Wednesday, September 26, 2012

SARAH RAISUDDIN MENGANDUNG LAGI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

wahhh tahniah akk ucapkan kepada mereka berdua , sarah mengandung layieeeeeee !!!  seronokkkk ehh ... ( alamakk awalnyeee ngehx3 ) ... ala susah ape ... artis kann , ada maid .. semua orang jaga .. tinggal diri sendiri aje , kena kuat pantang sbb bila mengandung rapat nie .. itulah nak jaga .. supaya tubuh badan sihat segar kembali ;)

apa2 punnn memang dah rejeki kan .. dia pun x plan .. memang nak anak kedua cepat2 .. laju2 .. ahahhaha akk lak rasa letih tuuu .. ;))


Nampaknya rezeki Shuib dan Sarah Raisuddin semakin bertambah. Terbaru Sarah dilaporkan telah mengandung buat kali kedua dan perkara ini telah disahkan oleh suaminya sendiri, Shuib yang juga pelawak kumpulan Sepahtu.

Menurut Shuib, dia merasa begitu teruja atas kehamilan kedua isterinya dan tidak menyangka isterinya bakal hamil dalam jangka waktu yang singkat setelah melahirkan anak sulung mereka Disember tahun lalu.

Selain itu, pelawak ini turut melahirkan rasa keinginannya untuk menimang cahaya mata kedua terlalu membuak-buak kerana rindu ingin bermain dengan bayi kecil.

“Sebelum ini, saya ada meluahkan rasa pada Sarah yang saya rindu nak bermain dengan bayi kecil memandangkan anak kami pun sudah sedikit dewasa dan sudah mula pandai berjalan dan Sarah sebenarnya pun punya rasa yang sama,” ujar Shuib kepada pihak Murai.

Doktor telah mengesahkan kandungan Sarah masih terlalu awal, iaitu baru sahaja berusia dua hingga tiga minggu. Sebelum berjumpa doktor, Sarah dan Shuib turut mengesan kehamilan tersebut menerusi alat uji kehamilan.

Berikutan berita kehamilan ini, Shuib menganggap ia sebagai hadiah harijadi yang cukup bermakna buat dirinya dan isteri, yang masing-masing jatuh pada 12 dan 15 September lalu.

Untuk makluman, Shuib dan Sarah telah bernikah pada 26 Februari 2011 dan hasil pernikahan tersebut pasangan ini telah menerima cahaya mata pertama, Uwais Alqarni pada 4 Disember 2011.

Merujuk perkembangan terbaru, Shuib bakal muncul dalam filem terbaru berjudul Sepah The Movie yang akan ditayangkan mulai 29 November 2012 ini.

sumber :metro


20 comments:

  1. Tahniah buat mereka berdua.
    Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi ;)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah rezeki buat mereka

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah ..rezeki tu :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..tahniah buat merka berdua..;)
    tumpang happy ..

    ReplyDelete
  5. Bestnyeeeeeee...bile la turn falsya pulak kan..hehe

    ReplyDelete
  6. rezeki kan..orglain tggu bertahun nk dpt zurita..kita yg mudah dpt ni ken a bersyukur..hehe

    ReplyDelete
  7. untungnya org yg senang lekat ni.......

    ReplyDelete
  8. tumpang happy untuk mereka juga...muarh rezeki diorg...

    ReplyDelete
  9. wahhhhh....dah masuk no 2 dah...betul tu kak, ape nak kisah, maid semua ade....so rapat2 pun dieorg tak kisah....

    ReplyDelete
  10. aha...taw gk sarah dh pregnant...klmrin rasanya taw..hehe

    ReplyDelete
  11. akak... nk ngadu lg ni.. sushnya Queen nk masuk blog akak ni.. adeh...

    ReplyDelete
  12. anak die dah boleh berjalan .... lahir disember skrg ni sept ...wahhh hebat 9 bulan dah boleh berjalan dah .... alisha masih lagi meniti² wlupun dah 11 bulan

    ReplyDelete
  13. tahiniah..rezki allah..

    dilla pun planning2 tahun depan nk bagi acha adik ni kak..doakan kami ye kak!

    ReplyDelete
  14. Tahniah....bahagia betul mereka berdua..

    ReplyDelete
  15. tahniah buat sarah & shuib..bile la turn sy plak...huhu lalalalaaa

    ReplyDelete
  16. tahniah sarah n shuib..rezeki tu :)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...