Wednesday, October 24, 2012

GURU INI GURU JEMBALANG !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

haaa amikk ! kan dah emo !!!
mana x sakit ati ... guru2 yg baik di luar sana jgn berasa hati ye .... akak marahkan seorang GURU di BEIJING, CHINA nie .. memang setan guru nie .. budak seusia 5 - 6 tahun (prasekolah) boleh dia tampar dan tendang .. bayangkan kalau kena ke anak2 kita ! .. apa perasaan uolsss ...
memang betul kata bapa seorang pelajar pra sekolah yg kena tampar tuu .. GURU ini GURU JEMBALANG .. dan paling sakit ati .. guru nie hanya di pecat ! WHAT !!! only pecat !!! .. sepatutnya dia di tangkap dan didera , diperlakukan sama macam dia buat kat budak2 kecik tuu !!! dia x der hati perut kee ?? x der belas kesiann ke haper ?? ... huwaaaaaaaaaaaaaaa seyessss emo akak baca artikel nie .....


BEIJING: Seorang guru prasekolah didapati mendera muridnya dengan menampar serta menendang mereka berkali-kali.

Perbuatan kejam itu terbongkar selepas aksi guru terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah pusat pendidikan di Taiyuan, utara Shanxi.

Melalui rakaman video selama 30 minit itu, guru terbabit dilihat menampar empat muridnya lebih 120 kali apabila mereka gagal menjawab soalan diberi. Insiden itu disiasat selepas seorang daripada bapa murid terbabit - cuma dikenali sebagai Han kehairanan apabila muka anak perempuannya merah dan bengkak. Media semalam melaporkan, Han pergi bertemu pentadbiran prasekolah berkenaan dan menuntut untuk melihat rakaman CCTV di situ.

Menurut Han, melalui rakaman berkenaan, dia melihat anaknya serta tiga kanak-kanak lain menjadi mangsa dera seorang guru.

“Dalam tempoh setengah jam, guru wanita terbabit menampar anak saya 43 kali, selain menendangnya dua kali,” katanya. Mengenai tiga kanak-kanak lain, Han berkata, mereka masing-masing ditampar 43, 27 dan 10 kali dalam tempoh sama. “Wanita itu tidak sepatutnya menjadi guru. Dia bukan manusia, tetapi jembalang!” katanya. Menurut Han, bukan sekali anak perempuannya pulang dengan muka merah dan membengkak tetapi menyangka ia disebabkan kecederaan ketika bermain. Melalui rakaman itu, Han berkata, guru matematik terbabit meminta anaknya mencampurkan dua angka lebih daripada 10.

Apabila anaknya mengaku tidak tahu, guru terbabit menamparnya. Sementara itu, media China melaporkan, guru wanita itu kini dipecat dari sekolah berkenaan. - DM


adohaiiii sib baikk lahh bukan di malaysia ! .. kalau di malaysia macam nie .. sumpah akak cari guru tuuu .. walau dia bukan buat kat anak akak .. anak org lain punn bukan patung ! .. mereka bernyawa ! ...

aduhaiiiiiiiiiiiii minta di jauhkan lahhh sikap macam nie merasuk kedalam minda guru2 kita di malaysia .. kerana , kami ibu bapa sangat2 memerlukan kewarasan guru-guru untuk sama-sama membimbing dan mendidik anak2 kami ... menjadi bangsa yg berdaulat .. bukan bersikap KEJAM macam nie ! ... erghhhhhhhhhhhhh x tahan akak lahhh

sib baikkk videooo nie x ditayangkan .. kalau tidak mauu pecah scrin akak nie .. sbb gerammm erghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

24 comments:

  1. kus semangat..kalau perkara ni jadi kat cni...

    ReplyDelete
  2. Dekat China memang macam-macam kes yg luar biasa kan. Beranak kembar 11 satu je simpan lain kena buang, kena gilis kereta berkali-kali org tak ambil tahu. Eh.. harapnya jgnlah ada di tempat kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pelikk
      polis sana bute ke tuli erkk kak ! huuhu

      Delete
  3. Kepada siapalah anak2 hendak disandarkan? :(

    ReplyDelete
  4. Tergamak dia buat gitu kat anak-anak yang tak bersalah, xde belas kasihan langsung huhu

    ReplyDelete
  5. hmmm kat chnina ni mcm2 kes kan....cam tak bertamadun je sedangkan negara diorg tamdun kegemilangan diorg bermula cukup awal ....hmmmm

    kat taska anak aku pun sama .... aku tgk kat tgn fahim ade bekas cubit ..aku mls nk tnaya cikgu ...
    bila tanya fahim ni kenape ...tahu pe fahim jawab..."xde pepe"

    bila aku saiko fahim ckp cekgu tatau ape fahim bgtau mama ..jgn risau ...br die bgtau yg cekgu cubit dan pesan jgn bg tau mama ....haaaaaaaaa
    mungkin sbb fahim tu jenis merepot so cekgu dah pesan awal jhn btau mama kot....

    tp aku mls nk bising mungkin fahim tu nakal kat skool kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. x per dikk
      kalau betul fahim nakal .. cikgu kena btrahu
      x boleh sewenang2nya cubit sampai berbekas ..
      ok kita ibu bapa still can xcept kalau anak2 kita nakal .. tapi kena btahu dan kita kena terima secara rasional nyee
      lepas nie ko kena cek , dan tanye cikgu dia dik
      x leh biarkan .. kita x nak suatu hari anak x nak ke sek kerana fobia cikguu ashik cubit je kan .. ;)

      Delete
  6. Replies
    1. ekkeke tensi kak .. tensi ;))

      Delete
  7. as salam,

    sebab gaji sipot ke jadi gitu ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. gaji kecik punnn x leh jadikan anak2 galang gantinya utk lepas geramm x patut kan huhuhu

      Delete
  8. Dah tak ada hati perut..Hilang perasaan hormat dan sayang pada insan. Macam tu la jadinya..

    ReplyDelete
  9. alamat lupa nk kasi...nti ieda emel ke jemarisuri@yahoo.com ye...kalau smpt ptg ni js akan poskan...

    ReplyDelete
  10. nama lain utk dia SETAN kak. klu cikgu anak adik sure adik tampar 88 kali muka dia.jahatnya dia, sanggup tampar anak kecil.

    ReplyDelete
  11. alahai, orang yang kita harap untuk mendidik anak2 dah jadi jembalang, sape lagi kita nak harap ni kak.....

    ops! jangan terasa, merujuk pada cerita di atas sahaja, bukan semua guru yerk...

    ReplyDelete
  12. melampau betul..geram jugak saya dibuatnya..

    saya dah tengok video tu tadi..

    takde perasaan langsung cikgu tu kan..

    ReplyDelete
  13. adeh la.. takut baca citer2 camnih.. betul la kak patut penjarakan je org2 camnih.. huhu..

    ReplyDelete
  14. Kesian bebudak yg jd mangsa dia..kejam...

    ReplyDelete
  15. ishhh..risaunya sy dgr..kejam....

    rasa nk tmpr je cikgu tu blk..huhu

    ReplyDelete
  16. td mcm ada baca kt blog sapa ntha..asa mcm dh komen hhahahaa...kejam sungguh mmg saiko kot cikgu tuh

    ReplyDelete
  17. gila betul guru tue...kalau tak sabar kenapa jadik guru..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...