Monday, November 5, 2012

MAKANAN TERBAIK UTK OTAK ANAK ANDA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

salam isnin yg indah .. Monday Blues ke ?? ekkee ok2 .. moh akak ilangkan monday blues tuu dengan info menarik ini dari email yang akak terima 2 hari lepas .. kira ok lah kan .. kalau zaman akak dulu , anak2 akak makan sahaja apa yang kami rasakan berkhasiat dan mampu beli .. kalau skrg ikan salmon punn boleh dijadikan menu kesihatan buat otak anak2 skrg .. patutlah anak2 skrg nie dah lebih advance ... lebih pandai serba serbi .. nak2 dlm perkara2 yang melibatkan IT nie .. cergas dan lebih pandai semua .. 


 

1. Salmon

Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan mempunyai minda yang tajam.

 

2. Telur

Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati daripada telur. Kuning telur mengandungi choline yang penting untuk perkembangan otak.

 

3. Mentega kacang

Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.

 

4. Bijirin penuh

Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut 

 

5. Oat

Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.

 

6. Buah beri

Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.

 

7. Kekacang

Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.

 

8. Sayur-sayuran berwarna-warni

Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.

 

9. Susu dan yogurt

Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim dan neurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.

 

10. Daging tanpa lemak

Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.


biasanya budak2 jarang suke makan sayur2an .. memang banyak masalah dlm bab2 makan sayur nie .. anak2 akak , skrg lahh baru nak berjinak2 makan sayur .. kena paksa barulah nak telan .. padahal masa mereka bayi dulu , akak selalu je blend sayur2an dlm bubur mereka .. bila dah besar nie cukup punya payah ..

sampai ada masa2 tuu bergaduh , x kiralah yg berleter tuu akak @ nenek mereka huhuhu .. susah betul nak suh makan sayur .. skrg nie .. x kira .. kalau x makan sayur , akak x akan bagi mereka makan langsung ... hahaha kijammm kan akak ! .. ;))

kalau telur memang wajib .. bagi zahrien lahh .. sehari x der telur .. x sah lahh dia kan .. tapi nisbah telur pun sekali sehari sahaja .. x boleh lebih .. kena tahu tuu ;)

ps : hari nie 1st day utk pelajar yg menduduki SPM bermula .. harap mereka boleh buat dengan jayanya .. akak pula yg debar2 bila dlm berita online dan radio duk perkatakan topik peperiksaan SPM ini ... huhu teringat lakk zaman sekolah huhu

17 comments:

  1. yg selalu ada kt umah saya telur sayur oat bijirin dan susu

    ReplyDelete
  2. hihi kita pon tak suka makan sayur :p

    tp semenjak dah besar ni kena belajar makan sayur sikit

    sayur kailan ikan masin mmg peberet lah :D

    ReplyDelete
  3. saya sll gak kasi Irfan mkn ikan salmon...haizzz dl mak dia x mkn pon ikan salmon, mahal kan..dl kg ssh nk dpt..hehe

    ReplyDelete
  4. Qis suka makan kekacang & telur..tapi tak suka mkn sayur..macam mak dia juga.. :)

    ReplyDelete
  5. Oo mmg bagus ye ikan salmon tu..pernah sekali try bg kt anak sy..tp sush nk cari ikan ni..

    ReplyDelete
  6. Ikan salmon tu agak mahal tu.... :)

    ReplyDelete
  7. 2,3,4,7 tu anak wani suka sgt2 hehe

    ReplyDelete
  8. ank sy bergantung kat susu jer sbb tak suka makan..hmm tu pun nasib suka makan scott emo.

    ReplyDelete
  9. monday blues tu takde...rainy blues adelah..hujan drpd bgn subuh...sejuk rasa macam nak bergulung dalam selimut ala ala fetus jer

    ReplyDelete
  10. saya tade anak lagi , heheheh , tape inshallah boleh amalkan kan kak

    ReplyDelete
  11. info berguna ni kak...=)

    ReplyDelete
  12. okey Kak Ieda, pas ni, kalo da ada anak besar skit, leh kasi dia makan makanan ni... tengs ya kak!

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah setakat hari ni alya cukup suka makan sayur ;)

    ReplyDelete
  14. ramai budak yg xsuka sayur...

    ReplyDelete
  15. arituh ada g kursus santapan rohani n asas kebahagiaan umah tangga..prof kata salmon mmg baik tapi bila sampai mlysia dah debekukan terlalu lama.khasiat dah menurun disitu..ikan2 yang tinggi omega di malaysia ada 3

    1 ikan kembung
    2 ikan sardin/selayang
    3 ikan tongkol.

    pastu kalau bagi kentang jangan yang bertunas boleh merosakkan sel2 otak dan guna bawangpun jangan guna yang bertunas..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...