Friday, November 30, 2012

MAKANAN WAKTU BERKELAH ANDA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

haaa kadang2 pening bila memikirkan apa yg nak dibawa bekal bila kita berkelah kan .. hurmm nak2 skrg tengah cuti sekolah ... pastinya ramai yg dah plan nak bawa anak2 berkelah dan mandi manda .. akak x plan lagi .. cadang2 nyee nak ke raub , air terjun chekas .. hurmmm harap2 plan menjadi .. so bila baca artikel nie .. yeahhh ! idea ... jom kita baca sama2 .. ;)


Dalam proses penyediaan bekalan untuk dibawa berkelah, amalan pemakanan mengikut Piramid Makanan perlu diteruskan. Makanan yang disediakan mestilah seimbang mengikut piramid pemakanan Malaysia.

Disebabkan anak anda kena makan banyak karbohidrat untuk tenaganya, anda disarankan agar menyediakan makanan yang berasaskan nasi, mi, roti dan pasta. Untuk itu, bolehlah anda sediakan nasi goreng atau mi goreng sebagai hidangan utama. Bagi membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada anak, anda perlulah pastikan mereka makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Oleh itu, bawa bersama buah-buahan seperti epal, limau, anggur dan pir. Bersihkan, masukkan ke dalam bekas makanan. Jika ingin dimakan nanti barulah dibuangkan kulit dan dipotong kecil. Buah-buahan ini lebih sesuai jika dibandingkan dengan buah tembikai atau betik yang mudah berair. Selain buah-buahan, anda boleh juga membawa bersama kekacang, kurma dan kismis. Makanan ini juga berupaya meningkatkan stamina.

Untuk mendapatkan protein, vitamin B dan mineral, berilah anak makan ikan, ayam, daging lembu bersama susu dan hasil tenusu. Terpulanglah kepada anda untuk memberi anak makan makanan ini secara berasingan atau ingin masukkan sekali ke dalam nasi gorengnya atau mi goreng yang anda sediakan.

Dalam menyediakan makanan sihat dan terbaik untuk anak, pastikan anda kurangkan penggunaan garam, gula dan minyak. Kurangkan juga makanan berlemak.

Cadangan menu:
Nasi goreng
Sediakanlah nasi goreng yang kaya khasiat. Selain karbohidrat, pastikan juga nasi goreng itu ada protein, serat dan vitamin. Jangan lupa kurangkan penggunaan minyak dan garam.

Mi goreng
Seperti nasi goreng, menyediakan mi goreng juga perlukan bahan-bahan yang menyihatkan. Anda boleh juga gunakan minyak zaitun atau minyak jagung untuk menggoreng mi. Minyak tersebut baik untuk kesihatan berbanding minyak masak biasa. Jangan lupa masukkan sayur-sayuran hijau agar mi anda lebih menyelerakan.

Sandwic
Sandwic popular  kerana mudah disediakan. Untuk sandwic yang lebih berkhasiat, gunakan roti gandum. Jika memilih untuk sediakan sandwic tuna, daging atau ayam, jangan lupa sayur seperti salad, timun dan tomato.

Burger
Lebih bagus jika dagingnya anda sediakan sendiri. Gunakan daging tanpa lemak. Dagingnya pula elok dibakar berbanding digoreng.

Roti kebab
Untuk menyediakan kebab, dicadangkan agar anda menggunakan roti gandum. Semasa memasak dagingnya pula, jangan lupa masukkan sayur seperti timun dan tomato.

Salad
Gunakanlah sayur-sayuran yang segar dan sediakannya setelah anda tiba di lokasi berkelah dan bukan dari rumah bagi mengelakkan salad .

Buah-buahan
Seperti sayur-sayuran, buah-buahan juga perlu segar. Selain dimakan begitu sahaja, buah-buah pun boleh dibuat salad atau rojak.

Tip:
  • Untuk minum, selain air kosong, anda boleh juga membawa bekal jus buah-buahan.
  • Bagi anak-anak yang gemar makan roti, jangan lupa bawa bersama jem atau mentega.
  • Anda sangat digalakkan membawa makanan segar dan bukan yang sudah ditinkan.
  • Jangan lupa bawa bersama peralatan seperti pinggan, mangkuk, sudu dan garpu dari rumah. Seeloknya gunakan bekas plastik yang boleh diguna semula dan bukan daripada bahan polistirena yang boleh mencemarkan alam sekitar.
Info:

Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana:
  • Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal
  • Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhannya
  • Membantu mengekalkan ketahanan tubuh terhadap jangkitan penyakit


tips yg sangat2 berguna kan .. harap2 semua nie dpt membantu .. tapi kalau akk , selalu bawa bekal nasi lemak @ sandwish .. jarang sangat bawak bekal nasi dan mee goreng sbb anak2 dah biasa makan .. kalau buat nasi lemak .. perut mereka kemas sikit , lepas mandi , makan dah kenyang ... hurmmm sandwish pula biasanya akak dan hubby yg makan .. dia lebih suke makan sandwish dari nasi2 nie .. katanya takut ngantuk lepas mandi .. hahaha ye ke ?? 

macam2 lah kan .. apa2 punn harap info nie dpt beri panduan untuk kita ibu bapa sediakan yg terbaik buat anak2 kita .. insyaallahh semuanya bermula dari rumah ;)



26 comments:

  1. memang betul kak...kalau lepas mandi sungai mesti nak tido hihihi

    ReplyDelete
  2. bagus tips ni kak...

    kita pon picnic selalu bawa spaghetti atau nasi lemak..dan roti telur...mereka selalu time picnic selalu kebulur dari dok makan kat rumah..hehehe

    happy holiday :)

    ReplyDelete
  3. bez nye kalau ada bini.. =P tp L mude lagi utk itu. haha

    ReplyDelete
  4. kalau berkelah sy suka mkn sandwish..rasa feeling je..makan sambil hirup udara nyaman.

    ReplyDelete
  5. kitorang adik beradik kalau pi piknik nafsu makan mcm raksasa.haha

    bawak nasik lemaklah, naget/kentang goreng la, sandwich lg

    belum lg beli jajan.hihi

    tp kat rumah, sampai lupa nak makan

    #mmg tak berkhasiat makan kitorg hihi.

    ReplyDelete
  6. mesti ada smbal belacan dan ulam-ulaman..wajib hehehehehe

    ReplyDelete
  7. qema biasa bawa mee/bihun goreng/nasi goreng, buah2 & air..kadang bawa kacang xpun roti berinti..

    ReplyDelete
  8. dah lama x berpiknik...kalau nak berpiknik lynn prefer piknik tepi pantai...

    ReplyDelete
  9. nak picnic ngan kak ieda la nnt..kenyang perut falsya..hahahaha

    ReplyDelete
  10. yng tengh ok pikir jugak ni.... nak buat bekalan picnic.. tq kongsikan info..

    ReplyDelete
  11. lepas mandi terasa lapar...

    ReplyDelete
  12. Saya pun kalau lepas mandi makan nasik mesti mengantuk.jadi letih je badan..kalau mandi air terjun,lepas makan mesti nk mandi lg kan?klu mkn nasik terus nak mandi lg jadi tak larat.

    ReplyDelete
  13. slalunya kalo berkelah bwk mknan yg seng2 je...mcm bihun ke ns grg ke,aym grg ke..kalo mls nk msk mkn kt luar je

    ReplyDelete
  14. seronoknya dpt berkelah kan kak, pas mandi lapar pastu mrnggagau cari makanan ;)

    ReplyDelete
  15. bila baca entry nih tiba2 terasa dah lama tak pergi berkelah ramai2 dengan keluarga...pasti seronok kan...

    ReplyDelete
  16. wah..memang best kalau dapat g berkelah...kalau berkelah tepi pantai...best kalau bakar ayam..hihihi..tip berguna laa kak tq..yer...jom piknic

    ReplyDelete
  17. kalau kt Pulau Chekas, bek wat BBQ smbil2 mandi, seronok..

    tidur sana ke? chalet ada..

    ReplyDelete
  18. Salam ieda.Apa kabar?Lama k.atie xsinggah kesini.
    Terima kasih sudi jenguk umah k.atie ya.
    Emm..k.atie jarang bawak anak2 bercuti ke tepi2 laut/sungai nih...biasa g melawat2 tpt2 menarik jer.Mkn pon...beli jer kat tpt yg dilawati(^_^)

    ReplyDelete
  19. sejuk lepas mandi manda...kena tambah energy...selalu bawa bekal roti je...
    p/s:thanks kak...adiah dah slmt diterima..:)

    ReplyDelete
  20. sejuk lepas mandi manda...kena tambah energy...selalu bawa bekal roti je...
    p/s:thanks kak...adiah dah slmt diterima..:)

    ReplyDelete
  21. tips yang baik kak :)

    air tangan ibu juga yang paling bes kan kak? hehehe.

    ReplyDelete
  22. dah lama tak g berkelah kak :)

    ReplyDelete
  23. Klu saya menu tu wajib ada mee atau nasi goreng.sandwich tu sampingan sbb cam x kenyang je

    ReplyDelete
  24. dah lama tak berkelah..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...