Monday, November 12, 2012

GARAM DALAM HIDANGAN ANAK-ANAK KITA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

hai semua , huhuuh seharian hari nie akk x online kan , bukan x nak ... tapi maklum lah bila dah ada disini , dirumah adik nie , ramai pula yg turun , ada 3 keluarga mak saudara dari muar pun sama turun ke rumah adik nie , soo memang penuh lah rumah  ... seronok bila ramai2 nie ... masak2 sampai kepenatan , petang pula kami ramai2 ke JJ rawang nie .. wahhh meriah ekkeke .. riuh rendah ! 
 
ok lahhh nak cerita pasal kegamatan kami disini nie , x tercerita sebenarnya .. ekekke , kita tinggalkan dulu .. nie akk nak cerita pasal garam dlm makanan kita , memang kebetulan lahhh , bila dah ramai2 nie .. ada pula yg bercerita pasal garam .. ahhahaha ada yg cerita pasal kencing manis lahh , darah tinggi lah .. sehinggalah membawa ke betapa bahayanya garam dlm pemakanan kita ....

aduhh sedar atau tidak , kita dah banyak gunakan garam dalam menu harian kita kan ... haa kalau akak , ada masa akak sedar , ada masa macam leka sekejap , bila masak main campak aje garam .. paling bahaya bila akak nie pemasin orang nyeee hohohoho ... sebab tuu , dah 4 tahun akak ambil herbalife akak dah belajar tentang pemakanan nie .. dah kenal .. mana manis , masin dan tawar yg boleh diambil kira didalam pemakanan harian akk dan anak2 .. nak2 anak2 akak nie jenis sihat2 dan tembun2 ... ahahha memang kena hati2 lah kan .. sbb masin dan manis adalah punca utama kegemukan dan jangkitan pelbagai penyakit .. nak2 yg 3 serangkai .. haa tahu apa 3 serangkai ???

jantung

kencing manis

darah tinggi 

jomm kita baca nie ...

 
Secara umumnya, garam berfungsi untuk mengawal keseimbangan cecair badan bagi memastikan otot dan saraf dapat berfungsi dengan baik. Selain itu, garam juga membantu mengekalkan tekanan darah pada tahap yang normal. Kanak-kanak perlukan sangat sedikit garam dalam kehidupan seharian mereka. Terlebih mengambil garam boleh menyebabkan peningkatan risiko tekanan darah tinggi, strok dan serangan jantung. Walaupun semua penyakit ini lazimnya menyerang orang dewasa, ini tidak bermakna kanak-kanak terlepas daripadanya. Pengambilan garam yang berlebihan ketika kanak-kanak merupakan penyumbang peningkatan tekanan darah apabila dewasa kelak. Pada masa yang sama, kandungan garam yang tinggi juga boleh membahayakan buah pinggang. 

Atas alasan ini, anda disarankan agar tidak menambah garam dalam makanan anak. Anda juga disarankan agar perhatikan label pada makanan siap proses yang anda belikan untuk mereka. Periksa kandungan garamnya. Elakkan membeli makanan yang tinggi kandungan garamnya.

Antara makanan yang perlu dihadkan pengambilannya:
  1. Sosej dan burger.
  2. Sos, kicap dan perisa tambahan.
  3. Makanan ringan.
  4. Jeruk.
  5. Makanan awet seperti ikan masin, telur masin dan budu.
  6. Makanan dalam tin. 
Kuantiti maksimum pengambilan garam berdasarkan usia:
  • 1-3 tahun (2gm sehari)
  • 4-6 tahun (3gm sehari)
  • 7-10 tahun (5gm sehari)
  • 11 tahun ke atas (6gm sehari)
petikan : pama


huhuhu takut kan .. lepas nie kena kaji dan selidik menu2 kita .. jgn main campak je garam .. ekkeke  kalau boleh rasa dulu dan biarlah tawar sikit ! .. siann kat anak2 kita kecik2 dah diajar dengan rasa MASIN .. dah besar jadi lak macam akak yg pemasin nie ekkeke .. tapi skrg dah ok dahhh .. dah pandai kawal masin dlm makanan ! ... alhamdulillahhhhhh .. 

ok lahh , nie nak pi BW , ganti ke rumah kawan2 yg singgah dari pagi tadi , tkasih kerana masih sudi singgah walau akk x online tadi ... ok2 tunggu kedatangan akak yee ;)

30 comments:

  1. ooh...terlepas pndang bab garam pada anak2..info yg bguna ni..thanks 4 sharing..:)

    ReplyDelete
  2. Makanan asin/pengawet yg sedapnya, huhuhu

    ReplyDelete
  3. Tq for sharing. Mmg kena minum air kosong 2-3 liter sehari . Tubpun belum tentu dpt 'mencuci perut'. Anak anak lg lah risau kan. Kecik kecik kena control dah. Dah overweight susah kan...

    ReplyDelete
  4. Good info ni.. thanks sharing kakak! :-)

    ReplyDelete
  5. ood infor nih..sy mmg mkn kurang masin..kalau masak kt umah mertua, cfm dia tmbah garam byk...ekeke..:-)g

    ReplyDelete
  6. Kalau keluar mmg xdpt nk kontrol pemakanan anak, selalunya bila keluar dia mintak nak kentang goreng McDonald..

    ReplyDelete
  7. Saya pernah dengar, ada orang guna garam juga untuk kenakan orang lain, melalui cara halus.

    ReplyDelete
  8. mak rara dulu kuat masin,so selalu kena ingatkn dye.

    ReplyDelete
  9. tq for sharing kak, saya ni kurang masin, tp hubby kuat masin, kdg2 kita masak dikomennya tawar, nanti saya share kan info ini dgn hubby tq kak

    ReplyDelete
  10. Kalau eiqa masakkan eiqa selalu kurangkan garam dengan ajinamoto :D

    ReplyDelete
  11. nak tanya kalau letak bubur segera dlm makanan baby bahaya tak???risau pulak baca..apa pun tq sbb share...

    ReplyDelete
  12. itu lah kdg2 terlebih masin, en babah dah sound awai2 jgn ltk garam banyak heheh

    ReplyDelete
  13. mak saya dah biasakan kami makan yang kurang garam ni..=)
    bukan je kena kurangkan garam, kena kurangkan gula! hihi..

    ReplyDelete
  14. terima kasih info ni kak..

    lepas ni nak kurang2 kan semuanya la..:)

    ReplyDelete
  15. Kita selalu terlepas pandangkan..thanks kak Ida for sharing the info

    ReplyDelete
  16. kurangkan masin dalam senyuman. eh, ada ke? hehehe...

    ReplyDelete
  17. itu la kak
    anak2 dibawah 2tahun lebih baik jgn diletak garam langsung

    alhamdulillah berjaya praktikkan untuk alya
    even sekarang pun masakan sy tawar2 jer...cuma kalau nk dibandingkan sy ngan hubby, dia lebih pemasin dr saya o_o

    ReplyDelete
  18. Garam nie mmg killer kak ieda..

    ReplyDelete
  19. Makan garam buluh ok x kak..hehe

    ReplyDelete
  20. cuba kawal kuantiti garam dalam masakan.biarlah kurang masin sikit drpd terlebuh masin....:)

    ReplyDelete
  21. mmg bahaya kak...Alin pun sedang berhati2 sb dah ada genetik dr abah

    ReplyDelete
  22. good info...kicap tu peberet sy tew..tp anak sy tak diamalkan lgsg mkn kicap tkt dia kemaruk kicap cam mommy nye hehehe

    ReplyDelete
  23. gud info ni sis..jgn asik nak ikut sedap tekak kita jer kan....kena balance kan semua kan...manis masin lemak..semuanya lah....

    ReplyDelete
  24. good info kak....a'a garam mmg xelok kan dlm makanan anak2..

    ReplyDelete
  25. tula kena kurangkan semua tu.. =)

    ReplyDelete
  26. naisblah kat rumah ibu saya suka kurangkan garam :p

    ReplyDelete
  27. bahya jugak kan jgnb ingat org tua je kena hypertensi tp budak2 jugak

    ReplyDelete
  28. saya bukan jenis makan masin, tapi masih hati hati juga sebab bila makan kat luar diorang masak ikut sedap je kan?

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...