Tuesday, October 2, 2012

CEMBURUKAN ADIK BARU ~ BIASAKAH BERLAKU ?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

haaa rasanya bagi kita ibu2 pasti ada mempunyai masalah seumpama nie kan , akak dulu zaman kecik kan anak2 x ingatlah .. tapi akak perasan yang masa sabriena dulu memang amanina cemburukan adiknya .. mgkin disebabkan faktor jarak usia mereka yg dekat agaknya .. haaa masa tuu , amanina dan adiknya sabriena jarak hanya 2 tahun .. memang dekat lah kan .. x dinafikan .. 

soo memang ketara sgt2 kecemburuan dia tuu .. ekekke tapi time mengandungkan zahrien , sabriena idoklah nampak cemburu dia .. mgkin sbb sabriena dah 3 tahun lebih masa tuu .. soo dah paham kan .. pun masa tuu akak selalu ceritakan perihal bb dlm perut pada dia .. bagi dia paham yg dia bakal ada adik ..:)


Menerima kehadiran orang baru dalam keluarga pasti seronok dan menggembirakan. Namun tanpa kita sedar ada hati milik si kecil yang sedang cemburu dan merasakan kehadiran ‘orang baru’ itu bakal menggugat perhatian mama dan papa terhadapnya. Perlakuan cemburu terhadap adik baru pastinya pernah anda saksikan di dalam kalangan anak kecil. Cemburu memanglah positif kerana ia menandakan si manja telah berkembang dari segi mental. Namun jika dibiarkan berlarutan perasaan cemburu ini mungkin akan menimbulkan masalah kepada anak-anak terutama sekali bagi segi emosi.


Pada usia tiga atau empat tahun, biasanya si kakak atau si abang sudah boleh menerima kehadiran adik baru. Malah ada kanak-kanak yang meminta-minta supaya mamanya ‘membelikan’ adik di pasar raya lantaran terlalu suka melihat kecomelan bayi. Lucu bukan? Begitulah terujanya mereka ingin memiliki adik. 

Kesan cemburu

Cemburu kepada adik baru boleh menjadi sebab kepada pelbagai masalah. Ia boleh menjadi lebih parah sekiranya dibiarkan. Oleh sebab kemahiran komunikasi dan bahasa mereka masih belum berkembang sempurna, pada peringkat usia begini, luahan cemburu sering ditunjukkan menerusi kelakuan-kelakuan mudah mengamuk.

Senario begini sering berlaku pada anak yang apabila ibu dan ayah yang tidak menyediakan minda anak untuk menempuh fasa perkembangan sebagai seorang kakak atau abang. Mempunyai adik baru bermakna dia anda bakal berkongsi kasih sayang, masa, perhatian dan ruang. Situasi ini jika muncul secara mengejut pasti akan memberikan kesan emosi yang ketara dan menyebabkan si manja rasa terabai.

Ambil langkah-langkah ini untuk mengelakkan dia cemburu pada adiknya selepas dilahirkan kelak:
  • Beritahu bakal akak atau abang tentang kehadiran adiknya tidak lama lagi sebaik sahaja anda mengetahui anda hamil. Ajaklah anak berbual dengan adiknya di dalam kandungan. 

  • Cuba libatkan anak anda dalam membuat persediaan menyambut kelahiran adiknya.  Sebagai contoh ketika membeli-belah barang keperluan seperti pakaian atau mainan. Berikan ia kebebasan memilih satu barang untuk bakal adiknya.

  • Terangkan padanya berulang-ulang kali bahawa adiknya nanti akan memerlukan banyak perhatian selepas dilahirkan. Sebagai contoh-“Nanti bila adik lahir, mama kena susukan adik sebab adik tak boleh makan dan minum macam Sara. Dia boleh minum susu mama sahaja. Dia tidak boleh mandi sendiri, tak boleh pakai baju sendiri. Jadi mama dan Sara kena tolong mandikan adik dan pakaikan baju. Bila adik dah besar macam Sara, adik dah boleh buat sendiri”.

  • Elakkan mengubah rutin harian anak anda selepas kelahiran adiknya. Anda sepatutnya mengubahnya sedikit demi sedikit untuk mengelakkan dia rasa anda berubah selepas melahirkan adiknya lahir.

  • Minta bantuan anak anda semasa anda menguruskan adiknya. Sebagai contoh minta bawakan lampin atau tisu  lembap untuk menukarkan lampin adiknya. Ia akan membuatkan ia berasa seperti kakak atau abang yang boleh diharap dan boleh memupuk perasaan sayang kepada adiknya.
Apa yang perlu dielakkan?
  • Memberitahu kehadiran adiknya nanti adalah sebagai teman bermainnya. Hal ini kerana  tempoh hamil sangat panjang dan selepas kelahiran adik barunya hanya akan menyusu dan tidur sahaja, tidak akan menjadi teman sepermainannya sepantas itu.

  • Melarang dia  daripada menghampiri atau menyentuh adik kerana caranya yang agak kasar. Biasanya anak pada usia ini akan memeluk adiknya dengan terlalu kuat atau mencium dengan kerap.

  • Pada peringkat umur ini, anak akan mudah cemburu melihat orang lain mendapat perhatian. Ia ditunjukkan dengan pelbagai hal seperti mahu ibu memakaikan baju untuknya, mahu didukung seperti adik dan disuapkan ketika makan walhal dia sudah pandai melakukannya sendiri. Usah cepat melenting. Kawal emosi dan anggap anak anda sedang menyesuaikan diri dengan keadaaan baru.

  • Mendukung adik baru ketika memperkenalkan kepadanya. Tindakan ini akan menyebabkan anak anda berasa terpinggir dan anda lebih menyayangi adiknya.

  • Orang sekeliling lebih menumpukan perhatian kepada adiknya berbanding dirinya. Anda perlu meminta ahli keluarga atau rakan-rakan untuk tidak ketinggalan bercakap mengenai si kakak atau abang agar perhatian yang diberikan lebih seimbang. 
Tahukah anda

Jarak umur antara anak dua hingga empat tahun akan mencetuskan perasaan cemburu yang ketara kepada anak yang lebih tua. Manakala jarak umur 18 bulan atau lima tahun  ke atas mempunyai risiko yang lebih rendah.

sumber : pama

ouchhh .. manisnya saat2 mengandungkan mereka huhuh .. bila cerita2 macam nie .. terasa sgt2 nak mengandung lagi .. walau sedar ia hanyalah mimpi semata2 .. huhuh 
( bg yg belum tahu , akak x leh mengandung lagi sbb dah "ikat" disbbkan faktor2 kesihatan - bb besar & bersalin ceaser ) so redha sahajalahhh ...




19 comments:

lelamaisara said...

tak dapat bayangkan kalu anak saya alesya tu ada adik..heheheh

atuk said...

Assalamualaikum Ieda

sesetengah budak...ia akan marah kalau ada orang nak ambil adiknya

Everything's Everythings said...

Ada anak buah saya tu bukan main syg adiknya, bila kitorg bergurau nk ambil adik boleh tak?
marah dia tak kasi owh xD

Tapi cemburu dgn adik tu nmpk mcm comel je, nak2 waktu kecil2 kan? xD

kak tini (umialya) said...

maaf ya eida, akak tak tau.. huhuhu

Aishah Jahirah said...

jeles dgn adik dia...tp org nk adk xbg...huhuu.makin besar selalu makin oke lakan...

Aisy Nasiha said...

Thanks for the info...mmg mengamuk aje Naim bila Nazif lahir ni, lg2 bila saya yg jaga dia...dgn papanya kurang sikit.

NoEn said...

xtahu la alya mcm mana kalau ada adik..tp hari tu awal2 lg sy dah cakap ada baby dalam perut..suruh dia kiss...sekarang pun kadang2 dia mintak nak kiss baby(perut)...huhu

Zura@Iwan said...

sy ada gk tingin nk tmbh ni...tp pk gk irfan baru aje kan...

sian dia plak...ye la kak..kalau bleh nk cpt2 tmbh anak..hehe,

fiza said...

Anak saya yg 2nd tu memang cemburu ngan adik dia. Skang pon masih ada lagi especially time nak breastfeed...hurmmm...

Detective Fiqa said...

biasalah tu. sy sebagai anak pun ada jee sifat2 gitu. hehehe
btwkan air dicencang takkan putus ^^

~Cik Sweety~ said...

beranak la lgi kak..hehehhe

aimaniman said...

biasalah... anak akak dia lepaskan perasaannya dgn tunjuk perasaan, kekadang merajuk, mudah menangis... almaklum beza umur cuma setahun setengah jer, tp seronok tegok dia org membesar sbb hampir sebaya..

ALoNa CintamaniszLite said...

Hmm..dh lama meninggalkan pengalaman ni sampaikan anak2 akak lak tanya bila nk mengandung lagi, adoii...takde rezeki. Bkn taknak..

ALoNa CintamaniszLite said...
This comment has been removed by the author.
ALoNa CintamaniszLite said...
This comment has been removed by the author.
sal ya said...

alhamdulillah... masa baby tak ada la nampak cemburunya tu. bila dah besar ni la ada la sikit2 sebab masing2 berebut nakkan perhatian abahnya tu.

mamawaiz said...

tumpang kasih kat anak2 saudara je lah kak..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

cousin wani ada anak dia cemburu bila dpt adik baru hehehe....rasanya ada banyak yg mcm tu bukan xpenah ada dik tetiba dpt adik tkt mak ayah xsayang kt dia lg la tuh hehe

fieda said...

mmg berlaku kan kak...

Labels

Suke (845) Makan - makan (410) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (282) family (270) anak-anakku (235) Dunia (218) artis (203) Wanita (195) Tentang Aku (177) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (64) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) Pelik (22) blog (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) pekerjaan (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) kehidupan (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...