Monday, October 8, 2012

HANTU KAPCAI ~ SISI BERBEZA FIZZ FAIRUS

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

fuh fuh .. lega sgt2 mlm nie .. internet punn cantikkkk .. loading ok aje .. lega rasanya .. maklumlahh org dah blogger tegar nie ecehhhhhhhhhh ekeke ... yelahh benggang di opis dah semakin reda ... bila balik pula internet ok .. alhamdulillahh sgt2 .. memang allah sayang org yang banyak bersabar kan ! .. ;) ok2 nak cerita pasal citer bawah nie ..

uols dah tgk ke cerita nie ?? ramai yg review citer nie sedap ! .. lawak jugak .. x gaya citer seram punn .. kira seram komedi lahh .. tapi lebih banyak komedi dari seramnyaaa .. hurmm pada akak lahh , bila tgk preview dia dlm youtube memang lawak .. ahhaha specially watak Fizz yang selama nie kita kenal ngan watak serius kan .. hurmmmmm insyaallahh macam biasa , akak nie beli DVD lahh .. nak tgk wayang , selalunya x ader harapan huhuhu ;))


TAJUK: Hantu Kapcai
GENRE: Aksi Komedi
PENGARAH: Ghaz Abu Bakar
PELAKON: Zizan Razak, Fizz Fairuz, Hairul Azreen, Remy Ishak, Izzue Islam, Neelofa
TAYANGAN: Mulai 27 September 2012

Meskipun menggunakan perkataan hantu sebagai tajuknya, namun unsur seram langsung tidak ditonjolkan di dalam filem ini dan ianya memang sesuai dengan genre sebenarnya iaitu aksi komedi. Malah filem ini lebih banyak memaparkan kisah Mat Rempit dari sudut positif. Ditambah pula dengan unsur komedi menerusi watak hantunya yang digalas Zizan Razak itu pula langsung tidak menyerupai hantu atau mayat. Sebaliknya, pengarahnya Ghaz Abu Bakar menggunakan elemen fantasi untuk menggambarkan kewujudan hantu atau roh di dalam filem pertamanya.


Menyentuh mengenai kredibiliti pelakon-pelakon di dalam filem ini, lakonan Zizan nampaknya tidak sangat berubah sepertimana watak-watak yang pernah dibawakan di dalam filem komedinya yang lain. Zizan masih tidak boleh lari dengan stail humornya yang sudah dapat dibaca atau sudah boleh dijangka.

Namun berbeza dengan Fizz Fairuz, wataknya sangat berlainan dengan watak-watak yang pernah dibawakan, apatah lagi dengan karakter diri sebenarnya. Di sini terus-terang penulis katakan, kredibiliti Fizz Fairuz sebagai pelakon harus dipuji kerana meskipun dia bukan seorang pelawak tetapi gaya serta memek mukanya membawakan watak ustaz 'wannabe' sangat kelakar dan mencuit hati. Ternyata lawak yang ditonjolkan Fizz mampu membuatkan audiens berasa tidak kering gusi.

Sinopsis

Mengisahkan tentang Ajib (lakonan Zizan Razak), seorang mat rempit yang kesempitan wang terjebak dalam perlumbaan haram dengan musuh ketatnya, Tiger (lakonan Remy Ishak) demi memenangi wang pertaruhan.

Bagi memastikan kemenangan berpihak padanya, Tiger telah melakukan khianat dalam perlumbaan itu sehingga menyebabkan kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib. Ajib kini menjadi hantu yang hanya mampu dilihat oleh calon Imam Muda di kampungnya iaitu Ibrahim (lakonan Fizz Fairuz).

Ibrahim terpaksa mencari jalan untuk meyakinkan keluarga Ajib dan memberi semangat kepada Akim (adik kepada Ajib, lakonan Hairulazreen) untuk menuntut bela di atas kematian abangnya, sekaligus menebus hutang Ajib.

ada siapa-siapa yang sudi temankan akak tengok citer nie ?? ngehx3 , macam x best je kalau tgk kat DVD kannn huhuhuh





16 comments:

  1. ishhh ni yg buat rasa tingin nak gi tgk ni...tp wayang selalu sthn sekali je pun pi tgk...dload je tak pun dvd jugak ler.

    ReplyDelete
  2. saya rasa fizz fairus sebenarnya sangat berbakat!

    ReplyDelete
  3. BESHH GILER KAN AKAK .. KITE TGOK HRITU .. SAKIT PERUT2 DUK GELAK .. HIKHIK

    ReplyDelete
  4. munna pun teringin nak gi tgk citer ni kat wayang .... tapi skrg ni wayang x boleh masuk lagi Yasmin takut sgt dgn suara sound yg kuat dlm panggung tu

    ReplyDelete
  5. semua orang review kata cerita nie kelakar....tak sabar jugak saya nak tengok kikiki

    ReplyDelete
  6. kak ieda... kalau dekat boleh jgk tgk sama2 kan... hehehe

    ReplyDelete
  7. heheh memang mcm best je cite nie tgk riview pun dah gelak sakan

    ReplyDelete
  8. tak sabar nak tengok jugak...rasa cam best je bila tgk preview dia.. ^_^

    ReplyDelete
  9. dengar kata, cite ni ranking no.1 sekarang..mesti best.kena tgk ni

    ReplyDelete
  10. kak saya tak tengok lagi cerita ni..pinjan cd..haaha.

    ReplyDelete
  11. ema pun tunggu keluar kat astro first jer.

    ReplyDelete
  12. tingin nak tgk....nampak pun mcm menarik jer

    ReplyDelete
  13. x tgk lg ceta ni kak...

    sy pon la ni..beli dvd aje kak...nk masuk cinema ..si kecik tu x leh tiggl...ahah

    ReplyDelete
  14. Nanti nak layan la citer ni, ramai cakap best lakonan Fizz :)

    ReplyDelete
  15. ni yg buat saya tak sabar nk tgk ni..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...