Friday, September 28, 2012

SABARNYA SEORANG YANG BERGELAR ISTERI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua



“Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia – si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”

Menjadi seorang isteri….kepada insan yang disayangi…..idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku.

 “Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu.”

Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Ku hiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata-mata.

Makan minumnya ku jaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali, aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki.

Namun, aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga.

Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri. Berilah kesedaran kepada suamiku , betapa diri ini menyintai dirinya sepenuh jiwa , mendambakan dia agar berubah dan terus memperbaiki diri demi ikatan yang utuh ini .

Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan itu Ya Allah.
 

16 comments:

  1. Sama samalah kita ya..berusaha mnjadi istri solehah...biar hati terluka...Allah shj penawarnya...doa dan sabar selalu ya dik :-)

    ReplyDelete
  2. saya berusaha untuk menjadi isteri yg baik kepada suami saya.

    ReplyDelete
  3. Lelaki yang baik utk perempuan yang baik. Kita manusia biasa, adakala tersilap dan teremosi... Terimakasih berpesan-pesan.

    ReplyDelete
  4. harap dpt mnjd yg trbaik utk suami bla brada d alam prkhwinan kelak.. Sama2 kita..

    ReplyDelete
  5. Salah satu sbb sy dah sepakat ngan husbnd utk pindah ke kuantan. Umur dah 30 tahun..sy teringin nk jadi isteri yg lebih baik utk en hubby..semoga Allah permudahkn niat kami. Btw kak ieda,kot2 tau ada keja kosong kt ktn tu jgn lupe bgtau saye ye..hehe

    ReplyDelete
  6. MashaAllah beratnya tugas seorang isteri yg solehah tapi besar juga ganjaran yg dijanjikan Allah ^^
    Semoga menjadi seorang isteri dan ibu yg mendapat keberkatan Allah InshaAllah

    ReplyDelete
  7. Saya faham perasaan Akak, suami saya setiap mggu outstation untuk 3/4 hari, mmg rasa penat melampau kadang2, sebaliknya kita ambil yang positif insya Allah kita rasa aman damai walaupun penat

    ReplyDelete
  8. Sebak saya baca kak.. tak nak komen apa2 la.. '(

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas entry nie... memang bertuah menjadi wanita, isteri... ketahui la, segala apa yang isteri lakukan dirumah semuanya adalah ibadat...sedangkan sebagai suami kita hanya dapat membantu sahaja... ketahuilah, betapa mudahnya wanita untuk beribadat dan mendapat pahala... ganjarannya besar disisi Allah.

    ReplyDelete
  10. bertuahnya jadi seorg isteri..mudah2 pjj kami tak berpanjangan...huhu (-_-')

    ReplyDelete
  11. insyaAllah segala pengorbanan akak akn dpt balasan yg setimpal..

    ReplyDelete
  12. perkongsian yg bagus..

    ReplyDelete
  13. perkongsian yg bagus..

    ReplyDelete
  14. perkongsian yg bagus..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...