Friday, October 12, 2012

KALAU KU DAPAT MEMBANTU ~ KAMAL AFANDI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

siapa x kenal Kamal Afandi ini .. pada awalnya akak x berapa perasan bila menyebut namanya .. bila dikaitkan sebagai penganalisis jenayah .. baru l;ah perasan .. oh dia nie ... eh kenapa dengan dia ?? sejak bila dia di syaki ada gumpalan urat saraf didalam otaknya .. aduhhh macam2 penyakit skrg nie .. huhuhu
alangkah seronoknya kalau aku kaya .. aku berharta .. dapat aku sumbangkan seberapa yang ada .. semoga dia cepat2 sembuh ! ...


PETALING JAYA: Pengacara popular Aznil Hj Nawawi berasa sebak ketika menziarahi penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim yang sedang menderita penyakit saraf Arteriovenous Malformation(AVM).

Aznil yang mewakili program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Astro Kasih pada Khamis memberikan sumbangan RM10,000 kepada Kamal bagi meringankan bebannya menampung kos pembedahan sebanyak RM41,820.

“Alhamdulillah, pembedahan kaedah Cyber Knife yang menggunakan tembakan laser bagi mengeluarkan gumpalan urat saraf terlebih pada bahagian otak kirinya berjaya dilakukan pada kira-kira 4.30 petang semalam (Rabu).

“Saya dan Astro terpanggil untuk meringankan bebannya kerana sumbangan beliau dalam mendidik masyarakat memerangi jenayah amat besar,” katanya.

Aznil dan barisan personaliti program On Air mengunjungi Kamal yang kini ditempatkan di Pusat Pakar Antarabangsa Beacon, Petaling Jaya di sini pada petang Khamis.


Kamal kini difahamkan berada dalam keadaan stabil selepas berjaya menjalani pembedahan kaedah Cyber Knife pada Rabu lalu bagi membuang gumpalan saraf yang terlebih pada otaknya.

Pada pembedahan yang diadakan pada petang Rabu, Kamal dilaporkan berjaya mengeluarkan gumpalan urat dengan radius 3 sentimeter di kepalanya.

petikan : mstar online

15 comments:

  1. salam ziarah ...
    semoga kamal afendi tu semboh seperti sedia kala ..
    suka tengok cara penyampian dia di tv

    ReplyDelete
  2. awak... statement awak tu salah... tumor tu macam kanser... dua cuma ada masalah gumpalan saraf jer... bukannya tumor...

    ReplyDelete
  3. suka dengar cara dia bercakap. katanya lebihan urat sraf tu dah ada sejak dia kecik. baca kat blog mazidul pasal dia ni.

    ReplyDelete
  4. Wah... Beberapa hari tak masuk ke sini, blog Ieda ini dah berwajah baru. :)

    ReplyDelete
  5. sy suka tgk dia ni.. best kan cara dia sampaikan mklumat...

    xsangka plak dia ada penyakit... tp alhamdulillah pmbedahan berjaya..

    ReplyDelete
  6. saya pun suka dgr ceramah dia nie..mg dia cpt sembuh..aaminn

    ReplyDelete
  7. kita doakan yang terbaik buat dia

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. macam2 penyakit zaman skrg ni...

    ReplyDelete
  10. hr tu ada baca kat blog mazidul..alhamdulillah dah berjaya operate..moga dia cepat sembuh

    ReplyDelete
  11. mcm2 penyakit skrg ni kan..semoga dia cpt smebuh

    ReplyDelete
  12. falsya pun sama mcm kak ieda..dgr nama xkenal tp kalau sebut selalu bg talk pasal jenayah terus ingat..hehehe..itu la kan kak, mcm2 penyakit skang nie..moga die cpt sembuh..;)

    ReplyDelete
  13. turut simpati...memang kenal pengacara nie...patutlah dah lama tak tengok dia...kalau cr kaya pun ..cr pun turut membantu..

    ReplyDelete
  14. sgt adore beliau...serius rse sronok dgr ceramah beliau..hrp beliau cpt smbuh

    ReplyDelete
  15. ceramah beliau suka dgr..moga cpt sembuh utk beliau yer

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...