Friday, September 7, 2012

SHARNAZ BELAJAR TIDAK PANAS BARAN LAGI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

alhamdulillahhh , syukur lah kalau ada kesedaran untuk berubah kearah yg lebih baik kan , sikap panas baran nie , x semua orang suke .. even orang lelaki pun x boleh kawan lama ngan mamber yg panas baran nie .. huhuhu kalau perempuan lagilahhh , minta dijauhkan ..

kira shanaz nie beruntung , dia ada shila yg benar2 sabar ngan dia .. tenang dan cantik disisi beri dia selalu sokongan .. kira memang sepadan lah kan .. bagus sgt2 lah jika sharnaz nie pergi belajar perbaiki diri dari sikap panas baran dia tuu .. semoga dia akan menjadi lebih baik .. insyallahhh .. akk suke dia nie .. mula2 dia berlakon lagi dah macam ala2 tergoda ngan mata dia muahhahahha .. sabor ajee ! .. ngehx3


PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu sering berjumpa dengan suami kepada penyanyi Noraniza Idris iaitu Jeffri Hudi untuk mendapatkan nasihat mengenai sikap panas baran yang dihadapinya. Sharnaaz, 27, berkata, Jeffri sering memberikan tip berguna kepadanya dalam mengurangkan masalah itu.

"Kadang-kadang perkara yang kecil pun boleh membuatkan saya marah dan saya sendiri hairan dengan perangai saya itu. "Bagaimanapun selepas bertemu abang Jeffri saya mula berubah secara perlahan-lahan," katanya kepada mStar Online.

Tambah Sharnaaz, dia kerap berjumpa dengan Jeffri kerana selesa berkawan dengannya yang juga seorang bilal dari Singapura. Dalam pada itu, Sharnaaz turut menggunakan medium lakonan sebagai medan untuk meluahkan rasa marah apabila sering diberikan watak antagonis oleh pengarah.

"Dulu saya tidak sedar sikap panas baran saya ini sebenarnya telah banyak memberi rezeki kepada saya kerana sering diberikan watak-watak jahat. "Malah ia juga menjadi satu terapi kepada saya apabila dapat menghilangkan sikap buruk itu dalam bentuk lakonan," ujarnya.

Sementara itu, Sharnaaz menjelaskan kekasihnya iaitu Shila Amzah turut memainkan peranan bagi memastikan masalah tersebut dapat diatasi. "Shila banyak memberikan sokongan kepada saya walaupun dia tahu saya memang seorang yang panas baran tetapi dia sentiasa berada di sisi saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz bakal muncul dengan filem terbaru berjudul Sembunyi arahan Khabir Bhatia pada November depan.


dulu masa mula2 kawan ngan hubby , sebelum decide nak kawin selalu doa .. jgn lahh dpt calon suami yg panas baran .. lupe nak doa jgn lah pemalu ahahha .. sekali dpt yg pemalu pulak ! ... ahakss apa2 pun redha dengan kekurangan dan kelebihan org tersayang kita kan kan kan 

12 comments:

  1. kan kak, tina pun takut kalau dpt suami baran ni

    patutlah dia berlakon dalam bukan bidadari mcm real je barannya, seram

    ReplyDelete
  2. sikap panas baran ini perlu dijauhi.. kena ambil masa utk berubah utk kebaikan bersama

    ReplyDelete
  3. baru tau dia ni panas baran kak .. nmpk muke xde lew ganas sgt2..

    en somi zr dlu nye sgt panas brn ikut peel arwah ayh dia (ni cite dr adik dia sdiri ).. tp sjak kenl dgn zr , kalau dia terasa nk marah dia akan kuor pi mana2 dlu smp angin dia ok , then dia balik .. so ok .. but itu 9thn yg lalu lew... now kalau dia mrh , i suh tido luor wakakakakakak..

    nw kalau mrh pun kjsp2 myb faktor usia jgk kut

    ReplyDelete
  4. saya sendiri panas baran kak..
    tapi saya sentiasa belajar untuk kawal rasa cepat marah ni..
    hihi..

    ReplyDelete
  5. Eloklah belajar jadi cool klu tak jadi macam cerita inas tu kan kak ;)

    ReplyDelete
  6. Bagus juga tu, kdg2 org yg panas baran ni ada yg tak sedar diri juga tu yg susah ;D

    xpelah lagi bagus dpt si pendiam dari byk ckp nanti tak berhenti dia bersembang plak kan? xD

    ReplyDelete
  7. samelah kak..tulah doa saya yg pertama sekali, xmo jodoh yg panas baran..cukuo2lah saye je ade darah panasss,hehehe

    ReplyDelete
  8. laaaa...muke hensem panas baran plak...huuu

    ReplyDelete
  9. oh mmg panas baran ghupenye. patut la mjadi je bile die pgang watak panas baran. huhu kite plak naik geram.

    ReplyDelete
  10. Cite cerekaraman yg baru2 ni sgt menakutkan..mmg terserlah sifat baran dia tu..huhu

    Notakaki:salam perkenalan

    ReplyDelete
  11. sifat dia rupanya ptt klu berlakon jd panas baran mmg menjadi....

    ReplyDelete
  12. Nasib baik CR tak dapat suami panas baran hihihi

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...