali uols berdua .. banyak godaan time2 bercinta nie ... semua jenis setan ada .. setan mata dua - tiga - 100 punnn adooo ;))
ye dok !

35 comments:

  1. Excited sbb menang. Saya tak tgk pon rancangan ni kak.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dia dapat terima teguran dr peminat

    ReplyDelete
  3. dia baru kembali jd muslimah, mmg kdg2 terlepas perbuatan sbb dah biasa.

    yg kita2 ni pun masih ramai yg berhijab tapi bebas salam/sentuh yg bkn mahram.

    ReplyDelete
  4. sejuk hati tgk artis2 kita ramai dah bertudung..tp takut jgk klu derong anggap trend zmn bertudung..huhu

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah dia dah sedar salah dia...
    erm teringat kisah nabil sebelum ni yang lebih kurang sama..... hehe

    ReplyDelete
  6. tu laa..sepatutnya..orang yg menemani bila ada anugerah ni adalah ibubapa, suami, abg kandung ke... Bila menang leh ler terus nk peluk ke hape.
    Ni bila kat sebelah tu pakwe....atau makwe (kes Nabil dulu)...tu yg bila menang dan gembira teruja...dh tak sedar terpeluk..tercium tangan insan yg tidak sepatutnya bila berkongsi kegembiraan di saat nama diumumkan tu..

    ReplyDelete
  7. tak manis buat macam tu,
    kalau nak cium2, kena kahwin dulu shyll :D

    ReplyDelete
  8. yezzaa.... betoi tuu...
    Apapong, i Luv shila & Sharnaaz.
    Moga lepas ini lebih prihatin la naa... ;))

    ReplyDelete
  9. xcited sgt tu sampaikan beraksi di luar kesedaran...tapi ok la dia leh trima teguran camni..harap2 shila berjaya dan trus berjaya pada masa akn dtg...

    ReplyDelete
  10. semoga menjadi pengajaran yang berguna...

    ReplyDelete
  11. yer elok kawen jer..nnt nak pelok terus pun peminat dah xkisah dah...

    ReplyDelete
  12. mcm yg irma ngan nabil dulu lah kan..excited sgt kot..huhu

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah dia terima teguran dgn baik n mohon maaf

    ReplyDelete
  14. Wow.! Mata 100 pun ada.?? :O hahaa akak niee. Aah betul kalau peminat x syg peminat x tegur. Kami maafkan Kak Sha.! :)

    ReplyDelete
  15. harap tidak diulangkn ieda

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah dah sedar..n falsya suke cara die bg statement..hehehe

    ReplyDelete
  17. tu le..tertgk gak aksi shila cium tgn bf dia..huhu...

    tkedu gak le..hehe..

    ReplyDelete
  18. tu la alasan semua retis yg buat mende bukan time anugerah sama cam nabil dulu

    ReplyDelete
  19. bagusla kalo dpt terima teguran peminat...sdgkn kita yg bukan artis pun de wat khilaf nih kan pulak shila amzah yg memg artis...bila jd sesuatu yg menggembirakan, memg kdg2 kita xsdr tgkahlaku kite tuh elok atau x...

    ReplyDelete
  20. bAGUSLAH sHILA DAH MINTAK MAAF DAN TAK MELATAH..
    mUNGKIN DAH TERBIASA Kot @ kekadang tu tak perasan kan..


    p/s: Sori tercapslock, sesambil buat keje BW cengginila jadinya :D

    ReplyDelete
  21. kalau sedar & minta maaf, harus kita maafkan ye

    ReplyDelete
  22. kawin la cepat2.. sblm apa2 lain plak org tegur.. nak jaga batasan bkn senang kan..

    ReplyDelete
  23. Sebaiknya menikah kalau dah sama-sama suka. Nak tunggu apa lagi.

    ReplyDelete
  24. ANAK BUI MINAT KAT DIA..SIAP HAFAL LAGU LAGI..^_^

    ReplyDelete
  25. semoga jadi pengajaran ya dikkk ;)
    mungkin dia terlampau eksaited kot kan kak hehe

    ReplyDelete
  26. dah agak dah akan timbul kontroversi bila live shila cium tgn shanaaz malam tu..

    ReplyDelete
  27. teringat masa nabil menang terus peluk irma, dulu..

    ReplyDelete
  28. sesuatu yang tidak disengajakan. puji sikap dia yang tak segan memohon maaf. semoga beliau tak ulang kesilapan...

    ReplyDelete
  29. minat jugak shila...hihihi...setiap manusia tidak lepas melakukan kesilapan...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...