Friday, November 9, 2012

DILEMA : JADIKAN ANAK CEMERLANG DALAM PELAJARAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

ibu bapa mana yang tidak mahu anak2 cemerlang bukan .. hakikatnya akak akui hati akak agak sedih sesekali bila mengenangkan anak2 akak yang tidak berapa cemerlang dalam pelajaran , bukanlah tidak pandai langsung .. tipu kalau akak katakan akak tidak cemburu bila ada mana2 entry kawan2 blogger yang menceritakan kejayaan anak2 mereka . Akak luahkan betapa akak tumpang gembira dengan kejayaan anak2 mereka , dengan harapan suatu hari nanti anak2 akak juga akan membanggakan akak .. insyallahh ..

Bukan akak menyangkal akan ciptaan allah dan kurniaan allah , namun jauh disudut hati ini selalu mengharapkan mereka berjaya , tapi itu semua perasaan yg semakin hari semakin akak cuba rawat , cuba katakan yg anak2 akak boleh berjaya .. pernah cakap .. kira amanina dan sabriena dah berjaya lah tuu kan , sabriena dengan prestasi pelajaran yg dah semakin meningkat .. dah pandai matematik .. dan lancar membaca , walau sedar dia dah pun 8 tahun .. memang rasa cuak kerana perkembangan sek dia agak slow berbanding kakaknya .. puas sudah akak usahakan padanya , hanya mengharapkan dia berkehendak sendiri .. kerana takut nak marah2 beria kan ...

Amanina pula , skrg nie alhamdulillah , walau kedudukan dalam kelas x tinggi , namun dia berjaya kekalkan prestasinya seperti tahun2 lepas , cuma yg agak mengecewakan kerana dia gagal dlm matapelajaran matematik berbanding sabriena . Sgt2 mendebarkan bila tahun depan dia dah masuk darjah 5 dan semakin hampir menghadapi UPSR , kena banyak usaha kan .. huhuhuhu harap masih ada peluang untuk amanina perbaiki ...

akak nak share 3 tips yang akak dapat disini , semoga ia memberikan dorongan , kekuatan dan semangat kepada kita sebagai ibu bapa yg inginkan anak2 mereka berjaya .. insyaallahhhh

Anak – anak sebenarnya tidak suka jika anda terlalu serius dengan mereka. Ada anak yang otaknya mula mengembang sejak kecil dan mereka mampu menguasi ilmu dengan pantas ketika kecil. Ada juga anak yang otaknya lambat berkembang dan hanya mampu menunjukkan potensi sebenar mereka apabila mereka remaja. Jadi, anda jangan terlalu serius dengan mereka. Sebaliknya anda didik mereka mengikut kesesuaian yang ada dalam fikiran mereka.
Berikut adalah tiga cara untuk jadikan anak anda cemerlang dalam pelajaran.
Cara pertama : Jangan berleter tetapi memuji prestasi anak – anak anda.
Berleter hanya mengeruhkan keadaan. Jika anak anda tidak menunjukkan prestasi yang membanggakan, anda jangan melatah. Sebaliknya anda lihat perkembangan otaknya. Anda puji anak anda setiap kali dia tunjukkan peningkatan. Apabila di puji, mereka akan gembira lalu berusaha untuk masa akan datang. Jangan fokus pada sebab kenapa anak anda gagal tetapi fokus kenapa anak anda meningkat prestasinya. 
Untuk tahu kenapa anak anda meningkat, anda perlu sentiasa berikan dia galakan dan pujian. Ada anak yang cekap matematik pada masa kecil namun kurang pada subjek yang lain. Anda fokus kenapa anak anda bijak matematik dan didik dia untuk gunakan cara yang sama pada pelajaran yang lain bagi meningkatkan prestasi dia.
Cara kedua : Didik anak anda secara langsung.
Apabila anak anda belajar, anda duduk di sebelah dia dan tanya dia sama ada dia ada masalah atau tidak. Jika anda mahir, anda ajar dia mengenai pelajaran tersebut. Jika anda tidak mahir, anda hanya duduk sebelah dan berikan dia galakan. Beritahu dia untuk tenang dan belajar untuk masa depan. Beritahu dia bahawa dia ada banyak masa untuk berjaya kerana dia masih muda. Ketenangan sentiasa menjadikan manusia itu lebih bijak. Apabila anda lihat dia berjaya menguasi sesuatu ilmu, anda beri dia hadiah seperti aiskrim atau apa sahaja. Dengan ini dia akan faham jika dia terus berusaha, pasti dia akan dapat sesuatu sebagai balasan dalam hidupnya.
Cara ketiga : Ajar anak anda untuk berseronok.
Jika ada anak anda yang sangat liat atau bengap untuk menguasi sesuatu, anda tukar cara dia belajar pada keadaan yang lebih menyeronokkan. Anda lihat bagaimana dia belajar dan fokus pada kekuatan anak anda. Ada anak yang cepat faham jika dia membaca. Ada anak yang cepat faham jika dia buat latihan atau nampak sesuatu secara berhadapan. Ada juga anak yang akan faham apabila dia di ajar berkali – kali mengenai perkara yang sama.
Anda lihat corak dia memahami sesuaut dan lakukan eksperimen terhadap dirinya untuk melihat cara belajar yang macam mana dia akan lebih cepat faham. Biar lambat, asal anak anda cemerlang apabila dewasa nanti.


bukan mudah mendidik anak ... cara didikan , pendekatan didikan .. semua kita sebagai ibu bapa perlu tahu dan tekan kan .. nak2 anak2 skrg bukan boleh ditekan sgt .. risau menjadi sesuatu yg dia pendam dan akhirnya memakan dirinya sendiri @ kita ibu bapa ... skrg pun walau akak terima kelemahan anak2 akak , akak selalu cakap baguss dah ada peningkatan, akak dan anggah kena usaha lagi .. x dpt no 1 dlm kelas punn x apa asalkan jgn corot dlm kelas .. asal boleh tunjukkan pada ibu anak2 ibu boleh berjaya dan cemerlang .. itu sahaja ..

nak menyuruh dan memuji berlebihan risau penerimaan berbeza pula .. insyaallahhh semua 3 tips diatas diharap sgt2 membantu akak .. 

31 comments:

  1. THANKS KAK..TIP BERGUNA NI..;)

    ReplyDelete
  2. insyaallah..bolehlah saya gn tip ni nnt pada mia..tq

    ReplyDelete
  3. Betul tu, akakpun mahu kejayaan menjadi milik anak2 tapi pada masa yang sama tak mahu terlalu mendesak, risau mereka stress, lagi memburukkan keadaan

    ReplyDelete
  4. ramai org yg berjaya dlm hidup bkn seorg yg sgt pandai dlm akademik...apapun ilmu tu penting...bagus tips ni..baca siap2 utk future..hehee

    ReplyDelete
  5. assalam..
    terima kasih bg tips ni.blh digunapakai utk ank sy yg 6 thn tuh..budak2 sememangnya suka dipuji..x kisah lah walau lukisan x berapa cantik tp dgn bangganya dia tunjuk kat kita..
    ank sy yg no 2 dan sulung plk mmg kena keras sedikit tp x bermakna kita mendesak sgt..yg penting main dan belajar kena lah seimbang..nak kena study jer pun mestilah dorang muak..selalunya sy akan janjikan sesuatu pd dorang sebagai dorongan pada mereka..insyaallah

    ReplyDelete
  6. tips yg membantu... insyAllah boleh dipraktikkn 4 5 tahun lagi...

    ReplyDelete
  7. sungguh tiga cara yang penting dalam mendidik dan mendampingi anak tercinta

    ReplyDelete
  8. bagusnya tips ni... anak munna pun baru thn depan mula tadika... harap2 munna pun dapat didik dia sebaik-baiknya

    ReplyDelete
  9. Tapi kan ieda kalau nombor corot di kelas pertama, masuk kelas ke dua dah boleh dapat no. 1-3. Kakak ada pengalaman anak kedua kakak masa tahun 3 dia dapat no. 30 - lagi 7 corot. So tahun 4 dia duduk kelas kedua tiap kali periksa dapat no. 1. Tahun 5-6 masuk balik kelas pertama tapi no. dah bawah dari top 5. Yg penting ieda mesti dapatkan A semua pelajaran bukan nombor.

    ReplyDelete
  10. Thanks for the tips kak. Ibu mana yg tak cemburu tgk kejayaan anak org lain. Mungkin kita tak nampak lagi kecemerlangan tu kak. Insya'allah...anak2 akak & anak2 kita mesti cemerlang satu hari nanti.

    ReplyDelete
  11. ramai dah budak2 cerdik skrg ni kak, asalkan anak2 dah boleh faham dam pelajaran alhamdulillah lah

    ReplyDelete
  12. insyaallah sama2 kita amalkan..tq kak ieda :)

    ReplyDelete
  13. teringat waktu kecik dulu ibu kite pon selalu risau mcm ni

    p/s: sampai skrg die risau hihi :p

    ReplyDelete
  14. dulu mak saya pun mcm nie kak , sampai skrg still buat saya happy dan jaga saya , kasih ibnu mmg ta terbalas kan kak ,

    mintak tolong follow blog aka saya =)
    http://anissmahdi.blogspot.com/
    THANKS :)

    ReplyDelete
  15. kalau js mmg x memaksa cuma kadang2 je ingatkan kalau gagal maybe takde la menjadi org yg hebat kan..alhamdulillah setkat ini ank2 dpt keputusan yg baik...

    ReplyDelete
  16. bile jadi ibu, memang nak yg terbaik utk anak2 ;)

    memang kita yg akan lebih risau dr anak2 kan kak ieda :)

    ReplyDelete
  17. kite sebagai ibubapa mahu yg terbaik untuk anak2...

    ReplyDelete
  18. terima kasih kak sbb share tips nih....wlupun ank2 sy msih kcik lg tp tips yg akak bg nih sy akan jdikan panduan utk sy didik ank2.

    ReplyDelete
  19. tips yg dpt dipraktikkan..thanks kak

    ReplyDelete
  20. SALAM KAK.. mmg bukan mudah utk mendidik ana2 ni kak.. tp sbg ibu kita ada sentaja yg kuat utk anak2 berjaya iaitu doa kita sbg seorg ibu.. mungkin skrg anak2 kita kurg cmerlang tp dgn berkat doa dan usaha anak2 kita akan dtg anak2 kita inilah yg membanggakan kita kak...

    Queen dulu pun waktu sekolah mmg x pandai kak.. dalam kelas selalu aje yg tercorot.. tp dlm adik beradik syalah yg punya pendidikan paling tinggi kak.. dan Alhamdulillah boleh dikatakan berjaya dgn kerjaya yg ada skrg ni..

    apa yg akan berlaku akan dtg kita x tahu kak..

    ReplyDelete
  21. nice info kak..semoga anak2 kita menjadi anak2 yg cemerlang di dunia dan akhirat jua..amin.. =)

    ReplyDelete
  22. mak ayah saya garang...hehe...

    ReplyDelete
  23. akak..setiap anak x sama potensinya..x semestinya mereka yg x cemerlang dlm pelajaran x boleh cemerlang dlm kehidupan mereka di masa hadapan..


    bnyk cth di sekeliling kita mereka yg biasa-biasa shj di sekolah malah ada yg gagal pon tp mampu jadi org yg hebat ms mereka dewasa


    mungkin kelebihan mereka bukan dr segi akademik tp ada di bidang yg lain..yg penting sbg ibu bapa kita kena sentiasa beri dorongan dan galakan..

    :)

    ReplyDelete
  24. smoga anak2 akak berjaya dlm pelajaran. dan yang paling penting smoga menjadi anak yg soleh dan solehah. amin.

    ReplyDelete
  25. psssssstttt: Eida tolong email data2 yg perlu, nnt akak tolong masukkan, alhamdulillah dapat daa..

    ReplyDelete
  26. betul ieda, anak2 ni penerimaannya tak sama. Kita usaha dan lihat perkembangan mereka, InsyaAllah boleh. Yang penting mereka berjaya dalam hidup, bukannya mesti score A dalam akademik. Ramai orang yang berjaya sebenarnya tidak cemerlang dalam akademik, jadi kita tak boleh ukur dari segi akademik saja kan. Yang penting mereka ada keyakinan diri.

    Yus pun selalu pentingkan itu, memang rasa bangga bila anak2 berjaya dapat A dan score dalam akademik, tapi tak boleh terlalu kecewa bila mereka kurang berjaya. Sama-sama kita didik anak kita jadi yang lebih baik ya ieda.

    ReplyDelete
  27. Nice tips..nnt bleh apply kat Khalish..

    ReplyDelete
  28. insyaallah kak...tip bagus ni..

    ReplyDelete
  29. Insyaallah kak....boleh amal ni...nice tips

    ReplyDelete
  30. tip yg menarik kak...boleh cuba..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...