Wednesday, October 10, 2012

DIMANA BENAR & DIMANA SALAHNYA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

“Bukan Salah Nabila 100%, Penganjur Tak Tetapkan Tema Pemakaian Yang Lebih Islamik” – Zed Zaidi



“Bukan Salah Nabila 100%, Penganjur Tak Tetapkan Tema Pemakaian Yang Lebih Islamik” – Zed Zaidi - Isu mengenai Nabila Huda yang berpakaian seksi pada majlis Anugerah Blokbuster baru-baru ini telah mendapat komen dari pelbagai pihak.

Rata-rata pengkritik termasuk bapanya, Amy Search meminta pelakon itu lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian pada masa akan datang. Namun ia berbeza dengan pendapat Presiden Seniman, Zed Zaidi apabila dia mengatakan itu bukan salah Nabila seratus peratus.
Menerusi Sinar Harian, Zed memberitahu artis yang hadir pada sesuatu majlis atau program akan memilih fesyen pakaian bergantung pada tema, jadi, penganjur sepatutnya perlu membuat tema yang lebih kepada islamik.

“Kalau tema fesyen islamik digunakan, lama-lama semua artis pakai tudung. Jangan salahkan artis seratus peratus, pihak penganjur juga bertanggungjawab,” katanya, di sini, hari ini.

Kenyataan yang dikeluarkan Zed memang ikhlas dan idea itu boleh dianggap bernas namun, perlu ditekankan mengapa pada hari berkenaan Nabila Huda saja yang berpakaian ‘over’ sedangkan artis lain semuanya biasa-biasa saja.Walaupun begitu masing-masing ada kesilapan diri, apa yang penting selepas ini berhati-hati dengan etika pemakaian lebih-lebih lagi mereka yang bergelar selebriti.

Ini kerana apa saja yang disarungkan artis itu akan menjadi bualan orang. Mulut orang memang susah nak tutup, bila Nabila pakai seksi dia dikutuk, ini Datuk Siti Nurhaliza yang sememangnya sopan turut dikutuk sama macam mana pula tu. – MyNewsHub



pulakk dahhh .. so sape salah ???
pada akak lahh ikhlas cakap .... semua atas diri sendiri ..... makan utk perut sendiri .. ada yg makan utk perut orang lain ke ?? dannnn YE .. paling utama KUBUR MASING-MASING kan ! soooo dosa sendiri tanggung ... TAPIIIIIII sebagai manusia yg hidup bermasyarakat dan sesama ISLAM ... kita wajib dan ada hak untuk menegur agar sesama kita tidak melakukan kesalahan yang akan membawa kepada kemungkaran ALLAH subhanawataala .. kerana BALASAN darinya bukan utk KO sorang ! .. tapi akan tempias kena kepada kami2 yg x bersalah nie !!! aci ! ...........
renung2kan lahhhhhhhhhhhhhh


14 comments:

  1. Salam Ieda.Mmg sexy maut pakaian dia....entah la artis2 muda skrg:(

    ReplyDelete
  2. tak guna tuding jari ke pihak lain.. tepuk dada tanya iman! yang pelik, kenapa nak tegakkan benang yang basah si ZZ ni pun.... huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. bg sy,xperlu salahkan penganjur.sebenarnya menda cmnie bergantung pd diri sendiri.dah tahu diri sendiri islam,pakai cmtu npe?dah tahu islam haramkan utk pamerkan aurat,kenapa buat???kalau semua penganjur letakkan syarat utk berpakaian sopan n islamic pown,tp kalau artis sendiri xnk ikut,ape gunanya?

    sy xfhm ape yg diperjuangkan oleh Zed Zaidi sebenarnya.dah byk kali kita nmpk n baca kenyataan dan pembelaan dia yg bg sy xmasuk akal.

    ReplyDelete
  4. pelik plk bile zz pertahankan sampai mcm tu sekali...org lain takder la over mcm nabila pakai pun..mmg terang2 yg pakaian dia srg jer menjolok mata..ermm..ntah la..dah jadi mak org patut pandai la pikir sendiri..zz suka tgk kot artis pakai seksi2 ni tu yg dia tak salahkan artis pakai seksi tu..

    ReplyDelete
  5. apa2 diri sendiri jugakkan...personaliti mcm dia mesti org akan nilaikan...

    ReplyDelete
  6. As salam Kak Ieda,


    Perggghhh... tak tahu dah nak komen! Saya ade juga tgk pakaian yg dipakai oleh Nabila tu... untung lelaki yg menengok... huhuuu...

    Setuju dgn pendapat semua kat atas tu... Moga mereka ni mendapat hidayah... Bg saya komen ZZ nampak kurang bijak :(

    ReplyDelete
  7. akak ketinggalan kot isu ni, so x berani nak komen..

    si nabila sepatutnya peka sbgi seorg muslimat (terrrrrrrrkomen gak..)

    ReplyDelete
  8. Bodoh jugak si ZZ....dah terang2 kita dah ada guide iaitu Al Quran...maw kasi salah peganjur lagik....apa laaa

    ReplyDelete
  9. memang seksi giler pakian dia...

    ReplyDelete
  10. pokok pangkalnya kita sendiri,kalu penganjur letakkan tema tp dia tak letakkan syarat baju fesyen apa yg perlu dipakai..baju kurung pun kita bole pakai kalu temanya colour block,ha..pakai je baju pink kain biru..hehe terlebih komen lak

    ReplyDelete
  11. zz kan dok membela artis jer keje dia

    ReplyDelete
  12. x perasan la plak pakain dia masa tu...lebih suka tgk pgacara..haha..

    ReplyDelete
  13. saya sokong ayat akak yg last tue..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...