Saturday, September 29, 2012

SHAM KAMIKAZE , ISTERI SAH BERCERAI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

lambat juga akk bersiaran hari ini , keletihan ... kebetulan pagi nie tadi akak hadiri majlis tahlil , penyampaian hadiah dan jamuan raya zahrien di tadikanya .. balik rumah , badan dah rasa lain macam .. letih semacam .. soo tidur dulu .. bangun2 nie akak masak dan terus hadap komp ekekke ..

aduhh sedih pula bila dpt tahu kes pencerian dan perpisahan artis2 kita nie , nak2 artis Sham Kamikaze nie .. sbb dia pernah dtg ke UCSA dahulu .. tgk kan dia rasa sejukk hati , ingatkan kehidupan orang2 macam nie akan sentiasa bahagia .. sementalah dia baru sahaja menerima cahaya dari allah .. yelahh pasang surut berumahtangga hanya allah sahaja yg mengetahuinya .. bila hati dan perasaan sudah tiada lagi .. payah untuk meneruskan sesebuah hubungan .. atas kehendak dan izin allah semua ini berlaku pasti ada hikmahnya ..


SHAH ALAM: Hasrat isteri kepada komposer dan pendakwah bebas Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar yang ingin menuntut cerai daripada suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis menjadi sebaliknya apabila pasangan tersebut sebenarnya disahkan bukan lagi suami isteri sejak 1 September tahun lalu.

Ia disebabkan tindakan rujuk yang dilakukan oleh pasangan tersebut secara perbuatan selepas 15 hari lafaz cerai dibuat adalah tidak sah mengikut mazhab Syafie.

Mereka juga telah melakukan perbuatan “muasyarah” iaitu yakin hidup sebagai suami isteri tanpa menyedari pernikahan mereka sudah terbatal.

Malah pasangan berkenaan juga tidak melaporkan lafaz cerai berkenaan kepada pihak mahkamah. Hakim Syarie, Atras Mohammad Zin memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pasangan tersebut dalam sebutan kes mereka di sini pada Khamis.
 
Atras berkata, perbuatan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, (defendan) yang tidak melaporkan lafaz cerai dan kembali rujuk itu menyalahi undang-undang syariah negeri itu selain bercanggah dengan hukum syarak yang telah ditetapkan.

"Walaupun rujuk secara perbuatan itu tidak salah dari segi hukum tetapi defendan harus melihat ia mengikut konteks undang-undang dan mazhab yang diguna pakai di negara ini."Defendan sepatutnya merujuk perkara berkenaan kepada mahkamah syariah untuk memutuskan perkara itu sebagai sah atau pun tidak," ujarnya.

petikan : mstar online


Sabda Rasullullah SAW: mana mana perempuan yang menuntut cerai dari suaminya 
tanpa sebab yang munasabah , maka haramlah ia mencium bau syurga.

11 comments:

  1. cantik ex wife dia tu kan kak tapi jodoh mereka hanya setakat ini.

    ReplyDelete
  2. Alahai sedihnya tgk byk artis ni asyik bercerai sahaja.. walaupun kita nmpk mereka bahagia sebelum ni agknya ad yg smpai terpaksa berlakon dlm berumah tangga..

    Apa2 pun semoga dia bercerai dgn sebab yg munasabah..

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera,
    Moga kita semua dlm rahmat Allah sentiasa.

    ReplyDelete
  4. ingatkn mreka bahagia..tp sampai sini sja jodoh mreka

    ReplyDelete
  5. tak terkata, sedih sgt2 bila 'ungkapan cerai' mudah dilafaskan

    ReplyDelete
  6. jodoh pertemuan ajal maut ALLAH yang tentukan.. terima lah seadanya..

    ReplyDelete
  7. xde harapan nk bebaik ke?? sayang kann...

    ReplyDelete
  8. Bahaya kan jika ambil mudah undang-undang dan hukum nikah cerai niii... Aduhai kesian anak-anak.

    ReplyDelete
  9. macam2 la artis skrg ni...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...