Tuesday, November 20, 2012

JIWA ANAK-ANAK SEKARANG SEMAKIN PARAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

sungguh terkedu akak membaca artikel ini kelmarin ... huhuhu x terkata oleh mulut , terkebil2 membaca setiap baris berita yg dipaparkan .. subhanallahhh .. sungguh x disangka .. semakin berderau jantung bila mata terus membaca setiap baris berita yg dilaporkan .. berdebar2 hati ini .. kerana apa ??
haaa meh akak share utk uols semua renung2kan .. apa yg menyebabkan semua ini terjadi ???? huhuh

Main ‘Romen-Romen Dan Jolok-Jolok’, Kanak-Kanak 9 Dan 12 Tahun Ditahan


BATU PAHAT : Tiga kanak-kanak bersaudara berusia lima dan enam tahun dipaksa melakukan seks oral dan diliwat empat rakan sepermainan mereka berusia sembilan hingga 12 tahun di sebuah rumah pangsa contoh di Taman Bukit Perdana di sini, Selasa lalu.
 
Empat kanak-kanak dikatakan turut mengugut akan memukul tiga sepupu itu sekiranya mereka memberitahu kejadian berkenaan kepada orang lain.
Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar apabila abang salah seorang mangsa yang berusia tujuh tahun terlihat kejadian berkenaan, sebelum memaklumkan kepada neneknya.
Ibu salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Min, 20-an berkata dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, Selasa lalu itu salah seorang anaknya pulang dan memberitahu adiknya main ‘romen-romen dan jolok-jolok’ di dalam rumah contoh berkenaan.
Saya mulanya nak memukulnya kerana difikirkan sengaja mencarut, tetapi berubah fikiran selepas melihat seorang lagi anak dan dua anak saudara lain yang sebelum ini keluar bermain pulang ke rumah dalam keadaan mencurigakan.
“Melihatkan anak saya serta dua anak saudara sudah pulang, saya terus memarahi mereka sebelum memaksa mereka menjelaskan maksud anak sulung saya dengan main ‘romen-romen dan jolok-jolok.
“Hati saya bagai dipanah halilintar apabila anak dan dua anak saudara saya mengaku dipaksa melakukan oral seks oleh empat rakan mereka. Saya kemudian membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk membuat laporan polis.“Selepas itu, saya membawa ketiga-tiga mereka ke Hospital Batu Pahat untuk melakukan pemeriksaan dan mengesahkan ketiga-tiga mereka turut diliwat.“Kami terkejut dengan hasil pemeriksaan doktor itu dan semua mangsa dimasukkan ke wad dan ditahan untuk pemeriksaan susulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, petang semalam.
Kelmarin, Min sekali ke IPD untuk membuat laporan polis kedua bagi memaklumkan hasil pemeriksaan doktor yang mengesahkan tiga kanak-kanak itu mempunyai kesan diliwat.Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, pihaknya sudah menahan empat kanak-kanak terbabit bagi membantu siasatan.
Kanak-kanak itu ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377 kerana melakukan seks luar tabii dan dibebaskan atas jaminan polis. – paapaada.blogspot

ps : banyak kerjaaaaaaaaaaaa hohohoho .. lepas nie baru boleh BW .. sorry ye kawan2 .. huhuhu , biasalah hari nie baru masuk kerja huwaaa ;))




27 comments:

  1. astagfirullahalazim....

    urut dada aku kak oiiiiiiiiiiiii...nape laa gini jadinye...kalo luar negara tu lain cite sbb mereka tu mmg amalkan seks bebas.....tekejut aku bace tempat kat bt pahat tu....

    moga2 tindakan awal dpt mencegah dari gejala yg tak eloklaaaa....

    ReplyDelete
  2. terkedu izan baca cerita ni kak. kat daerah kami pulak ni. tak dpt bayangkan camna anak2 yg masih di sekolah dah sanggup buat benda2 camtu. tak terjangkau dek akal fikiran betullah...

    ReplyDelete
  3. nauzubillah...takutnya baca cite2 mcm nie

    ReplyDelete
  4. ya ALLAH..kecut perut falsya baca nie kak..mcm2 la kan skang nie..mintak dijauhkan dr seluruh keluarga n sape2 je..seriau..

    ReplyDelete
  5. takut la dnga cerita budak2 skang nih

    ReplyDelete
  6. isshhh..macam2 sekarang nii..tak terpikir leh jadi cmtu..bdk2 kecik dh pndai..mintak jauh dr anak2 kite..

    ReplyDelete
  7. Astaghfirullah! Tu skang ni risau nak kasi anak-anak main kat luar..bagus main dlm rumah je..benda ni yg amat dirisau tu...macam-macam dah dunia skang..dah tak selamat

    ReplyDelete
  8. Ya ALLAH jauhi la benda-benda mcmni jadi kat anak-anak kita..memang mencabar kan

    ReplyDelete
  9. masyaallah.....takut baca berita2 mcm ni... dugaan buat kita membesarkan anak2 nanti

    ReplyDelete
  10. masya allah. apalah anak2 zaman sekarang ni.

    ReplyDelete
  11. harap dijauhkan benda2 tak elok nih dari anak kita semua kan...amin...

    ReplyDelete
  12. walaupun nisah masih xde anak, xde adik kecil. tapi nisah baca berita kat atas ni ckp buat nisah ngeri. teringat terus kat anak saudara di Ipoh, aduhai anak-anak sekarang makin bijak (yg tak berapa nak bertempat camni)

    ReplyDelete
  13. hadoii..parah sungguh..menakutkan

    ReplyDelete
  14. Budak budak sekarang. Dunia tanpa sempadan sunggguh!

    ReplyDelete
  15. Parah..mcm mane bdk kecik lg tu boleh buat camtu..

    ReplyDelete
  16. masyallah .. takut nye

    salam kak .. winduuuu akk

    ReplyDelete
  17. Ya Allah risaunya dengan anak2 zaman sekarang

    ReplyDelete
  18. masyaAllah.. mcm2 la sekarang... takut mendengarnya....

    ReplyDelete
  19. Masya Allah... Minta jauhkanlah kejadian mcm ni bg ahli keluarga kita dan semua umat Islam.. Risau nak hadapi masaalah sosial masyarakat mcm ni..salah siapa ?

    ReplyDelete
  20. Minta dijauhkan dari anak-anak dan keturunan dengan sifat sebegini

    ReplyDelete
  21. dalam tak sedar anak2 kita terdedah sangt dengan perkara2 yang tak sepatutnya..lepas tu mula la depa mengikut..alahai..ikut sapa la budak2 tu??

    ReplyDelete
  22. Memang parahhh...
    sedih mengenangkan putra putri harapan bangsa tiang agama menjadi rosak sebegitu... huhu

    ReplyDelete
  23. Adoi! takut pulak tahu tentang berita cam gini..

    ReplyDelete
  24. Nauzubillah...minta dijauhkan la perkara mcm ni dr anak2 kita..takut pulak rasa

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...