Sunday, November 18, 2012

BUKAN UNTUK DIMAKAN !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

SENI HIASAN MAKANAN

MENARIK... syurga labu menggunakan buah oren, labu, lobak dan aprikot.

Jangan cuba menikmati hasil seni ini ketika anda lapar kerana ia boleh mendorong anda untuk memakan sebahagian daripadanya. Seni ‘Willy Wonka’ menghasilkan beberapa imej mengagumkan dengan menggunakan gula-gula, buah, sayur, daging segar dan banyak lagi, untuk sebuah buku baru.

Jurugambar pemandangan makanan, Carl Warner, 47, dalam proses menerbitkan buku berjudul ‘Dunia Makanan’ yang turut termasuk lebuh hias Paris yang diperbuat daripada keju, rumah halwa dan hutan mentimun.

                                                                                                                                                   KUNING... piramid daripada keju, pasta, lemon dan pundi lada dibentuk menjadi pokok palma dan disebelah pula .. pemandangan pantai daripada ikan, salad


Warner yang mengusahakan hasil seninya di sebuah studio di London berkata, karya barunya itu bertujuan menggalakkan amalan pemakanan sihat di kalangan kanak-kanak, meskipun beberapa karyanya membabitkan pilihan yang tidak sesuai.

“Saya menggunakan hasil kerja saya sebagai medium untuk menggalakkan kanak-kanak berfikir mengenai apa yang mereka makan. Mereka akan melihat longgokan keropok dan sos tomato, sekali gus terbuka selera.

“Namun, tunjukkan pula kepada mereka longgokan asparagus dan ia akan memualkan mereka. Mereka tidak gemarkan warna hijau sayur-sayuran.
“Jika asparagus itu dibentuk menjadi roket atau menara istana, ia akan lebih menarik minat mereka,” kata Warner.

Dia yang dilahirkan di Liverpool berkata, hasil kerjanya menghidupkan semula imaginasi zaman kanak-kanak di kalangan orang dewasa.

sumber ; hmetro

wahh kalau macam nie .. bukan rasa nak makan sahaja .. tapi rasa dialam disney pulak .. alangkah indah kalau dpt hidup di dunia fantasi macam nie ekeke ... yelah zaman kanak2 akak dulu selalu juga menonoton cerita2 fantasi seperti Alice in Wonderland dan macam2 lagi kisah fantasi kegilaan kanak2 .. yg lebih kepada kartun animasi .. wahhhh jauh mengelamun akak nie ekeke ..

yelah , macam seni makanan nie .. macam x percaya bila org putih nie boleh buat apa sahaja demi kerana minat , ada yang x masuk di akal kan .. ada yg pelik tapi benar ... ini adalah sebahagian cetusan kegilaan mereka yang hakikatnya nampak sgt2 menarik dan menerujakan kita , bukan sekadar kanak2 tapi orang2 dewasa .. hurmmmmmmmmmm ;))

12 comments:

  1. masyallahhh. so cute..sukaaaa..

    ReplyDelete
  2. Mesti byk modalnya ni.. yelah kak,teringat zaman knak2, cerita2 animasi..:-)

    ReplyDelete
  3. kanak-kanak yang sukar makan. boleh la bawa ke sini

    ReplyDelete
  4. alahaiiiii kiut miut nyer... kreatif sungguh nih

    ReplyDelete
  5. Bila saya baca ni kan... teringat bagaimanalah indahnya syurga tu kan... ermmm....indah yg tak terjangkau dek manusia ;)

    ReplyDelete
  6. Cantiklah...suka saya tengok...saya memang suka benda2 kreatif hihihi

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...