Tuesday, October 16, 2012

FARID DAN DIANA NIKAH 3 NOVEMBER

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

pagi2 bila buka berita dah baca kisah menarik nie .. akhirnyaa .. alhamdulillahh , yang baik eloklahh disegerakan kalau dah lama mengenal hati budi tuu .. tunggu lama2 dugaan makin panjang, takut x tertanggung lak kan .. soo memang  .. suke jeee mereka berdua nie .. sooo cute !

PETALING JAYA: Setelah berteka teki mengenai tarikh perkahwinan, pasangan pelakon Farid Kamil, 31, dan Diana Danielle, 21, akhirnya mengesahkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 3 November depan.

 

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Farid pada pra tonton filem Pe3 terbitan Metrowealth Movie Productions di sini, pada malam Isnin.

"Syukur, hubungan kami mendapat restu keluarga. Insya-Allah kami akan bernikah pada 3 November ini. Doakanlah kebaikan perkahwinan kami," katanya ringkas. Sebelum ini, pasangan tersebut membuat kejutan apabila bertunang dalam diam pada1 September lalu.


Majlis yang diadakan di Damansara dekat sini itu dilakukan secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Pada majlis berkenaan kedua-dua pihak pada mulanya merancang untuk mengadakan majlis pernikahan selepas setahun bertunang. Diana dan Farid menyulam cinta selama tiga tahun dan hubungan mereka pernah putus tetapi disambung semula.

Farid sebelum ini pernah bercinta dengan Irma Hasmie tetapi hubungan itu tidak kekal sementara Diana pula dengan pengarah dan aktor Syamsul Yusof.


cunnn kan Diana nie .. bertuahhhh Farid .. harap2 mereka bahagia lahh kan .. usia mereka nie muda .. terutama sekali Diana nie .. tapi tulah usia muda @ tidak tidak menjanjikan apa2 .. pokok pangkal pada hati dan perangai masing2 .. keimanan kena kuat dlm harungi perhubungan dan seterusnya ikatan suami isteri ... semoga mereka dpt harungi dan bahagia sehingga ke jinjang pelamin !

ps : mood hari nie malasssssssssssssss sgt2 .. huhuhu x tahulahhhh .. rasa nak tutup komputer dan balik rumah aje !!! huwaaaaaaaaaaaa help meee !!! kenapa lahh ada perasaan macam nie .. perasaan malasss nak kerja ! huhuhuh



23 comments:

  1. semoga mereka berbahagia hendaknya

    ReplyDelete
  2. Semoga berpanjangan jodoh mereka...

    ReplyDelete
  3. Tak lama lagi tu..Tahniah..sama cantik sama padan..~

    ReplyDelete
  4. semoga jodoh mereka kekal hingga ke syurga.

    bukan akk je sy pun sama malasnya nak keje rasa mcm nak jd suri rmh lah kak..hihi

    ReplyDelete
  5. semoga berbahagia dan berkekalan untuk mereka...

    ReplyDelete
  6. tahniah buat mereka

    tak sabar nak tgk persandingan artis glakmer ni

    ReplyDelete
  7. tahniah buat mereka;) couple lama2 pun tak bagus kan ;)

    ReplyDelete
  8. bagus dorg ni... senyap2... bila dah kompen baru heboh...

    ReplyDelete
  9. tu le kak..dengar jugak kat hotfm tadi...alhamdulillah...semoga berpanjangan la jodoh mereka...amin.....

    kak jgn malas2...kang lieya babab kang hehehehe

    ReplyDelete
  10. congratz for both of them

    ReplyDelete
  11. sama cantik sama kacak~! hehehe.. tahniah buat mereka. Semoga bahagia hingga syurga. Amin. =)

    ReplyDelete
  12. Biarlah cepat menikah dari lama-lama macam-macam boleh jadi. Farid taklah muda sangat ieda tapi Diana memang masih muda...

    ReplyDelete
  13. sweet diorg dua nie, moga kekal ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  14. sy pun suke tgk diana ni..cantik.. nnti ank diaorg mesti comell :p

    ReplyDelete
  15. semoga jodoh kekal..mmg cantek diana nih

    ReplyDelete
  16. akakpn pnah ader perasaan cenggitu, biasanya kena ambil cuti & rehat, baru pulih, penat kot!!!!

    ReplyDelete
  17. sama cantik, sama padan, moga mereka bahagia hingga hujung nyawa

    ReplyDelete
  18. slalu mls kerja sbb kite tak best ngan suasana kerja tu ... ade pepe jd kat opis ke kak ??

    ReplyDelete
  19. 3 november tuh birthday husband falsya..hehehe

    ReplyDelete
  20. akhirnya Farid yg dapat..hehehe

    ReplyDelete
  21. moga jodoh mereka berkekalan hendaknya

    ReplyDelete
  22. kalau dah jodoh tak kemanakan...semoga kekal bahagia..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...