Tuesday, September 11, 2012

TIPS MEMILIH MAKANAN SIHAT DI KANTIN SEKOLAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

Isu hangat kebelakangan ini mengenai makanan kantin tidak sihat membuat ramai ibubapa ragu-ragu dengan jenis makanan yang dijual di kantin sekolah anak-anak mereka. Bagaimanakah ibubapa boleh mengajar anak-anak mereka untuk memilih makanan yang sesuai dan lebih berkhasiat apabila membeli snek pada waktu rehat di kantin sekolah mereka? 

Uolss selalu tak mengalami masalah macam ini ?? haaa lately nie akak ada terima aduan dari anak2 .. bukan ape .. walau mereka tidak selalu makan di kantin , tapi rakan2 mereka lah selalu bercerita .. tahap kebersihan akak kurang dijaga .. hurmmm semua nya pasti maklum , kantin sekolah memang kebanyakannya orang melayu islam yang jaga @ tuan punya .. soo sepatutnya masalah kesihatan dan kebersihan seharusnya menjadi perkara utama mereka .. bila dah ada kes keracunan baru nak ambil tindakan ke ?? .. sampai tahap itu baru nak sedar ke ??

kalau macam akak , memang selalu bekalkan mereka makanan ke sekolah , jarang sekali mereka beli di sekolah , kalau nak makan sangat , mereka akan request ngan akak .. hurmm di pertimbangkan .. haa nie akak nak share info ini untuk ibu2 diluar sana ..

Makanan snek yang diambil oleh anak-anak pada waktu rehat di sekolah bukanlah untuk menggantikan sarapan atau makan tengah hari. Snek yang berkhasiat boleh membantu mengenyangkan mereka sehingga waktu makan tengah hari, dan paling penting, memberi mereka tenaga yang diperlukan untuk belajar dan melakukan aktiviti di sekolah.

1. Galakkan anak-anak anda lebih kerap mengambil makanan ini:

* Snek yang kurang berminyak dan kurang manis, tetapi membekalkan nutrien yang berguna, seperti sandwich dengan inti telur, ayam, sardin atau tuna; kuih apam; pau kukus; atau mihun sup dengan sayuran dan daging. Buah-buahan seperti pisang, jambu batu dan epal juga merupakan pilihan yang baik.

* Minuman kurang manis dan berkhasiat juga boleh diambil. Antaranya adalah susu (termasuk yang berperisa), susu kacang soya, jus buah-buahan segar, dan minuman yogurt.

2. Ajar anak-anak anda supaya mengambil makanan ini sekali-sekala (hadkan kepada 1-2 kali seminggu):

* Nasi lemak, nasi goreng atau mi/ mihun/kuihteow goreng, mi kari.

* Makanan ini boleh diambil sesekali kerana ianya membekalkan beberapa nutrient penting, tetapi mengandungi lemak yang tinggi. Nasihatkan anak anda supaya makan hidangan kecil sahaja (atau separuh).

3. Ajar anak-anak supaya mengurangkan pengambilan snek ini (tidak lebih daripada sekali seminggu):

* Makanan yang berminyak, mengandungi banyak lemak dan garam, seperti pisang goreng; burger, sosej, nuget goreng dan kentang goreng.

* Makanan dan minuman manis dan mengandungi banyak gula seperti air sirap, kordial buah-buahan, minuman berkarbonat, gula-gula dan kuihmuih manis.

* Makanan yang mengandungi banyak garam dan perisa, seperti kerepek/keropok; dan snek dengan perasa tiruan.

Akhir sekali, ingatkan anak-anak anda supaya sentiasa memastikan makanan yang mereka pilih adalah segar dan bersih, dan jangan membeli makanan yang tidak ditutup dengan betul.

Jika anda rasa kantin sekolah anak-anak anda tidak menyediakan makanan yang sihat, anda boleh berbincang dengan pihak sekolah semasa mesyuarat PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) tentang cara-cara kantin sekolah boleh membaiki perkhidmatan dengan menyediakan pilihan makanan yang lebih sihat.

Dengan cara ini, anda boleh pastikan anak-anak anda mendapat segala nutrien penting yang diperlukan untuk menyokong gaya hidupnya yang aktif! – Hal-hal Pemakanan Keluarga, Persatuan Pemakanan Malaysia, Persatuan Dietitian Malaysia dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia.

petikan : pama

14 comments:

  1. tip yg menarik kak...kadang2 budak nie bila ada duit nak beli yg bukan2 jer...

    ReplyDelete
  2. bagus la tips nie...boleh bagitau kat anak2 saudara nie..

    ReplyDelete
  3. masa sekolah dulu saya jenis yang bawak bekal~

    ReplyDelete
  4. tips ni sgt2 bagus utuk yg ada anak2yg masih bersekolah sebab kantin sekolah tempat utama anak2 makan waktu mereka di sekolah

    ReplyDelete
  5. Lagi bagus kalau kita dapat menyediakan bekalan makanan untuk anak2. Tapi itulah, kadangkala anak2 ni bukan nak bawa apa yang kita masak atau kita pun selalu tak ada masa untuk menyediakannya. :(

    ReplyDelete
  6. Bagus tips ini ieda. Tapi syukur juga sekolah anak kakak apa juga jenis snek memang tidak dijual so selamatlah sikit.

    ReplyDelete
  7. selepas jamuan raya kt sekolah t/hari, anak bgtau ramai pelajar di sekolah diberikan air garam termasuk dia (gara2 ramai yang cirit birit, katanya berpunca dari rendang ayam..)

    sib bek tak teruk..

    ReplyDelete
  8. tips yg bagus.
    harap masa ank sy sekolah nnt mahulah dia bwk bekal itu pun kalau sy ada masa sediakan..

    ReplyDelete
  9. gud info kak...

    nnti ank dh sek leh la refer blk sini kan..

    ReplyDelete
  10. Thanks for the tips kak.

    ReplyDelete
  11. bawak bekal lagi baik kannn :)

    ReplyDelete
  12. ala nanti anak masuk darjah satu mesti nk kena pk semua ni kan

    ReplyDelete
  13. bawa bekal ke sekolah senang...lg afdal bekal tu kita yg buat kan :)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...