Saturday, October 6, 2012

TELEMOVIE SELAGI MASIH ADA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua


Kisah Harith yang setia pada cinta sejatinya, Dahlia sehingga sanggup menjaga dan mencintainya walaupun Dahlia disahkan menghidap Alzheimer. Lakonan Beto Khusairy.


Alzheimer atau sebutannya alz-zhai-me, merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.

Alzheimer digolongkan ke dalam salah satu daripada jenis nyanyuk (dementia) yang dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal. Keadaan ini amat membebankan bukan saja kepada si penghidapnya, malah ahli keluarga yang menjaga. Penyakit Alzheimer yang menurunkan fungsi memori ini juga menjejaskan fungsi intelektual dan sosial penghidapnya. Biasanya, ahli keluarga hanya datang membawa pesakit berjumpa doktor apabila mereka sudah tidak tahan dengan gejala pesakit.

Hingga kini, punca sebenar penyakit ini tidak diketahui. Tetapi, ia bukanlah disebabkan penuaan. Bagaimanapun, saintis berpendapat, ia dikaitkan dengan pembentukan dan perubahan pada sel-sel saraf yang normal menjadi serat.

Risiko untuk menghidap Alzheimer, penyakit yang sinonim dengan warga tua ini, meningkat seiring dengan pertambahan usia. ``Bermula pada usia 65 tahun, seseorang mempunyai risiko lima peratus menghidap penyakit ini dan risiko ini meningkat dua kali ganda setiap lima tahun, kata Pakar Psikogeriatrik, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Esther Ebeenezer.

Menurut Esther, sekalipun penyakit ini dikaitkan dengan warga tua, namun sejarah membuktikan bahawa pesakit pertama yang dikenal pasti menghidap penyakit ini ialah wanita dalam usia awal 50-an.


cerita nie seriusss sgt2 terkesan dihati huhuhuhu
sib baikkk akak dpt tgk !!!
membayangkan jika keadaan ini terjadi kepada kita .. adakah kita sanggup !!
dan akak TABIK spring lahhh lakonan BETO & TUNKU NURHANIS ... sampai mengalir air mata makkk nokss !!!

8 comments:

  1. teringat jer arwah ayah sbb saat2 akhirnya, dia mengalami masalah ini

    ReplyDelete
  2. Alahai tak dpt pula nk tgk cerita ni..

    ReplyDelete
  3. Dah main ke....rugi tak tengok huhuhu....cam best jalan ceritanya....

    ReplyDelete
  4. nanti boleh donlod cerita ni.

    ReplyDelete
  5. Citer bile nk kak ieda..best ek..sad ending ke..huhuhu

    ReplyDelete
  6. lor wani xtau pun citer ni..nampak mcm best heehee

    ReplyDelete
  7. bile mainnya cite ni..tak tgk pun..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...