Sunday, September 2, 2012

SRI WANI " SAYA LEBIH TENANG "

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

akhirnya selesai juga kes Sri Wani nie .. hurmm x kenal sgt dia nie .. cuma tahu dia nie pengasas produk kecantikan .. hurmm macam malah boleh suami dia dakwa dia lelaki erkk .. dan sekarang dah terang2 jantina dia perempuan .. dah tuu suami dia tuu normal @ tidak otak dia .. x kan x leh nilai dia nie lelaki @ perempuan .. aduhhhhhhhhhhhhh macam2 hal lah dunia skrg nie .. semua nie jadi pengajaran kepada kita semua kan .. manusia nie x sama .. minda dan pemikiran x sentiasa betul .. huhuhuh 

x perlahhhhhhhhhhh janji dah selesai kes dia nie .. biar dia hidup dengan tenang , akhirnya mereka berpisah jua .. berpisah demi kebaikan kalau itu takdirnya .. kita doakan sahaja lah sama2 kan ;)

sriwani

SHAH ALAM - "Saya lebih selesa untuk hidup janda daripada kembali kepada suami saya." Ini reaksi usahawan produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah, yang menjadi perhatian media selepas jantinanya dipertikaikan oleh suaminya.
Dihubungi Sinar Harian Online semalam, Sri Wani, dirinya kini lebih tenang selepas melalui tekanan hidup yang begitu mendalam sejak dua tahun lalu.

"Saya akan meneruskan hidup saya, akan terus dengan hidup saya, akan tumpu pada perniagaan, bina semula perniagaan," kata Sri Wani yang menjelaskan suaminya telah melafaz talak satu ke atasnya dua tahun lalu. Mengulas lanjut, katanya: "Saya perlu teruskan hidup saya. Melainkan kalau ada kasih sayang, saya akan fikir (untuk berkahwin lagi)."

Kelmarin, Mahkamah Tinggi Syariah membatalkan kesemua empat permohonan yang difailkan suaminya, Profesor Dr Baharom Sanugi. Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan membatalkan empat permohonan Baharom, bekas dekan, termasuk permohonan faraq nikah (dipisahkan perkahwinan) dan perintah mahkamah agar Sri Wani menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas meragui jantina sebenar wanita terbabit.

Mahkamah turut menolak permohonan komital dan perintah menegah Sri Wani daripada mengeluarkan kenyataan kepada pihak media yang difailkan oleh Bahrom sebelum ini. Berikutan itu, mahkamah mengarahkan Baharom untuk membayar kos kepada plaintif sebanyak RM12,000.

Abdul Walid berkata, keputusan tersebut dibuat selepas meneliti afidavit permohonan yang difailkan Sri Wani yang memohon untuk menggantung semua prosiding mahkamah kerana Baharom bukan seorang permastautin tetap dalam Wilayah Persekutuan.

Baharom, 61, yang mengesyaki Sri Wani  seorang lelaki, telah memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan selepas setahun mengahwini isteri ketiganya itu,  seorang pengusaha produk kecantikan, yang memeluk Islam pada 2001. Pasangan tersebut bernikah pada 19 Ogos 2009 di Songkhla, Thailand dan mendapatkan sijil nikah di Kedah. Beliau membuat aduan di Jabatan Agama Gombak dan diarah untuk berpisah sementara pada 23 November 2010.

petikan : hmetro

15 comments:

  1. punyala sy cr tempat nak komen xjumpa..dlu pernah dh skali masuk xjumpa gak.hihi..

    kesian kat sriwani ni eh..laki dia tu peliknya..dh sthn kawen br failkan..vongokss..kesian sbb dia ni mualaf..moga2 dia kekal dgn Islam wpun dh bcerai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasal kan ..
      sah setahun punn
      dh tuuu yg ari2 duk belek tuuu x curiga lakk huhuh
      memang somethings wrong ngan hubby dia nie huh

      Delete
  2. mmg sah laki dia 'tak' berapa betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak .. konperm ahahha
      patut dia kena gi cek dr ! ahahha

      Delete
  3. Mengomnye laki die,
    cari lain je la si cantik,
    tak perlu hidup dengan yg tak waras tu~

    ReplyDelete
  4. cantik orangnya..

    *salam kenal kak. nak $$ raye! :)

    ReplyDelete
  5. cantik jelita sriwani ni..

    syukur dah terlerai masalah mereka kan.

    ReplyDelete
  6. huhu ujian utk dia..Allah dtgkan ujian pd kita dlm mcm2 bentuk kan..


    **ieda, adik saya biasanya yg orderkan HL tu dgn kawan dia kt kl..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok .. x per wan ..
      janji kawan wan tuu leh monitor tahap keberkesanan wan dlm menggunakan HL nie .. tu paling penting ;)

      Delete
  7. sepandai2 x-suami dia tuh...pompuan ngn lelaki pun dia xleh nak dapat bezakan ek? padahal ni 2nd wife dia kan...da tentu la dia da lebey tau...pelik! pelik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmm tu lah pasal ..
      x hubby dia DR kan .. dekan layiee
      huhuh ciannn deria rasa dah luput hahaha
      pelik baru skrg duk sebuk2
      ari duk belek2 tuu hape !!!

      Delete
  8. Memamg pelik laki dia nie....turut simpati...

    ReplyDelete
  9. tu ada niat nak kawin lain la tu. kalau saya pun takkan kembali kat lelaki macam tu. ceh, buat bazir tenaga je.

    ReplyDelete
  10. ishh ada gak kes camni yer...laki ada rasa lain macam kot x..hikk

    ReplyDelete
  11. adeh apsal ngan bekas laki dia...xpernah bersama ker time kawin sampai xtau beza laki ker pompuan huhu

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...